Tropical Fruit World,Gold Coast ~Part 1

Phew!

Parents kita teringin sangat nak tengok kebun apple,anggur bagai tapi kebun yang best ittewww jauhnya ya rabbi.Hahaha!198 km bersamaan 2 jam 15 minit.Huhuhu!Tengoklah nanti diskusi dengan suami dia nak pergi or tak.Kalau dia pernah kena pergi shutdown drive dua hari perjalanan boleh takkan drive 2 jam takleh.Betul tak?Hahaha!Tapi itulah Australia.Perjalanan darat walau lebuhraya cantik (tapi tak semua),tapi tahap bosan dia tu ya ampun.Kiri kanan lengang weh kalau dah masuk jauh pedalaman tu.Macam perjalanan nak ke Gold Coast ni banyak la kenderaan sepanjang perjalanan.Penempatan disini berpusat so ada certain tempat sepanjang perjalanan mmg tak akan jumpa kawasan penempatan.Gitulah negara benua kekdahnya.Satu tempat ke satu tempat tu dah la jauh,jadi byk habis masa atas jalan jer.Phew!Tapi suami cakap bila dah jauh perjalanan masuk pedalaman,ada rumah orang cuma jarak antara satu sama lain tu memang agak jauh la.

Jadi taknak menghampakan walau masih dikira mission not accomplish,hahaha,kami bawak diorang ke Tropical Fruit World di Gold Coast dan kami pun 1st time jugak pergi sebenarnya.Sebelum ni ada gak plan nak pergi tapi sampai ke sudah tak pergi until I balik Malaysia.So this time,let's go peeps!Tropical Fruit World yo!Bunyi macam exciting sangatkan?Iklan mesti lebih.


Alhamdulillah cuaca yang cerah sangat haritu dan tak hujan so perjalanan berjalan lancar.Kami gerak dalam jam 11 pagi macam tu.Dah plan nak jama' akhir dan stop solat kat Harbour Town.Harbour Town duk tengah2 so just nice la.Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam lebih sejauh 100 km jugak la dari Brisbane.

Bekal haritu mak goreng beehoon goreng.Orait la tu untuk alas perut.So takyah pening fikir nak stop lunch kat mana2.Before gerak untuk breakfast pun makan beehoon tu jugak.*Pengsan. 2 in 1.Ingat nescafe jer nak 2 in 1.

Tropical Fruit World so jangan aim nak jumpa kebun apple or strawberry dan seangkatan dengannya.Buah yang ada for sure buah-buahan tropika.


Kalau dekat dah nak sampai tu,kita akan menikmati pemandangan ini.Nasib la jalan ni merupakan jalan yang selalu suami kita lalui kalau ada shutdown memana la.Jadi boleh la dia explain sikit2 walau tak la expert sangat pun.

Dan ini merupakan kawasan penanaman tebu.Sayup mata memandang tapi kalau tengok pic ni jadi sayu hati pulak sebab yang tukang snap pic tak pro mana.Sorry.Ngeh!Ngeh!Ngeh!


Ini dah menghampiri ni tapi tak sampai lagi.Dia bagi intro dulu sikit2.


Hah!Tu dia.Musim mangos.Nanti kita borong byk2.



Nak ke tempat tu kena melalui jalan yang agak bengkang bengkok ini tapi tak panjang mana pun.Tetiba teringat jalan nak ke kaki Gunung Kinabalu Sabah.Tapi yang tu lagi horror rasanya.Jalan nak ke Kundasang tu kalau tak silap.View adalah lebih kurang sama gak macam kat Sabah tu.Nice.


Ini kat tempat masuk.Kalau kat tempat parking kita boleh tgk dan sentuh buah avocado.Sepanjang-panjang tempat parking tu ada pokoknya dan kebetulan haritu meriah pulak buahnya.Tapi kalau sekilas pandang ingatkan buah kedondong tapi avocado rupanya.Kikiki!


Apa2 hal,kita beli tiket dulu.Haritu tak ramai sangat orang.Boleh check ni LINK for more info.Adult $44 / pax,children 4-16 $25.Bawah 4 tahun FREE.


Lepas tu kena jalan kaki dalam 200 meter macam tu la.Stroller kena tinggal kat pintu masuk sebab nanti nak kena naik train yang ditarik dengan tractor.Choo!Choo!


Sepanjang perjalanan 200 meter tu ada la beberapa pokok-pokok buah-buahan yang menarik perhatian.For sure la buah-buah yang kita tak jumpa kat tempat kita.Sebenarnya takleh suka hati petik tapi yang kita bawak ni bangsa degil2 semua.Suka hati diorang jer main petik2 pastu guna ayat,"Dah bayar mahal untuk tiket.So manfaatkan la".Elok sgt la tu.I ni paranoid sket.Tak berani takut sakit perut.Entah buah apa ntah.Hahaha!


Mexican Garden adalah garden pertama yang kita jumpa.Nanti banyak lagi garden yang nak kita jumpa.Mexican garden ni takde apa pun.Cactus semata-mata tapi yang stok2 besar gedabak la.
























Ok.Lepas tu kita akan dibawa masuk ke satu tempat untuk fruit tester dan juga sedikit penerangan ladang tersebut dan adalah sedikit penerangan berkenaan buah-buahan yang terdapat kat situ.

Ini saje la nak share dah haritu diorang buat pop quiz.Kalau kita Malaysia panggil betik,in English panggil papaya dan kat OZ ni pun ada gak panggilan lainnya untuk papaya iaitu Po Po.Tak sure la ejaan tapi sebut lagu tu la.Ok.Sekian.



Lepas sesi penerangan ringkas,jom beratur ambik buah yang dah siap dipotong.Nice sangat staff kat situ bila jer nampak ibu kanggaroo ni dukung anak kanggaroo,terus dia isikan plate untuk kita so I la orang first yg boleh makan haritu.Kikiki!Takyah beratur sebab dia hantar terus pada kita.Memang sedap buah-buah yang disediakan haritu.



Dah selesai makan jom naik train dan kita akan dibawa pusing2 sekeliling ladang.Moh ler.So kat atas antara buah-buahan yang ditanam.Memang luas ladang ni.


Acara ni mmg wajib ada tapi ikut musim.Mcm my friend haritu time dia pergi time musim pisang so diorang dijamu pisang celup coklat yang mahveles.Tapi time kitorang pulak takde pisang walau kat pokok ada jer pisang.Kikiki!Time kitorang kami dibawa menikmati macadamia nuts fresh dari ladang eh bukan,fresh dari pokok.Kau petik pastu guna alat yang disediakan untuk kopek kulit kacang tu.


Memandangkan kami bawak antara orang Melayu yang inovatif dan kreatif,dia malas tunggu mesin pecah kulit kacang tu sbb ramai sangat nak guna,diorang pakat ketuk dengan batu.Pastu lepas sorang-sorang ikut buat sama.Kikiki!

Yang sandang beg merah tu lagi baikkk punya.Actually tu beg lampin anak tapi dia transform jadi beg isi kacang macadamia tu.Selamba badak kutip2 masuk dalam beg.Ayat sama,"Dah bayar tiket mahal".

Dan rupanya sedap rasa kacang macadamia ni walau makan mentah mcm tu jer.Lemak berkrim disukai ramai.



Lepas tu kena naik train balik sebab nak pergi tempat lain pulak.Jumpa ni.Pisang yang digantung macam tu jer.Taktau apa motif.



Inilah trainnya.


Lepas sesi makan kacang dan pusing2 ladang,kita pun dibawa ke kawasan ternakan haiwan.Tapi tak banyak haiwan kat situ cuma view cantik la sebab dah masuk dalam hutan diorang.So bolehlah menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan yang sangatlah indah.



Apa ada sini,standard ah.Ostrich,kanggaroo,sheep,horse,chicken etc.Koala si pemalas tak nampak pulak.Jadi kalau nak beramah-mesra dgn binatang-binatang tersebut,sila beli makanan yang disediakan khas berharga $1 kalau tak silap.Jangan memandai suap jer apa yg ada kat tangan.Silap2 kena denda.Hahaha!


Suap jangan tak suap.


Ok dah puas bagi makanan kat haiwan-haiwan yang 24 hours lapar tu (merujuk cara makan diorang rakus benor),jadi sesi naik boat pulak.Sila beratur.


Diorang akan bagi ni sekeping sorang.Roti.Tapi bukan suruh kau makan.


Roti tu nak dibaginya kat menatang ni.Berebut-rebut nak.Lapor sgt agaknya.Rakus tak baca bismillah.


Ini view sekitar sungai tu.Boat dah gerak la ni.


Pastuh menatang ni duk kejor-kejor boat.

 ..............................to be continue.Tak habis lagi nih.Stay tune okeh : )

 P/s:Tak larat dah nak sambung.Nanti2 la sambung balik.Kurang kalsium agaknya sebab rasa sakit pulak tulang belakang ni.Ok.Bai.


4 comments:

Rafhani said...

lakimu sgt bergaya dgn beg pink:p..hahahahhahahahaaha

SUwithlove said...

X larat nak baca.... Tgh gambar jer... Hehehe... Nice!

Unknown said...

Smartkan tu.Hahaha!

Unknown said...

sue,takpe.Take your time : )

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You