Pertama kali menjejakkan kaki ke pusara arwah Daddy.Al Fatihah.

Hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi,dan tanggal 19 August 2011 maka genap la empat tahun usia perkahwinan aku namun selama itu,inilah kali pertama kaki ini melangkah ke pusara ayahanda mertua Tengku Abu Bakar Bin Tengku Su yang terletak diperkarangan Masjid Putih,Kuala Terengganu.

Petang sehari sebelum masuknya 1 Ramadhan,dengan cuaca yang baik kami melangkah kesana tanpa Damia bersama.Redup senja sudah mula kelihatan seraya kami tiba agak lewat juga memandangkan traffic yg agak sibuk.Chewah!Macam kat KL gitu nak jammed bagai.Heh!

Perkarangan Masjid Putih,Kuala Terengganu

Bercerita tentang ayahanda mertua atau daddy,aku sebenarnya tidak sempat untuk mengenalinya.Allahyarham menghembus nafas terakhir pada 9 July 1999 kerana kanser iaitu tahun yang sama arwah nenek kesayanganku dijemputNya iaitu Feah Binti Salleh kerana komplikasi jantung.

Aku hanya mengenali allahyarham melalui gambar dan cerita dari mummy iaitu Tengku Maleha Binti Tengku Awang dan ipar yang lain.


Pusaranya yang terjaga bersih dengan pohon yang begitu lebat diatasnya.Disekitarnya adalah pusara-pusara saudaranya yang terdekat.Apa yang uniknya ditanah perkuburan disini,kaum keluarga daddy dan mummy disemadikan disini dan aku sempat menziarahi pusara-pusara saudara-mara suami termasuk datuk,nenek,moyang suami.Termasuk juga pusara sultan dan sultanah yang terdahulu.Dan juga pusara baginda Sultan Ali,dan kalau tidak salah aku moyang pada arwah daddy.Apa yang pasti mereka-mereka ini tidak sempat aku kenali dan hanya kenal melalui cerita-cerita dari mummy.Al-Fatihah pada mereka yang telah pergi.Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat olehNya.Dan kunjungan yang singkat ini juga turut menemukan aku dengan beberapa orang saudara-mara suami samada aku kenali dan ada juga kali pertama bertemu.Semuanya datang dengan satu tujuan yg sama.

Menginjak ke angka 7 petang,kaki pun melangkah pulang.



Maka semalam merupakan tarawih yang pertama.Pic diatas,gelap gelita.Mesti ada fikir apa ke benda la dia ni snap.Hahaha!Pandangan dari atas Flat Kg.Tiong.Begitu artistik sekali yea puan-puan (penulis memuji diri sendiri).Konon kreatif ah tu.Hahaha!

Di Flat Kg.Tiong ni ada satu pusat karaoke.Ingatkan masuk Ramadhan ni tutup la dia,hakikatnya masih beroperasi seperti biasa.Sewaktu kami melewati nya utk pulang,maka kedengaran la suara-suara MELAYU Islam yg melalak bagai tiada istimewanya malam tersebut.Ya hal kamu dan bukan hal aku pun.Baik lelaki atau wanita,bertudung dan tidak bertudung,muda belia memenuhi pusat tersebut.Ya,warga emas dimasjid-masjid,warga muda di pusat karaoke.Elok sgt la tu.Nnt tua barulah kemasjid,itupun kalau usia panjang.Wallahuallam.


Baiklah.Sekali lagi, "Selamat berpuasa untuk semua.Andai ada yang tersalah dan tersilap,harap dimaafkan".


Dan hari ini juga setelah sekian lama tidak bertemu,ambil peluang lunch bersama Maya dan Hajar.Teringat zaman 2K6 dulu.Kami memang satu geng.Tapi skang semua dah berkeluarga.Seronok sungguh cuma tak cukup masa.Maklum la,banyak sangat benda yang nak direcall balik.Sweet memory.Memori zaman pakai baju putih kain biru : )

Salam Ramadhan

Harini berkira2 untuk ke pasar membeli sedikit keperluan dapur.Erti sedikit itu tidak semestinya kuantiti sedikit dan nilainya kecik,namun barang sedikit tapi.....buat sakit hati kalau nak fikir.

Cuba bayangkan,harga daging naik,ayam naik.
Tu tak masuk seafood lagi.
Naik naik naik
Tak pernah nak turun
Yang tuuutt tu pun reti nak turun,ok?

So no wonder la time aku kepasar tadi,lagi ramai penjual dari pembeli.Emo.

Kalau ikutkan tinggal satu hari sahaja lagi sebelum masuknya 1 Ramadhan mengikut kiraan dikalendar.Sampai musim nak raya nanti tak tahulah macam mana.Jadi pesanan khas aku kat korang,nnt time beraya jangan la melahap makanan rumah orang tu bersungguh sangat,takut tuan rumah 2 minit sekali telan air liur sambil berdoa,"Bila la dia ni nak blah!".Heh!Barang sekarang mmg serba serbi mahal.Semua jd harga.Sampai pucuk jambu tua pun nak jual sekali.Pandai la kau campur dengan pucuk muda,budget org tak tahu.Bantut kejap selera aku petang tadi.Lauk dah best,ulam pulak ibarat hidup segan mati tak mahu.Tapi itulah hakikat,yang tu pun ada harga.

Tadi waktu dipasar,rebut2 penjual nak dapatkan customer.Aku pulak jenis cepat kesian.Bila kesian mulalah dalam dilema tak tahu mana satu nak pilih.Last2,dari nak sekilo dah jadi 2 kilo.Satu pak cik sebelah kanan,satu pakcik sebelah kiri.Konon2 berlaku adillah tu last2 sendiri lari budget.Chait!

Niat untuk tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya.Bersederhana sahaja.Tambah lagi hanya tinggal 4 mulut besar campur 1 mulut kecik Damia,dan 2 mulut busuk kucing kat belakang rumah.Aku cakap mulut busuk sbb suka sangat curi ikan pantang aku tinggal kejap kat dalam sink.Jadi tak perlulah beli banyak sangat stok tambah lagi tahun ni kami sekeluarga dah pasang niat nak masak ala kadar je dan tak mau membazir.Tapi konteks ala kadar abah aku tu tak brape nak ala kadar juga sbb suka hati dia je request nak ikan salmon or ikan kod.Sila bayangkan sekarang harga dua jenis ikan tu brape.Kalau nak ala kadar harus kita makan ikan kering je abah oii cukup sebulan.Hehe!Confirm lepas tu mampu buat down payment Myvi sebijik.

Kalau bab bazar ramadhan pulak,untuk kami tak ada apa special sangat sbb kitorg jarang pergi.Kalau abah aku,tak pernah,nehi,never jejak kakinya di bazar ramadhan.Itu yg kalau aku pergi mula la pot pet pot pet tak sedap la,tak bersih la,membazir la etc segala.Jd bg mengelakkan lubang telinga bernanah tetibe,jangan pergi kecuali mengidam dah sampai tahap air liur meleleh-leleh atau haritu tetibe mak sendiri boikot taknak masak.Tapi yg specialnya aku,kalau dapur tak  berasap aku cabut pergi rumah mertua.Kuikuikui!Untungkan kalau jarak rumah mak sendiri dengan mertua sekangkang kera jer : ) Tapi tahun ni harus rajin la masak sbb suami ada berpuasa sekali.Kalau tahun sebelum,boleh kira berapa hari je dapat puasa sesama.PJJ la katakan.

Dan cerita sebelah mlm pulak,tadi aku ada keluar kejap pergi bank.Alang2 dah di KT tu aku ajak la suami tapau McD.Sbb malas nak turun plus bkn ada parking pun McD kat tengah town tu,kitorang pun terus ke McD kat Giant tu.Sampai sana terkejutnya aku tengok orang punyalah ramai.Giant ramai.Mydin tak usah cerita la.Hari biasa pun ramai.Suasana macam 2,3 hari lagi nak raya.Isk!Takkan la berebut-rebut nak beli groceries mcm tu sekali walhal baru nak ramadhan.Tu pun lusa kalau dah confirm.Mungkin campur gaji dah masuk kot tapi serius aku rasa mcm pelik sbb kalau kat pasar tadi macam lenggang je.Atau adakah lifestyle org Trg dah berubah makanya nak shopping groceries pun harus di hypermarket memandangkan banyak pilihan kot.Cuma pd pendapat aku kalau setakat nak beli seafood pun nak beli kat Giant,mmg sia2 la duk pantai timur dimana sumber ikan fresh banyak dipasar2.Lain la kalau duk dipantai barat makanya ikan frozen juga yg ada.Macam time aku duk Shah Alam dulu,dh tak ada choice makanya beli la juga walau tahu tu ikan frozen.Kalau kat pasar pun sama.Kebanyakan ikan stok2 pakai lense semua.Tapi kat sini lain sikit.Fresh wooo!Sila jeles sekarang.Maka tetiba teringat lagak satu perempuan yg geli2 nak ambik udang kat Giant konon2nya geli la,siap ekspresi muka yg tak tahan tu kononnya geli amat tp dress up ala desa je.Lain la kalau time tu dress up ala Lady Gaga boleh aku aku terima.Huhuhu!.Think positif,tak biasa kedapur kot,tumbuk sambal belacan pun kekok.Hehehe!Astaghfirullah!Terkutuk orang.Makanya aku akhirkan disini je la.Karang meleret-leret pulak kutukan yg tak ada pekdah tu.Lusa dah nak puasa.Bila pulak aku nak pergi minta maaf kat mangsa kutukan tu.Dulu duk kutuk Michael Jackson,dah meninggal dah kawan tu.Bak kata abah aku,"Dok kutuk2 Michael Jackson tu agak2 raya tahun bila kau boleh pergi mintak maaf kat dia".Heh!.Stop.

Maka dikesempatan ini aku ingin mengucapkan:

" SALAM RAMADHAN untuk semua".

A blessed month is Ramadhan
A night of this month is better than a thousand months
It's a continuous training to strengthen our Imaan

Semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun yang sebelumnya.Insyaallah.


Syukur Alhamdulillah,Syukur Alhamdulillah,
Ramadhan menjelma lagi.




Bila namanya BUDAK...


Mainan rasanya dah banyak
Macam-macam ada
Tapi biasalah budak
Sebut budak,B.U.D.A.K
Yang dilarang juga yang nak dimainnya
Akibat,bukan sorang yang tanggung
Tapi habis semua

Garu-garu hidung
Tenyeh-tenyeh mata
Usap-usap muka
Hasilnya,panas la segala
Menangis tak ingat
Meraung-raung dia
Ayahda bonda faham

Mesti pedih giler kan?
Tu la sebab orang larang
Orang bilang ,JANGAN

Tertidur selepas kepanasan dah hilang.Damia yg merana lebih setengah jam akibat kepanasan selapas main cili kat dapur.Merah kat tepi hidung tu buktinya.Yg lain kat lengan pun ada tapi malas la nak snap bagai.Hehehe!Mana dia jumpa tak tau la cili tu....sabor je la..

Sharing is caring

Kalau perasan Formspring kat sebelah kanan tu sbnrnya pada aku tak membawa apa makna pada aku pun selain dari menyemakkan page disamping sbb orang lain letak jadinya aku pun gatai nak letak.Itu sahaja motifnya.Makanya,bila datang angin kus kus nak check,barulah aku buka.Dan ghupenya ada jugak soalan yang orang nak tanya kat aku.Dalam banyak2 soalan tu,ada satu soalan yang menanya (kebanyakannya mengarut ntah hape2,dan kalau menyampah sgt aku delete je) tentang pengalaman aku bersalin di private hospital di Terengganu.Sedia maklum,kat Terengganu ni mmg tak banyak hospital bersalin dan juga private hospital.Cuma selepas KTS aku ada juga dengar psl SALAM punya hospital yg dijangka akan ada di sini.Bagus la.Sekurang2nya ada la option lain.Hospital bersalin yg lebih dulu ada pun hanya offer untuk bersalin normal sahaja spt Klinik Keluarga dan juga INTAN.

Makanya baru sekarang aku terasa nak kongsi pengalaman aku walau sblm ni dh ada citer sikit2 dan since dah beberapa kali aku berhadapan dengan beberapa situasi yang tak berapa best pada aku ditambah lagi ada beberapa kawan dan saudara terdekat yang turut mengutarakan soalan yang sama bertanya tentang pengalaman dan kos.Apapun setiap satu tu pasti ada pro dan kontranya.

Dan aku tak mahu bias makanya apa yang aku kongsi ini adalah dari sudut pandangan aku sahaja dan kalau ada yang tidak bersetuju makanya itu adalah terpulang pada pendapat masing2.

Dari awal kehamilan lagi aku dan suami dah start usha tmpt mana untuk bersalin.Kami ada juga usha di Shah Alam (in case la tetibe nak terberanak kat sana sbb banyak masa aku dihabiskan disana).Memandangkan kakak aku melahirkan 3 org anaknya di DEMC dan ditambah lg testimoni yg kakak aku beri slps aku interview dia amat la melegakan hati,makanya 1st choice kami kat situ la.Dan aku dah berkira kalau sepanjang kehamilan tu aku banyak sgt masalah mcm bleeding ke,kejap2 masuk wad,mungkin kami akan pilih hospital kerajaan.Makanya area terdekat haruslah Hospital Klang or Hospital Sungai Buloh.

Dan bila kami balik ke Terengganu,aku tak decide pun nak bersalin di KTS,cuma aku nak tgk condition aku sendiri macam mana since Dr. Fadzilah yg rawat aku dari awal sehingga dekat2 nak bersalin tu pun suggest aku just pergi HSNZ je.Aku mmg tak pergi check up kat KTS pun start dr awal hamil sbb aku dah kira setiap kali check up mmg tak lari mesti kena dalam RM100++ or RM200++.Tapi average aku ke clinic biasa pun kadang2 RM100++ juga cuma bergantung pada kita la.Aku pergi private clinic dan bkn klinik kesihatan.Dan mengandung anak sulung mmg suntik lebih sikit dan juga rutin utk check up pun lebih kerap.Tu belum campur excited nak tgk jantina anak lg,kejap2 nak scan.Alhamdulillah,aku tak obses sgt bab scan2 nih.Aku redha je lelaki or perempuan walau dlm redha tu ada juga terkilan juga dan kalau kenang balik nak je aku karate leher doktor India kat clinic area Shah Alam ni (malas aku mention clinic apa).Bersungguh2 ckp nmpk baby boy dan dgn aku skali bersungguh2 shopping barang baby segalanya biru.Tapi aku kena rasional la kan.Takleh la nak marah secara membabi bute mcm tu je!Mungkin mata dia pun ada ralat juga.Andaian tak selalu tepat.Maklum la bkn scan 3D or 4D macam skang ni.Clinic tertentu je provide service scan macam tu dan jgn tercabut bijik mata pulak bila tgk bil beratus2 sbb scan lagu tu mmg agak mahal dari scan biasa.Memandangkan aku pun dpt infoagak lmbt yg kat KTS pun ada scan macam tu (alasan),jd Damia mmg tak ada gambar scan yg 3D punya.Hohoho!

Jadi bila dah dekat nak due,aku amik minggu ke 30,aku pun start la check up di KTS.Time ni la aku usha segala pakej yg dioffer.Ini apa yg aku dapat time tu la.Tak tau la skang ni kot2 harga dah lain.Mana la tahu kot2 la sejajar dengan kenaikan harga minyak,diorg pun nak jugak naikkan caj diorg.Untuk bersalin normal,caj dia RM1,500++ tak termasuk tambahan lain cth kalau amik epidural,request nak bilik besar and lain2 service etc ada la tambahan dia.Tp dlm pakej ni bilik yg dia bg adalah yg paling kecik la.Tak kesah la.Bkn nak p holiday pun,just nak beranak je pun dan tak ada maknanya bilik ala2 hotel bagai.Tp syarat nak dpt pakej tu harus kena check up kat sana sebyk 3 kali.Untuk caeser pulak,RM4,600.Lain2 tu sama je,nak jugak sekurangnya 3 kali check up.Makanya pada sorang akak yg pong pang pong pang dpn aku duk bercerita kononnya kwn dia cerita ada yg kena caj sampai 20k tu (bersalin je pun) pada aku mmg tak logik.Apa kwn dia tu beranak kembar 8 ke apa?Ottomom kot.Hehehe!Bila aku ckp aku pun bersalin kat KTS,terus muka lain.Dan2 ckp kwn dia yg cakap dan dia pun x pernah p pun dpt rawatan kat situ.Huh!Aku rasa private hospital lain pun tak cekik org mcm tu.

Cuma aku pulak yg tak dapat pakej tu since plan aku nak dptkan 3 kali rawatan tu tak kesampaian memandangkan harini 1st check up,esoknya kau selamat bersalin.Awal 21 hari,harap maklum.Aku pecah air ketuban pukul 6.30 pg dan aku bersalin pukul 10.50 pg yg sama.Apa2 bantuan?Ya ada.Aku telah di'induce' dgn jayanya.Tempoh berperang dgn kesakitan,2 jam.Dan nurse yg cucuk aku tu (sbb aku kena induce yg masuk air) pd aku mmg terrer sbb langsung x sakit dan sgt smooth hinggakan tiada kesan lebam dan hanya ada tanda dua bulatan mcm titik tu je kat tangan aku.

Untuk doktor pulak,since yg pakar sakit puan kat situ cuma seorang iaitu Dr.Yusuf dan satu lagi doktor perempuan tapi doktor visitor je kat situ dan staff situ pun ada ckp kalau nak yang perempuan andai tetiba dia tak ada,Dr.Yusuf juga yg akan take over.Maka setelah difikir2kan,dgn izin suami aku pun choose la Dr Yusuf cuma skang baru datang ralat sikit sbb yg menyambut tu doktor lelaki dan aku tak pasti condition aku time tu adalah terdesak ataupun tidak.Aku rasa better aku rujuk ustaz/ustazah la macam mana.Tp kalau ke HSNZ pun,mana aku boleh suka2 hati nak choose doktor.Cuba buat,maki juga dapat.

Dan apa yg aku boleh katakan cara Dr Yusuf time sambut Damia tu sgt la smooth.Dia sgt la cool dan aku pun jadi cool sama.Tu la jadinya bila time kali kedua nak push boleh tertido.Mak aku cakap,org tua2 cakap tu badi waktu nak bersalin tapi kalau ikut scientific nya aku sbnrnya khayal dgn gas Antonox yg diorg bg time contraction.Nurse yg ada time tu 3 org.Dah macam cheerleaders dh aku tgk time nak push tu.Bersungguh kemain bg support.Pushing part just 2 kali je sbb Damia kecik je cuma 2.5 kg je maka laju je keluarnya.Sedar2 Damia dah ada kat atas perut.Semua yg ada situ lega.Dan paling aku takleh lupa satu nurse tu aku panggil Kak Zah yg gigih layan aku yg banyak songeh ni.Tangan dia la jd mangsa setiap kali contraction dtg dan dia la yg usaha cari bantal lembut kat aku.Mengada btol.Ngah sakit2 tu mintak macam2.Dia jugak la yg duk urut belakang aku dan temankan aku sehingga aku selamat bersalin.Dia mmg tak tinggalkan aku langsung.Maklum la suami,mak ayah aku semua OTW balik.Semua tak sempat nak tgk the process kecuali kakak ipar aku yg gigih tahan gerun sbb takleh tgk darah tp dia ckp aku byk keluar air compared to darah.But Alhamdulillah,i'm fast delivery.Rasanya contraction lagi sakit kalau nak compare sakit nak push.Time needlework tu pun x rasa apa2 dah smpi lupa nak tanya brape jahitan.Tapi kalau tgk sekejap je macam tak banyak.

Doktor,nurse & staff:

For Dr.Yusuf pada aku sgt puas hati dan begitu juga dgn semua staff nurse.Berbaloi dgn bayaran yg dikenakan.Tak ada stress2.Layanan mmg superb.Staff diorg pun bgs sbb cepat.Tak ada la lengah2 walau aku sampai kat hospital tu pepagi bute lagi.Start dr process pendaftaran bla la bla smpi la kena tolak masuk labor room mmg cepat dan pantas.Paling pantas time mintak deposit 1k.Haih!Ngah aku sakit tuh!

Bilik:

Memandangkan aku tak dapat pakej yg di offer,suka hati je letak aku kat bilik paling besar maka cajnya pun besar la.Chait!Tapi condition bilik haruslah selesa dgn color purple lembut gitu,lengkap peti ais,tv (1st time aku layan citer Tamil smpi habis mlm tu sbb xleh tdo.Sbb xleh tdo pulak,mungkin perasaan mcm tak caya je dah ada anak),sofa utk guest bertenggek (tak hengat lagak mcm umah sendiri.Hehehe!).Suami,kroh kroh kroh kat tepi.Cilakak btol.Kat hospital pun lena mcm tdo kat rumah.Dan peti ais tu mesti scary kalau aku citer sbb aku bantai letak uri sblm abang aku bwk balik rumah cuci dan tanam.Hehe!Menggunakan sepenuhnya kemudahan yg ada.Toilet so-so sbb tak ada bathtub.Eyh!Mengada nak bathtub bagai padahal duk semalam je.Mandi pun tak,ops!Mandi sekali je keesokan hari time nak balik.Hehehe!

Time ni aku pakai tudung merah lukis sendiri.Hehehe!Tak cover rambut time ni.So aku pakai tudung ekspress color merah.Cantik woo!Katil haruslah standard katil spital la.Aku ckp mcm ni sbb ada juga rupanya hospital bersalin yg guna katil bujang.Hohoho!Siap adjustable lg.Jakun seperti biasa,ambik remote dia main tekan2 naik atas turun bawah.Cadar pulak,tak main la cadar putih.Cadar siap comforter okey.Siap matching lagi dgn................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 Stoking aku..

Nursery:

Lepas je bersalin,nurse bersihkan Damia,tunjuk kat aku sekejap lepas tu terus diorg bawak Damia ke nursery kat level yg sama juga.Aku terus ke bilik disuruh berehat.Kiranya dah settle semua la.Cuci apa semua.Baby tak diletak dgn ibunya dan hanya akan dibawa ke bilik aku duduk tu sekiranya direquest shj.Aku pun tekan loceng tu,mintak Damia kononnya nak menyusu tp sbnrnya nak amik gambar.Hehehe!Diorg pun hantar kebilik.Si ibu tak perlu bergerak kesana kemari.Duduk diam2 je semua diorg buat smpi nak masuk toilet pun nurse temankan.Ngada2 tahap level 8.Kalau guest nak tgk baby just tgk melalui cermin.Nak pegang2,tak boleh.Tgk jer.Hehehe!

Maka disini la Damia bermalam.1st night dia tido dgn nurse.Aku tido dgn ayah dia la.Gulp!Malam tu aku diminta berehat.Ada 3 kali juga rasanya nurse datang check kot2 aku demam ke apa.Kacau je nurse ni org syok2 layan citer Tamil.

Untuk Damia,pastinya waktu dia hantar pada aku,aku tak pasti dia mandikan atau tidak,tapi Damia pakai baju hospital la.Color pink lagi.Susu pulak,dia dpt susu formula dulu bkn susu mak dia.Chait!Kat sini dia recommend S26 tp Damia tak brape nak so aku guna Similac until 1 year dan skang Gain Plus.Waktu nak berangkat,kita just pass je baju baby kita nnt diorg tukarkan tp sbb akukan over acting so nak tukar sendiri jugak smpi nurse tu tegur.Hahaha!Ya,saya tahu kamu boleh buatkan : ).2 kali Dr.Yusuf dtg visit aku dan last sekali sblm aku discharge.Dan sekali visit dr Dr Farid (paed kat situ).Dia siap pegang Damia dan tunjuk detail depan aku.Dia beritahu condition heart dia,lung dia etc la mana yg berkaitan.Dan sebanyak2 soalan yg patut aku tanya kat Dr Farid tu,soalan bangang jugak yg aku tanya.

Dr.Farid:Ada apa2 soalan puan?
Aku:Asal kepala anak saya tak bulat yek? (dgn nada confident lak tu)
Dr.Farid:(Tergelak kejap)Mana ada tengkorak manusia bulat macam bola.Ni kira normal la bentuk macam ni.
Aku:(Tersipu malu tak tahu la mana nak cover muka aku time tu)

Lastly,dh settle semua payment dan hal2 lain,dua orang nurse tolong hantar.1 sorong aku guna kerusi roda (bkn katil ok,mcm akak aku),satu pegang baby.Aku nak riba Damia pun diorang tak kasi.Hantar smpi ke pintu kereta.Terima kasih tidak terhingga.Akan kukenang smpi bila2.Mau tak kenang 3k juga yang dicajnya.Sekian.


Segalanya harus ada "plan" cuma aku je yang kadang-kadang tak ikut "plan"

Lately dapat dirasakan perjalanan hidup sehari-hari tidak mengikut rutin biasa.Kadang2 tidak mengikut plan pun.Apakah selama ini hidup sendiri begitu teratur sekalikah?Hingga masa untuk memerut pun nak set setiap jam 7 pagi sahaja.Ok,tidak kelakar.

Penatnya badan sehari dua ni.Mana tak penat rasanya boleh dikatakan setiap bulan akan ada sesi berulang-alik ke Shah Alam.Kadang2 dirancang,kadang2 pakai main follow je.Kalau dulu zaman berdua rasanya tak penat macam ni.Tapi sejak Damia dah join da club ni,faham2 je la bila dah involve dgn kekanak ni.Cuma tak teruk sangat sbb suami sendiri ada juga membantu.Tapi kalau ingat time aku dgn Damia je naik flight dua hala pulak tu,mau meroyan aku.Smpi sekarang aku surrender kalau aku berdua je.Ada suami ok.Kurang sikit kalot aku.Pernah aku berdua je dgn Damia smpi tak bukak puasa aku dek penangan si kecik ni yang meraung tak suka tmpt ramai org.Lagi dia angin kalau ada yg tegur,acah2 dia.Apa punya pe'el tak tahu la.Last2 aku bukak puasa air mineral je tu pun dah 1 jam org lain berbuka dan aku berbuka time flight dh berlepas.Sebut pasal puasa ni baru aku teringat pernah satu ketika tu,chewah,waktu tu 1st day puasa dan  selamba je stewardess tu nak serve orange juice kat aku.Kot ye pun tanya la aku puasa ke tak.Takkan dia tak tahu dgn aku yg tudung melitup bagai.Think positive,dia ingat aku period kot.Hahaha!Tapi lepas tu aku cakap la,"Saya puasa".Terus dia say sorry then amik balik orange juice tu.Nasib time tu penerbangan pagi jd level kesabaran menahan lapar dan dahaga adalah masih utuh.Hahaha!Dah,melerat-leret.............

Tinggal dua bulan lagi cuti aku.Tak sabar la pulak rasanya nak masuk belajar balik.Bkn apa,nak cepat habis sbnrnya.Maklum la aku ni kan student tua.Zaman ber"huha" tu telah tamat makanya setiap kali ke kelas harus menjadi seorang serious sambil menunjukkan riak2 wajah seorang yang matang pada kenkawan yang lain.Hakikat....aku sama je ngan budak2 tuuuuu...hahahaha!Last sem,masih ponteng kuliah seperti biasa dan submit assignment disaat2 genting biasanya dah sampai tahap lecturer suruh submit pakai main selit je assignment tu kat bawah pintu.Toturial,ada juga yg miss.Cuma satu je peningkatan pada level kerajinan bila aku telah mula menjadi "minah library".Fuyoo!Tapi..............masih lagi hakikatnya-aku takde geng lepak sekali sbnrnya sbb class aku asyik clash dgn diorg.Uwaaaaa!Aku kan dua alam.Dgn tahun dua pun aku ada,dgn tahun satu pun aku ada.Penangan gatal sangat nak extend sbb bersalin.Sadis!

Jelas,rutin hidup aku mmg takde plan.Main hentam saje.Macam petang ni,beria aku tunjuk plan nak tukar lemari baru kat suami aku.Angguk je lebih tanda setuju tapi hasilnya dia dengan anak dia sedap membute ditengahari yang suam2 kuku ni.

Dan plan untuk Aidilfitri ni pun,aik?puasa pun belum dah plan raya?Hehehe.Maksud aku plan shopping raya.Aku punya plan nak shopping tengah bulan 8 bermakna tengah2 puasa.Elok shopping time ngah berlapar dan dahaga.Membantu tau sbb biasanya perut yang lapar akan membuatkan mood excited membeli tu akan turun ke level dua.Itu aku aku punya hipotesis la.Tak tau la kalau orang lain macam mana.Dan memandangkan lagi kakak aku dah bertukar status jd Bree VanderKamp nih,aku ingat nak heret dia skali la.So tunggu gue di Shah Alam ok.Kami akan kesana kalau tak awal bulan,pertengahan pun Olait! (word Hakim).

Dan plan utama juga untuk ke Sime Darby berkenaan dgn rumah kitorg yang ada benda sikit la nak complain plus rasanya dah nak start sikit2 untuk renovation.Aih!Banyaknya benda nak buat.Dan pastinya juga masih dalam plan,aku dan suami pun tak tahu samada nak buat rumah persinggahan keluarga,sewa,atau let go je.Semua masih dalam plan.Urm!Plan plan plan.Kalau persinggahan keluarga,sekali-sekala je la dtg jenguk since aku dh menetap di K.Trg.Sewa?Sayang rumah takut penyewa tak jaga elok.Maklum la rumah baru.Jual?Sayang pulak since kawasan tu sgt strategik dan market price pun tinggi.Haiyohhh!Tgk la plan macam mana nnt.


"Home sweet home"

Dan beli rumah tu dulu pun antara plan kami suami isteri untuk mulakan keluarga disini.Mmg kami ingat kami akan menetap di Shah Alam.Betul la kata orang,kita hanya mampu merancang dan Allah swt yang tentukan.Insyaallah mungkin kami kembali semula ke Shah Alam dan itu juga merupakan satu plan juga.Dan Damia bukan orang Selangor sbb aku bersalin kat Terengganu juga.Hehehe!


One girl one boy

Akisah si gegirl Damia dan boboy Muzaffar.

Dua orang ni beza umur setahun je
Pastinya satu boy satu girl
Tak pernah sebulu
Selalu gaduh bila jumpa
Modus operandi biasa la,"Dah amik brg gue,gue marah la"

Size badan tak yah citer la
Mmg jauh beza
Sorg berat 10 kg ++,sorg lg 20kg ++
Mmg bahaya tinggal berdua

Si abang pernah tenyeh2 si adik macam tengah kechah kain gayanya
Bertempik si adik
Gelak besar kami
Bahaya oh bahaya!
Buatnya si abang smack down skali
Habis la!

Boboy bkn suka mengusik sangat
Cuma tak suka orang sentuh barang dia
Gegirl pulak,yg orang punya itu la yg slalu jd fav dia
Sabor je la

Kalau boboy buat
Menangis gegirl
Tapi selalunya tak habis kat situ
Ada peluang si gegirl balas balik tuuu
Ikut sapa?
Ayah dia kot.Hehehe!Bonda dia jenis tak melawan
Hehehehe!


Fav cousin sbb suka layan dia.Sampai x terlayan Hani.Mahu tak asyik suh duk sebelah die je.Damia oh Damia.Sian Kakak Hani.Word terbaru yg pandai sebut,"Kakkak",tp dalam je bunyinya.

Tak caya pulak hari ni siap main berdua.Damia nangis siap Muzaffar dtg lap air mata lagi.Siap pujuk gitu.Sbb nangis,bonda cubit pipi sbb suka hati masuk batu bersalut lumpur kering dalam mulut.

Siap boleh bergambar berdua.Main lari2 dalam gazebo pastu si abang lap hingus adik dgn tisu.Hasilnya,sekotak tisu diorg bazirkan.Sepah!

Permainan last,masuk sebelah kaki dlm kolam pastu sepak2 air.Dua2 kena marah,dua2 kena masuk dalam rumah.WoooooWoooo Damia meraung takmau masuk dalam rumah.Tp last2 penat nangis terus tdo juga,bangun tak bangun Maghrib.Sekian.

Cry baby


Dalam hidup kita tak sentiasa gembira tapi tidak juga sentiasa bersedih sampai kejap-kejap nak nangis,kejap-kejap nak nangis walhal benda yang nak ditangisi tu pun bukan benda penting sangat pun sampai nak lost weight 2,3 kg.Hah!

Tapi............

Aku pun tak pasti samada nak nangis atau nak buat tarian poco-poco skarang.Tetibe.Tapi aku rasa macam nak nangis atau hakikat tak tahu nak describe perasaan sendiri sebenarnya.Semuanya berkaitan dgn benda.

Staright to the point..

Aku mungkin bukan seorang yang gile make up tapi aku juga mampu menangis tapi bkn la smpi tersedu-sedu bila eyeliner Mac baru beli RM60 sebatang telah kering sekeringnya sbb penutup dia terbuka aku tak perasan.Paling sadis br guna sekali.Oh!Mmg la org boleh ckp ala setakat RM60 berkira namun hakikatnya aku ni jobless jd balik2 suami jugak yg kena keluar duit.Confirm lepas ni dia bebel kat aku.Diakan mok nenek!Potpetpotpet!

Aku juga mungkin menangis (tp dalam hati) bila baju kemejaputih  fav aku telah digodam oleh seluar kuning mak sendiri (banyak kali dh aku ckp seluar tu membunuh.Hahaha!) telah bertukar color jd tak seputih mulus seperti yg asal.Bkn baju aku je,baju ayah aku pun kena.Siap,nnt aku sorok jugak seluar tu nanti.Sbb tu aku tak suka seluar2 or baju batik yg jual kat tepi2 pantai peranginan.Kalau aku mmg tak akan beli sbb kes macam ni la.Turun color.Ntah mcm mana leh tersesat masuk dlm washing machine tu tak tau la.

Aku rasa tak dapat terima hakikat bila sandal fav aku yg aku pakai tak kira la p kelas ke,majlis kawin,p pasar,mandi laut bla bla bla bakal menemui ajalnya tak lama lagi.Dah nmpk hint2 nak putus dah.Aku tak tau la kenapa jenis aku walau masih ada sandal or kasut tp kalo dh selesa satu tu,itulah yg aku guna sampai hancur.Isk!Isk!Isk!

Aku pun rasa nak mengamuk bila handbag sendiri makan tuan bila besi kat beg tu telah membuatkan baju sutera aku tertarik benang.Arghhh!Nak suruh tukar baru la tu (pejam mata sambil doa-harap suami baca.Hahaha!)

Dan yang paling aku nak nangis bila check purse duit dah kurang.Cilakak!Suami ambil separuh duit aku tolong simpan sbb mungkin dia tengok aku enjoy sakan berbelanja.Chait!Dia cakap kalau nak apa2,mintak dia.Wooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!Terus nangis non stop!


Ni paling aku nak nangis.Mmg payah nak snap pic dia.Aku duduk mcm ni sbb nak angle cantik tp bila aku bertinggung mcm ni dia pun bertinggung jugak sudahnya dia duduk aku pulak snap pic berdiri.Aih!Nangissss....

Teringat dolu-dolu

Kenang balik zaman main berebut tiang,main decok @ teng-teng bahasa luarnya,lompat getah dan macam2 lagilah buat aku tersenyum sorg.Tapi bila tengok bdk2 zaman sekarang,jauh bezanya.Semalam bila aku suggest main permainan budak2 era aku,semua melopong mulut.Semua tak tahu.Oh!Itu kalau zaman dulu2,kalau tak tahu macam tu dah start nyanyi reramai la..

Dok tahu sudoh
Kopek mu Dolloh

Hahaha! (Nostalgic btol kalo kenang balik)

Makanya semalam,gagah si Batrisya amik laptop ajak surf internet nak tgk video through youtube.Aku kemain perah otak nak cari lagu2 dance sopan (ada lg ke??) untuk tontonan diorang.Maklum la penontonnya tak cukup umur lg.Sekali...

Batrisya:Kita tengok video Katty Perry,Hot and Cold.
Aku:Pengsan!
Baju color peach tu adalah anak sendiri si Damia.Paham ke tu?Bersungguh juga nak tengok.Sabor je la~

Aku dan tv

Aku bukanlah seorang yang addict dengan kotak bergambar walau dalam bilik tidur aku sendiri ada Astro ,DVD bagai seolah-olah hari aku tidak lengkap andai tidak menatapnya.Kalau time aku ada class,seminggu sekali pun kira bagus aku nak buka.Kalau tak senyap macam tu je la.Tp itu tidak bermakna aku tak ada fav channel.Hahaha!Weekend br la aku buka.

Pasang untuk Damia?Hehehe.Aku lebih prefer bagi dia pen dengan kertas walau ia berakhir dengan hasil seni lukis dibetis sendiri.Aku tak berapa ajar dia mengadap tv dengan pasang cartoon dgn harapan dia tak kacau aku buat kerja.Aku lebih suka dia sekarang yg hanya boleh stay depan tv paling lama 10 minit shj dan kalau cartoon tu menarik,drag lama sikit,pastu dia akan follow apa yg dalam tu buat,kalau nyanyi dia nyanyi sekali,kalau menari dia menari sekali dan lepas tu cabut lari buat projek lain.Honestly,cd yang aku beli untuk dia cuma 2 keping.1 cd Barney dan 1 lagi Elmo.Kedekutkan aku?Hahaha!Buat apa nak beli sampai berkeping-keping andai anak sendiri tak menunjukkan minat untuk menonton.Kalau buku banyak la walau anak tak reti membaca lagi.Tapi takpe,pupuk dari awal.Jd pada aku channel cartoon yang 4 siaran tu dah memadai.Itu pun aku tapis jugak sbb ada cartoon yg mampu bg negative effect pd kanak-kanak.Serious byk.

Satu lagi aku pernah terbaca satu artikel,aku lupa samada dalam magazines atau internet.Dalam tu mengatakan,kanak-kanak yang terlebih menonton tv akan hilang fokus sewaktu belajar disekolah.Limit dlm sehari utk mereka menonton hanyalah 2 jam shj.Itu pun aku rasa macam lama.Hehehe!Tapi tak tahu la sejauh mana kajian tersebut namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi aku dan sebab itu aku sedikit lega bila Damia tak suka tgk tv.Tapi tak tahu la bila dia besar sikit nanti takut pulak dia yang control remote tv.Mintak jauh la!

Fav aku bila bukak tv haruslah Desperate Housewife (ntah bila nak tamat lepas sambung-sambung,dari anak kecik,dah jadi remaja,dari kawin cerai pastu kawin balik,skandal bla bla bla),90210 walau jalan cerita tentang remaja punya life baru sekolah tapi hidup sikit punya complicated mengalahkan menteri kabinet,Masterchef (tak kiralah senior atau junior,layannnz),dan yg terbaru Raising Hope.Tp jenis aku walau aku tgk,kalau ter"miss" sekalipun,I don't care.Tak adalah sampai nak cancel kalau orang ajak keluar,nak letak phone kalau orang ada call,dan buat tak tahu kalau ada org sembang sebelah kita atau nak marah anak sebab time nak menonton tu la dia berak la,nak susu la bla bla bla.

Sebelum ni aku tak pernah rasa nak tgk pun.Tapi tgk dah macam episode back to back je kejap-kejap dia,kejap-kejap dia,maka tergatal tangan pulak aku switch ke channel tu dan hambik!Best juga rupanya walau ada satu scene aku tak berapa suka bila diaorg persenda nama president Iran Mahmoud Ahmednijab.Aku suka sbb cerita ni adalah drama comedy dan pada aku dari aku duk layan TV3 suku dan rakan-rakan,baik aku layan ni.Hati pun relaxsss sajork!Dan dari aku layan cerita Melayu balik-balik projek multimillion,anak jutawan cinta terhalang sbb beza darjat,cite hantu sikit pun tak seram,cinta lelaki Melayu terakhir yg sanggup terjun kerusi demi kekasih hati,cinta bersegi-segi dan banyak lagi la yang buat loya tekak aku je.


Pic Maw Maw yang nyanyuk tu tak ada.Ganti dgn si Sabrina tu kot!

Inilah dia.Cite ni kalau ikutkan dah ditayangkan tahun lepas cuma aku tak sure di Astro dah pernah tayang atau belum dan kalau pernah makanya aku la yang ketinggalan sebenarnya.Ala,tak kisah la.Bukan masuk exam pun.Huhuhu!

Bila lelaki menunjukkan wajahnya yang cute....

Dulu susah nak tgk lelaki posing gambar ala-ala manja gitewww (ayat pun kena manja gak).Tapi sekarang tidak lagi.Bersepah-sepah wa cakap lu.Maklum la sejak-sejak gelombang K-Pop,Justin Bieber (tak penat ke duk sentak-sentak kepala baiki rambut,silap-silap boleh biol).

Nah!Inilah dia bila mereka bergaya cute dan manja.


Yang bertanda tu aku buat sbb aku rasa dua orang ni adalah yg palingggggg cute!Auw!

Disclaimer:Jangan tgk pic ini ketika anda sedang makan kerana ditakuti segala isi perut akn terluah semula.Harap maklum!

Takut pada benda tak sepatutnya takut tapi tak takut pada benda yang sepatutnya takut

"Orang kita takut pada benda yang tak sepatutnya dia takut tapi tak takut pada benda yang sepatutnya dia takut" - Status aku kat FB harini.

Bukan saje2 tulis tapi rasa bengang jugak bila sana sini duk cerita pasal B.E.R.S.I.H.Byk versi.Ada positif dan ada negatif.Tu belum campur road block dari pagi sampai malam dekat balai polis Marang.Menyusahkan orang.Kalau takat kau nak intai dalam kereta pastu lepas apa motif?Lain la kau geledah satu2.

Apa yang kau takut sangat sebenarnya ni?Diorang bukan pergi nak merusuh pun.Siap Agong sendiri bg green light boleh buat di stadium.Modus operandinya hanya nak minta semoga PRU nnt gunakan dakwat dengan harapan pengundian dilakukan dengan lebih adil dan tiada anasir2 menipu.Apa yg sampai rumit sangat jadinya hingga semua media asyik duk provok ttg isu ni.Naik fed up aku.Kadang2 nak gelak pun ada.Pak2 menteri dah macam cacing kepanasan.Tp untung juga untuk side itu sbb at least Berita Hairan,Utusan,Sinar Hairan,TV3 suku bla bla bla etc ada isu sikit nak cerita.Kalau tak balik2 isu basi.Isu laman web kerajaan kena godam dah senyap dah.Tapi perhimpunan B.E.R.S.I.H ni,tiga2 bangsa ada.Ada Melayu,Cina & India.Inilah yg Najib nak.1Malaysia.

Aku nak gelak tgk bila tang B.E.R.S.I.H kemain lagi nak bantah,report polis bagai tapi tang minyak naik,barang naik,taraf hidup yg makin tinggi (sesak nafas kalau nak fikir) tak pulak kau bising.Terima seadanya pulak.Buat la demostrasi skali.Kau bising pasal B.E.R.S.I.H tapi kau tak alert dekat2 nak ramadhan ni harga barang nak naik lagi.Kalau tak caya,pergi la kemana2 hypermarket,untuk minyak masak,MILO dan nanti mungkin gula,tepung bla bla bla dah letak limit seorang just 2 je.Kau tunggu la.Pergi pasar tengok,belum ramadhan harga daging sekilo dah RM20.Sekilo daging brape org je boleh makan?Habis kalau dah anak 10?Tu belum nak raya lagi dah harga macam tu.Cuba jengah pasar2 sekarang,ramai penjual dari pembeli.Kau memang sedih.Kau tak alert budak2 sekarang makin rosak.

Tu belum campur perjumpaan Isteri2 wakil rakyat UMNO seluruh Mesia yang diadakan diTerengganu.Dalam poster dari 4-9 July tapi dengar2 sebenarnya seminggu.Habis semua jentera kerajaan guna sampai siap polis iring bas/kereta lagi.Yang duk dlm tu pun takat bini2 wakil rakyat je.Sesak pulak jalanraya dibuatnya dan bikin panas bila tetiba kena elak kereta ketepi.Kalau ambulan yg bwk org eksiden ke,sakit tenat ke,tak pulak polis nak iring mcm tu sekali.Hmm!Agak2 2nd wife Bung Muktar ada sekali tak?Artis tu.Heh!Tentatif program lagi takleh terima.Lawatan ke kedai emas,shopping sutera di Terengganu,siap ada main badminton,bowling bagai.Hohoho!Yang dah kertu tu,larat lagi ke nak smash bola??Teringin pulak nak tengok Rosmah main badminton.Smash bola sekali bola hilang,carik2 sekali lekat kat rambut daa!Hehehe!Tak kesah la janji byk projek/tender gomen masuk.Topik UTAMA org UMNO tiap kali bersadai minum kat kedai.Cukuplah tu.Nak list lagi kalau ikut pjg lagi.Hahaha!aku nak tambah sikit,kalau tak cakap pasal projek/tender,mesti cerita pasal golf.Maklum la sejak jd kontraktor ni br pandai main golf.Time nak cerita pun suara kena tinggi biar org lain dengar.Kalau tak orang tak tahu (pernah berlaku dalam flight.Kalau dah kaya sgt main golf takkan naik Air Asia je kot?Busuk2 naik la MAS)

Lagi sedih bila benda yang sepatut kau takut tapi kau tak takut.Aku cakap macam tu sebab:

Ringankan solat 5 waktu
Minum arak
Tak puasa
Orang berzina hingga lahir anak luar nikah
Ambik rasuah lepas tu suap anak isteri makan dengan hasil rasuah
Isteri kau tak jaga aurat
Kau menentang hukum hudud
Kau bla bla bla bla
Kau lagi dan lagi dan lagi
Ah!Malas aku nak layan

Nota kaki: Lagi sedih bila orang sibuk pasal B.E.R.S.I.H tapi ada lagi yang sibuk dengan Kilauan Emas Astro.Aduhai!Tak cukup AF,tak cukup Mentor.Serious aku rasa sedih campur malu walau baru sekali tengok.

Part 1: Ada org ckp alasan ini menyebabkan keinginan utk beranak terbantut sama sekali tapi tidak pada aku.Let's cekidout!

Last time aku ada tgk satu video di youtube dari Arturo Trejo yg cerita 18 reasons kenapa perlu tak ada anak dan dari situ terasa nak buat list yang berkaitan 18 reasons tersebut but malangnya hanya dapat list sebanyak beberapa reasons sahaja.Kalau dalam video tersebut dia menunjukkan betapa annoyingnya mempunyai anak kecil namun dari rasa annoying tersebutlah sebenarnya menceritakan betapa bertuahnya aku kerana diberi peluang olehNya untuk merasai sendiri nikmat menjadi seorang ibu pada sikecil ini.

Aku tak mampu menolak bahawa setelah mempunyai anak,banyak benda yang harus aku tinggalkan.Ruang untuk diri aku sendiri sekalipun kadang2 hampir tiada.Bohong andai dikatakan aku tidak stress dengan beberapa keadaan namun aku sentiasa berfikiran positif dan itu sahajalah terapi yang terbaik yang mampu aku buat untuk waktu ini.

1 - Parents abuse

Cuba untuk deny dengan mengatakan anak sendiri adalah tersangatlah behave ketika berada di tempat awam?The answer is NO.Lupakan tentang kenakalan dia dirumah kerana dirumah semestinya dia adalah superhero bkn tapi superwoman sebenarnya.Parents abuse?Yeah,sometimes.Biasanya berlaku sewaktu kami diluar.

Terus-terang dikatakan membawa Damia keluar berjalan-jalan atau shopping adalah suatu yang azab sebenarnya.Bunyi agak kejam namun itu adalah hakikat.Jatuhkan barang,capai apa sahaja yang nampak dimata,berlari kesana kemari (tips penting-untuk menangkap si kecik ini jgn sesekali kita berlari sama kerana dia akan lari lebih laju budget org nak main kejar2 dgn dia.Berlakonlah konon2 kau tak perasan dia dan jalan slow2 kearahnya) dan paling tak tahan bila melakukan aksi meniarap dilantai mana2 tempat yang dia rasa nak meniarap.Ya,mood bershopping kadang2 hilang terus bila berlakunya ini.Tapi bukan kadang2 rasanya tapi setiap kali.Sabor je la!
I'm not treat you like a pet baby but seriously I don't have a choice.This tali sangat membantu.Sekurangnya dia tak dapat pergi lebih jauh.I know banyak mata yang memandang everytime I used this to her.Ada jugak yang ketawa but I don't care.Hahahaha!(I pulak yang ketawa)


Tidak pernah mahu duduk ditempat yang sepatutnya dia duduk.Stroller?Hell no.Sangat enjoy kalau diletakkan dalam trolley namun mampu mengundang padah sekiranya tidak dipantau.Pernah terlepas pandang dia sempat membuka penutup Clorox Bleach dan tumpahlah isinya (aku tak faham asal dah tahu Clorox tu bahaya kenapa penutup dia tak seal betul2 dan untuk diri sendiri jugak dah tahu benda tu bahaya letak jugak hampir dengan anak.Just simply pulas je penutup).Waktu ni hanya Allah yg tahu perasaan aku.Cerita last week pulak,bukak penutup Sunlight pastu tuang kat tangan then sapu kat pipi.Solution dia harus pakai dua trolley kalau nak selamat tapi kalau shopping groceries antara aku dgn dia je macam mana??Bg dia tolak satu trolley??

Normally masa untuk kami menyelesaikan sesuatu urusan dengan membawa sekali si kecil ini adalah tidak dapat dijangka dan biasanya akan drag lebih lama.Tiada berjalan dengan lancar.Ia sememangnya amat menguji kesabaran dan dari situ juga kami belajar untuk menjadi lebih sabar dan sabar dan sabar...(kadang2 pernah jugak aku rasa macam nak bertukar color hijau.Terus jadik Hulk.Huhuhu!)


Hanya mahu duduk dalam stroller sekiranya ada sesuatu diberikan padanya.Paling disukai adalah cupcakes.Harus makan dengan khusyuk sekali dan kalau terlepas pandang dengan bekas2 tu sekali dia nak makan.Dan seperti biasa Damia sangat pantang dipakaikan safety belt.Dia akan meraung setiap kali dipakaikan safety belt dan cubaan melepaskan diri akan dilakukan dengan begitu bersungguh sekali.Bila tak pakai,maka duduknya harus gaya bebas.Suka hati dia nak letak kaki macam mana.Bahaya mmg bahaya namun nak buat macam mana,daripada dia tak mahu duduk langsung.Ya,kami kalah disini.Stroller hanya sebagai tempat time dia rasa nak milk,dia ngantuk nak tdo,dan time dirasuah sesuatu untuk bagi dia diam.Selebihnya,pandai la fikir sendiri.

2- Personal space

Dia memang masih bayi dan dia tak akan faham sama sekali bondanya ada assignment ke,esok nak exam ke,ayah dia needs laptop nak buat kerja ke,she's don't care.Once dia dah merenggek2 kat tepi,please bagi ruang kat dia nak tengok dia punya fav video.Tak lama pun,about half and hour dah cukup namun dia punya annoying tu Allah je tahu.Ya,dia punya personal space dan jangan kacau nanti dia marah or mengamuk lepas tu.Hurm,kecil2 dah control orang dewasa.


3 -    Toys

Barang2 mainannya ada dimana2.Terpijak,tersepak adalah benda biasa.Dimana2 itu kadang oh!!dalam toilet pun ada.Walau tak suka sangat manjakan dia dengan permainan tapi orang lain pulak yang rajin tolong belikan mainan.Tq.Sigh!
10 minutes pertama segalanya begitu proper.Dia akan main dengan baiknya.


Aksi sebegini bila masuk 10 minutes yang kedua.Bibit2 bosan dah mula menjelma.Ada je la idea.


Biasanya akan berakhir begini dimana tuan mainan tak tahu kemana dan tinggal ini je la nak tunggu kita kemas balik segala.Tensionnya akuuuuuuuuuuuuuuuuu!

4 -    Diapers

Waktu yang tidak menyeronokkan sama sekali.Dia sukar untuk duduk diam dan bila datang angin aku cubitan dipaha adalah biasa.Baru dia nak duduk diam.Kalau selepas poo poo untuk pakaikan dia diapers semula haruslah berlari 100m didalam rumah mengejarnya.Dia suka lari sambil bogel dan ketawa.Damia,tak kelakar ok???

Dan untuk diapers itu sendiri,dari pakai diapers biasa kena tukar pada yang pants punya sbb suka hati dia je tanggal pelekat sendiri dan waktu nak pakaikan juga sakit hati betul sebab dia akan buka pelekat selagi kita tak pakaikan dia seluar.Jadi segalanya harus cepat dan penatnya hanya Allah shj yg tahu.Fuh!
Cubaan melarikan diri itu adalah perkara biasa

5 -    Car Seat

Damia sangat tak suka duduk dalam carseat.Moment biasa setiap kali diletakkan dalam car seat.Tangisan yang bagai didera dalam kereta sampaikan nak bawak kereta pun rasa huru-hara.

6-    Tantrums

Semakin meningkat usianya,dia makin pandai mengambil perhatian.Ini juga situasi biasa bila keinginan tidak dipenuhi.Biasanya kami mengambil pendekatan tidak memujuk dan hanya membiarkannya menangis.Hasilnya,dia akan diam sendiri dan datang pada kami apabila dirasakan protesnya tidak berjaya.



Kalau dirumah tidak menjadi masalah namun kalau ditempat awam,agak sedikit bermasalah cuma kami harus meningkatkan kesabaran kami sebab takut nanti ada je masuk Harian Metro muka depan.Hehehe!Aksi ini yang paling latest ditunjukkan di R&R Temerloh (habis orang pandang kau) dan di Ekspo Buku TTC.Seperti biasa,dia tidak akan dibiarkan menjadi the winner.Hehehe!Nak sesuatu sekalipun,meraung la macam mana sekalipun,guling2 la sejauh mana pun,sekali perkataannya adalah NO bermakna tidak sama sekali.
7-   Dinner

Sememangnya dari dulu lagi kami tidak gemar makan diluar dan lagilah bila ada Damia,mood untuk makan diluar bagai tiada langsung kecuali tiada pilihan atas reasons tertentu.Dan dinner diluar pastinya bukan satu perkara yang menggembirakan namun makin stress ada la.

Damia tidak kira dinner diluar atau dirumah,dia tidak suka disuap tapi lebih gemar makan sendiri.Dan bila makan sendiri faham2 sahaja la.Selepas makan dia biasanya tidak hanya berhenti makan,tapi pasti ada acara sampingan iaitu mencampakkan segala yang ada didepan mata.


Tidak ingin dibantu.Semua mahu buat sendiri.

Kalau dirumah adalah lebih baik menanggalkan bajunya.Damia juga sangat bencikan bip.Rimas mungkin.

To be continue....

Hujung minggu:Ekspo buku di TTC

Dah beberapa bulan keadaannya ibarat hidup segan mati tak mahu.Kesian tu memang la  kesian kalau dilihat.Tapi apakan daya masa dan fulus belum lagi mengizinkan aku untuk pergi menempah yang baru dekat pak cik buat perabot dekat Rusila.I like this pak cik sbb kita boleh design sendiri rak yang macam mana yang kita nak dengan harga yang amat berpatutan.Dan buat sementara waktu ni aku bersabar je la asyik duk ulang baiki balik tiap kali para rak tu jatuh.Sabar itu separuh daripada iman.Hehehe!Tapi kalau ikutkan sakit hati dah lama aku lempar rak tu kat belakang rumah tapi bila fikir lepas tu buku2 aku tu mana aku nak letak?Tambah lagi dengan kewujudan MBKT kecik kat dalam bilik ni.Hakikatnya bukan makin kemas,tapi makin worst ada la ghupenya.Ada je benda yang dia nak adjust.Dan akhirnya berkat creativiti si kecik tu la akhirnya rak putih IKEA (nak jugak gtau),telah rebah menyembah bumi ops!bukan.Rebah menyembah carpet.Ikutkan angin aku time tu,nak je aku kepit jugak kepala si kecik ni kat celah ketiak aku.Baru kau rasa.Hangin aku toksah citer la,namun bila pandang mata bulat terkebil2 tu,aku pun pasrah je la.Last2 buat sementara waktu beginilah keadaan rak buku aku nih.Asalnya 3 bahagian last2 tinggal 2.



Namun begitu,walau rak runtuh,gigih jugak nak mencari buku baru.Kebetulan pula ada pesta buku kat TTC (Terengganu Trade Centre).Seronoknya sbb aku suka apa jenis ekspo yg melibatkan buku sebab kat mata dah terbayang2 buku2 yang best akan dijual secara murah.Dan kalau nasib baik,boleh jumpa buku2 yang selama ni nak tapi tak jumpa.Misalnya buku Warisan tulisan Abdul Talib Mohd Hassan if I'm not mistaken.

Mengimbas waktu sebelum kahwin dulu,aku ingat lagi bila aku dan sepupu sehati sejiwa aku Yussseerr,suka sangat ke kedai buku terpakai.Lokasi dia kat area Komtar Penang kalau tak silap aku.Tempatnya kat tingkat dua bangunan (Jalan Chowrastar rasanya) yg banyak jual jeruk2 yang tak berapa nak lepas sangat tekak aku menelannya selepas insiden aku pernah melihat seekor cicak tokek (aku saje la namakan dia cicak tokek sbb saiz sikit punya besar dah macam ghupe mengkarung pun ye juga),telah me"landing"kan diri kat dalam tong jeruk yang terbuka.Terus aku loya lepas aku tengok.Hehehe!Berbalik pada cite aku,biasanya kalau pergi sini harus makan jam juga la.Seronok kau pilih2 buku kat situ.Macam2 ada.U just name it,then u got it!.Maksudnya bkn buku yg latest la tapi buku2 lama yg agak susah nak dapat dipasaran biasanya.Hehehe!Dan yang paling best kau boleh tawar menawar dengan mamak kedai tu dengan pura2 buat  muka kesian konon2 bawak duit cukup2 je kat dalam purse tapi ada hati nak beli buku sampai 5 bijik.Aku memang tamak!Aku ingat lagi disebabkan rajinnya aku duk mengorek2 buku,aku pernah terjumpa buku yang masih baru tapi mungkin tuan dia takmau simpan so habis baca terus dia let go kat kedai ni.Penulis dia Danielle Steel dan kau faham2 la kalau kat kedai,buku ni harus RM30 to RM40 sebijik wajib tak lari tapi sini aku dapat pd harga RM15 atau kalau buat muka toye lagi kat mamak tu dapat la turun lagi smpi RM10.Tp ikut condition buku la.Ada juga buku yang aku beli agak lusuh (mcm baju kau),yang dah kuning2 dan aku beli dgn harga dari RM3 or RM5 tapi citer dia sikit punya best sampai ulang2 kali baca smpi akhirnya buku tu lebur.Hahaha!Memang tak dapat la aku nak wasiatkan untuk Damia.



Berbalik pada ekspo buku itu hari,pada aku sambutannya tak berapa menggalakkan (tapi mungkin tak kot dan mungkin juga kebetulan sewaktu aku datang tu orang tak ramai LAGI.Tanggapan aku la) sebab time aku pergi tu suasana agak lengang dan mana nak cari pergi ekspo time weekend pulak tu tapi kau boleh parking kereta kau betul2 dekat pintu masuk tanpa kau perlu berpeluh ketiak cari parking.I like.Tak perlu aku menapak jauh2.Dan orang yang paling gumbira adalah si kecik ini la yang bukan main seronok lagi berlari-larian dan aku lepas je maklum la kelibat anak aku senang nampak sbb orang tak bersesak-sesak sampaikan pekerja setiap booth siap boleh sembang atau duk termenung merenung masa depan barangkali dan itu yang kena panggil dua tiga kali baru bagi respon.Jauh lamunannya dan mungkin dah sampai ke bulan agaknya.Hahahaha!


Inilah keadaan waktu aku sampai.Senang sikit nak membelek buku-buku mana yang agak2 berkenan.



Bagi chance kat si kecik ni pilih mana2 buku yang dia suka.Lama dia belek2 buku ni.Ingatkan tertarik dengan gambar kat dalam buku tapi rupanya dia kagum dengan mata yang ada kat buku tu.Mata tu je yang ditelek2 lama.Hurm!Tak kuasa aku nak belikan kalau takat sebab mata ikan tu.Dan aku pun balik dengan 4 bijik buku.Cukup la tu.Tamak2 pun tak guna takut tak sempat khatam habis.Next time beli lagi.

Overall apa yang boleh aku katakan ekspo ni bagus dan harus diadakan setiap tahun.Dan mungkin juga kurang pengunjung sbb ada lagi satu ekspo kat taman Shahbandar yang bukan main ramai lagi pengunjung.Orang Terengganu mungkin lebih gemar ekspo yang ada funfair bagai agaknya.Hehehe!Untuk aku,tak pergi pun tak mengapa.Sesak!Sesak!I don't like.Bukan satu kerugian pun bagi aku walau boleh dikatakan setiap hari aku melalui jalan tu sebab aku suka pergi bertandang rumah kakak ipar aku dkt flat Kg.Tiong tu almost everyday (dasar jenis tetamu tak tahu malu setiap hari melepak rumah orang.Hahaha!)

Cuma ekspo buku kali ni banyak kelemahannya.Ini pada pandangan aku la.Tak setuju tak mengapa.Antara kelemahannya,

1- Sebut je ekspo buku (walau dalam otak dah set mesti banyak less) namun hakikat aku sorang je syok sendiri.Harga yang ditawarkan adalah sama je kalau kau jengah MPH ke,Popular ke,PSI ke dan mana2 kedai buku berhampiran.Dan paling aku takleh blah bila saje la aku usha harga buku rujukan university (walau aku dah beli sebenarnya) dan harganya agak MAHAL lepas tu siap buat potongan 10%.Walau ada potongan harga masih lg mahal dari buku yang aku beli di Book Garden UMT.Hampehkan???Beria staff dia duk promote the best price bagai.Cuba lagi next year!!

2-Marketing memang failed.Dan ada juga booth yg kau masuk,pekerja dia boleh buat derkk je siap main handphone.Jenis ni baik kau blah je dan takyah terhegeh2 nak beli buku kat booth dia.Ada juga yang jenis pekerja yang tak buat apa2 tapi just pandang je kau tanpa promosi buku2 yang dijual kat booth dia.Lagi best yang jenis rancak sembang sampai orang kena panggil 2,3 kali baru dengar.

3-Satu lagi dah tahu kita jual buku,bodoh2 pun cuba la ambik tahu sikit pasal buku2 yang kau jual.Ini tak.Satu apa tak tahu lepas tu pakai main cakap lepas je buku tu tak ada,buku ni dah habis.Buku ni femes (walau aku tak familiar penulis dia sbb aku tak suka cerita cinta penulis Melayu sbb nmpak sgt imaginasi penulis semata2 dan kadang2 tak masuk akal).Penulis Melayu aku lebih prefer penulis lama misalnya Khadijah Hashim-Badai Semalam dan seangkatan dengannya.Pastu aku saja la buat2 tanya buku Ramli Awang Murshid dgn cerita thriller dia tp confident je ckp yang ni x femes sgt pastu tunjuk buku lain.Please la.Ramli Awang Murshid tu antara penulis lama kat Malaysia ni dan buku2 dia pun best bagi yg minat cerita2 lebih pada thriller la.Macam2 la.Kalau tanya,mesti sengih2 macam kerang busuk pastu pandang muka sesama sendiri buat muka meluat la kononnya aku customer banyak songeh tanya itu ini.Direct je aku cakap ni dekat booth Karangkraf.Publisher yg agak femes kat Malaysia,kurang2 kau jaga la sikit image company kau tu.Tapi booth Ana Muslim bagus.Agak friendly dan rajin la melayan customer.Time aku pergi la dan tak tau la kalau org lain dapat layanan sebaliknya.Dan yang buat promotion yg agak agresif adalah yang jual buku2 kanak2 Grolier kalau tak silap aku dan ada satu lagi aku lupa nama dia.Tapi sah2 la semua pekerja dari luar Terengganu (based on loghat mereka).

4-Dan yang buat aku menyampah dengan beberapa perempuan yang sibuk promote kursus English tapi hakikat diorang tak faham sangat dengan produk yang diorang offer.Pakai main hentam jer janji dapat imbuhan.Sekurangnya prepare la diri sebelum nak promote kat org lain.Ayat biasa "Hurm,saya tak pasti jugak,nanti saya tanya",dan lepas tu akan bermula la sesi aku tanya kau,kau tanya kawan kau,kawan kau tanya kawan kau yang satu lagi bla bla bla.....sampai sudah tak habis dan last sekali kau bantai gelak je.Hampeh lagik sekali!

5-Buku kanak2 yang banyak namun harga dia,hurm...lebih kurang harga kalau beli kat kedai buku biasa.Tak beza sangat.Choice tu banyak cuma mcm aku katalah,kalau takat nak membisu seribu bahasa baik kau balik rumah tidur lagi bagus dan tak payah duk makan gaji buta tercegat je kat situ.

Begitulah seadanya.Tapi booth2 yang lain ada juga la yang ok dan friendly.Paling friendly uncle yang duk booth yang wakafkan Al-Quran dan tafsir Al-Quran untuk bebudak tahfiz.Apa pun aku suka part yang pertandingan mewarna,susun puzle sbb participation antara anak dengan parents.Kemain lagik parents bagi sokongan.I like activity yang macam ni cuma Damia terlalu kecik utk join.Tukang sibuk tu boleh la.Bila la yang kat PWTC tu pulak.Si Yusnita ckp haritu kalau yang tu lagi havoc.Aku tak pernah jejak lagi.Teringin pulak rasa hati.Hehehe.Lastly,terisi juga hujung minggu kami.Sekian.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You