Part 1: Ada org ckp alasan ini menyebabkan keinginan utk beranak terbantut sama sekali tapi tidak pada aku.Let's cekidout!

Last time aku ada tgk satu video di youtube dari Arturo Trejo yg cerita 18 reasons kenapa perlu tak ada anak dan dari situ terasa nak buat list yang berkaitan 18 reasons tersebut but malangnya hanya dapat list sebanyak beberapa reasons sahaja.Kalau dalam video tersebut dia menunjukkan betapa annoyingnya mempunyai anak kecil namun dari rasa annoying tersebutlah sebenarnya menceritakan betapa bertuahnya aku kerana diberi peluang olehNya untuk merasai sendiri nikmat menjadi seorang ibu pada sikecil ini.

Aku tak mampu menolak bahawa setelah mempunyai anak,banyak benda yang harus aku tinggalkan.Ruang untuk diri aku sendiri sekalipun kadang2 hampir tiada.Bohong andai dikatakan aku tidak stress dengan beberapa keadaan namun aku sentiasa berfikiran positif dan itu sahajalah terapi yang terbaik yang mampu aku buat untuk waktu ini.

1 - Parents abuse

Cuba untuk deny dengan mengatakan anak sendiri adalah tersangatlah behave ketika berada di tempat awam?The answer is NO.Lupakan tentang kenakalan dia dirumah kerana dirumah semestinya dia adalah superhero bkn tapi superwoman sebenarnya.Parents abuse?Yeah,sometimes.Biasanya berlaku sewaktu kami diluar.

Terus-terang dikatakan membawa Damia keluar berjalan-jalan atau shopping adalah suatu yang azab sebenarnya.Bunyi agak kejam namun itu adalah hakikat.Jatuhkan barang,capai apa sahaja yang nampak dimata,berlari kesana kemari (tips penting-untuk menangkap si kecik ini jgn sesekali kita berlari sama kerana dia akan lari lebih laju budget org nak main kejar2 dgn dia.Berlakonlah konon2 kau tak perasan dia dan jalan slow2 kearahnya) dan paling tak tahan bila melakukan aksi meniarap dilantai mana2 tempat yang dia rasa nak meniarap.Ya,mood bershopping kadang2 hilang terus bila berlakunya ini.Tapi bukan kadang2 rasanya tapi setiap kali.Sabor je la!
I'm not treat you like a pet baby but seriously I don't have a choice.This tali sangat membantu.Sekurangnya dia tak dapat pergi lebih jauh.I know banyak mata yang memandang everytime I used this to her.Ada jugak yang ketawa but I don't care.Hahahaha!(I pulak yang ketawa)


Tidak pernah mahu duduk ditempat yang sepatutnya dia duduk.Stroller?Hell no.Sangat enjoy kalau diletakkan dalam trolley namun mampu mengundang padah sekiranya tidak dipantau.Pernah terlepas pandang dia sempat membuka penutup Clorox Bleach dan tumpahlah isinya (aku tak faham asal dah tahu Clorox tu bahaya kenapa penutup dia tak seal betul2 dan untuk diri sendiri jugak dah tahu benda tu bahaya letak jugak hampir dengan anak.Just simply pulas je penutup).Waktu ni hanya Allah yg tahu perasaan aku.Cerita last week pulak,bukak penutup Sunlight pastu tuang kat tangan then sapu kat pipi.Solution dia harus pakai dua trolley kalau nak selamat tapi kalau shopping groceries antara aku dgn dia je macam mana??Bg dia tolak satu trolley??

Normally masa untuk kami menyelesaikan sesuatu urusan dengan membawa sekali si kecil ini adalah tidak dapat dijangka dan biasanya akan drag lebih lama.Tiada berjalan dengan lancar.Ia sememangnya amat menguji kesabaran dan dari situ juga kami belajar untuk menjadi lebih sabar dan sabar dan sabar...(kadang2 pernah jugak aku rasa macam nak bertukar color hijau.Terus jadik Hulk.Huhuhu!)


Hanya mahu duduk dalam stroller sekiranya ada sesuatu diberikan padanya.Paling disukai adalah cupcakes.Harus makan dengan khusyuk sekali dan kalau terlepas pandang dengan bekas2 tu sekali dia nak makan.Dan seperti biasa Damia sangat pantang dipakaikan safety belt.Dia akan meraung setiap kali dipakaikan safety belt dan cubaan melepaskan diri akan dilakukan dengan begitu bersungguh sekali.Bila tak pakai,maka duduknya harus gaya bebas.Suka hati dia nak letak kaki macam mana.Bahaya mmg bahaya namun nak buat macam mana,daripada dia tak mahu duduk langsung.Ya,kami kalah disini.Stroller hanya sebagai tempat time dia rasa nak milk,dia ngantuk nak tdo,dan time dirasuah sesuatu untuk bagi dia diam.Selebihnya,pandai la fikir sendiri.

2- Personal space

Dia memang masih bayi dan dia tak akan faham sama sekali bondanya ada assignment ke,esok nak exam ke,ayah dia needs laptop nak buat kerja ke,she's don't care.Once dia dah merenggek2 kat tepi,please bagi ruang kat dia nak tengok dia punya fav video.Tak lama pun,about half and hour dah cukup namun dia punya annoying tu Allah je tahu.Ya,dia punya personal space dan jangan kacau nanti dia marah or mengamuk lepas tu.Hurm,kecil2 dah control orang dewasa.


3 -    Toys

Barang2 mainannya ada dimana2.Terpijak,tersepak adalah benda biasa.Dimana2 itu kadang oh!!dalam toilet pun ada.Walau tak suka sangat manjakan dia dengan permainan tapi orang lain pulak yang rajin tolong belikan mainan.Tq.Sigh!
10 minutes pertama segalanya begitu proper.Dia akan main dengan baiknya.


Aksi sebegini bila masuk 10 minutes yang kedua.Bibit2 bosan dah mula menjelma.Ada je la idea.


Biasanya akan berakhir begini dimana tuan mainan tak tahu kemana dan tinggal ini je la nak tunggu kita kemas balik segala.Tensionnya akuuuuuuuuuuuuuuuuu!

4 -    Diapers

Waktu yang tidak menyeronokkan sama sekali.Dia sukar untuk duduk diam dan bila datang angin aku cubitan dipaha adalah biasa.Baru dia nak duduk diam.Kalau selepas poo poo untuk pakaikan dia diapers semula haruslah berlari 100m didalam rumah mengejarnya.Dia suka lari sambil bogel dan ketawa.Damia,tak kelakar ok???

Dan untuk diapers itu sendiri,dari pakai diapers biasa kena tukar pada yang pants punya sbb suka hati dia je tanggal pelekat sendiri dan waktu nak pakaikan juga sakit hati betul sebab dia akan buka pelekat selagi kita tak pakaikan dia seluar.Jadi segalanya harus cepat dan penatnya hanya Allah shj yg tahu.Fuh!
Cubaan melarikan diri itu adalah perkara biasa

5 -    Car Seat

Damia sangat tak suka duduk dalam carseat.Moment biasa setiap kali diletakkan dalam car seat.Tangisan yang bagai didera dalam kereta sampaikan nak bawak kereta pun rasa huru-hara.

6-    Tantrums

Semakin meningkat usianya,dia makin pandai mengambil perhatian.Ini juga situasi biasa bila keinginan tidak dipenuhi.Biasanya kami mengambil pendekatan tidak memujuk dan hanya membiarkannya menangis.Hasilnya,dia akan diam sendiri dan datang pada kami apabila dirasakan protesnya tidak berjaya.



Kalau dirumah tidak menjadi masalah namun kalau ditempat awam,agak sedikit bermasalah cuma kami harus meningkatkan kesabaran kami sebab takut nanti ada je masuk Harian Metro muka depan.Hehehe!Aksi ini yang paling latest ditunjukkan di R&R Temerloh (habis orang pandang kau) dan di Ekspo Buku TTC.Seperti biasa,dia tidak akan dibiarkan menjadi the winner.Hehehe!Nak sesuatu sekalipun,meraung la macam mana sekalipun,guling2 la sejauh mana pun,sekali perkataannya adalah NO bermakna tidak sama sekali.
7-   Dinner

Sememangnya dari dulu lagi kami tidak gemar makan diluar dan lagilah bila ada Damia,mood untuk makan diluar bagai tiada langsung kecuali tiada pilihan atas reasons tertentu.Dan dinner diluar pastinya bukan satu perkara yang menggembirakan namun makin stress ada la.

Damia tidak kira dinner diluar atau dirumah,dia tidak suka disuap tapi lebih gemar makan sendiri.Dan bila makan sendiri faham2 sahaja la.Selepas makan dia biasanya tidak hanya berhenti makan,tapi pasti ada acara sampingan iaitu mencampakkan segala yang ada didepan mata.


Tidak ingin dibantu.Semua mahu buat sendiri.

Kalau dirumah adalah lebih baik menanggalkan bajunya.Damia juga sangat bencikan bip.Rimas mungkin.

To be continue....

Hujung minggu:Ekspo buku di TTC

Dah beberapa bulan keadaannya ibarat hidup segan mati tak mahu.Kesian tu memang la  kesian kalau dilihat.Tapi apakan daya masa dan fulus belum lagi mengizinkan aku untuk pergi menempah yang baru dekat pak cik buat perabot dekat Rusila.I like this pak cik sbb kita boleh design sendiri rak yang macam mana yang kita nak dengan harga yang amat berpatutan.Dan buat sementara waktu ni aku bersabar je la asyik duk ulang baiki balik tiap kali para rak tu jatuh.Sabar itu separuh daripada iman.Hehehe!Tapi kalau ikutkan sakit hati dah lama aku lempar rak tu kat belakang rumah tapi bila fikir lepas tu buku2 aku tu mana aku nak letak?Tambah lagi dengan kewujudan MBKT kecik kat dalam bilik ni.Hakikatnya bukan makin kemas,tapi makin worst ada la ghupenya.Ada je benda yang dia nak adjust.Dan akhirnya berkat creativiti si kecik tu la akhirnya rak putih IKEA (nak jugak gtau),telah rebah menyembah bumi ops!bukan.Rebah menyembah carpet.Ikutkan angin aku time tu,nak je aku kepit jugak kepala si kecik ni kat celah ketiak aku.Baru kau rasa.Hangin aku toksah citer la,namun bila pandang mata bulat terkebil2 tu,aku pun pasrah je la.Last2 buat sementara waktu beginilah keadaan rak buku aku nih.Asalnya 3 bahagian last2 tinggal 2.



Namun begitu,walau rak runtuh,gigih jugak nak mencari buku baru.Kebetulan pula ada pesta buku kat TTC (Terengganu Trade Centre).Seronoknya sbb aku suka apa jenis ekspo yg melibatkan buku sebab kat mata dah terbayang2 buku2 yang best akan dijual secara murah.Dan kalau nasib baik,boleh jumpa buku2 yang selama ni nak tapi tak jumpa.Misalnya buku Warisan tulisan Abdul Talib Mohd Hassan if I'm not mistaken.

Mengimbas waktu sebelum kahwin dulu,aku ingat lagi bila aku dan sepupu sehati sejiwa aku Yussseerr,suka sangat ke kedai buku terpakai.Lokasi dia kat area Komtar Penang kalau tak silap aku.Tempatnya kat tingkat dua bangunan (Jalan Chowrastar rasanya) yg banyak jual jeruk2 yang tak berapa nak lepas sangat tekak aku menelannya selepas insiden aku pernah melihat seekor cicak tokek (aku saje la namakan dia cicak tokek sbb saiz sikit punya besar dah macam ghupe mengkarung pun ye juga),telah me"landing"kan diri kat dalam tong jeruk yang terbuka.Terus aku loya lepas aku tengok.Hehehe!Berbalik pada cite aku,biasanya kalau pergi sini harus makan jam juga la.Seronok kau pilih2 buku kat situ.Macam2 ada.U just name it,then u got it!.Maksudnya bkn buku yg latest la tapi buku2 lama yg agak susah nak dapat dipasaran biasanya.Hehehe!Dan yang paling best kau boleh tawar menawar dengan mamak kedai tu dengan pura2 buat  muka kesian konon2 bawak duit cukup2 je kat dalam purse tapi ada hati nak beli buku sampai 5 bijik.Aku memang tamak!Aku ingat lagi disebabkan rajinnya aku duk mengorek2 buku,aku pernah terjumpa buku yang masih baru tapi mungkin tuan dia takmau simpan so habis baca terus dia let go kat kedai ni.Penulis dia Danielle Steel dan kau faham2 la kalau kat kedai,buku ni harus RM30 to RM40 sebijik wajib tak lari tapi sini aku dapat pd harga RM15 atau kalau buat muka toye lagi kat mamak tu dapat la turun lagi smpi RM10.Tp ikut condition buku la.Ada juga buku yang aku beli agak lusuh (mcm baju kau),yang dah kuning2 dan aku beli dgn harga dari RM3 or RM5 tapi citer dia sikit punya best sampai ulang2 kali baca smpi akhirnya buku tu lebur.Hahaha!Memang tak dapat la aku nak wasiatkan untuk Damia.



Berbalik pada ekspo buku itu hari,pada aku sambutannya tak berapa menggalakkan (tapi mungkin tak kot dan mungkin juga kebetulan sewaktu aku datang tu orang tak ramai LAGI.Tanggapan aku la) sebab time aku pergi tu suasana agak lengang dan mana nak cari pergi ekspo time weekend pulak tu tapi kau boleh parking kereta kau betul2 dekat pintu masuk tanpa kau perlu berpeluh ketiak cari parking.I like.Tak perlu aku menapak jauh2.Dan orang yang paling gumbira adalah si kecik ini la yang bukan main seronok lagi berlari-larian dan aku lepas je maklum la kelibat anak aku senang nampak sbb orang tak bersesak-sesak sampaikan pekerja setiap booth siap boleh sembang atau duk termenung merenung masa depan barangkali dan itu yang kena panggil dua tiga kali baru bagi respon.Jauh lamunannya dan mungkin dah sampai ke bulan agaknya.Hahahaha!


Inilah keadaan waktu aku sampai.Senang sikit nak membelek buku-buku mana yang agak2 berkenan.



Bagi chance kat si kecik ni pilih mana2 buku yang dia suka.Lama dia belek2 buku ni.Ingatkan tertarik dengan gambar kat dalam buku tapi rupanya dia kagum dengan mata yang ada kat buku tu.Mata tu je yang ditelek2 lama.Hurm!Tak kuasa aku nak belikan kalau takat sebab mata ikan tu.Dan aku pun balik dengan 4 bijik buku.Cukup la tu.Tamak2 pun tak guna takut tak sempat khatam habis.Next time beli lagi.

Overall apa yang boleh aku katakan ekspo ni bagus dan harus diadakan setiap tahun.Dan mungkin juga kurang pengunjung sbb ada lagi satu ekspo kat taman Shahbandar yang bukan main ramai lagi pengunjung.Orang Terengganu mungkin lebih gemar ekspo yang ada funfair bagai agaknya.Hehehe!Untuk aku,tak pergi pun tak mengapa.Sesak!Sesak!I don't like.Bukan satu kerugian pun bagi aku walau boleh dikatakan setiap hari aku melalui jalan tu sebab aku suka pergi bertandang rumah kakak ipar aku dkt flat Kg.Tiong tu almost everyday (dasar jenis tetamu tak tahu malu setiap hari melepak rumah orang.Hahaha!)

Cuma ekspo buku kali ni banyak kelemahannya.Ini pada pandangan aku la.Tak setuju tak mengapa.Antara kelemahannya,

1- Sebut je ekspo buku (walau dalam otak dah set mesti banyak less) namun hakikat aku sorang je syok sendiri.Harga yang ditawarkan adalah sama je kalau kau jengah MPH ke,Popular ke,PSI ke dan mana2 kedai buku berhampiran.Dan paling aku takleh blah bila saje la aku usha harga buku rujukan university (walau aku dah beli sebenarnya) dan harganya agak MAHAL lepas tu siap buat potongan 10%.Walau ada potongan harga masih lg mahal dari buku yang aku beli di Book Garden UMT.Hampehkan???Beria staff dia duk promote the best price bagai.Cuba lagi next year!!

2-Marketing memang failed.Dan ada juga booth yg kau masuk,pekerja dia boleh buat derkk je siap main handphone.Jenis ni baik kau blah je dan takyah terhegeh2 nak beli buku kat booth dia.Ada juga yang jenis pekerja yang tak buat apa2 tapi just pandang je kau tanpa promosi buku2 yang dijual kat booth dia.Lagi best yang jenis rancak sembang sampai orang kena panggil 2,3 kali baru dengar.

3-Satu lagi dah tahu kita jual buku,bodoh2 pun cuba la ambik tahu sikit pasal buku2 yang kau jual.Ini tak.Satu apa tak tahu lepas tu pakai main cakap lepas je buku tu tak ada,buku ni dah habis.Buku ni femes (walau aku tak familiar penulis dia sbb aku tak suka cerita cinta penulis Melayu sbb nmpak sgt imaginasi penulis semata2 dan kadang2 tak masuk akal).Penulis Melayu aku lebih prefer penulis lama misalnya Khadijah Hashim-Badai Semalam dan seangkatan dengannya.Pastu aku saja la buat2 tanya buku Ramli Awang Murshid dgn cerita thriller dia tp confident je ckp yang ni x femes sgt pastu tunjuk buku lain.Please la.Ramli Awang Murshid tu antara penulis lama kat Malaysia ni dan buku2 dia pun best bagi yg minat cerita2 lebih pada thriller la.Macam2 la.Kalau tanya,mesti sengih2 macam kerang busuk pastu pandang muka sesama sendiri buat muka meluat la kononnya aku customer banyak songeh tanya itu ini.Direct je aku cakap ni dekat booth Karangkraf.Publisher yg agak femes kat Malaysia,kurang2 kau jaga la sikit image company kau tu.Tapi booth Ana Muslim bagus.Agak friendly dan rajin la melayan customer.Time aku pergi la dan tak tau la kalau org lain dapat layanan sebaliknya.Dan yang buat promotion yg agak agresif adalah yang jual buku2 kanak2 Grolier kalau tak silap aku dan ada satu lagi aku lupa nama dia.Tapi sah2 la semua pekerja dari luar Terengganu (based on loghat mereka).

4-Dan yang buat aku menyampah dengan beberapa perempuan yang sibuk promote kursus English tapi hakikat diorang tak faham sangat dengan produk yang diorang offer.Pakai main hentam jer janji dapat imbuhan.Sekurangnya prepare la diri sebelum nak promote kat org lain.Ayat biasa "Hurm,saya tak pasti jugak,nanti saya tanya",dan lepas tu akan bermula la sesi aku tanya kau,kau tanya kawan kau,kawan kau tanya kawan kau yang satu lagi bla bla bla.....sampai sudah tak habis dan last sekali kau bantai gelak je.Hampeh lagik sekali!

5-Buku kanak2 yang banyak namun harga dia,hurm...lebih kurang harga kalau beli kat kedai buku biasa.Tak beza sangat.Choice tu banyak cuma mcm aku katalah,kalau takat nak membisu seribu bahasa baik kau balik rumah tidur lagi bagus dan tak payah duk makan gaji buta tercegat je kat situ.

Begitulah seadanya.Tapi booth2 yang lain ada juga la yang ok dan friendly.Paling friendly uncle yang duk booth yang wakafkan Al-Quran dan tafsir Al-Quran untuk bebudak tahfiz.Apa pun aku suka part yang pertandingan mewarna,susun puzle sbb participation antara anak dengan parents.Kemain lagik parents bagi sokongan.I like activity yang macam ni cuma Damia terlalu kecik utk join.Tukang sibuk tu boleh la.Bila la yang kat PWTC tu pulak.Si Yusnita ckp haritu kalau yang tu lagi havoc.Aku tak pernah jejak lagi.Teringin pulak rasa hati.Hehehe.Lastly,terisi juga hujung minggu kami.Sekian.

Kalau dah namanya lelaki

Dulu I anti betul dgn lelaki yang kaki pancing
Kalau dah namanya kaki pancing
Hujan ke,ribut petir ke,banjir ke semua redah
Sanggup kau..
Sampai ada yang sanggup tertenggek kat tepi jambatan semata-mata memenuhi hobi yang satu
Sanggup tinggal anak bini 2,3 hari
Sanggup bersejuk atas bot
Pendek kata semua sanggup la
Nyampah betul I
Duk rumah layan anak bini lagi bagus
Lain la orang bujang
Balik rumah tak ada apa nak buat
Tapi I still tak suka jugak..tak sukeeeeeeeeeeeeee!

Berbalik pada cite I pulak
I selalu pung pang pung pang kat laki sendiri
Kutuk macam2 kat orang yang kaki pancing
Iye la.....
Bila tak kena batang hidung sendiri sedap la mengutuk
Sekali ambik kau....dapat abang ipar yang memang kaki memancing
Siap angkut anak bini pergi tengah laut...memancing
Satu keluarga memancing...hasil pun memang boleh tahan la
Siap boleh jual lagik hasil tangkapan
Terpana kejap I
Tapi fuh!Nasib tak jangkit adik dia
Hahahaha!

Tapi seminggu dua ni I takleh nak kata apa
Ntah mana datang angin ntah
Tetiba laki sendiri sibuk nak pergi memancing
Memancing ikan je tau kanda
Jangan pancing benda lain pulak
Peralatan memancing duk sibuk beli tu toksah citer la...complete
Tapi ikat tali kat mata kail tak tahu...hahaha!gelakkan dia.Tapi kalau tanya I,lagi la taktau..
I tukang gelak je bagi side abang dia yang terror memancing tuh
Heh!

Semalam beria dia nak pergi
Ingat bawak balik la 8 kilo ikan ke apa
Tapi nasib tak baik semalam beberapa daerah kat Terengganu ni kena serang ribut
Allah nak tunjuk la tu..bukan kat laki I,tapi kat orang yang duk sibuk ber"funfair" bagai
Tu baru sikit tu...baru sipi,gelabah semua,riuh satu hari orang duk bercerita
Apapun dapat extra kerja la MBKT harini

Eh!Ingat dah berkubur niat
Malam ni nak pergi lagi
Tak serik betul dia ni
Smalam kecik kepala cabut lari
Tak insaf lagi
Beria I takut2kan dia kot2 kepala angin datang lagi
Last2 akak jugak yang angin
Heh!

I tunggu je la laki balik satgi
Harap2 bawak balik ikan macam ni
Barulah berbaloi pergi....

Ihsan dari Yahoo!Image
Yang belakang tu I tak tau dari mana datang dinosour laut tu tetiba muncul

Bisnes oh! Bisnes!

Siapa kata duduk rumah goyang kaki tidak mampu menjana pendapatan?Macam I walau setiap hari kerja tambah lemak selain menambahkan power spek mata sbb hari2 ngadap games,sesekali apa salahnya berbisnes.Walau tak kencang masuknya,walau x la sampai mampu bayar down payment kereta Honda sebijik namun gembira juga hati bila ada juga yang sudi meng"order".Walau order tak kencang sbb empunya diri punya marketing pun tak kencang juga.Sia-sia je major marketing tp tak guna ilmu yang ada.Chait!

Maka bertungkus-lumus la buat sampai laki sendiri kena turun padang jugak.Bunyi macam tempahan 100 bijik lagaknya walhal yang orang nak 4 bijik jer.Huhuhu!Biasa la,I kan mengada-ngada.Kat dapur pun nak manja2.Haks!



Kek coklat (1/2 kg) pada harga RM30 sebijik.Bolehlah sekadar suka2.Berminat leh la email kita : umisyafinaz@yahoo.com or pm kat facebook. Tapi area Marang dan Kuala Terengganu sahaja.I tahu beratus2 orang jual produk sama tapi tak salah mencuba.Hehehe!



4 bijik yang dah siap dan ready untuk dihantar kepada customer.Seronok bila customer hulur RM100 kat kite tapi kejap je sbb lepas tu terus guna beli susu Damia dan-dan harini jugak nak habis.Asal la tak tunggu bulan depan ke.Aku catu jugak susu budak nih karang.Kuat kemain minumnya.1 tin beli 1.8 kg.Terus terbang habis duit bonda.Oh!Pengsan......

Isu bertudung dan bukan tudung jenis apa yang korang pakai

Sekarang ni makin banyak orang bincang pasal isu bertudung.Aku tak berminat nak cerita detail cuma ingin melahirkan sedikit rasa pelik dengan isu tudung ini.Bila bertudung kita pun faham orang tu mestilah seorang Islam tidak kiralah apa bangsa sekalipun.Maksud tudung disini adalah bertudung atau berhijab dan bukan tudung saji mahupun tudung periuk.Jangan lari tajuk.

Ok.Kita kecikkan lagi geografinya dgn tumpuan di Malaysia sahaja.Lately sebagai saudara sesama Islam kita boleh berbangga dengan perkembangan positif bila sudah makin ramai wanita di Malaysia ni bertudung walau ramai juga yang terbang tudung (walau dah elok2 pakai).Artis-artis pun dah ramai yang bertudung dan nah!Inilah isunya.

Apa yang menjadikan aku pelik bila seorang artis tu bertudung,maka berduyun-duyun la cerita pasal "penghijrahan" mereka.Tak kiralah baik dalam media cetak,mahupun elektronik.Lagi penyedap rasa siap ada talkshow yang berdiskusi pasal penghijrahan mereka itu.Fine,aku tak deny benda macam ini adalah suatu yang bagus cuma pada aku penggunaan perkataan "berhijrah" mahupun "hidayah" tu aku rasa macam tak berapa kena.Dan bkn untuk artis je,turut sama untuk rakyat jelata macam aku.

Ini adalah kerana, (pada yang masih togel kepala diluar sana),korang nak tunggu "hidayah" atau "seru" datang dulu baru kau nak tutup kepala?Korang tahu ke "hidayah" or "seru" tu datang bile?Buatnya sblm datang (belum berubah) malaikat maut jemput dulu.Hmmm!Mengelupur pun dah tiada gunanya.Aku tahu bila sebutnya pasal isu ni banyak la yang keluar statement sampai melalut pada hak2 wanita bagai.Please,scope yang dibincangkan ni sikit je.Takyah panjang2kan cerita.Pastu mula la keluar statement basi,"Ala,perempuan yang bertudung bukan baik pun.Kawan aku tudung labuh tp lovebite kat leher.Hipokrit.Aku taknak hipokrit.Be myself la".Dan kalau statement yang macam ni,aku akan letak WAJIB MAKI.Ini kata2 dari orang yang akal separa kepala lutut.Ini bkn psl  be myself or tak,tapi ni soal hukum.Dan ada jugak yang berani mati bila cakap "Hubby I pun tak kesah yang u sibuk tu kenapa?Kubur masing2".Iya,aku faham hubby kau tak kesah sbb dia berani (kira berani la tu.Pd yang dh kawin tu akan fhm kenapa aku cakap laki dia berani) dan tang kubur masing2 tu mai sini aku nak pung pang sket dan makanya memang orang lain tidak akan bersangkut paut dengan engkau waktu disoal malaikat waima hubby kau yang tak kesah tu sekalipun cuma kau kena ingat kubur je masing2 tapi perjalanan engkau nak masuk lubang kubur tu membutuhkan orang lain turut sama membantu dari gali lubang kubur,mandi jenazah,solat jenazah pastu nak usung kau masuk dalam kubur tu.Ada faham?Jadi agak2 la nak buat statement kubur masing2.

Ada jugak yang akan cakap walau dia tidak bertudung tapi solat,puasa dia buat.Bagi yang bertudung tak semestinya ibadat complete.Iye,aku akui tapi cuba kita cuba konsep dacing (tetiba merujuk logo Barisan Nasional-contoh agak ekstrem dan bisa buat org yang baca putus mood.Err,teruskan pembacaan).Kalau satu lebih berat,satu ringan makan dacing akan ter"congek" dan tiada keseimbangan.Maka haruslah dua2 ada barulah cantik.Barulah melengkapi antara satu sama lain.Kalau kurang satu cacatlah ia.Stop

Balik pada kisah macam mana aku pulak bertudung,aku mula bertudung waktu umur 14 tahun.Adik aku 10 tahun dah bertudung.Kenapa aku lambat??HAHAHA!Reason dia sbb 14 tahun baru aku 1st period.Aku tak malu mengaku.Agak lambat bagi remaja seusia aku (Skang remaja lagi ke kau?Hahaha!).Tapi aku mengaku aku agak liat pada mulanya.Orang pertama yang menyuruh aku bertudung adalah abah aku.Pernah juga aku memberontak dengan mengatakan aku tak ready lagi nnt dah ready aku pakai la (ada sedikit unsur rebel disitu).Syukur pendekatan abah aku bisa merubah persepsi aku bahawa pakai tudung pun comel gitu (dia cakap bukan aku create sendiri).Hahaha!Waktu ni mmg bajet freehair tu style habis la kononnya dan yang pakai tudung tu outdated la,kampung la (statement tak sedar diri sbb diri sendiri pun dari kampung.Hihi!).Aku pun ingat2 lupa jugalah statement abah aku cuma lebih kurang macam ni la.

Aku: Ala,orang tak ready lagi la nak pakai.
Abah:Soalnya dalam Islam tak ada istilah ready tak ready.Bila seorang wanita (abah aku selalu  sebut wanite.Hahaha!) akil baligh automatic benda tu jadi wajib.
Aku:Abis kalau pakai pun tak ikhlas macam mana?
Abah:Sekarang ini hukumnya wajib.Tiada pula dalam Al Quran tulis pakai bila rasa ikhlas dan jangan pakai kalau tak ikhlas.Kalau kita rasa berat nak pakai,tapi pada masa yang sama takut pada ALLAH swt,maka walau dengan berat hati pakai juga makanya kita sudah berkorban demi agama dengan sanggup membelakangkan nafsu sendiri kerana ALLAH swt.Insyaallah lama2 keikhlasan akan datang sendiri dengan izinNya.Memang suatu yang baik payah nak buat sbb setan (macam rock je abah aku sebut setan.Syaitan ok,syaitan!) tu asyik dok hasut.Suka atau tidak,ikhlas atau tidak,WAJIB pakai.
Aku: (Pikir sendiri la!)

Aku pernah ingat satu kisah,aku namakan tragedi bagi diri aku bila seorang kawan melahirkan keinginan untuk bertudung.Maka aku pun support habislah kononya.Tapi kawan aku tu ada cakap dia tak ready sepenuhnya cuma baru belajar nak pakai.Pendekkan cerita kawan aku tu pulak jenis kalau rasa nak pakai,pakai dan kalau rasa tak nak pakai,togel je kepala tu.Dan aku pulak dengan confidentnya terus cakap,"Takpe.Slow2.Jangan push diri.Belajar pakai nnt lama2 dah comfortable terus pakai la".Hasilnya,sampai skang kawan aku tu tak pakai terus.Huhuhu!

Dan mungkin ALLAH swt sayang aku (tanggapan aku ok,bkn syok sendiri),entah macam mana aku oleh tergerak hati nak tanya ustazah kelas aku pasal cara aku advice tu betul atau salah dan jwpnnya membuatkan aku TERKESIMA.Kalau ikut secara halus,aku wajib taubat dengan ALLAH swt sbb statement aku tu salah sama sekali.Ini kerana,sama macam abah aku cakap jugak,WAJIB.Tak ada istilah slow2 buat,tunggu seru ke,hidayah ke,tunggu musibah datang dulu ke,lepas insaf ke,tak ada.Never!Macam aku cakap awal2,WAJIB jadi tak perlu la pusing sana pusing sini,usaha juga nak men"deny"kannya.

Dan point aku kat sini,aku pelik bila seorang ISLAM menggunakan pendekatan itu kerana kalau mereka yang terpilih untuk diberi petunjuk maka bertuahnya orang itu namun bagaimana kalau kita yang tidak pernah didatangi hidayah dariNYA?Nauzubillah.Aku akui dalam hidup ini dan takdir setiap makhluk itu tidak sama cuma pada pendapat aku la dan pada aku media tidak perlu pung pang pung pang bercerita dan tambah perasa nak sedapkan cerita sebab perkara itu adalah suatu yang wajib dalam ISLAM dan semua orang yang beragama ISLAM tahu tak kiralah dari mana tanah airmu.Kadang2 cara media exegerate cerita macam artis tu dulu asal kafirnya pastu peluk Islam.Serious aku rasa macam tu.Tapi kalau artis tu nak cerita ttg perubahan dia dan keinsafan mereka tu bagus.Kurang2 menjadi teladan pada semua.Artis kan selalu jadi idola.Tu yang rancak sangat rancangan kanak2 Tom Tom Bak,Idola Kecil bla bla bla.Aku dah lama pangkah sebab aku benci tgk bdk2 kena eksploitasi.Pelik tu mak bapak happy bkn main sbb anak pandai nyanyi,anak pandai gelek.Ko suruh la dia gelek smpi tua tengok comel ke tak comel!

Aku tahu pasti ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat aku.Tapi awal2 aku dah cakap ini pendapat aku dan aku pun bukan wakil rakyat kawasan korang sbb andai tak setuju pastu takmau pangkah aku bila PRU nanti.Tarak hal.Aiii,jauh melencong.

Dan abah aku adalah orang yang akan hangin satu badan (bkn angin ahmar) bila ada orang sebut nak berubah jadi baik sebab datang seru.Confirm abah aku akan guna statement,"Mu sape nok dapat seru?Taraf Nabi je dapat seru."Hahaha!

Dan aku faham kita bukanlah manusia maksum seperti junjungan besar Nabi Muhammad saw yang tiada calit dosa.Dan aku pun masih lagi seorang Islam yang tidak sempurna dan masih lagi mencari dan mendalami.Namun pada aku tidak salah kalau kita saling mengingat-ingatkan,menegur-teguran (silap tegur,penampar juga yang datang),sesungguhnya takdir andai tetiba aku dapat penampar free tanpa disangka tapi tidak mengapa sekurangnya beritahu benda baik.Tepuk dada tanyalah selera.Aih!Kalau rajin baca SINI,read and think!.

Ok la aku faham.Mesti ada yang rasa susah nak pakai.Kalau susah sangat ko try je pakai tudung yang simple ni.Tak yah lilit2 bagai.Just letak je.Ni bukan tudung ekspress yang famous skang ni.Ni yang mungkin akan jadi trend jugak satu hari nanti tapi taktau la tahun bila,2030 kot...
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tudung saji

Book,book,book! ~

Bayangkan cuti semester aku dari May ke September.Punyalah lama dan aku tak faham kenapa UMT taknak offer short course ke apa sebab pada aku cuti panjang sangat pun tak guna juga sebab dah tahap mati kutu aku kat rumah.Bukan tak ingin cari kerja cuma aim aku kalau boleh cepatlah habis belajar dan barulah boleh fikir apa yang patut dibuat seterusnya.Bukan aku tak sabar nak kerja ke apa,hari2 duk hadap Damia pun orait je cuma aku perlukan sesuatu yang menggerakkan minda aku.Aku tidak boleh duduk dalam keadaan terlampau rehat dan kerana itulah aku lebih suka melakukan segalanya sendiri walau penat.

Maka untuk gerakkan minda yang berkarat,aku isikan dengan membaca.Dan ini merupakan buku terbaru yang aku beli.Semuanya secara tidak sengaja.Niat dihati nak cari cerita yang santai2 je namun dibumi Terengganu ni pilihannya agak terhad.

Dan buku yang aku beli ni berkisarkan tentang seorang remaja yang menghidap autism atau Asperger's syndrome.Sememangnya dari dulu aku sering terfikir tentang anak2 yang menghidap autism.Adalah aku google diinternet tapi fakta yang diberikan terlalu berat aku nak faham dan secara tak sengaja aku terjumpa buku ni dan tak fikir panjang terus beli.Sememangnya dari dulu perasaan aku betul2 meluap-luap nak mendalami tentang penyakit ini.Penyakit autism atau juga dikenali sebagai Asperger's sindroms.Dan dengan membaca buku ni banyak info yang aku dapat dan aku mampu mendalami betul2 apa itu autism selain jalan cerita yang agak menarik,pada aku la.Selain itu aku juga ada baca dari blog2 ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini baik dari Malaysia sendiri dan juga luar negara.Serious aku rasa mereka ini memang tabah dan begitu positif sekali dlm menghadapi kerenah ank2 ini.

So,let's cekidout!!!


Synopsis:

HOUSE RULES is about Jacob Hunt, a teenage boy with Asperger’s Syndrome. He’s hopeless at reading social cues or expressing himself well to others, and like many kids with AS, Jacob has a special focus on one subject – in his case, forensic analysis.

He’s always showing up at crime scenes, thanks to the police scanner he keeps in his room, and telling the cops what they need to do…and he’s usually right. But then one day his tutor is found dead, and the police come to question him. All of the hallmark behaviors of Asperger’s – not looking someone in the eye, stimulatory tics and twitches, inappropriate affect – can look a heck of a lot like guilt to law enforcement personnel -- and suddenly, Jacob finds himself accused of murder. HOUSE RULES looks at what it means to be different in our society, how autism affects a family, and how our legal system works well for people who communicate a certain way – but lousy for those who don’t.

Lagi info sila klik SINI.

* Dan baru aku tahu yang certain famous people with Asperger's such as :


Albert Einstein
The theoretical physicist
(14 March 1879 – 18 April 1955)

Thomas Jefferson
The third president of United States (1801–1809)
(April 13, 1743 – July 4, 1826)
Andy Warhol
American painter,printmaker and filmmaker 
 (August 6, 1928 – February 22, 1987)

Wolfgang Amadeus Mozart
Composer of Classical Era
(27 January 1756 – 5 December 1791)

Tazkirah

Ayatnya ringkas namun mempunyai maksud yang mendalam
Untuk aku ia sudah dapat membuatkan aku tersenyum semula


Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You