Cerita saya dan H1N1

  • Ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya perempuan ini.Hahahaha!!(Ramai ke?) Masih ada lagi beberapa kerat sahabat yang tidak mengetahui bahawa saya berada di UMT sekarang ini.Menimba ilmu & meng"upgrade"kan sijilku.Ada beberapa sahabat juga yang bertanya (ramainya orang bertanya) kenapa "quit" job sedang kan kerja dulu sudah bagus.Jawapan saya,kerana saya tidak betah dengan hanya sebagai diploma "holder".Saya memerlukan satu atau dua tingkat lagi : ).
  • Lately jadual agak penuh.Cuma kadang2 shj keluar berhibur dengan kawan2.Bukan kawan2 sekolej,namun kawan2 sewaktu disekolah menengah.Bertemu di Moombai Cafe,bercerita buka cerita lama2,kadang2 seronok juga.Cuma yang tidak seronok bila tak cukup ahli.Hehehehe!
  • Saya sudah mula selesa dengan keadaan dikolej.Baik waktu pembelajaran mahupun teman2 sekuliah.Mana2 yang tidak selesa dengan saya "ignore" shj.Saya tidak kisah kerana disana saya ada ramai teman yang baik & friendly.Budak sombong dengan saya itu juga masih seperti dulu.Sedikit pun saya tidak kisah.Kenapa saya perlu ambil hal dengan cerita hanya "seorang itu" sedangkan yang baik masih ada beribu : ).
  • Berbalik pada wabak yang makin menular sekarang ini iaitu H1N1.My mom sebut H1N2.Suka hati dia jer.Last week pergi check up.Jadual rutin untuk preggy mommy.Saya melahirkan rasa risau saya tentang wabak tersebut ditambah lagi dengan jumlah pelajar yang deman sentiasa bertambah.Kenapa saya risau?Saya risau kerana saya ibu mengandung yang mempunyai risiko.Nauzubillah!Moga dijauhi oleh Nya.Doktor memberi suntikan influenza biasa pada saya.Hati lega sekejap.Selang 2 hari telah diserang batuk2.Cuti dari kuliah selama 3 hari.Akibat kerisauan terus ke klinik.Alhamdulillah kata doktor,batuk biasa sahaja.Namun saya juga diberi beberapa nasihat dari doktor.Menurut doktor ini pula,dia secara jujur tidak setuju dengan suntikan yang saya ambil.Menteri Kesihatan sendiri tidak mengalakkan pengambilan suntikan influenza biasa itu.Namun memandangkan saya sudah disuntik,benda itu tidak menjadi satu kesalahan namun saya tetap harus mengambil langkah berjaga2.Menurut doktor,sehingga kini tiada lagi vaksin bagi mengubati penyakit ini.Pemakaian penutup muka juga tidak begitu membantu kerana virus itu terlalu halus (sememangnya tiada bakteria yang mampu dilihat dengan mata kasar).Ia boleh berada dimana2.Namun sekiranya terdapat individu yang mengalami simpton2 seperti deman,batuk & selsema haruslah dijauhi.Sewaktu menghadiri kuliah dinasihat memakai topeng penutup kerana persekitaran bilik yang tertutup.Doktor juga melarang pergi ketempat yang "crowded".Nasihat doktor lagi apa yang penting jaga kebersihan.
  • Jelas!Jelas! & Jelas!.Namun sewaktu didalam kereta secara tiba2 saya menjadi hangin satu badan.Ceritanya begini.Disaat saya melayan siaran radio Hot Fm (that time Jawa Ranger yang jadi DJ) adalah seorang pemanggil wanita yang saya lupa namanya.Kalau saya ingat memang saya tulis kat sini.Beliau mengatakan harinya yang tidak hangat kerana menjadi suspek H1N1 dimana semua simpton seperti deman,batuk,selsema dan sakit kepala semua ada padanya.Doktor meminta dia dikuarantin dirumah.Namun yang menjadi masalah apabila beliau ingin pergi menonton wayang (nak tgk cerita G.I Joe).Kedua2 DJ menasihatkan beliau membatalkan niatnya kerana ia bakal mengundang masalah pada orang lain pula.Dengan confidentnya si perempuan mengatakan beliau akan pakai penutup muka supaya orang lain tidak dijangkiti.Inilah sikap orang kita apabila cetek ilmu.Setakat ketinggalan untuk melihat cerita wayang bukan satu kerugian besar kalau ingin dibandingkan dengan nyawa insan lain yang mungkin terlibat sekiranya perempuan tidak cerdik itu masih bertegas untuk pergi menonton wayang.Tidaklah mati sekiranya tidak menonton G.I Joe tersebut.Namun dari nada DJ yang berdua itu,saya mengagak mereka agak marah juga.Hehehe!Itu hanya sedikit cerita picisan untuk dikongsi.Bye!Jumpa lagi.

Harga sebuah nyawa

  • Isu buang bayi bukan satu isu baru di Malaysia.Boleh dikatakan saban hari ada sahaja kes2 yang berkaitan buang bayi.Ironinya,sebagai anggota masyarakat sejauh mana kita cuba untuk mendalami masalah ini.Sekadar mendengar ceritakah?(Mendengar kemudian melupakan),atau sekadar mencemuh? (Apabila tidak terkena batang hidung sendiri) atau sekadar bahan cerita atau topik perbincangan di petang hari setelah seharian penat menguruskan rumahtangga? (Untuk surirumah sepenuh masa) atau apa2 sahaja.

6 August 2009

  • Untuk hari ini sahaja saya mendengar dua kejadian yang berkaitan.Saya tertarik untuk menulis kerana ia berlaku di tempat saya.
Kes 1
  • Sila rujuk Harian Metro.Pelajar tingkatan 5 disalah sebuah sekolah di daerah Marang yang meletakkan bayinya didalam beg sekolah sehingga menyebabkan bayi tersebut menemui ajal.Siapakah bapa pada bayi tersebut?Dalam fikiran kita mesti tertanya2,mangsa rogolkah gadis ini atau dia adalah gadis yang rela menyerah tubuh pada lelaki yang bukan suami sebelum waktunya?Menurut seorang guru pelajar tersebut adalah gadis yang beperwatakan baik.Namun itulah manusia.Manusia boleh diibaratkan buah.Cantik diluar belum tentu cantik didalam (Ini sekiranya gadis tersebut terlanjur).Andai dia mangsa rogol,itu isu lain.Perogol harus menerima hukuman yang setimpal.
Kes 2
  • Janin ditemui di pondok pengawai asrama di Universiti Malaysia Terengganu oleh "Mak cik cleaner".Cerita yang didengar pada petang Khamis dr mulut kawan saya.Ini cerita pelajar yang bakal memegang status graduan ( seandainya "syaitan bertopeng manusia " tersebut adalah pelajar UMT sendiri ) >>>> saya melabel begini kerana ada yang mengatakan ia adalah janin kucing.Andai janin kucing,tutup la kes and vice versa.
  • Kalau difikirkan,bukan satu kes,bukan daua kes malah beratus2 kes dan mungkin mencecah beribu kes.Hati terfikir andai buang itu adalah semudah dilahirkan?Nauzubillah!Moga Allah s.w.t jauhi dari keluarga kita.
  • Siapa harus kita salahkan?Diri sendiri yang terlalu bodoh?Ibu bapa yang alpa?Para guru yang gagal mendidik?atau kerajaan?Jawapannya tepuk dada tanya selera.
  • Namun andai ditanya oleh saya,saya akan mengatakan ibu bapa dan diri insan itu sendiri.Secara jujurnya saya berasa pelik apabila melihat kelibat anak2 gadis yang membonceng motosikal yang dibawa seorang lelaki atau melepak pada waktu yang tidak sepatutnya.Tidak marahkah ibu bapa mereka atau ibu bapa mereka sendiri menggalakkan?Tidak tercarikah ibu bapa mereka kemana anak mereka pergi?Tidakkah hanya dengan alasan belajar dirumah kawan kita sebagai ibu bapa menerima sebulatnya dan ini bermakna membiarkan anak gadis bermalam dirumah kawan atau bebas pulang pada waktu yang disukai.Ini untuk pelajar yang masih dibangku sekolah.Untuk pelajar di IPTA/IPTS yang jauh dari keluarga,kebebasan adalah hak mutlak.Betul langkah,selamat,namun andai tidak kena langkah terisi la perut dengan janin hasil hubungan haram.Nauzubillah!
  • Satu lagi kes yang menimbulkan rasa pelik dihati saya apabila seorang pelajar berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol abang angkat.Kejadian berlaku sewaktu lelaki tersebut menghantar mangsa ke pusat tuisyen dan ia tidak berlaku sekali malah beberapa kali.Persoalannya, mengapa sebegitu mudah ibu bapa gadis terbabit melepaskan anak mereka pada orang tersebut? dan kenapa selepas beberapa kali barulah mangsa membuat laporan sedangkan untuk kali pertama mangsa boleh mempertahankan diri atau tidak mengikut lelaki tersebut pada minggu berikutnya.
  • Zaman sudah berubah.YA!Saya mengakuinya.Saya agak terkejut sewaktu membaca sms yang diterima oleh seorang gadis yang baru berusia 15 tahun.Sms dihantar oleh lelaki yang sebaya dengan gadis tersebut.Kandungan sms merupakan kata2 janji sehidup semati,wadah cinta yang melambangkan cinta yang teramat mendalam pada sigadis.Hati ini terkedu.Dua orang ini bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini.Perjalanan hidup mereka masih jauh lagi.Fikirkanlah!Saya juga pernah berdepan dengan gadis remaja yang sanggup berhabis wang beratus ringgit semata2 untuk "top up" dan tujuannya semata-mata untuk menghubungi teman lelaki yang bukan satu malah beberapa cawangan. Aduh!Luluh hati saya.SPM pun si gadis belum duduki.
  • Berikut adalah dialog seorang gadis berusia 17 tahun.Diceritakan oleh kenalan rapat.
Gadis:Sex is fun
Kenalan saya:Kamu tak takut mengandung ke?Kamu tak kahwin lagi
Gadis:Pandai makan pandailah simpan
Kenalan saya:Pakai protection?
Gadis:Sometimes.Kadang2 best tak pakai.Boleh rasa waktu pancut macam ada benda berenang2 dalam perut.
Saya:Pitam 2 saat
  • Kadang2 terfikir,apakah semua ini?Bala dari tuhankah?Saya usap perut.Hurm!Cabaran saya membesarkan anak 15 tahun akan datang.Kuatkah saya?Pendekatan apakah yang harus dilakukan.
  • Kadang2 pada saya hiburan yang melampau juga adalah punca penyakit sosial yang semakin parah ini.Keagaman dikurangkan malah hiburan pula yang berlebihan.Anak2 muda disajikan hiburan tanpa batasan.Gembira mereka hingga halal haram diletak tepi.
  • Dimanakah peranan ibu bapa?Saya tahu dimana.Ibu bapa memainkan peranan sewaktu anak2 mereka terlibat dengan kes jenayah,salah laku disekolah dll.Itupun peranan mereka adalah dengan menunding jari sebulatnya pada guru.Anak setan sebab guru,anak berjaya baru kerana mereka.Sehingga kini saya tidak boleh terima jenis ibu bapa yang melenting sekiranya anak mereka dihukum disekolah.Benda kecil diperbesarkan.Profesion seorang guru juga dipertikai.Apa mereka ingat guru tiada kerja lain selain melayan anak2 mereka yang hanya layak dipanggil setan?Andai anak kita baik2 sahaja masakan orang sengaja ingin menghukum?
  • Mudahnya dicampak/dibuang nyawa itu.Seorang kenalan sudah 9 tahun melayari rumahtangga namun belum dikurniakan cahaya mata.Ralatnya dia mendengar cerita2 begitu.Kata ibu,apabila yang dikandung cara haram,kasih sayang tiada pada mereka.Kesukaran tidak dilalui seperti wanita mengandung biasa.Kerana itu mereka tidak ralat membunuh.

Terlalu jauh rasanya penulisan saya ini.Kesimpulannya?Untuk saya.....masih lagi kabur....

Keajaiban disebalik kejadian

Ada seorang hamba Allah yang menyuruh saya membuka video ini.Terpaku seketika.Andai apa yang ditunjukkan ini adalah benar,betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa.Jadi marilah kita berkongsi bersama-sama.

Apabila si bodoh tidak boleh diajar

Orangnya biasa,
Lagaknya bisa,
Merenung orang,
Ibarat naga,
Jalan lenggok seperti diva,
Ibarat dirinya sahaja yang cantik segala,
Semua orang dipandang,
Dengan ekor mata sahaja,
Hebat sungguh dia.

Duduknya gah,
Kaki menyilang keatas,
Diminta sopan beralih,
Bibir dicebik tidak kuasa beralah,
Dari sopan menjadi kasar,
Namun dia tetap biasa,
Ditegur sopan endahnya tidak,
Makin mencabar adalah dia,
Sehingga ditengking baru beralih,
Tidak ingin mengalah,
Dia mengulanginya sekali lagi.

Hati ibu itu berkata "Sabar",
Kemenangan pasti muncul,
Tidak perlu tunggu lama,
Rupanya si "Diva" hanya tinggal lagak,
Kerana apa ya?,
Kerana dia hanya lagak yang ada,
Kecerdikan dalam diri sememangnya tiada,
Hati kata "Kesian dia",
Kawan kata "Tidak perlu",
INI KERANA SI BODOH SEMEMANGNYA BEGITU !


Tempat kejadian:Kelas Public Speaking Encik Wan Zulkifli Wan Kassim : )

Cerita Bonda II

Anakanda,
  • Sejak bonda jejakkan kaki ke universiti,Alhamdulillah tidak pernah sekali bonda muntah2 atau lemah badan.Walau jadual kelas yang agak padat,setakat ini tiada kekangan bagi bonda menyelesaikan segala urusan seharian dan dapat belajar dengan tenang.Syukur padaMu Ya Allah s.w.t.
  • Mungkin sedikit dugaan untuk minggu ini apabila bonda mula terasa ngilu dibahagian perut.Selera makan juga turut hilang.Agak sukar untuk mencari makanan yang mampu ditelan.Semuanya dirasakan amat menjengkelkan.Setiap makanan yang bonda lihat semuanya membuatkan bonda loya.Tidak pernah bonda merasai perasaan sebegini.Perkara yang paling pelik apabila bonda beria ingin makan pizza di Pizza Hut sedangkan sebelum ini pizza bukan keutamaan bonda.Lecur liur sewaktu melihat pizza dihidangkan sehingga bonda makan secara bersungguh2.Spagetti prawn olio fav bonda juga ditolak tepi.Macam2 yang tidak kena.Terlalu masin,tidak cantik (ungkapan yang tidak masuk akal ).Selama beberapa hari bonda sakit perut kerana terlalu menahan lapar.Lapar kerana tidak mampu menjamah makanan.Semuanya tidak kena dimata.
  • Risau hati ayah.Sepanjang hari bonda bersungut sehingga ayah menerangkan bahawa, menurut seorang ustaz ada menceritakan bahawa pada satu peringkat bagi seorang wanita mengandung ( kehamilan yang baru masuk bulan ke-4 ) roh sudah mula diserap masuk melalui lendir2,daging2 pada bayi tersebut dan pada waktu tersebut ibu yang mengandung akan mula merasai loya atau hilang selera makan.Perut akan sentiasa seperti masuk angin dan tidak selesa.Itulah dugaannya namun sekiranya kita redha,balasan pahala menanti.Pesan ayah,jangan terlalu banyak bersungut dan harus sentiasa sabar.Itu adalah lumrah dimana semua wanita mengandung mengalaminya.Bukankah itu suatu rahmat drNya.Betapa uniknya kehidupan ini.
  • Scan kali ke2 pada usia kandungan 11 minggu ( last 2 week ) menampakkan pembentukan kepala dan badan bayi.Kali ini perasaan semakin teruja.Betapa unik dan bermaknanya pengalaman yang sedang bonda lalui ini.

Student life

5 July 09 harituh adalah hari pertama melangkah masuk ke UMT.Bermulalah kehidupan sebagai pelajar di UMT.Banyak yang bezanya untuk kali ini kerana saya lebih senang membawa diri secara solo.Pagi2 terkocoh-kocoh ketempat pendaftaran.Memandangkan saya tidak hadir ke orientasi jadi saya harus lebih banyak bertanya.Sesiapa sahaja saya tegur.Ada yang membantu namun ada juga yang menjadi seperti batu.Saya tidak kisah itu semua kerana kebergantungan saya bukan pada mereka.Saya tidak begitu teruja mencari kawan cukup sekadar saya mengenali mereka sebagai teman satu kursus.Saya menempel sahaja dengan mana2 mereka yang saya selesa.Sehingga hari ini tiada yang stick dengan saya kerana saya sememangnya suka begitu.Saya bebas berkawan dengan siapa saya suka.Kawan yang agak rapat sedikit adalah teman sebilik saya dan juga teman dibilik mula2 saya masuk ke UMT.Pada saya itu sudah mencukupi.Saya hari ini bukan saya yang mula2 melangkah kaki ke TATI pada awal 2005.I'm totally different right now.Saya pergi kekelas sendiri,menguruskan segala urusan sendiri dan bertanya pada mereka yang sepatutnya.Sesungguhnya saya bahagia begitu.

Cerita Bonda

"Tidak dapat diungkapkan dengan kata2 betapa gembiranya hati dengan kurnianMu ini Ya Allah swt"

  • Pemeriksaan kedua pada 22 Jun 2009 doktor scan nak tgk condition janin dan pemeriksaan air kencing buat kali yang kedua.Teruja si ayah apabila melihat perkembangan janin yang sudah menampakkan tanda adanya denyutan jantung.Saya menangis didalam hati.Besarnya kuasa Yang Maha Esa.Sewaktu doktor menerangkan pada suami perkembangan janin dan peringkat awal kehamilan,saya renung wajah suami.Hati ini benar2 terusik.Sukar digambarkan perasaan ketika itu.Benih cinta kami sedang membesar dari hari kehari.Kami menghitung hari.40 minggu yang amat membahagiakan.

  • 28 Jun 2009 tarikh mendaftar di UMT.Ramai terkejut dengan keputusan saya untuk melanjutkan pelajaran (degree).Dengan keizinan suami saya mengisi borang UPU dan alhamdulillah saya mendapat tempat di UMT dalam jurusan Pengurusan ( Pemasaran ).Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun.Kali ini saya benar2 bertekad.Dengan doa dari suami saya tekadkan hati saya.Walau hamil ia tidak mematahkan semangat saya.Perjuangan harus diteruskan.Saya mesti habiskan apa yang saya sudah mulakan.

  • Anakanda amat memahami.Setakat dua bulan ini bonda sihat tanpa sebarang alahan.Tiada kekangan pada bonda untuk menyelesaikan segala urusan.Alhamdulillah semua berjalan lancar.Setengah orang berkata terlalu awal untuk merasai alahan.3 atau 4 bulan lagi baru adanya simpton alahan.Hingga ada suara sinis yang mengatakan "Jangan rasa selesa sangat.Awal lagi ok la.Tunggu 3,4 bulan lagi mesti kamu muntah lembik badan".Bonda pekakkan telinga.Bonda think positif.Namun bonda tekad itu semua kata2 orang.Yang mengalami dan melalui adalah diri sendiri. Pesan doktor, " Kamu kena kuat semangat.Tambah lagi suami tiada disisi sepanjang kehamilan".Ayah mungkin menjenguk bonda 2 kali sebulan.Trg dan N.Sembilan tempatnya jauh.Menurut doktor alahan juga berkait rapat dengan psikologi."Kalau kamu terlalu melayan perasaan,satu kerja kamu tidak akan dapat buat.Alahan bagi perempuan mengandung adalah normal cuma kamu mesti kuat sedikit.Harus lawan".

  • Apa yang pasti keadaan ini membuatkan saya dikecualikan dari orientasi.Walau pada awalnya nurse UMT mengatakan tiada masalah untuk menyertainya kerana aktiviti lebih pada ceramah dan aktiviti2 biasa.Jadi tiada alasan kenapa saya mesti dikecualikan.Terima kasih nurse kerana anda tidak mengandung pada waktu itu.Ketua fasilator sendiri tidak membenarkan kerana menurut mereka sekiranya apa2 berlaku mereka tidak akan bertangunggjawab jadi saya tidak digalakkan menyertainya memandangkan jarak antara asrama dan bangunan akademik agak jauh.Apa yang pasti sepanjang orientasi pelajar dikehendaki berjalan kaki ke satu2 tempat.Tiada kenderaan disediakan.Terima kasih juga pada nurse kerana cara anda bertutur yang amat tidak bertimbang rasa.No wonder kamu sebagai nurse dan bukannya doktor.Andai kamu doktor mesti tutur kata kamu akan lebih berbisa.Itu cuma telahan saya.

Cerita kami

  • Tanggal 26 May 2009,kejutan pertama kami bila saya disahkan mengandung buat kali yang kedua.Perasaan waktu itu bercampur -baur antara tidak percaya & gembira.Masakan tidak tujuan kedatangan ke klinik tersebut hanya untuk pemeriksaan kerana sakit perut & kencing yang terlalu kerap ditambah lagi dengan haid yang datang dalam waktu yang cukup singkat iaitu satu hari sahaja.Itupun darah coklat yang hanya sebesar biji kacang.Memandangkan saya pernah ke klinik yang sama sewaktu mengalami keguguran yang pertama,doktor membuat ujian kehamilan tanpa memberitahu saya.Pemeriksaan air kencing menunjukkan saya mengalami kencing kotor & juga positif mengandung.Namun kami terima dengan penuh kesyukuran pada Allah swt dengan kurniaan yang tidak terhingga ini.Suami tersenyum mengenangkan dia bakal menjadi seorang ayah.Saya juga tidak lama lagi menjadi bonda.Lelaki atau perempuan tidak menjadi hal pada kami.Cukuplah dilahirkan sihat dan sempurna.Pada ahli keluarga dikhabarkan berita.Semua menyambut gembira sementelah lagi usia perkahwinan kami yang sudah hampir setahun 9 bulan.Kalau diikutkan waktu ini kami amat bersedia dari segi fizikal & mental.Kewangan juga sudah stabil untuk membuat persediaan menyambut orang baru.Namun kami sebenarnya tidak pernah merancang waktu bila untuk menimang cahaya mata & jauh sekali merancang keluarga.
  • Saya pernah diperli "Bila nak ada anak ni?Takut lambat2 tak dapat terus menyesal tak sudah!".Saya diam sahaja.Mengiya tidak jauh sekali membalas.Namun dilubuk hati terguris juga : ).Saya bukannya tidak inginkan anak.Cuma rezeki belum sampai.Ambik kata2 Nas,"Bukan tak ada rezeki ,cuma rezeki belum sampai".
  • Kadang2 usikan dari kawan2 juga turut mengguris hati saya.Antaranya "Bila nak dapat anak ni?Lamanya!".Pernah hati berdetik "Apa?Kalau aku beranak engkau nak jaga ke?".Sekali dua saya boleh accept as a joke tapi kalo banyak2 kali rasa menyampah pun ada.Kerana itulah saya sangat tidak senang dengan orang yang bercakap ikut sedap mulut sahaja.No respect at all.Terima kasih yang tidak terhingga buat Rifhan,Fajrina(cousinku yang sempoi) ,Nana,Siti,Sue & kawan2 yang banyak menyokong saya.Kalian memang memahami.
  • Namun saya syukur ada ibu ayah yang jenis open minded.Diorang cakap enjoy dulu,apa nak kecoh2.Hahahahaha!Terima kasih ibu bapaku yang teramat la cool.Skang ibu sendiri berkata "Skang memang masa yang amat sesuai untuk ada baby.Ok la tuh setahun lebih berdua".Kerana itulah dalam jangka waktu tersebut saya tidak mengalami stress langsung.Suami sentiasa menyokong saya.Terima kasih bee.Love you.

Kenapa saya........

Kenapa saya sering mengalah sedangkan pada sesetengah keadaan saya sebenarnya tidak bersalah:

1- Kerana rasa hormat yang masih tebal dalam diri (biasanya untuk orang yang lebih berusia)
2- Kerana tidak ingin pertelingkahan yang berpanjangan (biasanya yang melibatkan keluarga)
3- Kerana saya mati akal untuk menjawab
4- Kerana saya sudah bosan dengan orang tersebut
5- Kerana Allah s.w.t itu Maha Adil

Student Life Part 1

Mood: Busy body

Masa : 8.35 p.m
Lokasi : Mc Donalds Seksyen 2,Shah Alam

Satu malam saya ke sebuah restoren makanan segera iaitu Mc Donald.Agak ‘jakung’ (dalam bahasa Terengganu bermaksud kekaguman yang melampau-lampau) melihat telatah para student IPTA/IPTS mungkin yang sedang berada di restoren tersebut.Sesetengah membawa laptop masing-masing. Maklumlah internet free di situ.Namun pada awal kedatangan saya kesitu saya sudah ingin marah sebenarnya.Sebab apa?Ini kerana saya sudah hampir tersungkur kerana tersangkut kaki pada wayar lap top yang berselirat di sana sini.Namun cuba menenangkan diri sendiri.Bukan salah mereka tapi salah saya yang tidak berhati-hati.

Kata saya “Asal rasa macam duk dalam library pulak ni.Semua bawak buku dan lap top?”.

Menurut kata teman “Sekarang ni study week”.

Oh!Begitu.Patutlah mereka-mereka ini sibuk membawa buku dan mana-mana yang mengadap laptop mungkin sedang mencari bahan-bahan rujukan bersesuaian.

Saya berkata “Boleh study ke bisng2 macam ni?”.

Teman saya hanya mencebik.Mata gatal ini sibuk melihat telatah student-student di Mc Donalds tersebut. Ada sesetengah tu khusyuk betul menghadap lap top.

Detik dihati “Bagus la budak sekarang ni.Komited!”.

Namun secara tidak sengaja atau pun sebenarnya sengaja berjalan dibelakang budak tersebut kerana ingin ketandas sambil mata melihat kearah skrin lap top budak tadi hati ini turut berdetik “ Haram!Aku ingat study tapi duk sibuk chatting YM rupa2nya.Cis!”.

Selepas itu masuk sekumpulan pelajar perempuan yang masing-masing memegang buku Pengajian Malaysia.Sedari awal saya memerhatikan mereka.Mereka duduk kemudian order makanan.Makanan siap diorder ,mereka makan sambil berborak sakan.Butir2 percakapan tidak pula saya tahu.Hampir sejam lebih,kumpulan ini mengangkat punggung.Hasilnya buku Pengajian Malaysia itu hanya aksesori ditangan.Saya senyum sendiri.Hal yang sama turut berlaku pada beberapa kerat pelajar lain.Ada yang tidak menumpukan pada buku ditangan namun mata melilau-lilau sekeliling. Ada yang sedang bertepuk tampar,ketawa sakan dengan kawan2.Ada juga yang kelihatan stress dengan buku yang dibawa hampir lima,enam buah.Tebal pulak tu namun sedikit pun tidak dibuka. Siap berterabur diatas meja laksana meja study dibilik sendiri.Kaki pun sedari tadi bukan dibawah namun siap bersila lagi diatas kerusi.Huhuhuhu!!

Sedar tidak sedar dua jam saya parking punggung dekat situ.

Pendapat saya:

1- Sesungguhnya tempat sebegitu lebih sesuai untuk bersantai dan bukan tempat “study”. Saya tabik springggg pada mereka yang mampu score study kat tempat macam itu.
2- Saya rasa budak2 tadi sebahagiannnya adalah budak2 tahun satu yang terpengaruh dengan cerita2 drama atau filem mengenai kampus life di TV.Hehehe!!Ini apabila melihat pada wajah,perwatakan,cara berpakaian etc.
3- Wayar2 laptop yang berselirat sangat berbahaya terutama pada kanak2.
4- Kalau ingin menggunakan lap top diluar seperti diatas sila gunakan battery lap top dan bukan angkut sekali dengan plug. Kalau nak guna jugak kerana baterry laptop sudah “kong”,sila cari port yang paling strategik.Elakkan dari mengundang bahaya pada orang ramai.
5- Agak sedih kerana student sekarang lebih ghairah mengikut trend semasa daripada belajar dengan bersungguh-sungguh terutama bagi mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Bagi yang kaya tuh belakang cerita.Gagal pun diorang kira apa,duit banyak.Gagal kat Malaysia boleh sambung kat oversea.Huhuhu!!
6- Saya percaya “best student” tiada dalam kelompok diatas.Kalau datang pun untuk bersantai.
7- Namun jauh disudut hati saya tidak melabel semua pelajar begitu.

Why she won't wear hijab?

A conversation for Muslim sisters:

"I'm so tired."

"Tired of what?"

"Of all these people judging me."

"Who judged you?"

"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."

"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"

"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"

"Maybe she was just giving you advice."

"I don't need her advice. I know my religion. Can`t she mind her own business?"

"Maybe you misunderstood. She was just being nice."

"Keeping out of my business, that would be nice..."

"But it's her duty to encourage you do to good."

"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"

"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."

"Says who?"

"It's in the Qur'an, isn't it?"

"Yes. She did quote me something."

"She said Surah Nur, and other places of the Qur'an."

"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."

"True. But big things start with small things."

"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."

"What you wear is not important?"

"That's what I said.""Then why do you spend an hour every morning fixing up?"

"What do you mean?"

"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."

"So?"

"So, your appearance IS important."

"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."

"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Holy Qur'an?"

"You know I can't follow all that's in Qur'an."

"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"

"Yes. God is forgiving."

"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."

"Says who?"

"Says the same book that tells you to cover."

"But I don't like hijab, it limits my freedom."

"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?!What`s your definition of freedom anyway?"

"Freedom is in doing whatever you like to do."

"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."

"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wearhijab and are bad people."

"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."

"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."

"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."

"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"

"So all these people with hijab never get married?!"

"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"

"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"

"That's irrelevant, bank robbery is a crime."

"Disobeying your Creator is not a crime?"

"But then who would hire me?"

"A company that respects people for who they are."

"Not after 9-11"

"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"

"Yasmeen?"

"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."

"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"

"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"

"You didn't answer my question."

"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood.But your short sleeves, tight pants…"

"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women."

"Really? I did not know men could control women by hijab."

"Yes. That's what it is."

"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"

"Well, that's different."

"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"

"Right, but…"

"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"

"Wait, let me finish, I was saying…"

"Saying what? You think that men control women by hijab?"

"Yes."

"Specifically how?"

"By telling women how and what to wear, dummy!"

"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be `attractive'?"

"Of course, it's fashion."

"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"

[Silence]

"Not just controlling you, but also controlling the market."

"What do you mean?"

"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."

"I don't get it. What does hijab have to do with products."

"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism,women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."

"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"

"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism."

"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB!It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ... Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"

"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."

"Fine."

"Fine."

[Silence]

"Shut up and I don't want to hear more about hijab niqab schmijab Punjab!"

[Silence]

She stared at the mirror, tired of arguing with herself all this time.Successful enough, she managed to shut the voices in her head, with her own opinions triumphantin victory on the matter, and a final modern decision accepted by the society - but rejected by the Faith:

"Yes!" - to curls on the hair - "No!" - to hijab!

"And he(/she) is indeed a failure who corrupts it [the soul]!"[Holy Quran 91:10]

"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."[Holy Quran: 87:16-17]

"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."[Holy Quran: 3:110]

June I'm In Love

Andai la saya dapat benda ini pada June ini......



Dan ini juga....aduh...berdebar2 rasa macam waktu nak akad nikah dulu cuma debar sekarang lain sikit dia punya dup..dap..dup..dap..dia...hahahahaha!!!Saya mahu ini wahai Cik Hubby...Huhuhuhu!!Teramat mahu...

Itu saya


Saya pon tak tahu kenapa saya suka sangat dua benda ini.Adakah kerana ia best?Atau kerana color dia pink?Atau kerana saya sudah kebosanan tahap gaban tak tahu nak buat apa dekat rumah.Namun yang pasti husband senyum jer bila saya asyik telek dengan wajah yang kagum laksana dapat rantai berlian Habib Jewel.Hakhakhak!!!Dalam list MESTI BELI untuk bulan ini.So here we go!!!

Think

  • Bekerja untuk menyara kehidupan.Tidak bekerja bermakna tiada duit.Secara personal saya lebih suka pergi bekerja pada waktunya dan pulang pada waktu yang sepatutnya.Tiada istilah "workaholic"untuk saya.Label la saya seorang yang tidak kehadapan.Saya tidak kisah kerana pada saya yang utama adalah keluarga.Kenapa saya bekerja?Saya bekerja kerana membantu suami kerana kami adalah pasangan muda yang baru berkahwin dan kewangan kami belum kukuh untuk menjadikan saya surirumah sepenuh masa.Namun saya juga bekerja kerana saya sememangnya ingin bekerja dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari selama bertahun2.Dan suami juga menyuruh saya bekerja agar saya tidak bersungut kebosanan padanya kerana dia juga ada kerja lain selain daripada melayan rungutan2 dari saya.Hehehehehe!!
  • Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu? Walaupun benar mencari rezeki penting utk menyara keluarga. Jadi renung-renungkanlah!

Kesian saya...huk!huk!huk!

Hari Khamis lepas saya ke Sunway Pyramid.Banyak tujuan tu.Antaranya tujuan untuk membeli sedikit barang sebelum masuk belajar balik.Macam budak sekolah.Beli secara sedikit2 dahulu kerana budget agak sempit.
Tujuan ingin membeli cadar lalu masuk ke kedai fav saya iaitu Aussinno.5 minit terkial2 didalam kedai,jurujual wanita seorang Melayu yang tidak bertudung memakai baju berwarna kuning dan bertubuh sedikit berisi memandang saya.Masih tidak berganjak dari meja kaunter.Saya terkial-kial mencari,suami sudah menarik muka.Jurujual itu masih kaku disitu.Muka agak bengis.Senyum tu jangan harap la.Dalam hati saya "Aku datang nak membeli bukan nak membunuh!".Tapi dalam hati jer la.Hahahaha!!Saya panggil dan tanya la beberapa soalan.Dia datang then jawab acuh tak acuh.
Kali kedua ditanya soalan yang lebih kurang sama,cara jawapan yang diterima agak keras sedikit bunyinya.Mood membeli sudah terbantut kerana saya sudah diselubungi mood menyampah pula.Cara dia merenung saya juga agak menyakitkan hati kalau diingat semula.Perempuan!Perempuan!Sudah la tak comel,lagi la berganda tak comelnya bila berperangai begitu.Saya membuat andaian mungkin kedai Aussinno itu BAPAK DIA YANG PUNYA.Sebab itu la selamba jer layan customer macam itu.Suami muncung kat saya seraya berkata"Apa nak heran.Depan tu ada butik Akemi!".So saya pergi la ke Akemi.
Jurujual di Akemi sangat la nice.Walau ada cadar yang tidak ingin dibeli masih sanggup dia membuka untuk saya.Katanya tidak mahu membeli tidak mengapa,just rasa fabrik cadar tersebut.Sangat bersungguh dan hasilnya dua plastik juga barang dibawa sewaktu keluar.Tiada dalam list pun turut dibeli.Sudah terkena penangan jurujual di Akemi.Adoi!!Hasilnya Aussinno hilang sales hanya kerana jurujual yang sombong dan memilih customer agaknya.Saya pun tidak pasti!Untuk perempuan yang agak bodoh pada pandangan saya (jurujual di Aussinno Sunway Pyramid),sekali lagi saya tegaskan kamu tidaklah comel dengan kelakuan sebegitu.Berhenti kerja sahaja kalau tidak ikhlas untuk bekerja.Buat berdosa sahaja!!Ini la yang dikatakan bodoh sombong.Berubah la....

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You