Benda yang kadang-kadang ramai orang tak faham~

Dalam dua minggu ni alhamdulillah sepupu aku byk tolong aku kat kedai.Sepupu aku ni kalau bab kerja tu memang bagus la tapi bab menyakat anak aku tu yang buat aku hangin satu badan.Rasanya dah berbuih mulut aku tegur jangan sakat anak aku.Tapi dia stop kejap lepas tu buat balik.Hmmmm.....sabor jer la.Sebab tu aku lagi suka adik aku yang bongsu layan Damia sbb dia tak pernah nak menyakat anak aku.Dan anak aku pun suka dia walau dia kekok sikit bab layan budak-budak.

Damia ni kalau dia moody sebab ngantuk,penat etc memang kalau boleh biar jer dia sorang2.Tapi sepupu aku ni jenis gatal mulut gatal tangan nak kacau.Paling aku hangin kalau dalam kereta.Serious takleh nak concentrate nak drive.Bingit hokkey!Biasanya aku sound dulu suruh stop ganggu Damia.Kalau ada bunyi lagi,aku diam je.Marah karang,takut sentap plus dia la byk bantu aku urus hal kedai.Dalam dilema betul.

Tapi kejadian petang tadi memang aku rasa panas tu naik kepala la.Dah la waktu aku keluar lif nak ke rumah kakak ipar aku,kena kejar anjing.Nasib tak digigitnya.Ni anjing orang bela.Dah duduk apartment,gatal nak bela binatang.Anjing yang selalu kena kurung,sekali bawak keluar terus transform jadi anjing gila.Dan 1st time aku tengok anak aku menjerit dalam keadaan yang amat takut.Sampai sekarang aku teringat lagi.Kesian sesangat.Sampai rumah kakak ipar aku,Damia punya degup jantung dup dap dup dap.Aku peluk dia kuat-kuat.Hmmm....

Lepas dah reda sikit dia start main dengan  sepupu dia Bilal so aku time tu ngah online via HP.Duk bersandar kat dinding sambil jeling anak aku.That time Damia duk pusing-pusing kat hall tu sambil kat mulut dengan botol susu.Sekali hingus dia keluar sebab memang dia mode selsema sekarang.Sepupu aku tu pun pergi kat anak aku nak lap hingus.Niat tu dah baik tapi cara nak approach budak tu kurang baik.Dia macam nak gertak si Damia.Memang sah-sah la Damia lari lintang-pukang pastu tersandung kaki cousin dia Ku Chik.Actually Ku Chik ni anak istimewa so kalau siang hari memang dia just baring je kat hall sebab dia memang tak macam orang normal.Terbaring je 24 jam.Maka bayangkan la Damia tersandung dengan botol susu kat mulut.Memang sakit ok even kalau kita yang dewasa ni yang kena,sumpah sakit.Bahagian bawah hidung ada kesan guris merah nak berdarah,hidung merah lepas tu ada darah sikit dalam mulut dan bila check rupanya dia tergigit bibir bawah.Aku memang nampak dari awal sampai akhir.Dan waktu tu sepupu aku tu dah macam panik tapi bila dah nak marah sangat memang aku angkat Damia,lap mulut dia dan aku diam terus.Nasib baik mertua aku tak nampak macam mana Damia jatuh.Hmmm........

Ingat sampai situ je,tapi bila otw nak balik rumah radio buruk bunyik juga.Adoi!Geramnya akuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~

Dan bila jadi macam ni aku nak la share beberapa situasi yg pernah aku alami.Sebenarnya memang ada jenis orang yang jenis tak reti bahasa.Pernah aku pergi ke kedai mak saudara aku.Dia ada pekerja perempuan dalam lingkungan 19 tahun.Aku agak-agak la based on fizikal dia dan tahap bangang dia tu.Aku bawak anak aku kesitu.Ok fine.Aku tak kesah kalau orang usik sikit-sikit anak kita tapi................................apa perasaan kita kalau orang tu duk geletek anak kita sampai tahap anak kita tu tak cukup nafas?Ada rasa nak terajang tak?Dan sampai tahap pekerja yang senior sikit tegur cakap,"Dah!Dah!".Aku pun cakap benda sama tapi dibuatnya lagi sampai anak aku menangis.Ya Allah!Geramnya aku.Lepas kejadian tu sampai harini kalau aku jejak kedai mak saudara aku tu,memang aku buat tak layan je budak tu walau dia tegur anak aku.Ni memang jenis bangsa tak reti bahasa.

Aku rasa perlu ajar la beberapa rules bila berdepan dengan budak-budak kecik plus kita bukan kaum kerabat dia pun.Rules bila berdepan dengan anak orang.Pada pandangan aku:

1. Walau comel gebu chubby sekalipun baby yang kita jumpa sampai rasa nak dukung sekalipun,boleh tak kalau just dukung sahaja dan tak perlu la kau nak kucup pipi baby tu kanan kiri,pastu nak gomol dia.Kau ingat mak bapak budak tu suka ke????Serious aku cakap,kau dah sebarkan germs jahat kat budak tu dan please la respect sikit kat parents dia.Ada jenis parents yg segan nak tegur.Kalau kena abang ipar aku,sumpah terus kena sounds.

2.Jangan sesuka hati nak sentuh atau cubit budak-budak kecik sebab tangan kita bukan bersih pun.Cukup agah dia dari jauh.Perlu ke nak sentuh????

3.Jangan geletek baby secara melampau.Kalau aku memang pantang.Aku tak geletek anak aku secara melampau kau pulak nak geletek dia sampai nangis,kau memang melampau.Kalau hari tak baik,dapat pulak kau penampar free sedas.

4.Ini prohibited terus.Please dan please dan please jangan kiss mulut baby.Aku pun tak kiss mulut anak aku plus aku pernah terbaca kat mana ntah,tak bagus pun sebenarnya.Kau kiss mulut suami sendiri boleh tak?Anak tak perlu la plus mulut kau tu bukan bersih pun dan memang kebanyakan baby air liur menjejeh.Kawan aku pernah face satu situasi waktu dia singgah satu restoren.Anak kawan aku ni memang comel la pastu pelayan kat situ mintak nak dukung.Dan tak semena-mena kiss mulut anak kawan aku tu.Kawan aku memang angin gila waktu tu.Bila amik anak dia terus ditenyeh-tenyeh tisu mulut anak dia tu.Kalau aku memang sumpah aku sound.Dan aku rasa itu adalah tindakan yang tak bagus dan bodoh.Please do respect the parents.

Hai...itu sahaja la yang aku nak membebel harini.Berkobar-kobar tulis ni sebab tak habis lagi bengang.Lagi bengang bila tengok Damia muntah tadi dan aku dah mula rasa cuak sebab petang tadi la yang dia jatuh tersandung tu.Tengok la esok macam mana.

Dan bila jadi macam ni,aku dah mintak kawan aku carikan pekerja.Aku akan hire pekerja.Bukan tak suka sepupu sendiri tolong tapi dalam aku hargai bantuan dia,the other side aku makan hati pun tak guna jugak.Kiranya setakat yang dia ringankan kerja aku ni,aku akan bayar la segala effort dia selama ni bantu aku.

Bila dah ada pekerja tetap nnt,pandai-pandai la aku nak handle kedai macam mana.Apa yang penting,aku mesti spend lebih masa untuk anak aku Damia.Business business jugak.Tanggungjawab tetap tanggungjawab!Aku ni kan super mommy.Hihihihi!

Budak letih separuh hari spend kat kedai.

Alhamdulillah dia dah mula dapat adapt environment baru.Kalau dulu jangan harap nak tidur petang dalam ofis aku,tapi sekarang Damia dah nampak boleh sesuaikan dengan keadaan baru dan dia dah faham bila aku sebut "Bonda nak pergi kedai.Damia duk rumah yer".Comel je dia angguk faham.No more drama~

1 comment:

Anonymous said...

hi! friend ,now i want to exchange with you
this is my blog .
http://khmernews-specialshowtoday.blogspot.com/
if you okay with me , please send my , amokpongthom@gmail.com

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You