Sindrome kemalasan

Sebenarnya post ni tak la relate sangat pun dengan tajuk diatas.Hehehe!Sebelum itu rasa macam tak terlambat lagi kalau I nak ucap "Selamat Hari Raya untuk semua".Maklumlah rayakan sebulan.Mood pun still mood raya lagi ni cuma agak terganggu sikit bila teringatkan test after raya.2 minggu universiti cuti maka I pun cuti sakan sampai esok nak kelas,malam tu baru I bukak buku,check organizer,bla..bla..bla..etc.Sakan betul cuti!Malam tu jugak baru I sibuk call kawan2 tanya test bila.Sekali dia hambik kau sebab 1st test adalah pada hari Isnin.Universiti bukak hari Ahad maka kelam kabut la I seperti biasa dan time tu jugak la menyesal bagai asal la tak study awal,macam mana nak pulun semua dah sah2 esok nak test,3 bab kena cover panjang giler lak tu namun nasi sudah menjadi bubur Damia.I redha jer la sebab salah sendiri.Time2 tu jugak la datang emonya sekejap menginsafi diri andai study awal2 harus skor A+ untuk paper 2.Tapi itulah I.Insaf jer selalu tapi effort kearah itu tak pernah ada.Huhuhu!Tolonglah bagi advice sikit kat I ni.Hurm..nak buat macam mana I ni dah lama sangat kena sindrome "Warm2 chicken shit".Hehehe!Dan malam ini I ada lagik 1 test iaitu test untuk subjek TITAS.Apa yang harunya adalah test start kol 9.30 malam.Abislah sebab anak I amatlah bermasalah kalau ditinggalkan malam kerana adapun dia akan menangis tercari2kan I secara bersungguh2 pulak tu sampai mak I confirm akan meroyan sekali.Tapi nak buat macam mana,I tak ada kuasa nak tukar2 tarikh test kecualilah kalau hubby I naib canselor universiti "Mungkin boleh kot?Boleh..boleh..boleh blah!" atau kurang2 buat time siang aje ke sebab apa yang pasti this is not my grandmother university.Kalau iya,barulah senang kerja I.



Bila tengok muka inilah I jadi berat hati nak tinggalkan namun I terpaksa juga menahan hati ini dari cari idea lain nak lari dari test sebab dulu dah banyak kali praktice time pregnant sebab malas pergi kelas dan apa yang pasti ada yang berjaya dan ada jugak yang kantoi.Huhuhu!So tanpa kiss,kiss,I love u I tinggalkan anak I sekejap dekat mak I dan terus pecut ke universiti.

Tapi sebenarnya tak pecut terus sebenarnya sebab dalam kereta baru perasan pencil 2B I mata pencil dah kontot habis dan I pulak tak ada sharpener.Kalau orang Trg sebut 'gorek'.Hehehe.Dulu I ada asah pakai sharpener budak kelas itupun gelak2 konon macam kelakar budak tu bawak sharpener pergi kelas sebab pada I sangat la tak cool.Cis!Gelak2 tapi I pinjam jugak.Jadi I terpaksa berenti kat kedai pulak pergi beli pencil.Settle semua I terus pergi 'u'.Sampai saja kat sana baru I perasan slot I sebenarnya pukul 8 malam tapi,hurm faham2 ajelah terlepas dapat ambil yang pukul 9.30 malam.Student untuk subjek ni mmg ramai giler.Rimas I time tunggu sebab mmg crowded gile tambah lagi I tak ada geng pulak nak buat lawak bodoh sebelum masuk dewan.Bila masuk jer dalam I cepat2 pilih seat paling belakang dengan harapan senang I nak cabut awal.Bagus betul strategy.Sementara tunggu arahan nak bukak kertas soalan,mata I melilau-lilau macam biasa.Tup2 I nampak ni...hehehe!

Bila nampak jer terus I snap cepat2 sebab tu la quality mcm hampeh sikit la.Benda ni la buat I gelak sensorang dan apa yang bermain kat dalam kepala hotak baik jahat I ni adalah memang kreatif betullah minah ni.Sebab apa I cakap kreatif?Sebab dia pakai selipar bulu yang orang pakai kat dalam rumah (biasanya bilik la),tapi dia pakai time pergi test siap ada bunny kat atas comel giler.Pink lagi.Awww!!

Masuk bab menjawab tu I memang jwb dengan confidentnya cuma result nnt tak tau la suit ke tak dengan tahap ke'confident'an time I jwb tu.Kukuku!Bkn sebab apa time nak mula test tu suara staff sokongan duk mengumpat kuat sangat dekat belakang sampai sebiji2 patah kata leh I dengar dan apa yang pasti sedikit sebanyak telah menganggu konsentrasi I untuk menjawab sebab mesti u alls tau kita kena focus pada topik umpatan diorang test kita.Kalau tak sia2 la apa yg I study last minute tu.Hehe!Study la sangat.


Habis jer test terus cabut dan singgah sini sebab baru sedar perut dah kruk kruk kruk mintak isi.Maafkan diri ini encik hubby sebab sakan tapau burger Mc D sebab time dia tanya I ckp mkn burger biasa je yg jual tepi jalan tu.Wahahaha!
Menatang ni kadang sedap kadang tak sedap tapi harini sedap pulak.Makan sambil drive pastu berlakon buat2 taring vampire guna kentang goreng letak kat mulut pastu gelak sorang2..............................dan lepas tu baru perasan kereta sebelah tgk............tiba-tiba malu sendiri.Tunduk Insaf (tunduk cover malu sebenarnya).

Sampai rumah I tengok si kecik ni dah macam ini.Comel betul!Uiks!hehehe!macam I la.

Jadi I pun layan la ini sambil online layan blog layan facebook.Still tidak mengulangkaji jugak.Selesai............................!

Bumbo seat for baby

To all mommies diluar sana,this bumbo seat amatlah bagus utk bayi anda.Damia sudah ada satu dan anda bila lagi?Ewah,macam iklan pulak.Bercerita tentang bumbo seat ni,aku memang dh lama sangat berkenan dengan benda alah ni setelah secara tidak sengaja ter"surf" laman web yang menjual kerusi comel ni.Namun niat nak membeli terbantut setelah di negeri kelahiran aku ni tiada dijual atau aku sebenarnya yang tak jumpa.Antara dua itulah dan pastinya pilihan lain adalah dengan membelinya secara online.Ntah macam mana (sebenarnya nasib tak beli lagi time tu.Huhuhu!),sepupuku telah meng"offer" kerusi ini pada aku kerana anaknya tak muat.Hohoho!Bagi baby yang badan agak besar,pehanya yang dah macam ubi kayu tu (anak aku baru ubi kentang),sangatlah tidak sesuaiiiii gitew!Kerana mungkin dikhuatiri masuk boleh keluar tak dapat atau sendat la senang.Jadi inilah dia Damia Little Star with her bumbo seat.


                                              
 This time tengah seronok layan Barney & Friends.Bak kata budak,aku tidak pernah ajar tengok cerita tu tup2 Damia ni macam interested setiap kali Harissa layan cd Barney.Nampak sangat she really enjoy the show.Hmm..
 Time makan pun boleh guna sebab ia didatangkan sekali dengan meja tersebut.Baguskan?hehehe.Sila ignore cara makan diatas.
Play time juga cuma si kecik ini tidak boleh duduk terlalu lama kerana dia cepat bosan dan akan menjerit minta diangkat dari kerusi.


Dan aku sememangnya suka sangat dengan kerusi ini kerana selain baby enjoy guna,ia juga senang dibawa kemana2.Aku pernah bawa ke restoren dan ada yang menegur aku bawak "toilet baby" ke?hehehe.Nak tegur pun agak2 la,sila tengok dengan teliti then baru la sound.Tapi biasa la orang kita,cakap pakai sembur jer bukan nak guna akal dulu fikir.Aku senyum jer la sebab tak kuasa aku nak layan.Huhuhu!

Dan sedikit info mengenai bumbo seat ini...


The Bumbo Seat allows baby to sit up and see the world around them. The soft foam seat is easy to clean and easy to carry around for use away from home. Babies can use the Bumbo Seat as soon as they have enough control to hold their head up and can continue to use it through their crawling and walking phase, as long as they will happily sit in it. If your baby is one who enjoys the Bumbo Seat, you might get a lot of use out of it. If your baby escapes the seat early, the price may be steep for limited use. Please note: The Bumbo Seat is not to be used on high surfaces such as tables or countertops!(aku kadang2 letak juga atas meja pastuh letak anak tapi aku tengok la dan bukan biar je.Bahaya weh!hahaha)

Ini tahun kami raya bertiga


Alhamdulillah.Aku panjatkan syukur padaNya dengan semua kurniaanNya kepada kami.Tahun ini meraikan Syawal bersama anakanda tercinta Damia.Sedikit berbeza jika ingin dibandingkan tahun2 sebelumnya.Sedikit penat namun kepuasan dan kenikmatan berkeluarga melebihi segalanya.Segalanya lengkap bagi aku dan aku bersyukur seadanya.Alhamdulillah.

Masih lagi seperti biasa rutin pagi disini,tengahari disana dan petang disini,malam disana kerana memandangkan jarak rumah mak ayah dan mertua hanya 10 km.Hahaha!

Satu hari sahaja boleh menziarah beberapa rumah saudara kerana kami tinggal berhampiran baik saudara sebelah aku mahupun suami.Meriah dan amat meriah sehingga perut makin ketat makin ketat kerana semua benda ingin diisi.Juadah raya usah cerita,ibarat "SALE" rambang mata beb!

Gembira 1,baik keluarga sendiri mahupun mertua semuanya membahagiakan.Terima kasih kalian.Syukur kerana mempunyai keluarga besar ini.Keluarga aku tidak besar.Abang dan kakak masing2 giliran disana,rumah aku tetap tidak sunyi walau kami hanya berenam.Pergi rumah mertua,nah berderet beratur tunggu "turn" nak duit raya.Maklumlah cucu mummy 38+1 (setakat ini si bongsu adalah Damia namun tak lama lagi ke 40 bakal menyusul bulan 11,bukan cucu bongsu tok lagi la Damia)

Gembira 2,dapat jumpa semua keluarga baik jauh baik dekat.Dan ini tak minta namun sudah dibagi ambil sahaja.Hehehe!Terus terang sahaja,memang "masyuk" betullah duit raya Damia dapat.Ayah bonda tumpang gembira.Ngada-ngada betul : )

Gembira 3,walau ringkas cukuplah untuk menjamu tetamu yang datang.Walau "originally" dari Terengganu tapi tahu masak lontong "sold out" juga.Hehehe!1st raya menu sate,ketupat palas dan rendang,kuah kacang dan lontong,nasi impit (tak lengkap tanpa tapai bungkus dalam daun getah namun memang tiada ini tahun dan sedikit hampa)

Gembira 4,pakai baju warna sedondon tapi Damia tak ada baju kurung sebab rasa macam tak berbaloi nak tempah memandangkan dia kecil lagi.Tahun depan sahajalah bila dah boleh berlari ops!berjalan.

Tapi raya ini ada juga benda yang masih sama naik muak pula.Hehehe!

Menyampah 1,mat rempit pun nak beraya tapi merempit juga dia tak ingat dunia.Kadang2 terlintas kat hati, "Mereka2 ni fikir apa sebenarnya??".Agak2 umur 50 tahun nanti diorang rempit lagi tak???Baju melayu pakai dah cantik tapi kalau bawa motor yang sepatutnya gerak 2 roda tiba2 jadi satu itu apa kejadahnya.Kalau terbabas mati tak menyusah orang tidak mengapa namun tetap juga menyusah orang dari awal sampai akhir.

Menyampah 2,biasanya golongan wanita.Sibuk "compare" kain baju raya dia,stail baju,warna,macam2 lagilah dengan baju orang lain punya.Hukhukhuk!!

Menyampah 3,rancangan kat tv..tak ada pun yang membina.Balik2 artis itu artis ini.Drama yang tak ada kena mengena (time raya siar cerita hantu,filem2 yang tak membina langsung.>>apa relevannya??)Dari awal puasa sibuk menyanyi je manjang,macam2 jenis lagu raya,majlis berbuka dengan artis la dan pendek kata seolah2 artis lagi hebat dari ulama'.Publisiti dia,"fuyyo dasyat!".Tapi aku tabik kat rancangan Jejak Rasul.Pengisian yang amat baik.Dan dari aku buang masa tengah artis tergedik2 nyanyi lagu raya baik aku layan rancangan masakan.Ada juga gunanya.

Namun apapun keadaannya,Alhamdulillah.Syawal ini sememangnya begitu bermakna.

Bulan Ramadhan pun ingin mengeluh juga~

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan pada semua muslim seluruh dunia.Harini masuk la hari ke 3 kita semua berpuasa.Dan tahun ini merupakan tahun ke 3 aku menyambut puasa sebagai seorang isteri dan tahun pertama sebagai seorang ibu.Dan tahun ini juga merupakan tahun ke 3 menyambut 1 Ramadhan tanpa suami disisi kerana sehingga ke saat penulisan ini ditulis,kami masih lagi tinggal berjauhan dan pejam celik pejam celik 19 August ini adalah tahun ke 3 perkahwinan kami.

Dan puasa tahun ini,masih seperti tahun terdahulu,aku masih lagi bukan seorang yang ghairah ke bazar ramadhan.Kalau pergi pun boleh dikira dengan jari berapa kali dan itu pun mesti sebab follow sesape yang nak pergi dan bkn dr keinginan sendiri.Bkn apa,bila pergi for sure semua benda kita tgk nak beli dan hasilnya kalau ikut nafsu semua beli,last2 membazir sebab time berbuka makan tak seberapa pun.Dah dapat segelas air,nasi pun macam slow jer masuk mulut.Hehehe!Seingat aku waktu aku duduk kat Shah Alam dulu pun,aku usaha juga masak kat rumah walau lauk yang sempat buat tu pun sardin semata sebab balik kerja lambat.Tapi bagi aku okey jer janji ada benda yang boleh dimakan dan even time suami ada pun masak juga walau masak hanya lauk ringkas tapi suami aku tetap nak makan masakan dari rumah jugak.Tahun ni,baru semalam aku kirim air soya itupun sebab teringin sangat.

Bercerita tentang ramadhan tahun ini,semalam aku ada ke Pasar Chabang Tiga dan apa yang aku lihat suasana sangatlah lengang.Tidak seperti tahun2 terdahulu dimana awal2 puasa biasanya pasar2 penuh dengan orang.Pada petangnya pula,hanya sekadar mengikut kakak ipar yang ingin ke bazaar ramadhan dan aku hanya duduk didalam kereta memerhatikan sekeliling dan keadaannya masih sama.Tidak semeriah seperti tahun2 terdahulu.Dan pada pandangan aku,keadaan ekonomi sekarang sememangnya tidak mengizinkan kita untuk berbelanja lebih dan kita harus berjimat cermat.Pada aku apa yang dicanangkan kerajaan tentang ekonomi Malaysia yang semakin meningkat dalam media hanyalah sekadar menyedapkan hati rakyat kerana realitinya tidak seperti itu.Dengan anak yang masih kecil mungkin tempiasnya belum aku dan suami rasai namun bila aku ajukan soalan pada mereka2 itu,jelas ada nada keluhan resah dalam percakapan mereka.Petrol naik,harga barang naik.Bila timbul isu gula yang naik harga,kerajaan berpesan pada rakyat agar mengurangkan gula demi kesihatan.Persoalannya kenapa baru sekarang?Dan apa relevannya?Andai tinggal di Terengganu bahangnya sudah dirasai,bagaimana agaknya kehidupan di bandar besar.Pada aku semuanya menekan.Kedai2 makan juga tidak semeriah dahulu dan hanya sesetengah sahaja yang penuh namun kebanyakannya agak lengang.

Namun apa yang pasti segalanya harus berjalan dengan duit waima untuk menggunakan tandas sekalipun.No money no talk.Hahaha!

Situasi kos lepas..hehehe!

Aku selalu ingat kata2 seorg teman bahawa dalam hidup ini kita sentiasa akan berhadapan dengan situasi kos lepas (lebih kurang macam itulah ayat dia,ayat En.Fazri)Hehehe!Semua sudah maklum aku baru shj memulakan sesi pembelajaran di semester ketiga setelah bercuti hampir 8 bulan lamanya.Lama giler!hahaha!Jadinya,pada semester ini aku terpaksa mengulang semula kelas ko-ke (yang sengaja aku "failed"kan sbb malas nak attend class hari Sabtu.Berani buat sbb bila aku tanya org,diorang cakap baik failed terus dr dpt D.Hahaha!).Maka semester ini aku terpaksa ke Pulau Bidong (20% untuk markah ko-ke).Beratnya hati hanya tuhan shj yang tahu.Bukan sebab malas lagi tp sebab berat hati nak tinggalkan buah hati pengarang jantung.Semester satu dulu bolehlah dpt pengecualian sebab aku pregnant tapi this semester cannot maaaa!(Doktor UMT ckp bkn aku).Serious aku frust.Baru2 ni aku adalah attend kelas malam (class Ekonomi dr 8 pm to 10 pm).Memandangkan rumah aku agak jauh dr universiti jd aku terpaksa keluar awal.Habis jer kelas tak sempat loyar buruk dengan kawan2 aku dah pun cabut balik rumah.Bukan apa,itulah kali pertama aku tinggalkan anak aku waktu malam.Balik2 jer,for sure anak aku ngah menangis dan mak aku ckp dr start aku pergi dia menangis non stop.Dia dah mengantuk amat tapi tak nak tidur selagi tak dapat ehem2.Mereka yang bergelar mak2 tu tahulah apa dia.Sedih aku tgk sbb bila aku ambik dukung dia,bagi nenen tak sampai 5 minit terus tidur.Bayangkan hampir 2 jam dia meraung takmau susu botol takmau apa.Dengan bapak aku sekali kepenatan sbb asyik dukung dia dah la anak aku skang berat dah 8 kg lebih.Semangat betul.Seminggu aku asyik fikir samada nak pergi atau tak.Tadi aku dah pohon pengecualian sekali lagi tapi hampa.Sampai sesak kepala aku fikir.Tak semena-mena aku selsema dan aku pun taktau apa kaitan antara selsema dengan permasalahan aku sekarang sebab mak aku cakap tak ada kena mengena.Hahahaha!

Tapi kadang2 aku ada gak terfikir anak aku jadi macam anak kanggaroo sbb asyik nak melekat dgn mak dia sebab bayangkan la dia dengan aku 24 jam,7 hari seminggu selama 6 bulan.Mahu dia tak meraung kena tinggal sudahlah sejak aku baru start kuliah baru dia boleh accept susu botol kalau tak jangan haraplah walau minumnya tak bersungguh mana tapi cukuplah untuk kenyangkan dia dan tak buat dia menangis siang hari.Itulah antara sebab mak aku jaga dia sbb cuak juga nak antar pengasuh silap2 kena goncang dia.Oh!Tidak!Bayangkan 2 minggu ambik masa untuk sesuaikan diri dengan mak aku dan sekarang ni dia dh ok dah.Dah tak meragam lagi cuma bila aku balik dr kelas jer,jgn harap la nak pergi balik kat mak aku.Mak aih!Berlagak!

Panjang pulak cerita aku sebab point aku just nak bagitahu yang aku dah tekad aku tak pergi  la ke Pulau Bidong esok dan aku bersedia untuk apa sahaja kemungkinan kerana jiwa keibuanku ini bisa luluh mendengar tangisan anak.Aku tak sanggup!Dan nak tak nak aku kena ambik jugak test Statistik malam esok sebab aku tak ada alasan lagi dah nak beritahu kat En.Zaharul.Tu pun aku tak sanggup jugak sebab aku tak habis study lagi.Arghh!!Jiwa kacau.

Dan apa yang menjadi situasi kos lepas apabila aku terpaksa membuat pilihan antara kepentingan anak dengan kepentingan pelajaranku dan kupilih buah hatiku pengarang jantung jua akhirnya..you win Damia!

*Ko-ke=Kokurikulum

Semangat baru ! : P

Kuatkah aku?Mampukah aku?Hehe.Aku dah start semester 3 maka dengan semangat berkobar-kobar dengan harapan semester nih aku berjaya meminimumkan "ketidakhadiran" aku ke kelas dengan alasan lapuk tak leh nak blah iaitu perut aku sakit tak tahu sebab apa.Hahaha!Huda memang paham sangat dengan aku sampai panggil aku Mrs.Excuses.Ciss!Semester 1 bolehlah lecturer tolak ansur sebab aku pregnant,tapi ini semester jangan harap la.Adui!Tapi serius la this semester subjek sangat la menguji kesabaran.Agak tough woi!!Kadang2 aku bersemangat waja namun kadang2,hurm faham2 jer la.Namun satu jer cara yang buat aku kembali semangat disaat semangat dah terkulai-kulai layu bila aku ingat anak kat rumah.Kalau aku main2 lagik this semester maka sia2 la segala usaha,dan sia2 la airmata anak aku yang menangis saban hari cari aku sampai bila aku balik jer sure melekat 24 jam macam anak beruang koala dah gayanya.Dan apa yang pasti aku mungkin mengecewakan harapan en hubby yang tidak putus2 memberi dorongan dan semangat siap mengalir air mata tambah lagi duit dia juga yang biaya pengajian aku dengan harga buku mahal yang amat nak buat macam mana dan aku confius gak tu air mata sebab terharu aku belajar ke atau sebab sedih duit banyak kena keluar?hahaha.Apa pun I Love U so Much laaa... : )

This semester aku kena amik 8 subjek bermakna 22 jam credit.Pulun,pulun sampai lebam!!Haha.

Macam ni la agaknya aku bila time exam nanti.Serious aku dah takleh nak study last minute macam dulu sebab aku kena prepare awal2 sebab faham2 la bila ada anak ni.Anak tu pun sentiasa dalam situasi "unexpected" dan untuk yang sudah bergelar ibu tu mesti tahu la macam mana.Serious la aku sekarang dalam usaha menukarkan waktu tidur Damia lebih awal dengan harapan lepas dia tidur jer aku leh la study sikit dari niat asal nak tidur anak tapi alih2 dengan aku sekali tidur sampai pagi.Ini kes naya nih!Huhuhu!Anak aku tu pulak macam tahu2 jer aku dah start belajar bila malamnya susah betul nak tidur dan kalau sebelum ni dia around 7 pm mata dah layu2 dan dia akan tidur hingga pagi dan jaga pun seban nak susu jer tapi skang ni around 10 to 11 pm baru la merenggek2 nak tidur.Puas aku usaha suruh tidur tapi takmau juga dia siap gelak2 ajak main.Adoi!Anakku.Kasihanilah bondamu ini.

Tips ni mungkin boleh pakai:

Dalam pukul 8 pm aku bawa dia masuk bilik,aku just bukak lampu tidur pastu buat konon2nya dah masuk waktu tidur dan make sure switch off tv sebab selagi tv on dia tak akan tidur.Kalau tak berjaya,arghhh!!!lantak kau la.Hahaha!Kau golek2 la dalam baby cot tu sampai penat.Huhuhu!


Ini ayat untuk memotivasikan diri sendiri.Ada ka?hahaha.

Anyone diluar sana,kalau ada tips2 berguna tuh,bolehlah share.Sangat2 mengalu-alukan idea2 bernas korang macam mana nak handle anak dengan status anda sebagai seorang pelajar sepenuh masa..daaa!

Kalau bukan kita,siapa?? Part 1

Hurm...saya mulakan dengan KALAU BUKAN KITA,SIAPA?Mesti korang terfikir apalah yang minah ni nak bebel pulak dalam entri dia ni.Sebenarnya saya sudah agak lama ingin meluahkan tentang perkara ini namun tiada kesempatan namun alang2 puteri comel sedang beradu,ambil shj peluang untuk berblogging semula.

Sebelum saya melahirkan puteri sulung saya,tidak dinafikan saya adalah antara ribuan peminat brg2 comel dari watak2 kartun Walt Disney,movies dan seangkatan dengannya.Kalau pergi kemana2 shopping complex,menjengah ke bahagian kanak2,butik2 mahupun kedai buku sekalipun merupakan satu kewajipan.Walau tidak membeli namun membelek sahaja sudah cukup buat saya tersenyum dan mulalah berangan2 untuk manjakan anak sendiri dengan barangan ini  tambah lagi kalau la anak itu adalah perempuan.Semua benda nak pink,pink,pink and pink!Sehingga sanggup membeli pada anak2 saudara sendiri memandangkan waktu itu belum ada anak lagi.

Akhirnya,2010 adalah tahun yang sangat bermakna bagi saya apabila selamat melahirkan anak pertama kami.And it's a gurl!Namun sesuatu telah merubah kegilaan saya itu dan tidak perlulah saya huraikan apakah penyebab yang membuatkan saya terkesima seketika.Chewah!Sebetulnya saya tidaklah ingin "MENGHARAMKAN" terus namun niat dihati yang suci ini adalah biarlah diberi secara berpada2 dan bukan sehingga menjadikan anak kita terlalu obses dengan watak2 kartun ini dengan dunia fantasi yang sengaja direka-reka.Ini saya tujukan pada mereka yang beragama Islam.

Sila fikir apa tindakan kita apabila:

1) Seorang anak kecil meminta ibu bapanya membelikan pakaian ala princess beserta sayap pari2 seperti watak kartun yang diminati.Si ibu setuju namun si bapa melarang kerana risau si anak akan menjadi terlalu taksub.Itu apabila ada tentangan maka ia tidak berlaku namun untuk kes dua2 menyokong tanpa memikirkan kesan bagaimana pula?Kadang2 tidak diminta anak namun ibu bapa yang membelikannya.

2)Si anak baru kehilangan sebatang gigi susunya dan pada malamnya meletakkan gigi tersebut dibawah bantal dengan harapan pari2 akan datang berjumpanya dalam mimpi.Situasi ini apabila anak ini percaya akan kewujudan pari2 dan apabila diberitahu pada ibunya,si ibu hanya ketawa dan berasakan betapa bijak dan lucunya anak itu.

3)Si anak menonton rancangan kartun kegemaran selama berjam2 dan ibu bapa hanya membiarkannya janji anak2 tidak menganggu mereka.

4)Situasi apabila si anak percaya kalau berbohong hidung menjadi panjang seperti watak dalam Pinochio dan jarang ibu bapa yang membetulkan semula dengan mengatakan bohong itu suatu yang dibenci Allah swt dan kita akan mendapat dosa.

Saya pernah bertanya anak saudara suami,siapa para sahabat nabi?Jawapannya sememangnya mendukacitakan apabila mereka hanya mencebik.Namun andai diaju soalan sila listkan nama princess2,atau siapa lagi hebat antara Woody atau Buzz Lightyear.Laju shj jawapan dari mereka.Hati seraya terasa sedih kerana dulu kita dibesarkan dengan kisah2 teladan para nabi,sahabat dan sbgnya.Merujuk situasi diatas,sebagai ibu bapa,apakah jawapan yang terbaik untuk kita berikan?Saya juga memikirkannya.

Saya tahu sedikit sebanyak mesti ada yang tidak setuju dengan saya.Pendirian saya disini adalah,pada saya tidak salah anak meminati kartun namun janganlah sehingga terpengaruh dengan watak2 didalamya namun sebagai ibu bapa kita haruslah mengambil sedikit masa untuk memerhatikan mereka dan membetulkan apa yang dirasakan salah dan bukan menyokong secara membati buta kerana KALAU BUKAN KITA,SIAPA lagi yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal mendidik anak2.Segalanya terletak pada kita.Anak hanya tahu meminta dan yang mengiyakannya adalah kita.Sedih apabila mendengar ibu bapa yang berkata "Nak buat macam mana,anak yang nak",seolah2 anak yang membuat keputusan untuk kita dan bukan kita yang membuat keputusan untuk mereka.Sekian.

Aduh!Mannnissssnya!

Cute betul donut-donut dari Big Apple ni yang dipanggil Donashi,gabungan donat dan sushi.Dia punya cute sampai rasa tak sempat-sempat nak makan.Eiii!Pelahap!Kita snap snap dulu baru rasa!

Pek yang belum dibuka.Tapi banyak yang amat dan tak sesuai untuk family kecik macam saya.Tapi as a buah tangan untuk kasi dekat orang rasanya amat sesuai atau untuk dibawa ke pot luck party ke sesuai juga tapi itu untuk yang rasa nak senang jer la dan malas nak masak.Hehehe!!

Let's try yang ini.Yum!Yum!Yum! (Rasa satu tapi sudah tarik muka.Sangat mannnnnnnissss!)

Dan ini lepas tuh terus surrender.Untuk mereka yang suka manis bolehlah try tapi untuk saya rasanya satu dah cukup.Tak mampu untuk merasa yang ke2,ke3 dan seterusnya.

*Masih lagi entri yang tiada makna namun sajer jer la gatal nak share maner tahu ada yang teringin pulak lepas tengok ini.Hehehe!

Happy wa cakap lu...

Saya mungkin tidak berblog dalam masa 3,4 hari ini kerana hubby tercinta pulang menjenguk isteri dan sumo keciknya setelah sebulan kami kepingin untuk bertemunya.Maklumlah saya dan hubby ni PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).Kalau lagu Sheila Majid-Antara Anyer dan Jakarta ini versi kitorang Antara Marang dan Port Dickson.Nak jugak..mengada-ngada gitu!Hehehe.Kerana gembira bila encik suami beritahu ambik cuti hari Khamis,bermakna masa dia dan anak dan saya adalah lebih panjang kalau nak dibandingkan sebelumnya bila mana saya hanya dapat berjumpa suami dari Jumaat hingga Ahad sahaja.Sabor jer laa.Saya redha kerana suami mencari rezeki dan saya gatal nak sekolah balik dah elok2 duduk dekat dulu.(Amik ayat my mum)huhuhu!Garang orang tua tu.Asyik marah jer.Bila remind dia kalau marah2 nanti cepat tua,pandai pulak tarik balik statement maut tuh.Heh!Jadi kerana gembira,tak sedar melakukan perlakuan seperti dibawah!Lompat bintang!
Model diatas sah2 bkn I.Main cilok jer ni!
Warning:Don't do this in the toilet,in the bedroom ok!Kalau orang luar tengok sure kena cop meroyan!

Stylish nursing cover

Haritu waktu membawa si kecik Damia pusing-pusing 1Utama mencari new clothes for her,si kecik ini beberapa kali merengek2 ingin menyusu  maka kelam kabutlah saya dan suami mencari tempat untuk menyusu hingga satu ketika tak sempat sangat dah (anak saya ini memang kurang penyabor sikit) hingga meraung sampai orang pandang,maka saya terpaksa menyusu secara express kat dalam baby's room (baby changing diapers) namun teramat tidak selesa kerana bilik tersebut terletak didalam toilet's areas.Dalam kepala otak macam2 fikir akan germs2 yang memenuhi ruang tersebut dengan orang-orang yang berderet beratur untuk masuk toilet.Habislah anak saya menyedut segala germs2 tersebut."Maaf sayang,bonda terpaksa.Kalau tak engkau melalak",getus saya tapi kat dalam hati jer lah.Hehehe!

Model diatas bkn saya yer.Just tunjuk inilah bendanya.

Memandangkan time2 tu jugak kitorang sedang mengusha stroller untuk Damia,bermakna ia mengambil masa yang lebih lama untuk kami berada disitu.Hendak tak hendak saya pun sah2 terpaksa  mencari benda alah tersebut iaitu nursing cover tapi kalau nak best dengar lagi stylish nursing cover.Eiii,mengada-ngada!Waktu itu memang dah blur sesangat then apa yang terlintas kat kepala waktu tu mesti benda alah tu ada kat butik Mothercare .Memang sah2 tak sempat nak survey dulu sebab time menyusu si Damia ni bukan boleh tangguh-tangguh.Kaki melangkah secara laju terus masuk namun hampa.Bukan hampa kerana bendanya tiada,namun kerana harganya yang tak baloi-baloi.Huhuhu!Bayangkan hanya untuk sehelai kain yang diletakkan besi halus dihujung kain dan juga tali ikatan pada leher,harga bagi sehelai nursing cover tersebut adalah RM99.Saya terus letak tapi ambik balik,pastu letak balik,ambik balik,letak.Begitulah seterusnya sehingga hubby sound menyampah  mungkin,"Ambik jer la sayang oiii!Tak ambik karang menyesal".Lalalala..namun selamba jer saya keluar balik dari kedai dan pendek jer jawab kat hubby,"Tak worth it la".DAN mungkin juga nasib saya,dan dan jugak time  pusing2 area tu terjumpa la room for kids dan kat dalam tuh sebenarnya adalah tempat sebenarnya untuk menyusu bayi yang lebih selesa dan agak privacy.Jadi saya batalkan sahaja niat untuk membeli nursing cover tersebut.Waktu tu dah lega yang amat bila Damia pun nampak ceria semula selepas perutnya dikenyangkan dengan susu bondanya.Bila semuanya selesai,stroller pun dah dibeli,perut pun dah lapar,carilah tempat makan yang dekat2 dengan exit nak ke tempat parking,so kitorang masuk la ke Laksa Shack.Baru duduk nak usha2 menu,Damia start merenggek secara slow namun lama2 makin kuat so kitorang tak ble nak blah dah memang jatuh wajib sila blah dari situ sekarang jugak sebab anak engkau dah start dah nak menyedapkan halwa telinga orang sekitar dengan nada tangis yang merdu,dan sila masuk ke kereta anda sekarang.So,sebelum keadaan lebih parah saya angkat bontot kaki dan terus beredar.Abang yang amik order tu senyum jer.Next time la yer!

Cerita esoknya pula,bila saya dah memang kepingin sangat slipper black synthetic dari GUESS? ,sampai andai tak dapat harus muncung sedepa,terus pergi usha kat Midvalley.Perkara semalam berlaku lagi sekali dan hasilnya masuk balik kedai Mothercare yang kat Midvalley terus angkat terus bayar terus diam ntah  hapa2 dan secara suka menyusu kat mana rasa nak bagi susu maka jadinya tidur jer la si comel ini.Dan mood bershopping datang secara tiba2 setelah mood tersebut spoil terus waktu kat 1Utama.Sempat isi perut kat Secret Recipe dan Damia tidur lena sepanjang2 kami makan siap leh dating seround dua beromantik-romantik sikit.Ewah!.Thanks to  my lil gurl sbb bagi chance kat ayah dan bonda.

Namun secara peribadi,saya masih lagi merasakan berbaloi membelinya walau kita mampu menjahitnya sendiri (itu untuk ibu2 yang rajin),tapi ibu yang tiada kesempatan malas macam saya ini memang jatuh WAJIB beli.Maka terbanglah RM99 tersebut.Berkiranya.Hahaha!Namun ia masih ada pro dan kontranya.Kebaikannya adalah,kita tidak akan risau lagi untuk menyusu dimana2 kat tempat awam.Kat rumah no need la sebab itu buang tebiat namanya kecuali ada tetamu or segan family tgk.Dan cover ini didatangkan dengan corak2 yang sangat menarik serta senang digunakan.Besi yang melingkari leher sewaktu kain disangkut dileher adalah bagi memudahkan kita menjenguk anak yang sedang menyusu.Manalah tahu,mati2 ingat menyusu t**** tapi dia tengah hisap jari ke,baju sendiri ke  (jauhnya telahan)hehehe!Macam mak saya pernah perli saya,"Ala,engkau pakai jer la tudung labuh.Selesai masalah".Saya senyum jer la taktau nak balas apa.Tapi ada betulnya jugak cuma takleh nak intai anak dr atas la dan nak tak nak kena selak jugak.Cuma kekurangan nursing cover ni adalah,anak cepat rimas sebab kain dia macam tebal sket kot (kalau nipis nampak dalam pulak),dan sesi menyusu tidak berlangsung secara lama kecuali untuk baby yang tak kesah,menyusu jer walau rasa rimas.Itu untuk baby yang cool namun babyku sangatlah tidak cool.Sekejap jer bertahan namun ok lah kalau nak dibandingkan dengan terpaksa terkocoh-kocoh mencari tempat sesuai untuk menyusu.Sekurang-kurangnya si comel boleh sambung tidur atau diam seminit dua.Lagi lama diam lagi bagus.Hehehe!Kalau  berminat bolehlah goggle sini.Saya rasa ada lagi banyak jenama lain yang mungkin lebih murah harganya so try la yer untuk hot-hot mommy diluar sana.Orait.Out dulu.Chow!

Intai apa aktiviti si kecik tuh sesambil main auww chakkk  dengan diorang.Feeding and play!Hehehe!2 in 1 tuu..

Bengkel Urutan Bayi di KT Specialist Hospital

Actually aktiviti ni dah berlaku 2 bulan lepas cuma baru nak dipost kat sini.Ini merupakan program "Urutan Bayi di KTS".Sememangnya aku dah tertarik dengan urutan bayi ni dari waktu pregnant lagi.Maklumlah bila dah bosan tu,untuk mengisi masa lapang aku banyak  membaca buku-buku berkaitan kelahiran,cara membesarkan anak,penjagaan diri ibu mengandung dan dipendekkan cerita macam-macam lagilah.Selain membaca aku banyak jugak surf internet untuk dapatkan seberapa banyak info dan aku nak la share ilmu yang tak seberapa ni kat sini disamping pengalaman sendiri join aktiviti sebegini.Aku sebenarnya memang suka sangat aktiviti macam ini ditambah lagi dengan penglibatan suami tercinta.Dulu waktu pregnant,aku sibuk daftar nak pergi kelas antenatal class namun apakan daya tarikh kelas tu diadakan,aku pulak tak ada diTerengganu.That's time aku ada di Shah Alam.Ingat nak pergi jer class di DEMC  tapi terlepaslah pulak.Bercerita pasal kelas ni,menyimpang sekejap,pada aku sangatlah bagus untuk para2 ibu muda yang inginkan sedikit pendedahan.Aku ingat lagi aku pernah diperli seseorang waktu aku dengan ghairahnya bercerita pasal class ni la (wah ayat!dasat u!).Orang tuh perli aku,tak perlu class2,kalau dah tetiba time beranak dan ada complication mesti nak keluar jugak ikut tingkap (cessar).Ah!Mak tak peduli.Kalau tak suka diam jerlah.Suka hatilah aku nak pergi kelas apa pun.Aku jawab macam tuh la.Hehehe!Dalam hati jer la sebenarnya sebab aku kecut kat luar.Cis!Kalau rajin baca ni!Kalau malas jangan gatal tangan klik!

Berbalik pada urutan bayi ni,sikit sebanyak aku ambik dari kata pakar kanak2 tu lah,sebenarnya pada aslnya massage untuk bayi ni adalah untuk bayi yang lahir pramatang namun memandangkan kesan yang diperoleh adalah amat mengagumkan,so diperluaskan jugak untuk bayi yang normal.Sedikit info untuk dikongsi korang tengoklah kat sini  KLIK SINI.Untuk kerja2 urutan ni aku amatlah prefer Baby Massage Oil from Sebamed.Tak susah pun nak dapatkan produk ni.Kunjungi sahaja farmasi yang berhampiran.Promote lagi.Hehehe!Bukan farmasi jer,mana-mana kedai pun ada,tapi lainlah kalau korang cari kat kedai basikal memang confirm tak ada.

Dan satu yang aku rasa miracle sangat adalah bila kita mengurut baby kita ni,secara tidak langsung connection antara kita dan baby semakin kuat selain mampu membuatkan bayi kita tidur lena selepas diurut.Dan pembesaran pun makin bertambah tambah tambah tambahlah sehingga menjadi ini....

Ketul-ketul tau..Baru empat bulan sudah sekeras ini!Pandai mak dia urut!

Waktu ini kitorang baru jer sampai.Aik?Belum urut pun dah tidur.Itu masih bukan lagi kesan diurut tapi hobi sejak azali..
Mengeliat,gerak-gerak sikit nasib tak mengamuk sebab dikejutkan secara paksa oleh bondanya supaya bangun.Semua orang pandang dia sampaikan penceramah waktu itu siap tegur lagi "Baiknya.Bising-bising pun boleh lena lagi".Huhuhu!
Damia punya cousin pun join sekali,Tengku Sayf.Serious jer muka!
Ini post starting urutan dan yang selebihnya tidak boleh dipaparkan sebab censor.Hehehe!Seronok Damia 1st time kena urut.Kat rumah pun kena urut dengan Umi dia tapi teknik dia ikut suka hati Umi dia.Hehehe!
Selesai.Kang dah cakap lepas urut terus tidur lena.Syok sangat kena urut.Sayf jer tak tidur2!!


Maka berakhirlah sesi urutan pada hari itu dan selepas itu hari-harilah urut si Damia sampai ayah dia pun jeles sekali.Hehehe!

Pertandingan masak,akak kalah laa.. : (

Tengok jangan tak tengok.Diatas  merupakan satu lagi aktiviti aku untuk minggu ini iaitu join masuk pertandingan membuat dan menghias puding.Maklumlah aku nikan separa pelajar dan surirumah dan aku pun taktau fulltime or part time.Setakat ni full time laa sementara aku tak start kuliah lagi ni.Bila dah bosan sangat dirumah,aktiviti macam inilah aku join.Rasa dah macam makcik-makcik pulak.Hehehe!Kalau nak diikutkan,ini adalah kali yang kedua aku masuk pertandingan yang berkaitan dengan masakan ni.Almaklumlah suka makan.Kali yang pertama pertandingan menghias kek namun apakan daya aku cuma dapat nombor 4  sahaja.Untuk pertandingan ini pun saguhati jugak.Belum nasib aku la agaknya nak merangkul anugerah juara walau pada hari tu ramai yang puji puding cempedak aku ni unik.Kembang jugak aku untuk seminit dua.Mungkin masih belum mampu menambat hati juri sepenuhnya kot.Atau juri tu alah dengan cempedak ke,anti takleh tgk buah tuh ke or memang hasil tangan aku ni hampeh sangat bagi dia.Hohoho!Itu telahan aku.Selebihnya korang pikir sendiri la.Manalah tahu.Tapi tak baik tau buruk sangka.Namun bila tengok hasil macam ini,datang pulak idea nak ber'bisnes'.Dan apa kata untuk sesiapa yang berminat untuk buat tempahan  tak kesahlah apa majlis pun,bolehlah email pada aku.Setakat ni jaringan perniagaan adalah sekitar Kuala Terengganu dan Marang sahaja.Tunggu bisnes aku dah untung juta-juta nanti baru aku buat cawangan pulak.Haih!Berangan.Tak salah berangan sebab tak kena bayor pun berangan.Hehehe!Itu sahajalah aku nak cerita.Chow!

Pengisian hujung minggu

Hari Sabtu lepas sekadar mengisi masa yang terlebih lapang ini,saya attend la Majlis Sambutan Hari Lahir mana2 baby yang lahir di KTS.Sambutan untuk yang lahir dari January to May,cuma sebelum tu mati2 saya ingat yang lahir tahun 2010 jer,tapi tgk mcm ramai baby yang lebih dari 2 tahun yang ada,mungkin untuk semua la tu kot.Mana2 la.Dan harituh assistant saya adalah Ku Sarah yang sudi menemani sambil jadi tukang snap2,last2 baru sedar pic dia satupun tak ada.Sesi pertama adalah ceramah serba ringkas dari Doktor Farid (tak silap saya la) iaitu pakar kanak2 kat situ.Banyak la info pasal baby yang saya dapat,mana2 yang sebelum ni tak tahu dah jadi tahu.Cuma satu yang saya nak share kat sini,berkenaan suntikan tambahan untuk baby (saya choose suntikan Synflorix-disuggest oleh doc yang rawat saya dr pregnant dulu).Saya rasa suntikan ini penting memandangkan keadaan masa kini yang menuntut perhatian lebih pada baby kita selain dari sedikit sebanyak turut "mengopak" duit kami namun redha jer la.Anak sihat kita happykan?Hehehe.Untuk yang saya amik ni,kos dia around rm700 to rm800 la kalau tak silap untuk 3 kali suntikan.Kalo yang 4 kali dalam rm1000++.Untuk ibu2 diluar sana,pastikan discuss dengan suami tercinta dulu baru decide nak amik atau tidak.Serba ringkas berkenaan suntikan ini,ia adalah bg mengelakkan jangkitan kuman pada paru2 dan otak.Lain-lain info sila rujuk doktor anda : ).
Let's celebrate
Si kecik ni dari awal sampai akhir macam inilah kerjanya.Menguap pastu tidur,jaga kejap,tido lagi,then bla,bla,bla....
Rasanya macam bonda Damia ni yang ter"over" posing


Ini masa untuk bakat si kecil.Gelak besar saya bila si comel tu nyanyi lagu "Bad Romance by Lady GaGa".Pelat dia tu yang kelakarnya.

Ini pulak untuk sesi bergambar bersama produk dr Wyeth.Namun adanya anak I tu tidur jer manjang,so inilah hasilnya.Anak orang lain semua posing,anak I jer zzZZZZ manjang.Sabor jer laa..

Jiwa kacau

Ini mungkin bukan masalah besar bagi kau tapi masalah yang cukup besar bagi aku.Masuk jer bulan July nanti bermakna bermulalah sesi pembelajaran aku yang sudah tertangguh lebih dari 8 bulan.Aku pun tak pasti waktu tu otak aku laju atau tak nak terima balik ilmu2 baru tuh tapi selama mengOFFkan diri ni aku ada makan banyak ikan.Hehehe!Maklumlah ikankan bagus untuk otak.Pls take note : ).Berbalik pada masalah aku ini,anak aku tu asyik nak melekat jer dengan aku.Susu botol sah2 tolak awal2.Ada juga aku try tinggal2kan dia kat mak aku sejam dua,namun hasilnya meraung sampai serak2 suara.Jawabnya AKU TERUS  DALAM DILEMA!Macam2 cara dah aku guna.Tukar susu,tukar puting,tukar botol,tukar posisi,ahhh!macam2 la usaha.Namun hasilnya masih tetap sama sebab yang asli jugak yang dia mahu.Macam2 orang aku tanya,mintak tips,mintak pendapat sampai tahap jumpa pakar kanak2.Kata pakar,at least amik masa lebih kurang 2 minggu untuk dia serasi balik dengan susu botol.Itupun make sure aku tiada dirumah langsung sebab baby ni deria bau terhadap mak dia amat kuat.Tapi aku sedikit cuak jugak.Entah berkesan,entah tidak.Ada jugak terfikir nak cuba tinggalkan dekat nursery yang berhampiran universiti time aku ada kuliah tapi bila tengok nada tangisnya dah macam meroyan lagaknya,aku lagi la kecut perut jadinya.Aku bukan apa,takut pengasuh tu meroyan sekali.Isk!Mintak jauhlah.

Pikir punya pikir,takkan aku nak quit belajar sedangkan susah payah aku berhenti kerja,duduk jauh dengan suami,dengan mengandung waktu semester 1,tup2 nak quit.Isk!Takmau la aku.

Kadang2 terfikir pasal masalah aku ni,satu mungkin sebab biasanya lepas pantang baby dah kena tinggal dengan pengasuh dan just jumpa mak diorang separuh hari jer dengan weekend.Ini untuk ibu2 yang mempunyai komitment kerja,study and etc.Kes aku pulak,dah  nak masuk 6 bulan baru nak tinggal2kan dengan pengasuh mau tak susah jadinya.Aku pulak dengan anak aku dari lahir sampai ke sekarang ni 24/7  dengan dia.Memang dia serasi sangat la.Macam lagu Ajai dengan Nurul "Serasi bersama".Kalau aku tak sibuk  nak sekolah ni,nak menyusu 2 tahun pun takpe,aku sanggup tak kerja.Tapi begitulah  adanya.Hehehe!
                                                                              
Agak2 kalau korang ada idea,mai la kongsi dengan aku.Tak lama dah ni.Ada dalam 2 bulan jer lagik.isk2!

Ekonomi Rumahtangga-Mari memasak : )

Walawei!Lama sangat dah tak menge'post' tips berguna kat blog I ni.Berguna ke?hehehe.Suka hati korang la nak cakap berguna atau tak.Dipendekkan cerita,aku ni memang jenis tak boleh duduk diam.Dalam paler hotak aku ni macam2 aku fikir nak buat namun biasanya ia berakhir dengan ini zzZZZZZ!Tapi korang jangan ingat aku ni Mat Jenin pulak.Asyik berangan-angan!Aku selalu pegang kata2 ni,bila kita jadi isteri,kita mesti kreatif.Tapi aku rasa tak perlu tunggu jadi bini orang dulu baru nak kreatif.Menjadi kreatif tiada salahnya tambah lagi bila korang face benda2 macam ini.Family aku jenis jarang makan kat luar so rutin wajib adalah menyediakan lunch pada setiap hari.Ada jugak off cuma kadang2 sahaja.Lauk pauk kadang2 habis dimakan dan ada juga tidak habis dimakan.Kalau ada makanan tengahari yang lebih,tangan tu jangan laju sangat nak dibuangnya.Better simpan dahulu didalam peti.Tapi korang harus tengok kondisi makanan tu.Kalau agak2 tulang jer yang tinggal atau dah sah2 basi atau bawang jer yang tinggal tapi korang nak simpan jugak,MEH SINI DEKAT SIKIT,AKU CEPUK KEPALA TUH!
Contoh yang aku nak tunjuk macam ini.Nasi goreng sotong dimana sotong tu adalah lebihan sambal sotong lauk semalam.Hehehe!Sapa sanggup makan sila makan sebab aku sangatlah sanggup sebab tak baik membazir,nanti jadik sedare SETAN.Huhuhuhu!

Walau rupamu tak indah mana,tapi licin dikerjakan 3 orang manusia lapar.Hehehe!

Taadaaa!Kali ni aku nak kongsi resepi aku reka sendiri.Sesuai dibagi untuk anak makan,makan time korang tak sihat atau makan time bila engkau rasa nak makan.So,let's check it out!!!Aku pun macam xtau la nak taruk nama apa kat resepi aku yang tak seberapa ni.Walau x seberapa tapi dah jadi antara my fav food tau.Aku kasik jugak la,"Pasta soup with chicken ball".Chewah!

Bahan2:

Untuk chicken ball

Isi ayam (kisar sampai lumat pastu taruk garam secukup rasa dgn serbuk black pepper).Potong dadu bawang besar dgn chop lumat bawang putih then gaul dgn isi ayam yang dah lumat tadi.Gentel bulat2 then goreng,agak2 nampak isi dah putih sila angkat.

Lain2 bahan:

Pasta-Aku guna pasta (yang spiral punya) tuh jer.Ini suka hati korang la nak pakai yang jenis macam mana.

Mushroom (prefer yang kering,shiitake mushroom)

Carrot (sayur yang keras2 mcm brokoli,bunga kobis etc sesuai tapi yang berdaun tak seswai gituu!)

1kiub ayam (kalau nak bg makan anak sila buat stok ayam sendiri..aku nasihat tapi kalo aku malas aku letak jgk!huhuhu!Garam dan perasa sudah tidak diperlukan)

Cara2 membuatnya

Tumis bawang besar dgn bawang putih.

Masukkan mushroom pastuh taruk serbuk black pepper (kalau xnak pun xper)

Masukkan air dan kiub ayam

Tutup dan biarkan mendidih

Masukkan pasta,carrot dan last skali bebola ayam yang dibuat tadi.Siap!Senang amat.Dah masak padamkan api,dan kalau nak makan terus silakan tapi kalau biar kejap,sup akan meresap dalam pasta jadi lagi sedap...Sekian terima kasih!


Inilah dia "Pasta soup with chicken ball @ Springroll on the floor people walk to school by bus"!Hehehe!Grand gile nama resepi nih!Huhuhu!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You