Semalam entah angin apa yang datang,tetiba mood rajin datang.Ewah!Memang extra rajin sebab selain duk berkemas bilik,maklum la hari Jumaat,seperti biasa sesi tukar cadar,kutip sampah,kemas apa yang patut adalah wajib memandangkan sekarang ni itu je masa terluang yang ada.Weekdays mmg tak dapat la sebab aku memang totally exhausted.Tambah lagi dengan berbadan dua mmg mengah dia adalah mengah double.
Jadi pagi Jumaat tu walau cuti mata tetap takleh nak sambung zzzZZZZz.Dia suh bangun jugak.Pejam macam mana pun,takleh nak continue tidur.Jadi aku pun bertungkus lumus buka satu-satu lemari mencari pakaian lama2 Damia waktu dia newborn dulu.Dan memang aku dah siap2 letak dalam box Mothercare color kuning tu.Bagus.Maka sesi pilih2 mana yang masih elok dan sekali mmg semua elok sebab aku rasa aku dah pernah buat sesi clearance dimana separuh dah pass pada akak aku perempuan garang tu,kakak ipar dan separuh lagi pada my cousin.Itu mmg tradisi keluarga kami.Pass sana pass sini.Plus Damia dulu pun ada juga aku pakaikan pakaian cousin dia yg dipass oleh sepupu aku.Maklum la sorang lahir bulan ni,lagi sorang gap 2 bulan,lagi sorang gap 5 bulan,pendek kata setiap tahun ada la tambah family baru.Meriah gitu.Hihihihi!Jadi kami memang selamba je kongsi baju anak2 ni.Hihihihi.Benda still elok beb.
Aku teringat kata-kata arwah ibu saudara aku Ngah,yang pernah cakap,"Baju hands down ni kadang-kadang boleh rapatkan hubungan antara bebudak ni tak kiralah antara adik beradik,sepupu sebab ia macam ada connection".Itu kata dia la dan aku pun setuju juga plus kita sendiri boleh jimat sikit belanja.Maklum la bukan duit kami ni banyak sangat sampai keluar satu anak,complete semua brand new,keluar dua anak,ulang benda sama.Habis yang dah ada tu nak campak mana?Hihihihi.
Kerana sekarang bila masuk second baby ni baru aku realize betapa banyaknya pembaziran aku suami isteri waktu nak sambut anak pertama dulu.Manakan tidak,ibarat semua benda nak beli.Selagi tak bersalin,dalam otak asyik rasa itu tak cukup ini tak cukup,macam banyak benda nak ditop up tapi end ups dengan kadang2 benda tu tak berbaloi pun guna.Contoh mcm bamboo seat,Damia pakai kejap je sebab gemuk lepas tu peha tak lepas.Lepas tu rimas,lepas tu meraung tiap kali diletakkan dalam tu.Boleh?
Sama juga baby cot.Sebulan je duduk lepas tu mak malas terus angkut tidur sekatil.Tapi yang kedua ni wajib kena ajar tidur kat baby cot sbb kakak besar dia ada.Dikhuatiri ada yg kena smack down free nanti.Jadi kalau aku rajin,bulan depan ingat nak cat balik baby cot Damia tu.Warna asal putih,tapi nak cat putih jugak kasi nampak baru.Hihihihi.
Due aku dijangka 1st October tapi memandangkan baru2 ni nurse dan pesan boleh dah get ready baby stuffs sikit2.So fikirkan condition aku sekarang ni yang mmg takleh lasak sangat sbb penat.Bayangkan pergi beli groceries pun tak sampai setengah jam,aku punya nafas dah serupa t-rex itu belum masuk lenguh kat pinggang,mengahnya.Mmg memacam la.
Jadi inilah hasil saringan mana yang aku boleh guna dalam tempoh pantang nanti.Semalam dah heret mak aku pergi kedai baby top up mana yang priority dulu macam bedung baby,kain yg barut baby tu etc.Beli pampers ,cuma starter pack untuk botol tak beli lagi.Mitten & booties,stokin aku rasa dah lebih dari cukup.Sekarang ni tak confirm lagi boy or girl walau doc dah bg hint cuma aku akan puas hati lepas 27 haribulan ni sbb aku nak buat 4D.Time tu mmg confirm.Tapi andai boy pun,aku pakaikan je yg color pink tu.Cuma jangan pakaikan skirt atau benda yg nmpk sangat girlnya tu sudah.Kalau girl,semua boleh masuk.Senang.Hihihihi.
Tapi still kena top up jugak nih tapi tak banyak la.Dan barang-barang lain tu nanti suami balik Malaysia la pergi beli dengan dia.
Rompers ni size mmg kecik yang amat.Mmg betul2 newborn je boleh pakai.Lepas habis pantang goodbye la rasanya.Aku pun rasa macam anak patung punya baju pun ada.Hiks!
Kakak yang kemain bersungguh hati kacau aku.Dia kalau boleh sedaya upaya nak gagalkan misi aku prepare barang adik dia nih.Aku susun cantik atas katil baju-baju ni,dia siap ugut aku nak lompat-lompat atas katil dengan harapan biar semua baju tu tunggang langgang balik.Sabor je la.Aku faham la dia dah mula datang rasa jealous takut nnt orang dah tak pay attention pada dia.Isk!Ni satu kerja pulak nak mencari bahan bacaan macam mana nak handle situasi macam ni.Hamboi.Kemain kau.
Pagi ni hero aku dengan sukarelanya ambik cuti satu hari semata-mata nak pergi Expo Pregnancy,Babies and Children kat Brisbane sana.Dua minggu in advanced dia mintak aku preparekan list barang baby yang nak dibeli.Siap bagi link website lagi.Syukur sekurangnya suami turun padang sama.Tak la aku yang kena handle semua.Letih wooo walau nampak simple je.
Ok.Awak comel la kanda dengan beg pink tu.Hikhikhik!
Dan ini hasil tangkapan suami pada hari ini.Bagi 6 items je,tapi dia cakap dia beli 10,tapi dalam pic ni aku nampak ada 7 je.Kikikiki!Takpe la.Janji yg aku highlight priority tu,dia belikan.Aku bukan apa,malas nak beli brg2 yang tak perlu memandangkan nnt nak berangkut pulak segala mak nenek ni bawak ke Australia sana.Mana nak bawak baby kecik lagi,toddler yang dia punya manja sekarang ni,ya rabbi,hanya Allah sahaja tahu macam mana menguji kesabaran aku.Jadi just beli mana yang betul2 nak guna dalam 2 or 3 months.Selebihnya nnt aku pepandai la top up beli kat sana.
Dan untuk second baby ini jugak,aku sedang prepare fizikal dan mental untuk fully breast feed dan aku start ambik supplement Shaklee dan moga Allah swt murahkan la rezeki susu pada aku nanti.Dan tu dia suami kemain support belikan Medela Freestyle bagai.Aku dah gagal untuk Damia dan aku akan berusaha keras untuk yang second ini.In sha Allah.
Stroller aku hold dulu.Patah hati aku smalam try angkat quinny zapp dengan yang extra tu.Boleh tahan berat.Itu aku rasa cari kat KL la kot.Tapi tgk keadaan la sbb sebenarnya stroller ni lebih murah kalau beli kat Asutralia.Aku baru fikir nak handle dua stroller nnt dah mula dtg semputnya cuma syukur Damia dah guna stroller utk toddler Maclaren yg sgt light sampai aku boleh sangkut kat bahu kalau dia tak duduk.Biasanya ini hanya berlaku kat airport la Stroller time Damia baby aku dah bagi kat abang aku.Itu time mcm org gila kat airport just aku dengan Damia tanpa suami.Mana lagi nak amik luggage,mana lagi nak pegang anak,mana lagi nak buka lipat stroller.I hate travelling without my husband.Hukhukhuk!Cuma selagi kau guna penerbangan BUKAN Air Asia,in sha Allah bila kau alone dgn anak2,pasti ada yg willing akan membantu.Aku maksudkan staff dia la.In sha Allah.Hukhukhuk!
No comments:
Post a Comment