Angan-angan buah berangan


Selalu orang kata jangan buang masa dengan berangan-angan kerana diibaratkan "Angan-angan Pak Jenin",busy sangat berangan tapi haprak satu benda tak jadi.


Tapi kalau relate dengan aku,aku tak peduli dengan kata orang tu sebab selalunya dari angan-angan la aku dapat apa yang aku nak sekarang.Heh!

Ok.

Lately selalu sangat berangan nak bercuti ke New Zealand.Lagi la menggeletis bila suami cakap InsyaAllah kita pergi tahun depan.

Lepas tu tak habis-habis duk google gambar negara tu.Ntah hapa-hapa betul aku ni.Tapi orait la.Sekurang-kurangnya aku tak kacau orang.Hihihihi!Aku meroyan aku sorang-sorang je.

Maka dengan bantuan Yahoo Image,aku dapat pic ni.Sources of course la dari Yahoo Image.

Jom layan mata dulu sebelum masuk tidur.Hihihihi!~

Alahai Jah.Kau tengok la view negara diorang ni.Punya la lawa.Indahnya ciptaanMu Ya Allah swt.Izinkan aku menjejakkan kaki ke sini.
Kalau town tu aku tak teruja sangat.Tapi keinginan untuk meneroka itu masih ada.Phew!~
Santekkkkk oiiiii!
Ini baru beberapa.Ada beratus-ratus lagi gambar yang enak untuk dilayan.MasyaAllah.Indahnya.

Dan aku teringat la cerita kawan baik aku yang begitu tinggi keinginannya untuk meneroka beberapa negara Eropah.Bayangkan boleh dikatakan saban hari dia duk telek peta.Berangan setiap hari dan effort yang dilakukan adalah dengan menabung at least 1K setiap bulan.Dan siapa sangka,angan-angan dia menjadi realiti bila berpeluang menjejakkan kaki ke England,Italy,Perancis,Netherland dan lain tu aku tak sure.Perjalanan lebih kurang sebulan.Phew!

See?Dari berangan jugak.

Hahaha!

Dan bila aku gtau abah aku,terus kena sound,"Sebelum pergi melancong mana-mana negara adalah lebih baik kau pergi Mekah dulu".Uiks!Menusuk kalbu betul.

Ok la.Rasanya takat tu jer la kot angan-angan aku.Ok.Bai. : P

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You