Cheat day

Cheat day.Sumpah memula I taktau cheat day merujuk pada apa.Merujuk pada sesuatu yg lebih specific la.

Memula I ingat Cheat day ni bila kita tend to 'Menipu' la.Hahaha!

Ayat contoh: Cheat day saya haritu adalah apabila bagitau suami nak ke library bawak anak2 tapi tujuan tersasar bila saya shopping sakan kat mall.Eh!Nak buat mcm mana.Library tu attached sekali dgn mall.Bukan attach la tapi mmg kat dalam mall.Muahahaha!Jadi saya assume itu cheat day saya.

Tapikan I rasa word cheat day ni byk org guna bila makan tak henggat tapi kita sebenarnya,

1) Tengah DIET
2) Berpantang
3) Tambah sendiri

Sebab bebaru ni ada sorang kwn ni post kat FB bila dia kat satu restoren pastu tertengok ada satu perempuan ni body mcm model tapi bedal nasik kandar mcm2 lauk.Jadi one of her friends pun tulis,'Cheat day dia kot'.Pastu,

Benda lebih kurang sama tapi orang lain lak post,dia post gambar makanan pastu caption dia 'Cheat day'.Hehehe.

OooooOOOoooooo.....mcm tu.Saya berkata.Jadi I assume Cheat Day ni merujuk kepada perkara diatas la.Kalau tak,maafkan saya.Huhuhu!

Cerita harini pulak,kononnya breakfast takat a cup of tea (Ewah!) pastu mkn 2 half bolied egg.Then gerak gi hantar anak ke kindy.Tapi sumpah sampai kat rumah perut lapor gegor.Hahaha!

Tapi entah mcm mana lepas balik hantar Damia tu,I tidurkan si Dian.Tapi dengan mak dia sekali membuta.Muahaha!Sedor2 dah nak masuk jam 12.So I pun bikin something yg simple jer la harini.I buat Quiche (versi I) pastu keluarkan lamb yg I dah marinate sesiap dengan fries.Balik ambik Damia nnt baru masak lagi pastu makan.Jd lunch I td combine jer la sekali dgn dinner.Makan tadi dah nak masuk jam 5 kot.Lapar tu toksah citer la.

Jadi I nak ckp my cheat day la harini.Boleh?Ke hakikatnya setiap hari I punya cheat day???Hahahahaha!


Inilah menunya.Takde masa nak hias proper sbb bukan ada Abang Joe pun nak judge makanan kita.Hehehe!


Makan ditemani Fiona yg santek.Yum yumyum!Makan ni kenyang dia membawa ke malam.Alhamdulillah.

Resepi Quiche versi I nnt kalau rajin I kongsi kat sini.Kononkan?Mcm orang hadap sangat resepi dia.Syok sendiri.Muahahahaha!

Resepi: Sira Pisang

Harini nak cerita pasal pisang.Hahaha!Pasal pisang pun boleh jadi entry.

Tadi takde angin takde ribut tetiba rasa nak makan sira pisang.Dulu I selalu confius antara sira pisang dan pengat pisang.Sira kalau tak silap yg mcm I buat ni la,pastu kalau pengat pisang kena taruk santan.Kalau negeri lain panggil lain I tak tau.Tapi negeri I,negeri Pasir Dua Butir mmg sebut sira pisang la kalau takde santan.

Bercerita pasal pisang,walau I takde la lahir kat Manhantan sana tp lahir kat rumah tok I jer,kat Felda Jerangau.Tapi....................................sampai laaaa ni umur dah masuk 3 series tapi jenis2 pisang tak khatam2 lagi.Bunyi macam membesar di New York jer kan.

Pisang yg I kenal hanyalah beberapa jenis je mcm pisang kelat siam (ada orang panggil pisang awak,tp pisang saya takde.Hehehe),pisang abu,pisang lemak manis,pisang nangka,pisang montel,kek pisang.Itu jer la pisang yg I kenal even pisang emas dibawa belayar pun I tak tau mana satu.Choi sangatkan?Tak veragak langsung.

Dan tadi menyinggah lagi ke Naturally Fruit semata-mata nak beli pisang.Tau banyak mana I beli?


Dua ni jer.Muahahaha!Cukup ah.I sorang jer pun yg nk makan.Pisang apa ni kawan2?Kat situ tulis 'Lady Finger'.Kemain.

Kat sini tak byk jenis pisang leh jumpa.Pisang yg byk jual adalah yg mcm pisang montel tu la.Pisang tu bkn best buat pisang goreng cuma haritu I buat kek pisang sedap la jugak.

Jadi mai kita teruskan projek bikin Sira Pisang kita.Ni mmg favorite I sejak dolu-dolu lagi.Pengat pisang suka jugak cuma I lagi prefer pengat ubi kayu.Perghhhh!

Nak buat sira pisang ni senang yg amat.Senang cara I la.Tapi this time I letak cengkih sikit nak bg rasa.Kalu resepi mak kita dia tak letak.


Dan I suka pecahkan telur kat dalam.Ada orang tak masuk pun telur.

Cara buat sira pisang ni takde beza sangat pun antara cara orang Terengganu dengan orang Kelantan.Lebih kurang sama je.Makanan antara dua negeri ni pun lebih kurang sama.Orang-orang sebelah sini mmg suka manis-manis mcm yang ngah type entry ni jugak la. 

For me masakan Terengganu dan Kelantan mmg my fav la.Haish!Balik Malaysia hujung tahun ni rasa mcm nak ajak suami pergi Kota Bharu la.Sepupu I yg baru berhijrah ke Kota Bharu sbb follow suami dia,hari2 duk post pic makanan.Mmg syurga makanan la kat sana.I ni pulak mmg suka makanan traditional.Yang moden2 ni,sekali-sekala tu orait la layan.Huhuhu!

Berbalik citer pisang tadi,sira pisang ni ada gak orang letak color kuning sikit sbb nak bg nampak kuning.I tak letak pun.Satu lagi udah color hijau dgn pink jer ada kat rumah ni so jangan cari pasal.

Dan td I just letak air,gula (ikut suka la byk mana),daun pandan,bunga cengkih (3 cukup dah kot),pastu telur.Letak garam sikit.Pastu siap.



Inilah dia my 'Sira Pisang'.

Sedap makan kalau sejuk.Dan lagi sedap sebab haku yang masak.Muahahaha!




Delivery to your door step - Saturday

We deliver to your doorstep katanya.I ni pantang ayat delivery ni.Takleh tengok.Hihihihi.

Jadi hari Sabtu kita umumkan hari dapur tidak berasap.Jd buka FB anda,masuk ke Iklan PPMQ dan order la menu apa yg menepati nafsu citarasa makan anda.

Usai bertiga jer kat rumah mcm tak berbaloi nak masak nasik minyak so Iollsss order jer hokkey.Add on sekali dengan kuih sago dan bubur pulut hitam.Tiga menu tapi mahveles I tell u.Tapi menu hari Ahad lagi double mahveles.I order sampai total $20.Huhuhuhu!Banyak order kuih sbb nak share makan dengan jiran Mbak Endah ngan Mbak Rifa.

Seronokkan?Seronok dari tiap kali bukak pintu pastu nampak abang Domino Pizza tercegat depan pintu gate.Ok.Itu cerita lama.


Tapikan jualan makanan Malaysia ni jarang weekdays.Kadang2 jer ada.Kadang2 takde.Selalunya kalau ada mmg diorg buat delivery jugak la.I sukeeeee.

I bukan apa.Kalau self pick up ni payah sikit la.Tp yg hari Ahad ada jer I order kat sorang abang ni,dia tak buat pun delivery tp wife dia willing nak hantarkan kat rumah.Dia pun tau I takde transport.Huhuhuhu!

Aduh bahagia betul kita dipagi Sabtu ni bersenang-lenang sambil hupdate blog.Kikikiki!

Damia as usual la pagi2 lagi just mintak butter cake pastu sapu nutella,milo sechawen.Burppp!kenyang pastu ngadap tv sepanjang hari.Dia tak hadap sgt makanan yg I order ni.Kalau dia mintak pun,2,3 suap,cabut lari la pastuh.

Banyaknya free time we ollsss this weekend.Skang pun duk kira hari.Jadi we ollsss ada dlm 7 hari lagi.4 hari Damia cuti,Khamis Jumaat school,Sabtu petang kami ke Perth.So harini dok fikir pengisian apa nak dibuat.Nak kemas rumah maklum la rumah sebesar istana,setengah jam pun dah settle.Kikikiki!

Kain baju pun takde nak dilipat sbb jenis I kalau angkat jer dari ampaian terus lipat sesiap so takde delay.Takde delay makanya takde la kain baju membukit.Nak iron baju keje suami?Tak pernah ada dlm kamus hidup.Kikikiki!Dia keje pakai uniform yg takyah susah2 nak iron.Ni bukan jenis suami pergi kerja pakai neck tie bagai ni.Ini pergi kerja bau Giorgio Armani balik kerja bau minyak bau besi ni.Ok itu jer la kot.

Heaven btol makan harini.Apapun,Happy Weekend everyone!

Alhamdulillah.

Its Thursday

Sleep in after Subuh kadang2 buat kita boleh terbabas tidur.Hihihi!Mcm I harini,bukak mata jam dah 7.30 pagi.Nak kena catch the bus jam 8.38 pagi jadi ada dalam sejam jer nak siap segala.Dah la I ni jenis suka mandi lama.Lagi la time sejuk2 ni.Kena air suam-suam kuku kakiku tu rasa taknak keluar dari shower.Hehehe!

Tapi pagi ni kena mandi ekspress.Dah siap semua cecepat g dapur prepare snack,morning tea dan lunch damia.3 containers hokkey.Pening mak nak memikior nak letak apa dlm setiap container tu.Selalunya kalau dah lambat sangat I letak roti spread ngan Nutella je.Tp semalam ada bikin butter cake like AGAIN????Hahahaha!So itulah makanannya utk pagi ni.Damia pulak sbb semalam masuk tidur awal so bangun dia pagi ni elok jer la.Tak nangis2.

Tapi pagi ni sempat siap breakfast anak jer.Diri sendiri tak sempat nak makan.Just minum milo jer sbb takut nanti lapar pulak.Maklum la musim sejuk cepat lapar pastu I pulak nak jalan kaki lagi.Walau satu kilometer jer pun tapi atlet mcm I mana tahan.Huahuahua!

Jadi lepas dah hantar Damia terus la misi berjalan kaki balik rumah.Tp Dian pulak tak bagi kerjasama tak mcm selalu.Harini taknak duk dlm stroller pulak tp nak dukung.Jauh jugak oiii dukung gemuk tu sampai rumah.Tp sempat lagi singgah store Naturally Fruits p cari bok choy atau Chinese Cabbage tapi kat plastik dia tulis Asean Vegetables.Nak gak gtau.

Pastu sampai rumah tidurkan Dian pastu terus bersilat kat dapur.Perancangannya nak masak something healthy la kononnya.Apa2 hal kita steam dulu bok choy kita pastu buat kuah dia.I just tumis onion,garlic,button mushroom (fresh punya),pastu perisakan dgn osyter sos.Siap.Nmpk likat tu sbb masuk tepung gandum sket.Ingat nak masuk tepung jagung tp malas nak gerak pastu godek2 pantry.Sayang lemak kat bontot takut makin kurang.Muahahaha!


Nak healthy kan kononnya.Steam la.



Siram jer dia.Sedap neh.Sendiri masak sendiri puji.Kikikiki!

Lepas tu masak nasik goreng 'bodo'.Tau tak maksud dia apa nasik goreng 'bodo'?Hahaha!Maksudnya takde lauk.Takde seafood,takde ayam,takde daging,takde sayur.Hihihihi!

Lepas tu fikir takde sumber protein pulak.Hmmm.....terus keluarkan lamb yg kkita dah marinate sesiap.Pastu grill jer.


 Jadi inilah lunch kita harini.Muahahahahaha!Tak agak2 kau Jah.Lagu ni kau cakap diet??Erkkk!Esok kita start.Muahahaha!

Makan dengan begitu berselera sekali.Nom nom nom!


Pastu nak hilangkan rasa bersalah makan tak henggat,habis lemak lamb tu kau sapu,terus bikin hot tea.Slurppp!!!

Kikikiki!Ada petua pernah I baca,minum air panas lepas makan something yg berlemak.Elakkan minum es.Haih!Baru td terniat nak bikin es alpukat.Sok-sok la buat.


Ini image google ni tp teringin nak minum ni la.Avocado dah ada dlm peti es tapi esnya pulak takdo.Kena buat es dulu la nampak gayanya.Kalau tak tak jd la pulak kot.Tapi motif sesejuk gini nak minum es.Haish!

At last but not least,hehehehe,mesti terfikir mcm mana I boleh menikmati lunch dengan bahagianya tanpa diganggu budak kecik??????



Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............................................................................ni makan dia.................


I bagi dia main ni.Takyah menan Fisher Price,Lamaze blu bla blu bla bagai!Khusyuk wooo dia ngadap ni.

Ini pun boleh buat sel otak bersambung jugak apa.Hihihi!

Tak caya korang try la.Muahahahaha!

Cold + Flu = Ngilu.Huhuhu!

Cuaca dah makin sejuk sekarang ni cuma sejuk dia tu ON OFF,eh ada pulak lagu tu.Ada hari sejuk gigil ada hari rasa biasa jer tapi kalau dah tengah malam tu,hehehe,sejuk dia tu kalau boleh rasa nak postponed hajat tunggu pagi esok jer baru settle.

Setakat ni paling sejuk suhu cecah dalam 8 °. 

Takleh nak bayang orang yg duk kat negara yg suhu cecah negatif.Ala,takyah negatif la.Suhu bawah 10 tu pun dah rasa kalau boleh nak membungkus jer dlm selimut jd tepung bungkus.Itu kalau boleh la.Adeh la!

Taktau la winter nanti macam mana.Tapikan bila dah start datang musim sejuk ni,perkara yg paling I takut sangat adalah anak2 jatuh sakit.Mintak mohon jauh la tapi apakan daya,lebih kurang 2 bulan mereka tak kena selsema,semalam secara berjemaah pakat selsema pulak.

Cerita hari Sabtu bebaru ni,lepas usrah haritu,balik rehat jap kat rumah pastu suami ajak keluar pergi mall.Balik dari mall pergi pulak minum kat Bubble Tea sambil duk melepak ngan bebudak Aviation.Tiga orang termasuk kawan satu tempat kerja dengan suami.Tapi sebut bebudak mcm ramai sgt.Keskeskes!

I ingat lepas minum kat Bubble Tea tu terus balik,tp pergi singgah pulak kedai masakan Thai kat Hawken Drive.1st time try makan situ boleh tahan sedap tapi tak snap gambar sbb malas.Hahaha!Next time kalau pergi lagi kita story la sikit psl kedai tu.Makan ramai2 memang la selera lain mcm,licin hoi.Pinggan kami jer ada baki sikit.Kikikiki!

Jadi balik rumah dah nak maghrib.Dian orait lagi waktu tu walau dah start merenggek-renggek mungkin sbb sejuk kot.Damia pulak berkeras takmau pakai jacket,balik rumah terus sakit tekak.Dian pulak start berair idung.Mak dia pulak berair mata.Hahaha!Nangesss wesss sebab esok bapak diorang nak ke Perth pastu dua2orang budak ni pulak tak sehat.Choi sangat!

Kiranya 1st time la I kena handle anak yg serentak tak sehat sorang2.Malam sebelum bapak diorang berangkat tu diorang dah start tak sehat dah tp I orait lagi sbb leh jaga bergilir,tp 1st night bapak dia takde tu,uishhh!si Dian merenggek takleh tidur sbb hidung tersumbat sampai pagi hokkey.Sampai dengan I sekali jd tersumbat otak sbb tak cukup tidur.

Bayangkan bila dia lena je,I pun baringkan dia.So kononnya dia dah lena I pun nak tidur la sekali,tp mimpi pun tak sempat nak masuk intro,budak kecik ni dah huk hek huk hek.Stress weiiiii sampai pagi drama angkat letak angkat letak dia ni.Mmg tak tidur la pendek kata.

Tapi walau rasa sekak,walau lenguh yg amat,walau penat,tetap nak ucap,alhamdulillah.Dugaan.


Inilah budak kecik hingus sipi-sipi jer lagi nak masuk mulut.Skang dah tak bagi kerjasama dah tiap kali nak sedut hingus tu keluar.Skang cepat jer tgn kecik tu capai duk tarik wayar penyedut tu.

Malam kedua pulak,anak2 dah sehat sikit tapi still merenggek la jugak cuma takde la seazab malam sebelum tu.Tapi 2nd night boleh pulak dua2 orang bangun takmau sambung tidur pastu ngadap cartoon jam 4 pagi.Mak dia dah rasa mcm nak pengsan dah.Nasib la bukan hari Damia sekolah.

Masuk hari ketiga,everything back to normal.Semua dah ok dah.

I pun hitung hari jer ni nak ke Perth pulak.Lama gak kitorang kat sana nanti.Dalam sebulan lebih kot.Nasib la company bagi apartment tepi pantai lak tu.Jadi takde la kami kena peram dalam rumah jer.So pepandai la nanti nak isi masa terluang sementara suami kerja.Hahaha!

Actually this is my first time handling baby and toddler dlm keadaan mcm ni.Dah habis petua I cari macam mana nak buat.

Last2 I apply petua letak hirisan bawang bawah tapak kaki pastu pakaikan stokin.I buat kat Dian time dia punya selsema sampai panas badan yg paling teruk iaitu malam pertama suami takde kat sini.Dan I rasa petua tu berkesan la sbb esoknya Dian dah mcm OK.

Boleh la cuba.Itu pun kira antara ikhtiar kita juga.Tak salah cuba dan lainnya mohonla pada Allah swt agar dijauhkan anak2 ini dari sakit yg lebih teruk.


Santai jer jam 4 pagi layan cartoon.Nasib la dah nak masuk subuh tu diorang nak tidur balik.So I pun apa lagi.Ambik kesempatan la membuta sekali.Lega.


Musim sejuk2 ni perut cepat sangat lapar.Haish!Asyik lapor jer manjang.Syukur la fastfood takde delivery.Muahahaha!Kalau ada pun tak halal.Syukur.Kikikiki!

Jadi semalam bila anak2 masuk tidur awal,boleh tetengah malam I rebus sweet corn.Sedap la pulak lepas tos air rebusan tu,sapu Meadowlea pastu tuang pulak garam.Tak agak2 hokkey.Hmmm....sodapnya.

Pastu pasang cd Sex and the city complete season 4 yg I beli dgn rege $2.Hihihihi.Layankan jer la.Nak tgk time anak2 tak tidur jgn harap la boleh concentrate pastu mcm tak seswaiii pulak sbb Damia sibuk tanya macam2.

Kalau ikutkan I tak minat mana pun siri ni tp sbb org jual murah tu beli.Hahaha!I layan Desperate Housewife jer.Baru ternampak complete season yg akhir tu tp rege tak agak2.Dalam $49 kot.Nanti la beli.Huhuhu!

Kalau dalam series ni watak Carrie Bradshaw tu ibarat fashion icon or fashionista,tp I tak tau la tang mana cantiknya baju2 dia tu.Hahaha!Pastu dlm series ni as usual la watak si Samantha Jones tu mmg bikin sakit otak la.Hahaha!

Jadi itu jer la cerita sehari dua ni.Tak ada la menarik pun tapi nak jugak cerita.Boleh????


Usrah

Cerita hari Khamis baru2 ni,I on the way nak balik ke rumah dari kindy Damia,secara tak sengaja ternampak seseorang yg sedang menanti anaknya kat tepi pagar Ironside State School.Actually dia kat dalam kereta tp biasalah I kan peramah orangnya,kikikiki,terus menonong ke kereta dia then dia pun bukak tingkap.So I pun greet la dia.Yes.Orang Malaysia hokkey.

So berlangsung la sesi kenal diri serba sedikit,tukar no phone dan waktu tu I pulak takleh nak sembang lama sbb nak catch the next bus jam 2.58 pm.Kalau terlepas I kena tunggu another 1 hour kot baru dapat bus.So chit-chat kami bersambung dgn PM kat FB la pulak lepas tu.

Nak dijadikan cerita akak ni ajak I join usrah.I dah tau lama dah pasal usrah ni cuma tak berkesempatan nak join maklum la ada baby yg still BF pastu nak tinggal kat siapa?Kalau boleh tinggal tetek kat rumah takpe.Kikikiki! tapi akak ni cakap tak kesah kalau nak datang bwk baby sekali sbb ramai jer yg bwk anak2 dia sekali so after tanya suami dan dia pun izin,I pun setuju la nak join.Maka hari Sabtu tu I pun ikutlah akak ni pergi usrah.Dia datang ambik kat rumah.

Bercerita pasal usrah ni sebenarnya bukan satu benda baru pun pada I sbb kat area rumah my parents pun aktif jugak group yg buat aktiviti ni dan my mom pun dah banyak kali jd host untuk usrah ni.Antara satu aktiviti yg baik sebenarnya selain dari dapat menimba ilmu ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.Jd yg diBrisbane ni,this is my first time la join.So I just bawak Soraya jer dan Damia stay ngan my husband kat rumah.

Sbb dah lambat sangatkan I tau pasal ni so tak sempatlah nak prepare apa2 then I cuma bawak butter cake yg I buat 3 hari lepas kot.Nak bake something pun mcm tak sempat pulak sbb busy siapkan keperluan my husband yg dah nak fly ke Perth so kami kat rumah macam kelam-kabut sikit la.Banyak pulak kerjaan lain yg nak dibuat.Tapi I pun fikir 1st time ni orait kot bwk satu tupperware kecik dulu.Coming soon in sha allah prepare something yg boleh jamu semua orang.

Jadi host untuk usrah pada hari tu adalah Kak Ain.Rumah dia I lupa pulak kat mana tp perjanan nak kerumah dia dari rumah I lebih kurang 15 minit kot.Tak jauh pun.Dan yg hadir pun ramai jd secara tak langsung I pun berkesempatan la berjumpa either mereka2 yg baru jer sampai ke Brisbane dan ada jugak yg dah tak lama lagi akan meninggalkan Brisbane setelah tamat PHD atau tamat perkhidmatan mereka disini.Ada satu akak tu akan pulang ke Malaysia for good bila suaminya sudah dipanggil pulang utk berkhidmat di Malaysia pula.Akak ni mcm I la follow suami yg bekerja kat sini.

Walau 1st time jumpa,tp sebak jugak hokkey bila akak tu dah ucap selamat tinggal kat mana2 kenkawan dia kat sini.Walau tempuh dia tinggal kat sini dalam 2 tahun mcm tu kot,sedih jugak bila nak berpisah.Hakikat yg I rasa,bila kita tinggal diperantauan,kita akan jd lebih rapat antara satu sama lain.Kadang2 tu dah mcm adik-beradik.Maklum la datang hidup dibumi org tak sama dengan tinggal ditanahair sendiri.Dan nak memulakan hidup baru diperantauan bukan satu perkara mudah dan kadang2 kita pun nak jugak rely selain dari rely pada Allah swt yg utama,kita jugak perlu ada kawan dan satu bonus kalau dapat jumpa kawan yg serumpun dan satu negara pulak tu.Kat sini setiap orang saling melengkapi.Mana yg susah dibantu,kalau ada apa2 aktiviti,sama2 jayakan.Syukur alhamdulillah.Ini pun I rasa mcm one of dari nikmat hidup sebenarnya iaitu hubungan baik sesama insan.

Berbalik cerita usrah haritu,sangat menarik topiknya pada haritu iaitu tentang keikhlasan dan ada jugak diselitkan tentang hikmah sabar especially dlm rumahtangga dan ada la lagi beberapa topik lain yg menarik.Topik pasal parenting pun ada bilamana ada salah seorang tu ada taska kat Malaysia so dia mmg tahu la serba sedikit ttg kanak2.Tapi taknak cerita panjang kat sini.Tengok la kalau I dapat recall balik nnt I tulis.Haritu pun takde sempat nak catat apapun usai duk dokong si Dian yg merenggek.Jd pasang telinga jer la.Naqibah haritu pun ada cakap ilmu ni tak semestinya dapat dengan pergi menuntut sahaja,dalam keadaan apapun kita boleh timba ilmu.Jd haritu dengan dukung anaknya tapi pasang telinga,I dah dapat beberapa ilmu baru.

Cuma ada satu yg I nak tulis kat sini tentang power of 17 seconds.Ini apa yg dikatakan oleh ada seorang akak tu waktu dia bagi talk pasal parenting.Ya,17 saat yg mampu merubah sesuatu.Jd apa yg dibuat dlm masa 17 saat tu adalah dengan bersabar.Dia ada bg contoh tp sbb I byk sangat telan semut,skang takleh nak recall la pulak.Ingat nak letak satu contoh yg dia bagi.Adeh la.


Ini antara mereka yg hadir.


Baby yg dlm bouncy chair tu baru habis pantang.Hehehe!


Ini adalah juadah yg disediakan oleh tuan rumah sekali dengan juadah yang di top up oleh mereka yg hadir.

Ada pulut kuning rendang daging,rojak utara,butter croissant makan dengan mushroom soup,nasik lemak,butter cake (I punya.Hihihi!),cheese cake,tiramisu,pizza pastu beberapa dessert lagi.


Semua sedap pastu yg hijau hujung kanan tu dah lama I teringin nak  makan sekali ada orang bawak.Aduh!Duh!Duh!Hilang kempunan.Hihihi!

Lepas sesi makan,sesi suai kenal la tukar2 no phone.Dan time ni la baru tahu yg kat area rumah I dah makin ramai orang Malaysia.Kebanyakannya yg baru sampai la.So makin meriah la.

Dalam jam 12 tengahari kami pun gerak balik.

Sampai jer kat rumah disambut suami kat depan pintu rumah tapi muka dia mcm pelik sikit.Hahaha!

Hmmmm........ni mesti ada benda berlaku nih.

Pastu dia cakap slow jer yg dia dah rosakkan salah satu baju kesayangan I.I pun mcm terkedu kejap.Awat boleh jd lagu tu??Pastu dia ckp la dia kemas rumah pastu do laundry.I pun mcm,"Jadi awak campur semua pakaian???".Grrrrrrr...........................ok cepat apply the power of 17 seconds.Hamboih!!!

I diam kejap.Ambik nafas pastu pergi belakang suruh dia tunjuk baju mana yg kena tu.Sekali dia tunjuk la baju yg sepatutnya kosong tp tetiba dah ada bunga.Hahaha!Actually bukan la baju kesayangan I pun tapi lebih pada baju baru beli dan baru jer 2 kali pakai.Buntang mata I tgk sbb baju tu color kuning dan color yg melekat-lekat pd baju tu pulak adalah color BIRU.Bertompok2 besar-besar pulak tu.That time suami mmg dalam cubaan nak selamatkan baju tu la kononya dgn cuba cuci kali kedua.

Tapi betul la berkesan the power of 17 seconds tu bila I just cakap kat suami takpe la.Dah nak terkena nak buat mcm mana.Lagi tak sampai hati nak ckp apa pun usai tgk rumah kemas,baju dah siap jemur.Effort dia nak bantu I buat kerja rumah tu pun dah rasa syukur sgt dah.Kalau I ikut perasan marah pastu merajuk apa yg dapat.Betul tak?Silap2 boleh gaduh besar suami isteri.Tambahan lagi apa la sgt nak dibandingkan dgn baju yg rosak tu pastu kita suami isteri nak masam muka.

Actually I tak expect dia nak do laundry sbb mmg sebelum ni I dah gtau laundry semua tu kerja I sbb lelaki dia tak particular mcm wanita.I jenis particular sikit bila do laundry.Usai pakaian anak2 takleh campur dgn pakaian kami.Lagi la pakaian putih asing dgn pakaian color.Baju kerja suami pulak totally asing terus biar la kena cuci sehelai sekalipun sbb I tau kerja dia mcm mana yg ada jugak sedikit sebanyak terkena chemical.

Selalunya I just mintak tolong suami sidai baju jer.Basuh dan lipat mmg I buat sbb kalau lipat baju I mmg suka.Hahaha!Lipat baju depan tv mmg tak perasan la kalau kain baju menggunung sekalipun.Hihihi!

Dia ada jugak cakap beli baru la.Hmmm....for me no need la.Kita usaha dulu cari solution dia.So petang tu pergi Wollies.Jenuh la laki bini duk belek satu2 botol cari stain removal.


Kami beli yg ini.Cara nak apply just tuang sikit atas kotoran tu pasti rubbing la.Dan hasilnya sangat mengembirakan.Hilang tau tak kotor tu.Syabas!Hahahaha!


Ini baju yg dah dicuci dah kering sekali sbb I masuk dlm dryer.I cuci pakai tgn jer baju ni.Tp mmg kena basuh asing pun baju ni.Tp bila suami masuk dlm wahing machine,pastu kena pulak tompok2 biru,mmg baju ni nampak buruk gila dgn kedut2nya.Tp I try jugak cuci balik pastu keringkan pakai dyer sekali,ting!!kembali pada asal.Kalau waktu basah tu dia jd berat pastu nampak mengelebeh,tp bila dah kering dia jd bentuk asal balik mcm baru beli.Serious tak tipu.Ini sbnrnya sweater yg baru I beli kononnya dah nak masuk musim sejuk ni kan.Hahaha!Warm clothes for Women dari Tommy Hilfiger, V Neck Sweater.Carik la.Color2 dia semua cantik2.Rambang mata nak pilih.I pun sajer jer pilih kuning.

Tapi lega bila dia dah jd asal balik.Tapi silap pulak I tak snap gambar masa sblm I put Varnish tu.Baru la lebih nampak keberkesanan stain removal tu.Tp sesiapa baca ni,leh standby satu kat rumah bagi kegunaan waktu tak terduga mcm ni la.Phew!Selamat!

Jd kawan2,pokok pangkalnya dalam keadaan apapun,cubalah bersabar.Sbb kalau kita nak do something dlm keadaan nak marah,satu apapun pun tak jadi.Percayalah.

Eksesais

Selalukan dalam hidup ni kita perlukan faktor penolak baru kita nak buat.Faktor penolak lepas tu baru nak bertolak.Hehehe!Eh,main kiasan pulak.

Apa faktor penolaknya?Apa benda yg kita nak buat?

Faham tak ni?Sampai ke tak apa yg nak cuba disampaikan ni?Hahaha!Atau apa yg aku merepek ni??

Ok.Ayat kejam takde kiasan,"Dah tahu skang gemuk,rajinkan la diri eksesais".

Hah!Tu dia.Ok.

Seperti biasa rutin normal I setiap minggu kecuali cuti sekolah adalah menghantar Damia ke kindy.Hantar pulak bukan berkereta tapi naik bus.Sampai dah expert sgt dah jalan sini sbb habis laluan dah I try.Hahaha!

Suami cakap,bagus2.Bini aku memang suka takde kerja cari kerja.Huhuhu!Pastu cakap kat suami alang2 duk hantar ambik anak,ingat nak exercise sekali la dengan berjalan kaki pulak.Nak pergi gym jgn harap la si Dian I nak letak mana.Nak senam aerobik kat rumah susah nak konsisten.Minggu ni buat sekali pastu yg kali kedua pulak masuk bulan depan seterusnya belum tentu buat.Muahaha!

Jadi minggu lepas buat muka sedih tunjuk kaki melecet sbb jalan jauh kasut tak sesuai.Pastu ckp kita nak turun berat badan saje jalan jauh tp kasut tak best.Sekali suami cakap,"Iya iya.Kukuh sangat alasan tu.Good reason katanya".Hihihi!

Jadi bila suami dengan semangatnya belikan running shoes baru (walhal yg kat Malaysia tu yg almost 4 years dah I beli tp tak pernah pakai pun),kena beli yg baru sbb I tak bwk kasut I tu.Huh!Last week terus beli hokkey.

Tak nyempat nak tunggu sales Mother's Day.Eh,Mother's Day pun ada sales running shoes gak ke?Mungkin kot kalau ada yg nak bg mak dia suh eksesais.Hahaha!


Kalau yg sebelum ni pink,kali ni amik yg orange pulak.Biar dari kejauhan suami dah boleh spot kita.Hahaha!Tu dia bini cheq ngah eksesais.

Pastu sempat lagi selit selipar.Hahaha!Asyik duk berkasut jer manjang,rasa bosan gak.


Ini memang murah kat sini.Kalau kat Malaysia mmg mahal la sikit usai ini mmg brand sini.Mahal la kan kalau takat selipar up sikit dari selipar jepun pastu nak letak rege sampai RM70-80 sepasang kan?.Hahaha!Tp kat Malaysia I ngak tau berapa yg ni.Ini yg paling standard jer ni.Taktau la either kat Malaysia pun murah gak selipar ni.Mampu milik ni dan boleh beli tanpa rasa was-was.Hehehe!

Dan hari ini memang dalam sejarah la I mampu jalan kaki sejauh 2 km sambil tolak Dian dengan stroller.

Esok mesti ulang lagi.Dan lagi,dan lagi.Target dia nak sama berat dengan suami.Terkejutkan?Stress tau tak bila isteri lagi berat dari suami.Itu yg asyik sabotaj dia sengaja masak pastu masak pastu masak,pastu paksa dia makan.

Memang cantik la.Mcm harini,I masak nasik ayam simple (nak gtau simple sbb tak follow cara biasa buat nasi ayam.Guna cara lain sikit.Ok nanti kita story).

Lepas dah kenyang dinner,eh masuk dapur lagi bikin butter cake pulak.Lepas masak suami cakap jap lagi dia makan.Pastu kejap tak kejap,sesedar dia dah membuta.Akhirnya butter cake masuk perut aku jugak makan sambil nangis T _ T (leh caya ke?bunyi mcm bahagia jer.Hahaha!)

Asyik macam ni,bila nak capai target berat ideal ni.Adeh la!


Butter cake resepi pakai main hantam sajolah ikut mana ada bahan2 kat pantry.


Inilah nasi ayam serba-serbi nak cepat namanya.Maunya tidak,takleh nak masak nasik ayam yg proper sangat sbb lately Dian susah betul nak tidur lama sikit time siang hari.Asyik nak memerap jer.Tak memerap buat lawatan tapak dlm rumah.Dah la skang dia gerak walau still meniarap lagi,laju gila.Kejap kejap depan pintu toilet,kejap bawah meja makan.Jangan nanti kejap-kejap dah ada kat rumah orang sebelah.Hehehe.Jadi mmg agak mengganggu konsentrasi untuk memasak la.

Maka terjadinya nasi ayam ni pun bila den tak kuaso dah nak mengojar anak daro pastu kalau lama sikit tinggal dia kat hall,dia punya nangis jerit kuat gila.


Letak la jugak sikit saderi nak bagi aura rasa sup tu.Daun sup sikit tp bawang goreng dan kobis asin takdo.

Nasi ayam harini I pakai kiub Knorr jer pastu ayam dia I perap pastu bakar.Nasi pulak,amik balik sup td,tumis sikt dgn butter,halia,daun pandan,bawang putih (I dah kisar siap2),taruk gula sikit (nak bg rasa lemak).

Ayam pulak I taruk sos tiram,kicap manis,kicap masin,garam sikit,madu,gula sikit pastu perap ngan ayam.Bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 40 minit kot.Aksesori tambahan,salad takde,timun takde so letak tomato jer.Nampak tomato mcm berkuah tu sbb I tuang sikit gravy dari ayam.Panggang ayam tu I taruk butter sikit,itu yg jd meriah sgt gravy dia tu.Siap.Mmg senang gila.Rasanya setengah jam dah siap kot masak.Kikikiki!


Ayam yg dah masak.Mekar sekali kelihatan bontotnya ayam itu.Hihihi!


Potong tomato pastu letak gravy ayam tu sikit.Kikikiki!Part buat gini buat gitu memang kepakaran kita.Janji rasa sedap.

Sos lada pulak,I guna jer sambal belacan yg dah sesiap buat stok dlm peti es.Kikikiki!Sorry la suami nasik ayam ada rasa belacan sikit.Bini mu ni malas harini!

Scarves & wraps

Pernah tak dengar quote tentang perempuan bilamana dia sudah punyai pakaian yang penuh satu almari,tapi masih merasakan mereka tiada baju untuk dipakai setiap kali nak keluar.Hahaha!Itu yg asyik nak menambah jer tu kan?Yer dok? 

Suami-suami,jangan stress dulu.Ni ambik ayat Ustaz Azhar Idrus,belanja jer la isteri tu beli baju tudung mcm2 kalau dah udah itu yg boleh buat dia rasa happy.Hahaha!Terbaik la ustaz.

Kikikiki.

Jadi ini cerita sebelum datang sini haritu I angkut banyak gila tudung tak kiralah shawl,pashmina,tudung bawal,tudung instant,tudung syria kemboja timor leste,tudung Fareeda Rogayah Salmah,semua I angkut.Motif bwk byk kononnya senang la nnt nak match ngan baju pastu for sure la kat sini mana ada orang nak jual tudung mcm kat Malaysia sana.Hihihi.Tapikan itu apa yg kita fikir la pd mulanya tp sekali ada jer student yg jual shawl,tudung bawal siap ada kecik besar hokkey tp takdelah byk pilihan mcm kat Malaysia.But still ada la.

Jadi haritu bila ingat ada kawan yg nak balik Malaysia,terus la I marathon online shopping tudung.Just on time la tudung2 tu semua selamat dipos kerumah pastu my mom kirim la kat kawan kita tu.Hihihi!Hmmm....tudung dah berlambak2 duk tambah lagi.

Pastukan I baru perasan kat sini pun rupanya ada la dijual shawl,pashmina bagai.Sblm ni ada nmpk tp tak la byk sgt tapi sebenar tidak hokkey sbb mmg banyak pun.Kalau tgk kat butik I malas nak bukak satu2 sbb duk terbayang kadang2 scaft ni diorang pakai samada lilit kat leher atau ikat kat handbag.

Sekali haritu I cuba bukak,lerrrrr....boleh tahan besar jugak rupanya.Mmg boleh dibuat shawl.

Tapi diorang sebut scarves & wraps la kan.Pastu last week telah terjebak secara tak sengaja.Lepas tu terus datang sawan time tu jugak.Actually kami masuk Myer nk cari jacket.Myer ni mcm Isetan or Parkson la kalau kat tempat kita.Nak sebut Robinson mcm x byk pulak.Tapi konsepnya mcm tu la.Satu lagi David Jones.Dua tempat ni everytime I buat lawatan tapak mencuci mata kat bahagian alatan rumah tak kiralah untuk dapur ke,living room ke,bilik tidur ke,mesti nk pitam sbb comel2 tau brg2 dia.Haish!

Jadi tersinggah pulak kat area yg jual scarves & wraps tu.Omak aiiii.Santek2 hokkey scarves dia.Material kain dia pun best sgt.Ringan dan lembut tapi panjang.Corak dan warna yg mmg sangat cantik dan unik.So lilit byk kali pun takde masalah.Nak lilit sampai tercekik pun lagi takde masalah.Boleh cuci mata tgk kat SINI.

Tapi untuk permulaan ni kita sambar dua dulu.Nanti slow2 kita kumpul.Muahahaha!Gelak jahat.


Ini suami yg berkenan.


Ini kita yg berkenan walau suami sound "Dinda dah ada byk la yg polkadot".

Arghhh!I don't care.Muahahaha!~

Indahnya makanan Malaysia

Teringat ada satu haritu kita punya beras oh biras,hehehe,post gambar pulut panggang atau kalau kat Terengganu kami panggil pulut lepe.Hihihi!One of my favorite.Kalau ke bandar Kuala Terengganu ada satu gerai yg jual pulut panggang yang agak sedap (beratur hokkey orang yg nak membelinya) iaitu kat Jalan Pejabat.Kedai kecik jer paling hujung kat simpang.

Dan sebelum I nak fly ke Aussie haritu,jumpa pulak satu lagi yg boleh tahan sedap jugak tapi takyah beratur pun iaitu kat simpang empat traffic light nak ke Pelabuhan LKIM Chendering.Bukan takat pulut panggang,sata (tahu ke tak ni?hahaha) dia pun sedap.Dan satu lagi satay ikan kuah pekat color merah tu pun sedap.Actually satay ikan ni rasa satay dan kuahnya sama jer dimana2 cuma I suka beli sini sebab dia guna lidi satay yg panjang tu.Lidi satay standard.So takde la pakai lidi yg pakai racik sendiri tu kenkadang color pun mcm hitam jer.Hehehe!Makan pun serupo cuci mata jugak.Hahaha!

Eh panjang pulak cerita.Jadi motif biras I tu nak bagi I terliur la tunjuk makanan traditional yg mmg fav I pun.Tapi malangnya dia tak tahu,duk kat Aussie ni sebenarnya tak susah pun nak jumpa makanan mcm tu.Mungkin takde la semewah atau semudah kat tempat sendiri tapi takat craving tu apa la sgt.Setakat ni mana yg I mengidam nak makan,in sha allah boleh buat sendiri dan bahan2 mentah mmg ada dijual.

Dia mungkin lupa I bukan duk kat Timor Leste ke apa.Tak pun hutan Amazon sana.Australia jer beb.Kalau tak silap haritu tertengok berita yg mention lebih kurang 80,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Australia.Betulkan kalau salah.Hihihi!Jadi diorang ni kalau dtg takde datang lenggang-kangkung.Mesti diorang bwk jugak apa yg berkait especially makanan la.

Dan baru2 ni happy sgt rasa bila kiriman dari my mom selamat sampai walau ada satu tak selamat.Hahaha!Kena rampas dek kastam beb iaitu ASAM KEPINGku.Nangis hokkey.Itu main ingredient nak bikin singgang kau tau tak T-T

Hahaha!Actually bukannya asam keping takde jual kat sini.Ada jer dijual kat kedai oriental cuma biasa la.Nak jugak yg dari kampung punya.Hihihihi!Jadi alang2 kirim ada jugak I kirim sugar palm (ewah).Kawan I tu kemain bersoal jwb siap aku tarik kau tarik dengan kastam tu,last2 selamat jugak I punya nissang tu dari dibuang ke tong sampah.Phew!!Sini kalau sugar palm biasa atau gula kabung tu berlambak jer dijual even kat supermarket pun ada.Tp mulut kita nak nissang Terengganu jugak.

Dan satu lagi benda yg sgt2 berharga dan hampir dirampas jugak adalah I punya kapur untuk masakan.Kapur ni kalau kat rumah stok dia tak perlu byk pun.Satu tupperware kecik pun dah cukup dan dengan size tupperware kecik tu pun mampu tahan setahun tau sebenarnya.Dan I beria sangat nak tu sbb sini mmg tak pernah jumpa dan dengan kapur tu banyak la jugak kuih2 traditional yg I boleh bikin.Alhamdulillah tak kena rampas.Mungkin sbb dlm small container yg proper kot.

Ikan bilis,udang halus / baring tak lepas.Keropok keping lepas.Ikan bilis ada jual kat sini tp tak cantik sgt mcm kat tempat kita punya.Budu tak lepas tapi itulah disaat craving sgt nak makan budu sekali ada student Malaysia jual.Nak menangis rasa.


Ini image dari google tp yg I beli tu packaging macam ni la.Sebijik tau.Satu pack diorang jual $2.50 pastu kat dlm tu ada pulak pack kecik dlm 4 packs.I borong sampai 8 packs.Hambik kau.4 packs kirim kat sepupu di Melbourne sana yg mengidam jugak nak makan.Nasib kebetulan I mmg nak order.Nasib baik la my cousin tu tanya time tu.Ingat tak makan budu tapi rupanya makan jugak.Kikikiki!Orang tu buka order tak sampai berapa hari dah sold out beb.Hahaha!Hot stuff hokkey.Sanggup pergi ambik kat rumah akak tu.

Balik cerita my friend td,asam keping I kena rampas tapi elok pulak tempoyak lepas.Owh!Baru teringat,esok I nak mintak sikit dari dia.Hahaha!Dia janji nak bagi sikit haritu.Janji harus ditepati.Ni kes tempoyak punya pasal boleh putus kawan ni.Hahahaha!I syak anjing pengesan  tu dah rosak deria bau dek tercium bau tempoyak tu agaknya.Hahaha!Lepas hokkeyy!Itu kisah makanan kiriman.Mcm2.Nak stok mcm takmau balik Malaysia dah walhal September ni in sha Allah balik ke tanah air.

Jumaat baru-baru ni cuti sempena Hari Anzac.Anzac ni adalah hari bagi mengingati tentera Australia yg gugur dimedan perang.Siap ada biskut sempena Anzac tau.Teringin nak buat sbb dia punya recipe mudah jer tp oven pulak taktau nak bukak.Tp skang problem dah solve.Oven dah boleh guna.Yahooo!!Tak sabar nak menroti.

Kat sini every Saturday selalunya la (ada jugak takde),akan ada jualan dari students Malaysia.Port tempat berkumpul adalah di Guyatt Park.Selalunya perjumpaan mmg kat sini la.Kami ni takde la kenal rapat sangat dengan diorang ni.Maklum la yg kebanyakan group ni adalah pelajar2 tak kira la yg degree,master dan PHD.

Jadi kami ni pulak Malaysian yg datang bekerja jd tak la selalu jumpa diorang.Mcm diorang mmg la kenal satu sama lain dah kat kampus pun bertemu jugak.So kami ni kena cuba join diorang la baru dpt kenal2 dan takat ni ada la 2 kali pergi so I pun dah kenal beberapa orang dari mereka.Haritu ada jer Family Day untuk Malaysian di Brisbane dan semua dijemput hadir tak kiralah datang belajar or kerja boleh jer join tp my husband pulak kebetulan out station so tak dapek la den nak join.I suka sebenarnya join community macam ni.In sha allah next time kalau ada kita join.

Dan sebab community Malaysia yg agak ramai kat sini la yang buat kami pindah dari Springsfield sana datang ke sini.Tapi I honestly mmg lagi suka tinggal kat sini la dari rumah sewa lama.Mmg right decision la pindah sini.Hihihi!

Jadi hari Sabtu tu ada la student yg menjual makan pagi.Banyak menu yg diorang jual cuma I malas la nak ke Guyatt Park sana pergi amik makanan yg diorder.Memandangkan satu ni diorang tinggal tak jauh dari rumah kirorang,so order dengan diorang la.Tp kena pre order dulu paling lewat sehari sebelum.Actually student ni dengan wife dia mmg aktif berniaga makanan kat sini.Dan paling menarik diorang buat delivery ke rumah.Lagi best rumah dia dan rumah I tak jauh mana.So I apa lagi,order la sesedap rasa pastu dia datang hantar ke rumah.I suh suami tunggu kat tepi jalan.Hihihihi!So pagi Sabtu yg nyaman,breakfast ala Malaysia la kami.

I order nasik lemak pandan ayam berempah,laksa utara,kuih seri muka,kuih lopes dan ais cendol.Bukan nak puji atau apa,semua sedap beb.Serious dah rasa mcm makanan yg dijual kat Malaysia.


Nasik lemak pandan ayam berempah.Bukan satu chicken wing dia,tp dua pada harga $5.Nasi banyak sampai boleh share dua orang.Murah tu.Sbb suami ada cerita kat sini ada satu restaurant yg dikendalikan oleh orang Melayu.Kecik jer kedainya.Ada jual nasik lemak tapi dia punya cekik mmg tak patut la.Nasik lemak dgn satu chicken wing diorang caj sampai $10 pastu tak sedap.Bebudak ni sekali jer pergi lepas tu tobat dah taknak pergi.Baik diorang makan kat kedai Indian Cruisine Halal boleh dapat satu bahagian ayam (ayam seekor bahagi 4) dgn nasik harga tak sampai $10.


Kuih seri muka 4 pieces pada harga $2.Suami makan 3 tinggal I satu jer.Amboi!Sedap.


Kuih lopes pada harga $2 jugak.Inilah dia antara sebab gigih sgt I nak kapur tu.Kakakaka!Lama  nau teringinnya sekali ada orang jual,terus order.Pun sedap.


Melepas rindu cendol pulut sedap yg dijual pakcik naik motor kat depan Sabasun area JPJ.Hahaha!Ini takde pulut tp dia taruk kacang merah.Sedap jugak.

Memang puas hati kami makan.Dah kenyang semua,terus keluar pergi ukur lantai mall pulak.Wahahaha!

Takde aktiviti lain la.Pergi shopping.Yahooo!!!

Bunny and eggs chocolate

Ester jatuh pada hari Isnin.Jadi kat sini kalau cuti jer memang cuti betul la.90% kedai tutup kot.Alahai omak!Kikikiki!

Semua tahukan Easter tu perayaan Kristian so takyah cerita panjang la.Tapi malam tu barulah I nampak beberapa rumah meriah dgn kunjungan tetamu.I taktau tradisi kat sini macam mana.Maklum la baru sgt duk sini.Tapi masa hari Good Friday haritu pun sepi jer.Tp malam before or after Easter haritu (lupa lak) ada la beberapa rumah keliling rumah I ni dikunjungi tetamu,pastu diorang duk sembang2,makan2,gitu la.Dengar la dari rumah ni kemeriahan dia tu.Baru nampak rumah2 diterangi lampu until 10 malam kot.Kalau tak after Isyak,skang Isyak jam 6 lebih,kebanyakan rumah dah sepi.

Kat tempat kita kalau cuti perayaan atau hari2 tertentu mall open mcm biasa.Sini tutup.So Isnin tu sepanjang hari la duk melepak kat rumah.Udah la sepanjang hari siaran tv tak best langsung.Ntah apa yg kami buat taktau la sepanjang haritu bagi isi masa.Hahaha!

Tup tup maghrib tu jiran datang hantar coklat.Hihihi!

Suka la kami dapat coklat free.

Sedap pulak tu rasa dia.Pulun la makan sampai tanggal gigi.Sekarang ni memang diorang dah buat jualan murah besar-besaran coklat2 nimemandangkan Easter dah berlalu tapi takde la nak membeli walau kalau tgk dia punya packaging tu mmg rasa ringan jer tgn nak sambar beli tapi bila fikirkan nnt siapa nak makan?Kalau ada kakak kita takpe.Dia hantu coklat.Hantu betul pun dia jugak.Muahahaha!


Budak merangkak macam askar ni terus serbu.Cara serbu mcm dah boleh makan.Sian dia.


Kakak dia apa lagi.Terus ngap sebijik.Tapi tak sempat habis pun terus surrender.Besar sangat.


Adik pun nak kerjakan jugak.Sampai menjejeh air liur.Pandai pulak pilih bunny.


Itulah jer ceritanya.Tak la menarik sangat pun.Kikikiki!Tang dapat coklat free tu jer macam menarik sikit.

Malam tu I masuk dapur dah nak tidur dah time tu tengok segala coklat tersusun macam ni.Tapi kita ingatkan Damia punya kerja.Tapi rupanya bapak dia punya kerja.Mmg takde kerja betul la.Rajin duk susun atas meja ikut turutan pulak tu kecik depan besor belakang.Mcm nak amik gambar satu kelas zaman sekolah dulu.Kikikiki!

Dulu time skolah bengang jer sbb asyik kena duk depan maklum la petite.Ye ke?Hahaha!Skang tak dah kot.Dah membesar bagaikan juara.Kikikiki!Sama gak kalau beratur time assembly.Kena duk baris paling depan.Kita beria nak duk belakang sbb boleh sembang.Hahaha!Haish!

Wordless Tuesday

Harini takde apa yg nak cerita cuma satu jer iaitu setiap hari Selasa ayam KFC dia $1 seketul.Heaven tak?Mih!Mih!Mih!

Layak ke kalau nak letak wordless Tuesday ni??

Boleh la yer.

Layan gambar Tengku Dian Soraya dengan patung dog dia yg mati2 mak dia ingat bunny masa beli tu.Kesian mak mcm ni sbb takleh beza antara dog ngan bunny.Huhuhu!


Picnic at Nudgee Beach yeeezaaa!Hahaha!

Outdoor activity yg I mmg really enjoy adalah picnic.Hehehe!Sebab apa ek?Ada makan2 kot.Kikikiki!Aktiviti ni tak tunggu datang duk sini pun baru beria nak buat tp dari duk tanahair sendiri lagi mmg suka.On weekend pastu berkumpul reramai.Cari remis la,kalau takde remis kita pulun main layang-layang.Seronokkan.Maklum la orang Terengganu yg membesar di kawasan yg berhampiran dengan pantai.Dari kecik sampai besar,tak pernah bosan dengan laut.

Maka hari Ahad haritu after Zuhr kami ke Nudgee Beach.Dalam 26 minit dari rumah.Ini invitation dari bebudak Aviation MAS.Ada BBQ katanya pastu as usual la pot luck.

Pagi tu pergi ke pasar kat Inala tp sampai rumah dah around 11 am dan mmg nak kena masak cecepat la sbb masa tinggal dlm 2 hours jer kot sblm nak gerak ke sana.Jadi nak senang I masak nasi lemak kukus dgn masak merah /sambal ikan tenggiri.Aksesori nasi lemak mcm telur rebus pun tak sempat dah nak bikin.Tp dessert sempat jugak buat tapi itupun yg paling simple iaitu Puding buah peach.Buah peach in syrup tu mcm dah lama sgt dalam pantry pastu for the first time pulak baru cuba buat puding guna agar2 serbuk.Selama ni pakai agar2 tali biasa tu.Rupanya guna yg serbuk ni lagi mudah sebenarnya cuma perlu tahu la berapa sukatan air dia.Terlebih letak serbuknya,terkurang air,nanti keras pulak pudingnya.Mcm haritu I buat mmg just nice.

Dah siap masak packing semua.Jom kita.Hehehe!



Nudgee Beach.

Pantainya berpasir hitam.Kiranya kalau buat comparison pantai tempat kita yg crystal clear blue water,white sands bagai mmg kita punya pantai mmg lagiiii cantek la tapi mentaliti sesetengah orang Malaysia yg kelas ketiga suka buang sampah merata-merata,yg cantik itupun jadi tak cantik.Memang sayang.

Kat sini pulak pantainya biasa2 ajer dengan pasir hitam tapi sbb bersih takde sampah-sarap so nampak cantik la.

Sayang seribu kali sayang.Walau campaign byk dibuat tp kebanyakan orang kita ni mcm tak amik port.Rasa nak buang,campak jer macam tu.

Sama la jugak after picnic.Kalau yg ada kesedaran mmg akan bersihkan balik tmpt diorang berpicnic tu,tp ada sestengah lantak la.Datang pandai pilih tempat yg bersih,tp dah balik,biar jer segala sampah2 mcm tu jer.

Ehehehe!Panjang pulak bebel haku ni.


Nasik lemak kukus masak secara segera.Hahaha!I tanak kejap dlm periuk biasa kat atas dapur biasa,agak2 kering sikit air dia semua,I masuk dlm periuk kukus.Siap.Ini cara nak cepat la.Cara lambat ada dan yg pasti rasa lebih mabeles tp cara segera ni pun sodap jugak.


Masak merah / sambal ikan tenggiri.


Inilah pudingnya.Datang elok jer rupa bulat mcm donut tp jd mcm ni bila kaki Damia hempap.Alkisahnya suami letak ni atas seat belakang je,sekali tak sangka pulak Damia nak baring.Huhuhu!Puding disaster.Bila gtau bebudak ni diorang cakap,kaki pun kaki la kak.Hahaha!Tapi licin diorang makan.

Pastu menu lain mcm ayam yg dah marinate dengan BBQ sauce,sausages,bread semua diorang bawak.Tukang membakar pun diorg jugak.Kami makan jer yg dah siap.Hehehe!


Kemain merenung jauh.....................hihihihi!Walhal tengah BF.Kikikiki!


Damia yg beria nak main pasir tp I tak bagi.Penuh ngan tapak kaki anjing plus udara sejuk la pulak.Nasib ada bawak blanket.Boleh la balut si Dian.


Just pandangan tak kiri,kanan.Hehehe!


Cek Mek Molek yg 1st time sentuh rumput.Tak suka dia.Geli kot.Hahaha!Tapi jenis I tak kesah anak nak letak mana pun cuma suami jenis tak boleh sikit.Damia main korek2 tanah kat depan rumah pun dia tak bagi.I okey jer.Main la nak.Jangan kau makan pasir tu sudah.


 Tekun masak.Bau dia pun perghhh!Semerbak seyyy!

Kat sini I perasan kalau diorang masak BBQ mmg tak tinggal grill sekali dengan bawang besar.Itu yg bau dia lagi menusuk kalbu tu.

Dan port nak masak BBQ ni boleh dikatakan ada dimana-mana park.Bersih.Kalau tak confident nak grill direct boleh cover dgn aluminium foil.Sini sesiapa guna pun,lepas guna diorg akan bersihkan balik so orang yg seterusnya boleh guna takyah nak bersih2 dulu.Mcm tu la seterusnya.

Tmpt kita boleh provide mcm ni jugak cuma tak larat nak tukar baru la sbb hilang.Kikikiki!Usaikan penutup longkang yg besi tu orang boleh curi,inikan bebenda macam ni.Hahaha!

Bayangkan rumah kosong takde penghuni,segala benda orang boleh ambik curi,potong kabel la bagai,benda2 terdedah mcm ni lagi la kan.Mcm my parents punya rumah yg ditinggalkan kejap masa diorang datang sini pun ada cubaan org nak pecah masuk.Tp tak berjaya.Sempat kopek jer.Itu gunanya ada kunci rahsia.Hihihihi!Hmmmm....taktau la.Pecah rumah skang ni kat tempat I mmg makin menjadi2.Entah sbb desakan hidup,hobi dah takde rasa takut kat Tuhan atau apa,taktau la.


Jadi inilah dia.Tengok,kan busy tu semua.Muahahaha!

Ok la.I rasa banyak membebel pulak entry ni.Hahaha!Gambar mmg tak byk sbb snap gitu2 jer.Hahaha!Sibuk nak makan jer.Sbb tu kurus.Eh!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You