Ini bukan tips jaga badan,tapi ini macam mana aku jaga badan.Hihihihi!

Raya kali ni aku memang tak makan banyak sangat.Bukan nak diet ke apa,tapi keterujaan tengok makanan tu biasa2 sahaja.Ini adalah kesan dari motivasi pada diri sendiri agar tidak makan secara berlebihan atau kata mudahnya menjadi seorang pelahap sampai semua benda nak try.

Senyum aku bila teringat kata seorang hamba Allah ini yang suggest aku minum Herbalife during pregnancy baru badan solid walau mengandung.Aku senyum jer la sbb lepas peristiwa sorang agen Herbalife yang paksa aku ambik sampai RM2500 terus tu kononnya buat stok,aku terus banned Herbalife.Ngaku jer la kau nak collect point.Dan satu set Herbalife sekali dengan tea mix yang aku beli aku buang semua.Motif buang,satu sbb tanya sedara-mara sorang pun tak berminat walau diorang pernah consume tapi taknak continue,dan kedua aku mmg alah dengan soya sbb everytime minum mesti gatal satu badan.Memang la agen dia akan cakap itu kesan sampingan sebelum nak serasi dengan badan tapi kalau dah makan bulan,apa kejadahnya.Memang tak sesuai dengan aku la tu.So better stop jer la.Kalau kau sesuai,sila teruskan.

Dan perasan atau tak,asal amik je supplement mcm ni,kita mesti kena pulun minum air banyak.Itu adivise agen dia.WAJIB.Tapi untuk aku,tak ambik supplement pun aku mmg jenis minum air banyak.

Tapi bila agen tanya progress,kena bebel tu biasa la.Kau akan dipersalahkan sbb tak konsisten la bagai dan sbb tu la minum apa supplement pun,kesan mmg nan hado kat aku.Hmm....Dan mesti terfikir macam mana aku pun boleh terjebak dgn Herbalife?Niat ambik haritu sbb taknak kecikkan hati kawan.

Berbalik cerita mengandung nak nampak solid.Dah mengandung tapi nak badan nampak solid?Hihihihi.Jujur la cakap,aku tak consume Herbalife pun aku punya badan masuk jugak kategori solid.Dah nak masuk 9 bulan,berat aku baru je naik 4 kg.Perut jer membesar.Lengan,kaki stil macam time tak pregnant.Ada sorang tu yang minum pagi petang siang malam duk claimed tubuh solid time pregnant tu,sedarlah bahawa anda hidup dalam denial.Compared tubuh kau yang pregnant 3 bulan dengan aku yang dah nak masuk 9 bulan,sesungguhnya kau adalah besar gedabak takde solid pun.Cuba tunjuk kat aku tang mana solidnya badan kau tu.Itulah bila aku cakap kau taksub,kau marah.Aku bukan claimed produk tu tak bagus,tapi aku rasa beberapa orang yang jual dan consume ni dah masuk tahap taksub sangat sampai ada satu orang tu siap claimed,"Kalaulah abang dia sempat consume Herbalife,dia mesti masih hidup dan sihat sampai sekarang".Adoi!Ajal maut bukan sebab produk bai!Dah mmg ajal abang kau.Apa kau ingat Herbalife boleh extend kematian?

Dan satu lagi aku bengang dengan produk ni bila berkali-kali agen dia cakap ini bukan MLM tp kenapa aku nampak sistem tu mmg mcm MLM.Haish!Aku bengang sebab ada agen ni dia pernah pujuk sorang kawan aku untuk invest some amount of money untuk start bisnes Herbalife ni la.Nak pulak bukan seratus dua tapi sampai beribu.Dan yang buat aku angin tu,boleh dia suruh budak tu pujuk AKU untuk pinjamkan duit tu.Hamboi!Kalau kau ketua yang prihatin nak tolong orang bawah kau,asal kau tak bagi pinjam duit kau jer?Tak sama2 dapat benefit?Baru give and take.Hahahaha!

Jadi,datang la 1001 kebaikan pada sesuatu produk,aku mmg bukanlah orangnya untuk stick pada satu tu like forever.Aku tahu setakat mana keupayaan badan aku plus aku memang kategori orang yang jaga pemakanan.Aku jarang makan kat luar dan aku jarang makan fastfood.Istilah fastfood pada aku bila aku dah stuck tak tahu nak makan apa,dan istilah makan kat luar adalah bila aku dah rasa muak pulak makanan dari rumah.Tapi benda tu biasanya hanya berlaku 2,3 kali dalam 3,4 bulan.Selebihnya aku mmg makan makanan dari rumah dimana menu aku wajib ada sayur dan stok buah-buahan mesti ada.Paling busuk pun kalau malas sgt nak restock buah,aku mesti beli tembikai yg akan dimakan begitu sahaja atau dibuat jus mesti ada.Tak kesah apa,janji buah dan alhamdulillah sekeliling rumah aku pun ada pokok buah-buahan.Dari mempelam ke buah kuini,manggis,ciku,cempedak.Nak makan kutip.Tak sampai musim,pasar Marang tak jauh pun dari rumah.5 minit berkereta boleh ke gerai buah-buahan fav aku yang siap boleh request kalau buah yang kita nak tu tak ada.Selalunya buah delima la.

Dan antara sebab badan aku tak naik sangat sepanjang pregnant ni adalah,aku akan makan apa yang ada sahaja.Demand2 tu mmg tak.Awal pregnant jer selera macam tak tentu dan pelik sikit.Masuk trimester kedua,aku dah boleh adjust badan sendiri.Pagi aku akan ambik something yang berasakan bijirin.Roti wajib.Tengahari nasik lebihkan sayur.Petang sebelum pukul 7,makan nasik lagi sekali.Malam sebelum tidur,roti + biskut + buah + milo + susu untuk ibu mengandung dah cukup untuk aku.Rutin yang sama hingga masuknya Ramadhan.

Bila masuk bulan puasa,sahur adalah wajib.Biasanya aku makan nasi tapi hari2 nasi rasa muak juga dan aku selang dengan roti.Kurma + susu adalah wajib.Makan tak banyak pun.Satu senduk nasik dah cukup.Dan ia buat aku bertahan hingga waktu berbuka.Berbuka pun makan nasi cuma sepanjang ramadhan,boleh kira berapa kali je aku pergi ke bazaar.Memang sangat jarang plus aku sendiri taknak biasakan makan kuih-muih manis sebab sepanjang puasa aku banyak minum milo atau coklat.

Dan alhamdulillah aku berjaya berpuasa cukup sebulan tanpa halangan atau masalah kesihatan malah diberikan pula kesihatan yang baik bila boleh menjalani latihan industri tanpa masalah.Kadang2 orang tegur aku lagi bertenaga dari mereka yang tak pregnant.Syukur!Supplement yang aku ambil?Just teruskan makan segala vitamin yang doctor suggestkan tu je la.Dan yang paling penting,jangan skip sahur walau ada juga 2,3 kali skip jugak sbb terlajak tidur.Aku still ada energy jugak,takde pun mengantuk,tubuh lesu bagai.Dan satu lagi perkara yang aku amalkan untuk mengelakkan lesu badan kat tempat kerja,aku akan pastikan aku tidur awal.Nasib la Damia meraung taknak tidur apa,sebab masa tidur adalah setengah jam selepas masuk waktu Isyak so lepas dah settle solat,isi perut dengan makanan ringan sikit mcm roti + milo + susu @ gantikan dengan biskut,tidur akan lena sampai keesokan hari.Kalau dah mmg cukup rehat,makan berpada,tubuh automatik akan rasa sehat tak perlu tunggu kau telan supplement pun.

Dan satu lagi yang boleh diamalkan adalah,banyak berjalan kaki atau banyak bergerak.Jangan buat berat sangat bontot tu.Sebab tu aku suka buat kerja rumah,walau lambat siap tapi janji aku bergerak.Doctor pernah cakap,kerja rumah bukan exercise tapi pada aku janji gerak,badan keluar peluh,itu memadai sbb aku rasa best lepas buat kerja rumah misalnya cuci baju,kemas rumah,iron baju,badan aku mesti basah lencun dengan peluh.Tapi rasa best jer badan time tu.Lepas tu mandi.Segar.

Sebab tu aku tak kesah setiap kali pergi kuliah,kalau lif rosak selamba jer aku naik tangga sampai tingkat 4.Kalau lif tak rosak pun,takat kelas kat level dua,tak kuasa aku nak berebut lif dengan bebudak lain,aku naik guna tangga je.Tapi slow2 la melangkah tu sbb aku mengandung.

Aku tak into sport plus satu sukan pun aku tak pandai so jangan la ajak aku berfutsal,bola jaring ke apa,mmg out.Aku tak reti dan tak minat.Paling busuk cara aku exercise pun just jalan kaki dgn bersenam guna basikal bersenam yang ada sebijik kat rumah ni.Naik basikal tu pun boleh tahan mengah dia so takde istilah gym la pada aku.

Jadi itu jer la cara aku jaga badan sbb ramai tanya aku macam mana aku maintain badan aku walau anak dah nak masuk dua.Dan org pun tahu aku jarang bersungut pasal badan naik ke apa.

Dan satu lagi tips aku nak turun badan waktu pantang Damia dulu,dah orang cakap pantang makan at least 40 hari,aku hadap jer la lauk sama dan aku tak pernah merungut.Orang nak siapkan makan untuk kita pun dah cukup bersyukur.Aku takde pun rasa jeles bila tgk orang makan itu ini,sbb aku ingat pesan mertua tapi takleh tulis kat sini sbb ni hal dalaman suami isteri.Hahaha!Dan aku tak teruja sangat tgk makanan ni nak makan,tgk itu nak makan.Biasanya rasa teringin tu biasa2 aje.Kalau ada makan,tak ada tak mengapa.Simple!

Jangan fikir nak best sekarang jer,fikir benda untuk jangka masa panjang.Dah waktu pantang,pantang betul2.Jangan degil dan jangan ikut perasan atau nafsu sgt.Kalau kita dah aimed dalam otak awal2,in sha allah 40 hari tempoh berpantang bukan satu masalah sbb aku punya pantang luar dalam genap 100 hari beb.Thank u pada suami yang cukup byk membantu.Dia pun cakap,demi kesihatan aku jugak dan alhamdulillah bila dah pregnant kali kedua ni aku takde masalah sangat.Simpton biasa mengandung macam alahan tu mmg takleh lari la cuma sakit lain tu boleh dikatakan mmg tak ada dan aku jugak berada dalam kategori sehat.

Dan aku TIDAK SETUJU wanita mengandung perlu makan untuk dua orang : )

Jadi setakat ini aku mmg tak percaya diet bagi kurus,krim bagi kurus,jus bagi kurus,spray bagi kurus,pil lagi la sbb pada aku jaga makan,makan secara sehat,banyak bersenam itu sebenarnya yang bagi kau kurus.Dan aku tak pernah berdiet.Pada aku,kita kalau nafsu makan tinggi,takleh nak control,takyah la susah payah fikir macam mana nak diet dan tahan nafsu makan.Letak dalam otak,makan sekadar takmau lapar sudah cukup.Teringin nak makan makanan lain sikit dari biasa tak salah sbb aku pun kadang2 craving jugak makanan luar cuma kalau seminggu sampai 2,3 kali kau telan burger or any foods dari restaurant fastfood,kuburkan jer la niat nak tubuh badan ideal dan sehat.Fasfoods tu pun dah bagi investment lemak yg bakal beratkan bawah lengan,paha,perut kau bagai.Hihihihi!

Dan satu lagi aku jugak pelik tgk orang yang susah hati sangat seminggu selepas raya bila ofis,saudara mara,kawan2 buat open house.Mesti ada la yg update status FB,"Open house setiap hari,crash la my diet".Huk aloh!Apa masalahnya dgn jemputan open house?Yang bermasalah sebenarnya kau nafsu mcm dinosour semua benda nak rasa mmg la jemputan makan akan jadi sesuatu yang disaster.Hihihihi!Lucu.Bukan ke boleh je makan secara berpada.Tak rugi pun tak try semua.

Ok.Itu jer la kupasan aku udah orang tanya sangat.Hihihihi!Dan inilah jawapannya.Ok.Skang aku 29 tahun.Tapi tak tahu la kalau dah masuk 3 series nnt badan naik jugak maklum la hormon,tindak balas badan adalah lain dari seorang individu ke individu yg lain.Jd setakat pada hari ini,inilah aku.


33 weeks pregnancy : )

Aidilfitri 2013

Rasanya macam tak terlambat lagi nak cerita pasal sambutan Aidilfitri tahun ini.Keadaan masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Apa yang berubah sikit pada tahun ini,kemain lagi aku suami-isteri kehulu ke hilir tanpa rasa bersalah.Hahaha!

Kerana kalau ikutkan tahun lepas,kami terhad sikit kalau nak keluar rumah.Ini adalah kerana this year turn kakak dan abang aku satu family raya kat Marang.So segala urusan dirumah kami passed terus kat diorang.Tahun ini tahun kami berjimba-jimba.Hahaha!Maklum la kami suami-isteri kampung sekangkang kera,so mmg confirm la setiap pagi raya kat rumah aku,around kol 10 atau 11 pagi macam tu,kat rumah mertua pulak.Jarak ke rumah mertua,15 minit.Heaven betul!

Tapi this year aku lupa nak snap pic juadah pagi raya.Ntah macam mana boleh lupa.Hiks!Ni mesti kes sampin suami hilang so pagi tu aku macam kelam-kabut sikit sampai banyak benda lupa.Nak snap pic family pun lupa.

Nasib pagi raya tu Damia sangat la behave.




Nasib sempat snap pic bebudak nih.Rafhanah muka macam berbulu jer tgk Damia.Hihihihi!

Pic salam dgn parents malas la nak letak sbb semua gegor.



Budak kecik ni kalau orang hulur duit raya,ikut mood dia jugak.Rasa nak ambik dia ambik.Rasa taknak,dia akan jawab,"Dah ada dah!".




Ting!Dah sampai rumah mertua dah.Tadi kat rumah sendiri.1st raya pakai pink.Suami takde sampin sbb sampin dia diistiharkan hilang.Ralat gila sbb sampin tu hadiah dari ibu saudara dia.Dah la sampin tu yg terbaik punya.Isk!Isk!Isk!Kat Trg ni kalau nak sampin yg the best quality,selalunya harganya agak mahal.Tapi hati2 juga,sbb ada juga claim yg original walhal tak pun tapi dijual dgn harga mahal.



Rutin biasa setiap raya pertama,settlekan semua rumah saudara mara sebelah Ariey.Tahun ni energy extra agaknya,semua rumah kitorang pergi kecuali rumah adik daddy yang bongsu.Tak pergi sbb jalan nak ke Kuala Nerus jammed dia mmg pasrah la.Tak terlarat kami nak tempuh tambah lagi this year aku berbadan dua,so takleh lelama sangat dalam kereta sbb sakit pinggang.Hiii!

Kerumah kengkawan pun idok.Serious tak larat.




Ipar dan anak saudara Ariey.Nasi minyak sini nampak sedap tapi aku time raya pertama tu selera makan tak berapa nak ada.So jeling sipi-sipi je la.Tapi rasanya sampai kesudah takde selera so raya tahun ni aku mmg tak makan banyak sgt pun.Yang banyak aku makan adalah,DURIAN.Hahaha!Menjadi betul durian yang biras aku tanam tahun ni.Stok durian kampung yang lemak berkrim disukai ramai.Fuh!Aku makan tak henggat.




Bila taktau nak buat apa,kerja kami adalah test semua biskut raya yang ada.Pastu komen sesama sendiri mana yang sedap.Serious takde kerja.

Cerita raya tahun ni adalah secara marathon sbb malas.Tapi ada orang kesah ker?Hiks!



Ini raya kedua takde tema.Suami dah tak pakai baju melayu.Anak pulak takmau berbaju kurung.




Ini budak kecik time raya kedua punya la bikin drama swasta.Pening aku!


Kemain laju cerita raya aku.Ok.Jom masuk raya ke 3 pulak.Hahaha!Raya ketiga kena pakai sedondon balik sbb mmg wajib setiap tahun pada raya ketiga akan ada sesi bergambar keluarga.Jd tema yang diorang pilih tahun ini adalah pink/purple.



Sebelum ke rumah mertua,kami singgah dulu beraya rumah my best friend forever,Rifhan.Family dia mmg tiap tahun wajib open house raya ke 3.




Masing-masing dah beranak pinak : ).Lepas tu dari rumah Rifhan,patah balik kerumah semula sbb member aku Umar nak datang beraya.



Damia dan anak Umar,Adelia.Lepas Umar balik,bersiap-siap kerumah mertua balik.Hamboi!Busy betul kami.




Pic tak ready.Damia menguap,aku mendongak.Hihihihi.Pic dengan ibu mertua.



Alhamdulillah tahun ni catat sejarah bila semua ada.Complete.Tapi nak get ready amik pic nih,susah yang amat.Hahaha!




Pic bersama my beras.




Salam Aidilfitri 2013 dari kami seluruh Family Tengku Abu Bakar dan Tengku Maleha.Nak letak nama satu2 mmg tak larat.Tapi inilah family suami yang seramai 13 adik beradik,12 menantu dan kalau tak silap aku 40 orang cucu.Lagi dua bakal keluar in sha Allah seorang October dan seorang lagi November.Hihihihi!~


Walau muka gengster,romantik juga.Hihihihi!

Assalamualaikum...........................

Weehooo!!!


Mendapat kejutan yang tak terduga tapi rasa macam kelakar pun ada.Suami oh suami!Awak memang ada side romantik yang totally unique dari orang lain tapi rasanya lebih complicated dari orang lain kot.Huhuhuhu!

Sebelum puasa haritu aku receive msg dari cousin yang ada kat US time tu.Ini antara cousin yang cukup close dengan aku.Beberapa hari sebelum tu kami ada chat pasal designer handbag.Aku time tu just mcm mengelupur je la kot handbag ni cantik,handbag tu lawa tapi tak decide pun nak beli ke apa.Just kongsi cerita dengan dia mana handbag yang aku lap ailio la kalau tengok.

Nak dijadikan cerita,handbag tu bukanlah latest design pun.Last year dah belek kat butik di Gold Coast,Australia sana tapi belek2,letak kat bahu lepas tu bagi balik kat salesgirl tu.Kiranya tak beli la sebab muka cik abang kita keras macam takde perasaan je kat sebelah.Aku nak beli sendiri,nak bayar dengan apa?Bulu?Sebab tu aku cakap aku sentap bila suami ajak masuk butik tu tapi berakhir dengan keluar dari butik lengang kangkung jer.Tapi sentap tak lama la sebab aku bukannya aim gegila pun.Coach yg aku beli sebelum ke Australia haritu pun still baru lagi so pakai jer la apa yang ada.

Dan bila cousin aku tu tetiba tanya,

'Awak nak ke tak handbag tu?'

'Tak kot.Mahal la'.

'Ala.Jangan la macam tu.Saya belanja'


Aku time tu,what????Belanja???Gilo ke apa.Mahal tu.Isk!Byk2 kali aku re-confirm balik,dia still jugak cakap,'Iya,saya belanja'.So aku pun,proceed la dengan handbag idaman tu.Hihihihi!~

Maka tidur pun ada senyum.Dan bila cousin aku balik Malaysia,aku malas la nak tanya mana handbag tu memandangkan dia ada jugak post barang2 dia so aku assume handbag hadiah tu ada dlm kargo la.

Jadi bila aku nak ke Shah Alam shopping raya haritu,dia kirim satu barang untuk kawan dia.Aku ambik jer la barang tu kat rumah dia.Bila sampai Shah Alam,tanya la dia nak hantar kat mana barang tu sekali suami bukak paper bag tu....tarrrraaaaaaaaaaaaa.................ditayangkan kat aku handbag idaman tu tapi aku macam biasa muka takde perasaan.Sekali suami pulak sentap cakap aku tak excited.Aku cakap la apahal nak excited bagai,hadiah cousin aku jer pun.

Dan time tu la baru keluar drama dia.

"Sebenarnya kanda la yang kirim dan pakat dengan Kak Yus nak surprisekan dinda.Handbag ni kanda la beli".

Owh!Tetiba aku terharu.Betul jugak.Apa hal cousin aku tu nak bagi hadiah memahal,dia cakap makan kat sana pun kena catu.Hihihihi!

Alahai suami.Saya hargai sangat dan mmg surprise sangat la.Hihihihi!

Jadi sempena apa hadiah ni,aku blur ayam bertanya.Hahahaha!

"Hadiah sempena nak dapat baby yg kedua dan sempena anniversary kita yang ke 6,19 August ni".Owh!Terus menangis dalam hati.Dia ingat beb tarikh tu.Aku pulak yang lupa.Dush!!

Dan sempena pregnant tu,tetiba rasa mcm nak mengandung lagi la tahun depan.Kahkahkah!~


Lepas tu dapat bonus ini.Thank u la encik suami.









Puasa oh! Puasa!

Lepas balik dari vacation singkat tu,kami stay kat Bukit Jelutong satu hari then Isnin baru balik Terengganu.

Bila dah ada kat Bukit Jelutong,perkara pertama nak buat adalah pergi bazaar ramadhan kat TTDI Jaya.Kalau ikut yang lepas2,makanan yang dijual kat bazaar tu boleh tahan sedap.Sedap untuk tekak aku la dan memang haritu apa yang aku beli betul2 tak mengecewakan.Alhamdulillah.

Maklum la aku ni jarang nak singgah bazaar ni bagai.Kalau kat rumah,makanan bazaar takde orang nak pandang sangat especially abah aku.Mak aku tu makan juga sikit2.Memandangkan sambutan tiada so aku mmg jarang la pergi beli lauk-pauk atau kuih muih kat bazaar.Mertua pun sama.Makannya tak banyak sangat.Mertua I jaga badan,jaga kesihatan tau sebab tu maintain takde sakit pape.Lagi sehat dari aku.Huhuhuhu!So konklusi,malas la pergi bazaar.

Hasil belian kat bazaar,sajer jer nak kongsi kat blog.Sebab dari awal puasa tak kongsi sgt cerita pasal berbuka sebab selalunya kat rumah lauk simple2 je dan aku pulak makan tak banyak pun.Bila makan tak banyak,aku accept jer apa makanan yang ada.Orang nak tolong masak dah kira syukur so takyah la nak demand sgt.Hahaha!




Popia basah.Mahveles!




Kerang bakar berempah katanya.Pun sedap dan kerangnya pun segar.




Alahai!Ini pun nak beli.Cempedak goreng tapi rasanya punyalah sedap dengan isi cempedak yang tebal dan manis.Tak ralat beli 3 ulas dengan harga RM1.

Dan main menu haritu,biras aku masak mee curry yang mahveles jugak.Makan kenyang sampai sahur.Over!



Aksesori untuk mee curry




Kuah mee curry yang cukup mewah dengan lauk-pauk




Kuih tepung pelita kalau tak silap aku dengan akok (panggilan versi Terengganu).Rasanya pun tak menghampakan.Sedap semua dan yang biras aku beli lagi sedap dengan lemaknya.Mmg cukup rasa.Haish!Mostly makanan kat sini mmg sedap tapi yg aku heran asal yang jual kat Terengganu especially bazaar kat Taman Permint Jaya,Chendering,kebanyakan yang aku beli mmg tak sedap langsung macam orang baru 1st time belajar memasak.Aku perasan kalau abang atau kakak yg mmg dah biasa meniaga pasar malam sedap la,tapi kalau yang stok muka2 baru tu mmg tak tahu la nak cakap.Mmg kuih2 tu layak untuk tekak diorang jer.Tak layak dibuat berniaga lepas tu mahal pulak tu.Mahal tapi mewah bahan2 takpe,ini dah la mahal,kedekut ingredient pulak tu.Aku pernah beli kuih yang ibaratnya yang jual tu lupa terus nak taruk gula.Boleh?Haish!Ni dah macam sesi luahan perasaan pulak.Kufur nikmat betul la aku ni.

Itu jer la cerita berbuka pada haritu.Malam tu lepak jer la rehat.Penat seh!

Esok pagi dah plan nak balik Terengganu tapi biras I ajak ke butik Munawwarah dulu kat Damansara carik tudung.Baru teringat tudung mak kita tak beli lagi.Tudung kepala,bukan tudung saji.So follow jer la.



Butik Munawwarah ni ada 6 lot kedai kalau tak silap.Tapi dekat kawasan yang sama.Pergh!Haritu tak drive just follow ipar.Lagi senang haritu biras bawak driver dia so takde isu nak cari parking sbb serious kena menapak kejap g butik sebelah sini,jap lagi gerak pulak pergi butik sebelah satu lagi.Driver ipar just tunggu dalam kereta je dan Ariey follow skali haritu.


Try jangan tak try.Aku tak beli tudung sbb rasa macam tak berkenan sangat dengan design dia walau material dia sangat2 elok.Aku beli selendang je.Dua2 ambik hitam.Satu selendang 4 segi,satu shawl.


Pakcik ni jauh menungnya sambil tunggu isteri pilih tudung.Haks!Untuk mak aku,beli satu jer color biru,udah dia jugak request nak color biru.So selesai la part aku.Nak memilih jubah,serious takde mood plus rasa udah2 ler tu.Dua minggu puasa tu aku dah buat gila membeli online.Sekarang dah stop dah bila dua dress yg aku beli,satu ketat kat bawah lengan,satu lagi takleh zip terus.Uwaaaaaaaaaaaaaa!Serik.


Suruh cik abang snap pic nak tunjuk tudung baru beli.Hahaha!Takde la.Aku support kawan sebenarnya.Dia baru berkecimpung dalam bisnes jual tudung ni.Dia pun ada jugak design tudung2.Aku beli dua dan sangat2 berkenan dengan design dan yang penting untuk aku,rasa sangat selesa bila pakai.Cuma satu jer masalah aku bila aku ada tudung awning keras ni adalah,taktau nak simpan macam mana.Aku takde hanger yang khas nak sangkut tudung ni.Phew!Sedih!

So sesiapa yang berminat boleh datang sini  "Anggun-Berseri-Putri-Dewi".

The Garden Hotel & Residence - Wonderful weekend 2

Walau hari ini dah masuk Raya hari ke-6,tapi aku nak jugak cerita yang sebelum Raya punya cerita.I don't care.I tengah stress ni.Sedang mencari terapi mengurangkan tekanan.Ahaks!

Ok.Sambung kisah wonderful weekend aku tuh.Wonderful untuk kami la anak-beranak sbb mmg dah jadi satu kewajipan pulak bila somi balik jer,mesti nak pergi vacation.Tak kisah la jauh mana pun.15 minit dari rumah pun boleh dikira jugak janji bermalam tempat lain dari rumah mak apak sendiri.

Ok.

Cerita buka puasa kami di The Garden haritu.Serious mati akal taktau nak makan apa.Suami nak makan ayam penyet tapi aku rasa macam takde jer kat both shopping mall tu.Aku assume la sbb mcm tak nampak dan sekali suami cakap nak makan lamb pulak so yg aku bayangkan TGI Friday je la dan satu lagi kat dalam The Garden jer.Aku dah la malas nak jalan masuk Midvalley balik.Dah rasa nak termuntah dah tengok betapa ramainya manusia kat dalam tu.Maklum la weekend.So cepat2 pergi booking.Nak buffet kat hotel mmg tak la sbb RM108/per pax.Tak kuasa la takat aku laki bini amik makanan sepinggan dah surrender.Ariey tu mmg sejak azali makan sikit,aku pulak sejak pregnant tak lalu makan.Damia lagi la,kena kejar baru nak makan.So tak usah membazir.

Lepas dah settle beli barang Abah aku,naik ke bilik,menantu dan pak mertua tu turun balik pergi solat Jumaat so aku membuta.Damia tak tidur ntah projek apa dia bikin tapi mmg tak lena jugak la aku tidur sebab kejap2 dengar dia masuk dalam toilet.Aku bukan apa,risau jugak takut dia main air ke apa,lantai licin,jatuh ke apa aku tak sedar.So tidur2 ayam jer la sbb kejap2 kena jenguk Damia.Ke hulu ke hilir dia ntah apa benda yang dibuat tak tau.

So dalam jam 6 petang baru turun ke The Garden balik nak pergi berbuka.Sajer turun awal sikit nak lepak2 duk sembang2 laki bini.Tapi sampai kat restaurant tu rupanya ramai gila yang mengharap dapat table kat TGI tu utk berbuka.Tapi mmg confirm tak dapat la sbb ramai yg dah booking awal2 so staff diorang just entertain mana yg dah booking jer.




Duk fikir apa benda la nak makan tapi gaya macam nak amik exam.


Aku seperti biasa muka toye.


Lamb dia ni ok cuma sauce dia tu sampai dua kali kami tukar.Hahaha!Tak kena dengan anak tekak mintak tukar.Nasib staff diorang rajin melayan.Hahaha!


Mak buyung request ayam jer kali ni tapi makan ni kenyang dia sampai membawa ke sahur esok harinya.Pergh!


Fried macaroni and cheese kalau tak silap.Memang sedap!

Anak dara???
-
-
-
-
-
-
-
Dari kol 6 membawa ke selesai berbuka,dia zzzZZZZZ.Jadi mmg mcm orang dating la kami berdua.Makan,sembang tanpa perlu ada drama air tumpah,berebut sudu garpu bagai.


Lepas berbuka,naik ke bilik jer la mandi,solat dan rehat.Aku dah mmg takde mood langsung nak window shopping ke,shopping barang lagi la malas.Esok jer la sambung.

Esoknya around 5 pagi.................ting tong.....orang datang hantar lauk sahur.Amik untuk seorang jer pastu kongsi makan berdua.Sedap pulak lauknya.RM28/per pax.


Lauk sahur.

Masuk hari kedua kat hotel The Garden and Residence ni,kami suami isteri dah mati akal nak makan apa untuk berbuka.Kalau ikut aku,aku prefer tapau makan kat bilik je,so Ariey just follow jer la.Dia pun taktau nak makan apa.Huks!

Jadi sebelum kami keluar pergi shopping lagi,maklum la misi membeli tak selesai jugak walau masuk hari kedua,ntah kenapa dengan aku ntah,tetiba jadi blur tak tau nak beli apa.Barang baby pun aku boleh blur walhal bukan anak sulung,tapi dah nak masuk anak kedua.

Jadi aku called hotel suruh hantar food untuk berbuka tapi order untuk seorang jugak sebab aku tahu mesti big portion punya.Kongsi je suami isteri.

Dah settle shopping,pergi cari sikit la mana yang rasa nak dimakan sekali Ariey teringin nak Burger King pulak.So tapau dua bijik sbb ingat nasik dah ada.

Lepas tu terus jalan kat area ground floor tu banyak pulak stall kecik2 jual kuih,terjebak pulak aku pergi beli kuih pulak.


Kuih lapis



Onde-onde,rasa sedap dan tidak menghampakan.

Jalan depan lagi,terjebak lagi dengan cendol.Lepas tu mata aku nampak pulak coconut jelly.Haish!Nafsu,nafsu.

Lepas tu cepat2 naik ke bilik.Around 7 pm,orang takde hantar food lagi.Aku dah cuak,called balik remind kat diorang.Ini sah lupa la nih.Hmmm....

Dan mmg confirm lupa,membawa ke azan maghrib tak sampai jugak nasik goreng kampung yang kitorang order.Part kelakar,mula-mula sampai ini.


Aku pun macam dah pelik.Tapi takpe la.Accept jer la.

Tapi tak sampai 10 minit....ting tong lagi sekali,diorang bawak ini pulak.


Aku pun dah macam..............hoi!Mana nasik aku???Hahahaha!Tapi kitorang makan burger tu la dulu.

Dah habis azan,15 minit lepas tu baru la termengah-mengah staff hotel datang hantar makanan yang kami order.Nak marah macam tak ada point pun sbb dah separa kenyang dah cuma upset sikit la....macam mana la diorang boleh lupa order kitorang.Hmmm....

Ini dessert yg aku order.Creame Brulee...all time favorite sbb malas nak buat sendiri sbb leceh sikit tak macam masak puding gula hangus.Hihihihi!


Ini la nasik goreng kampung.Nasib sedap.Licin jugak makan nih.


Tapi mmg makanan lain tak mampu nak dihabiskan.Terus rasa nyesal sbb ikut perasaan sgt masa membeli.Maklum la bila perut dah lapar,semua benda nak.Hihihihi!Nasib malam tu kawan aku Umar datang so boleh la bagi dia kuih2 tu semua.Kalau tak aku mmg rasa ralat gila.

Lepas tu cerita sahur pagi tu pulak,boleh diorang hantar nasik lagi 10 minit nak azan Subuh.Hangin betul aku.Makan ala kadar jer la pagi tu.Tapi yg tu sbb silap diorang terus dapat free.Tak tahan bila staff hotel tekan loceng kejutkan kami mcm nak gaduh.Hahaha!

Masuk bilik hantar nasik terus jerit "Makan cepat kak,sahur dah nak habis!!!".Hahahaha!Siot jer kau.

Elok dah azan,terus mandi,solat,aku kemas la barang apa yang patut.Plannya around kol 10 turun kejap beli comforter baby kat Robinson jer la.Tak kuasa dah aku nak masuk Midvalley.Kat Aussino takde.Kat Mothercare tak larat dah nak pergi.

Pasrah jer la beli mana2 barang yg tak cukup lagi kat Robinson.

Around 12 pm,check out.


Tunggu staff hotel amikkan kereta.Lepas tu moh ler kita chow!~


Dari The Garden terus ke Bukit Jelutong tapi singgah Subang Parade kejap cari kaftan untuk I.

Bye!


Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You