PRU sudah selesai,mari teruskan hidup seperti biasa.
Punya emosi semalam sampai takleh tidur dibuatnya.Suami call dari Brisbane jam 3 pagi.Tanya perkembangan macam mana.Sedih dia tak dapat pulang tunaikan tanggungjawab.In sha Allah PRU 14 kalau umur panjang,memangkah lagi kita.
Ayat ini mmg bagi motivation.
Takde rezeki juga kali ini.PAS menang tipis di Terengganu.Takpelah.Allah swt nak usaha lebih lagi la tu.Sebaik mana perancangan kita,perancangan DIA adalah lebih baik.So bangun pagi ni,no frust2.
Ini lagi satu.Rasa terpalit jugak walau tidak semua.
Ayat "Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri,kelaurga dan masyarakat" betul-betul dang kat muka.Terpalit habis.Sentap Kak Ton dua saat.
Jadi aku terima kekalahan semalam kerana kita sendiri masih pincang.Tak perlu menunding jari pd sesiapa.Pada yg menang tahniah.Pada yg kalah,perkuatkanlah jentera ini.In sha Allah.
Kalau ikutkan,apa yg aku nak frust sgt,aku takde hutang PTPTN pun so takde la aku nak melompat bintang bila semua dihapuskan,suami sendiri pun dah tak kena bayar income tax kat kerajaan Malaysia,tapi bayar income tax pd kerajaan Australia dan malah kami pun akan pindah ke Australia.Tp selama mana kau nak migrate tempat orang walau hujan emas disana,hujan batu ditempat sendiri.Sooner or later nak pulang juga kerana tanah air sendiri juga yg paling berharga.
Aku ada pendirian aku sendiri.Kerana aku tahu point of view dari seorang ke seorang yg lain adalah berbeza.Aku inginkan perubahan baik perubahan diri dan kesemuanya.
Deep down in my heart,walau bukan muslim sempurna yg masih ada compang-camping disana-sini,aku ingin juga melahirkan seorang hafiz atau hafizah yg keluar dari rahimku.Yg lancar bacaan setiap bait ayat Al-Quran dimulutnya.Itu impian aku.Andai mati kelak,anak-anak yg soleh la yg akan mendoakan aku dan suami.
Kami berusaha kearah itu dan kerana itu kami bekerja keras.Andai tertulis rezeki kami bukan ditempat sendiri,kami sanggup berhijrah ke sana ke mari.Kalau kami perlu hantar anak2 ke sekolah agama swasta dengan kos yg tinggi sekalipun,in sha Allah kami akan usahakan.Walau anak masih kecil,kami sudah memulakan pencarian kerana aku tidak keseorangan.Iparku juga sependapat.Kami intai mana2 sekolah pondok dengan guru yg terbaik juga.Biarlah dimana-mana pun.Andai perlu kuterbangkan mu wahai si anak ke bumi para anbiya sekalipun,in sha Allah kami suami isteri akan usahakan.
Maka semalam aku dah habis fikir,dah buat decision.Si kecil kat dalam perut ni makin membesar.October ini dengan izinNya,lihatlah dia akan dunia Allah swt.Dan lepas tu aku taknak gap jauh sgt dah mcm kami gap Damia dan adiknya yg kedua ini.Umur makin meningkat,so sementara diberi kesihatan yg baik oleh Allah,kami nak menambahkan umat Nabi Muhammad seramai yg mungkin.Jumlah rahsia.Kikikiki!Tapi memang nak anak ramai la.Hihihihi!Bila anak ramai,kena kerja lebih kuat lagi la.Bg yg terbaik pd mereka,balance dunia akhirat.
Walau ada yg takutkan aku dgn kesusahan bersalin dan melalui tempuh berpantang dinegara org,aku tekad.Waima untuk membawa anak kecil ke luar negara juga aku ditakut-takutkan dengan susahnya andai anak meragam dan bermacam-macam andaian tidak enak didengar.Aku tahu luar sana ramai yang sama susah mcm aku.Harap ada yg sudi datang dan berkongsi pengalaman itu.
Aku tekad,susah senang,yg menanggung adalah aku.Susah aku,yg mampu membantu hanyalah yg SATU.Berilah aku kekuatan.....
Kata aku,adalah kata aku.Tidak setuju itu adalah hak kamu.
No comments:
Post a Comment