Birbie Island,QLD

Hari Sabtu lepas takde plan apa pun tetiba decide nak ke Birbie Island.Ni kes follow my business partner yang ingin menenangkan fikiran setelah berhempas pulas dengan PHD dia lepas tu berbisnes lagi dengan I,lepas tu partner in crime pun dia jugak.Hmmm....susah jugak bila banyak sangat jawatan ni.Kikikiki!

Maka jalan2 la kita Sabtu lepas.Dah la decide nak follow tu time tu jam 7 pagi rasa nak call dia ON ke tak plan nak pergi Birbie Island tu.Sekali dia cakap ON dan sila bersiap cepat sbb jam 8.30 pagi dah nak gerak.Hmmm....apa lagi,berdesup la memasing.Nasib suami ada volunteer siapkan anak2 sementara I siapkan makanan untuk picnic.Kalau ikut my friend tu dia dah cakap takyah bwk apa2 tapi kita la rasa tak best.So I decide masak something yg cepat tp kenyang.Eh ada ke makanan yg masak tapi tak kenyang?Hehehe.

Pagi tu I just masak Spagetti Aglio Olio dan sandwich telur.Memang kejap je la masa nak memasak tu.Dan yg pasti sibuk sangat nak masak,nak bersiap sampai tak ingat nak breakfast dan mula la dalam kereta kelaparan.

Maka dekat2 jam 9 baru bergerak biasa la janji Melayu.Kikikiki! ( Aku letteewww).Stop kat petrol pump isi minyak dulu dan kami pun meneruskan perjalanan ke Birbie Island.Actually perjalanannya tak la jauh mana pun.Lebih kurang 50 minit je dari Brisbane dan Birbie Island ni merupakan sebuah pulau yang dihubungkan dengan jambatan antara pulau dan tanah besar.Pendek cerita mcm antara Singapore dan Johor atau Pulau Pinang sebelah pulau gittewww cuma dia takde la panjang mcm dua2 tempat tu.Pendek je jambatannya tapi view kat sana Masya Allah cantiknya.

Kami ni walau dah kira lama dah kat sini,banyak lagi tempat disini yang tak habis dilawati.Itupun berangan nak pergi New Zealand (simpan la dulu angan-angan tu buat pekasam).Hehehe!Bukan taknak pergi cuma buat masa sekarang banyak hal lagi nak kena settle so plan nak jalan2 makan angin tu letak dalam mode HOLD dulu.Mcm trip ke Bribie Island ni kami ON je sbb dekat je dari Brisbane.Boleh pergi balik hari so consider ok la.


Waktu start perjalanan takde snap pic pun sbb mood kelaut lagi.Mata ngantuk perut lapar so sepanjang perjalanan ku duk kunyah biskut kelapa beli kat Asian Groceries,sedap betul (tu pun nak gtau.Kikikiki)

And this is the bridge that connected the island with the mainland.Pendek je.


Dan ini pekan kecil Birbie Island yang sangat cantik tp I rasa mcm lebih kurang je ngan Rockingham.Tp kalau ikutkan kat Aussie ni mana2 pun lebih kurang je.Hehehe!



Sebelum apa2,kita menyinggah dulu kat sini untuk dapatkan khidmat nasihat nanti karang terkontang-kanting taktau nak tuju mana.Staff yg sangat membantu dan friendly telah menunjuk jalan dan memberi advice kat mana tempat yang wajib menyinggah bila dah sampai sini.



Bagi map siap dia tolong lorekkan lagi.Hehehe!



Pandangan biasa kalau area berhampiran pantai.Park dimana2 disini dengan segala kemudahan lengkap untuk beriadah.



Apa2 hal kita isi perut dulu so lepas je kami pergi Information Centre tu,terus cari port baekkkk punya untuk sesi melantak apa yg patut.Mewah woo makanan,my friend bwk nasi lemak.Dan tempat kami picnic ni pulak memang dekat betul dengan Seaside Museum jd lepas makan terus masuk museum.


10 minit pertama......................




10 minit selepas.........

Lantak korang la.Haritu kami tak mandi laut sbb sejuk.Brrrrrr.......Kalau datang time Summer memang best la berendam feeling ikan duyung dugong.Tapi haritu tak dapekk la.Just sightseeing jer la yg mampu.


The view.

Abaikan spek hitam yg powernya dah tak relevan ngan mataku lagi tu.Owh I need a new sun glasses.Tp yg ini mmg byk jasa ni.I love u tp I terpaksa curang ngan U spek.I kena cari yg baru.Kikikiki.


Jom kita pakat masuk museum dulu.Jangan tertukar.Perempuan kat atas ni bukan penyambut tetamu.Kikikiki.


Museum ni kecik je.Tak byk sangat benda yang dipamer tapi ada la sedikit info kita boleh dapat tapinya.Hehehe!


Research untuk ikan pekasam.Hehehehe!

Ni segala ikan yang entah berapa lama daaa kena awet dlm botol tu.Layannnzzzss!


Bahagian kekanak agar tak mengganggu ibu bapa tapi agak mengganggu jugak sbb bila nak balik semua pakat takmau keluar.Eyyyyyy.....Sikecik TDS siap meraung.


Next destination kita pergi melawat Buckley's Hole.Ini rombongan Cik Kiah.

Sini kalau tak silap tempat nak skodeng burung.Erkk!Yes burung : )


Luas tasiknya tapi tak sure leh mancing ke tak tapi airnya keruh semacam je I don't know ikan apa ada dalam ni.Jangan anaconda sudeyyyy.


Owh teratai layu ditasik madu.


Ok next destination,ini rombongan Cik Kiah baru nak gerak.Tapi that day syukur alhamdulillah sbb cuaca sangat baik.Redup berangin.Best la kiranya jalan2.Time nak balik baru hujan turun.Betul2 kena ngan timing.


Kita menyinggah di kawasan yg ada bunker tp malangnya takleh nak masuk so nampaknya kita bersiar-siar kat tepi pantai je la.

Pantainya Masya Allah.Cantik sangat.Kalau ikutkan pantai kat Malaysia pun cantik cuma yg membezakan mentaliti.Orang sini jaga kebersihan takde la nak buang sampah merata-rata tp pantai kita,huhuhuhu,malas la nak cakap.


Kita posing la barang seketul dua.Tapi tak duk lama sangat sebab sejuk.


Tuan tanah nak berselpui seketoi.


Ok dah moh kita blah to the next destination iaitu Art Gallery.Kemain.Kalau tanya psl Picasso mampuih takleh jawab.Hehehe!


Tapi kat Art Gallery ni kejap je sbb nampaknya si kecik ni memang pencinta lukisan.Mampuih aku kalau tgn kecik ni tonyoh lukisan kat situ,jenuh nak byr ganti rugi karang.Hihihihi!

Kat luar Art Gallery ni ada la sikit mcm botanical garden gitu tp aku tak pusing pun.Aku duk pow potato chips anak kawan aku tu.Eh,tak sampai beberapa jam perut dah lapar balik.Hihihi!


Jadi kita menyinggah la disini.Ada park kat sini so kami picnic lagi sekali makan bekal kami tu sampai licin takde baki.Sini jugak la kami stop p toilet,solat apa semua.Tak ramai orang dan rasa sangat tenang.Betul2 relax la haritu.Dan kat pantai ni port ketam.Punya la banyak tp tak tersnap gambar pulak.Alahai rugi.

Dan lapar punya pasal sampai pic picnic pun tak snap.


Dan tempat last singgah pergi cuci mata tgk kawasan perumahan sini mmg cantik gila babeng la dan disini tempat parking boat.Haritu lupa pulak bwk kunci boat kami.Cisss!Kikikiki!

Maka tamat la cerita.Apapun kalau datang Brisbane ni,Birbie Island ni boleh la masuk sekali dalam tempat yg wajib datang.Itu bg pencinta pantai la.Sbb kalau pergi ke pedalaman pun view cantik jugak.Owh ok nanti la kita plan next trip pulak In Sha Allah nak ke Central Queensland iaitu ke Rockhampton.Tp taktau bila.Motif sbb nak p umah my dear friend Kak Nora.Owh I tak pernah lagi travel berkereta kat sini.I mean tempat yg jauh sikit la.Setakat ni paling jauh ke Sutton.Kalau naik flight tu ke Perth la.Owh itu la nak gtau betapa besaunya Australia ni.Sekian terima kasih.




Tang nak tulis tajuk la aku paling lemah sekali....huhuhi

Makin lama makin malas nak berblog.Entah apa yang rajin taktau la.Banyak cerita pending especially cerita jalan2.Banyak tp x ter update.So cerita malam ni.......

Shit happen.....



Harini betul2 a day when nothing goes right.Start dari pagi emo je.Ni kes nak wean off TDS dan ajar dia minum botol.Motif pertama umur dia dah masuk 1 tahun 7 bulan.Kedua,I dah rasa tak larat dah.Asyik penat berpanjangan dan production milk pun dah makin merudum skang ni.Hehehe.

Tetiba kita jd emo.Maklum la anak yang dah attach dengan kita almost 9 months dalam perut,lepas tu mengempeng je sepanjang masa dekat nak dua tahun pulak tu,dan sememangnya wean off ni amat memerlukan kekuatan emosi si ibu.

Sebulan dua ni ada la dah start research dan takde la nak cakap dah ready 100 percent ke apa tp persediaan tu dah ada la sikit2 dan jujur cakap ni la saat yang paling sedih.Hanya yang mengalami je yg akan faham perasaan ni.

Pagi tadi menangis sampai bengkak2 mata.Dan tak sangka sampai terbawak2 sepanjang hari.Sampai otak mcm tak focus.Hinggakan boleh lupa hari mati2 aku ingat esok dah Sabtu dan begitu beria sekali buat preparation nak bikin karipap.Jangan taktau kita dah jadi usahawan karipap kat sini.Kat tanah air mampuih nak bikin sendiri plus karipap pulak bukan antara makanan kegemaran pun.Tapi skang ni itu la benda yang aku hadap bila orang order.

Last week siapkan 200 ketui untuk event Aman Palestine di Brisbane ni.Kebetulan pada hari yang sama jugak kakak yang sentiasa dihati yang duduk nun jauh di centre Queensland order lagi 100 ketui maka total 300 ketui dan impak dia sampai harini tak hilang lagi sakit belakang.Kikikiki.Dan Sabtu ni ada orang nak lagi 100 ketui maka bertepung lagi la kita.

Apapun happy je dengan kerjaya baru I ni.Bisnes catering kecil-kecilan dari rumah.Orait la dari takde buat apa.At least ada la jugak aktiviti kalau tak kejung jugak haku.

Meh la kita belanja gambar karipap.karipap kentang je pun.Hehehe.



Nampak best ke idok?Hehehe.

Sindrom winter

Dia dah mai dah,dia dah mai dah.Apa yang datang?Tu dia.Sindrom winter.Actually I pun tak sure dah masuk winter ke belum.Ke still autumn?Hmmm....tak kesah la dah masuk ke belum tapi apa yang pasti segala kipas angin dah selamat masuk store dah.Keluarkan balik nanti tunggu bulan 11 nanti.Time tu Summer I'm in Love.Bhaaaahahaha!

Cerita pasal cuaca ni,usai lahir dan membesar di negara beriklim khatulistiwa,jd perubahan cuaca disini akan memberi kesan pada diri tak kesah la sikit atau banyak.Usai orang sini pun terkesan,kita lagi la double kesannya.

Kat sini musim panas pun kulit kering,time musim sejuk lagi la double kering.Maka kena ada effort sikit la menyapu segala jenis mak nenek cream segala.Even budak sekolah pun,pemakaian sunscreen adalah wajib.Jd tetiap pagi selepas mandi ku tenyeh la segala cream tu kat anak tp kat diri sendiri selalu lupa.Kikiki

I ni tak suka pakai cream walau lepas sapu kita dah x rasa cream tu kat kulit tp bila nak wudu' haaaaa dia rasa la minyak2 tu.Dan sebab tu la I prefer jenis cream yg memang meresap habis la dalam kulit.



Ini antara jenama yg highly recommend.Kat Malaysia ada je ni.Ini antara produk Aussie yg I rasa OK jgk la dan sesuai ngan I.Tapi tu kalau rajin nak menyapu.Last year sbb kulit kering teruk during Summer,Autumn & Winter ,I mmg paksa diri juga la pakai.Fall eh Spring eh berapa byk ntah musim kat sini tp tak sempat rasa sebab balik Malaysia.Tapi pernah rasa kejap time Fall tp tu tahun 2012.Sekejap sangat.

Tahun ni,permulaan sejuk ni memula kena tumit pecah.Hai ni yg paling x best ni sbb serious rasa tak selesa.Jadi kalau ingat amik la cream sapu.Tapi itu kalau ku ingat sbb selalunya mmg tak ingat.Hahaha

Maka minggu lepas gigih ke Wollies cari segala jenis protection untuk kulit.Dan skang ni dah tak peduli dah product apa yg nak pakai sbb asal OK je terus sapu.Actually I ni jenis loyal kalau pakai satu2 jenis product maklum la jenis paranoid sikit.Kikiki.Takut benor jerawat naik atau kulit muka rosak Tapi alhamdulillah kulit muka I ni takde la sensitive sangat.

Tapi waktu umur tak masuk 20an lagi kulit I sangat tak ngam dengan product Nivea.Taktau kenapa.Everytime pakai,lps pakai mesti rasa mcm gatal2 lepas tu naik merah so mmg tak berani pakai.Dan I sangat loyal pada satu jenis product ni,alahai lupa pulak nama tp just beli kat pharmacy je.

Bila dah kerja dan kahwin,ada duit sikit I pun pakai la skincare Clinique.Sesuai ngan kulit dan pakai sampai 4 tahun lamanya until product tu dah mcm terlebih serasi dah kot ngan kulit bila mana dia start rasa tak best dah.Kulit jd makin berminyak.Betul2 buat mak stress.Kikikiki.

Lepas tu tukar lagi pakai SKII.Sempat la pakai dalam 2 years kot dan lepas kejadian TND tuang habis dua botol I punya miracle water dengan toner,I dah stop pakai.Ceritanya bila I nak kena beli balik tu sbb time tu bkn mcm sekarang bersepah orang jual online walau utk travel kit sekalipun.Dulu setiap kali nak kena beli time I turun KL la.Kat Terengganu mmg sah2 tak dijual.Waktu tu la.Tapi skang I pun taktau ada ke tak 😝😝😝

Dan bila stok putus,I try guna produk Marykay selepas di promote secara paksa oleh I punya ipar.Nasib serasi.Ini beli ngan ipar so takyah risau langsung kalau putus stok dan lama jugak la pakai.Kiranya sempat 2 ke 3 kali restock dan bila sampai sini dah mmg sah2 putus stok.Hahaha.Dan akhirnya.........,...



Aku pakai product Nivea balik.Muahahaha!Dan yg magisnya tersangat la seswai ngan kulitku.Taktau samada sbb beli yg dari sini atau sebab mungkin kulit dah melalui proses transformasi bila masuk 30an je kekebalan dia dah sama tahap kebal ngan kulit biawak.Kikikiki.

Tp mmg best la pakai facial wash tu.Rasa best je kulit dan kulit pun x kering sepanjang hari.

Tapi part yg paling super best adalah in shower rich body lotion tu.Itu solusi utk si malas mcm I ni.Dan skang dah takyah apply cream after mandi sbb boleh apply waktu mandi dan caranya adalah pakai je dulu shower gel yg kita biasa pakai lepas tu bilas.Lps tu sapu in shower lotion tu pulak then bilas lagi sekali.Done.Memang kulit terasa best sepanjang hari dan paling best no more tumit crack.I just gonyoh time mandi tu je dan tumit dan kembali pada asal.Owh I sukeeeeeer!Try lerrrrrr 😝😝😝😝😝

Renyuk

Ini bukan hati yang renyuk.
Tapi kertas yang renyuk baru nak sampai kat tangan emak.
Itulah anak.Bila membebel baru nak sua.
Kalau tak check beg sekolah takde diberitahunya dia ada apa notis atau buletin dari sekolah.
Dan selalunya yang sampai kat tangan macam ini l rupanya.



Renyuk.Siap ada lotion lagi setepek.

Ok.Mood nak tulis blog dah mai dah.Moga konsisten.Hahaha.

Chinese New Year - A year of the goat 2015

Salam Jumaat yang penuh barakah.Apa aktiviti harini?I ni duk rumah je sbb harini hujan dan kalau check wether forecast pun rasa mcm sampai malam kot hujan ni.Jadi aktiviti lawatan Cik Kiah pergi mesyuarat tingkap kat rumah Joyah terpaksa cancel.Kikikiki.

Harini kalau tengok kat tv akan ada beberapa area di Queensland sedang atau bakal dilanda ribut dan angin kuat.Cyclone Marcia nama dia.Ya Allah semoga tak teruk sgt la.Walaupun area tempat kami tinggal ni tak kena tapi still ambil langkah berjaga2 jugak.Mcm a few months ago bila ada warning pasal ribut jugak dan sekali mmg datang la ribut tu siap hujan batu.Dengan rumah blackout lagi.2 hari uolls takleh bercakap ngan suami sbb phone habis battery.Jadi bila dapat warning,cecepat la simpan kereta dalam garaj.Kat sini kalau hari2 biasa kereta mmg park kat luar je.Malas aih nak masuk garaj.Gitu la bila duk rumah berkongsi garaj ni.Dia mmg tak attach la garaj dgn rumah.Kalau rumah lama dulu senang.Garaj attach ngan rumah so dari garaj tu ada satu pintu terus masuk dalam rumah.Senang haihs!Tapi sejak duk city ni,kalau nak duduk lagi rumah mcm tu,siap duit la bayar sewa yg mmg mahal gila.Kuikuikui!Sbb tu kami mampu sewa rumah mcm sekarang ni je itupun dah consider mahal dah tu.Apapun syukur duduk kat rumah.Buat kena duduk bawah jambatan tak ke haru.Hehehe.

Cerita semalam,boleh lupa semalam Chinese New Year.A year of the goat.So Happy Chinese New Year to those who celebrate.Dan semalam I ajak la suami pergi Inala.Kat situ ada satu market yang jual barangan Asia.Memang heaven la pergi sini sbb kau akan jumpa sayur2,pes2 masakan dan produk2 yang mmg biasa kita beli ditempat sendiri.Rasa mcm dah pernah blog pasal pasar ni.Selalu kami panggil ni pasar Vietnam sbb mmg ramai orang2 dari sebelah sana pun.Thailand,Philipines pun ada dan tak terkecuali Chinese la.Dan semalam bila sampai tgk kedai banyak tutup pastu dah dari kejauhan dah dengar bunyi gendang.Ok.Ada orang yang mmg suka sangat tengok Tarian Singa ni.Maklum la membesar di Chinatown.Hehehehe!




TDS first time tgk tarian ni.Bunyi bingit sgt kot sampai dia naik takut.Jantung dia siap dup dap dup dap.Kikikiki!Tapi mmg best la.Kiranya happening jugak la celebration Chinese New Year kat sini.Tu belum pergi kat Fortitude Valley lagi.Kat situ mmg ada Chinatown dan rasanya lagi meriah sbb last week pergi dah mcm banyak dah segala tanglung merah dipasang.

Berbalik cerita semalam,tujuan kami ke Inala Market pun sbb nak cari pokok sebenarnya.Dan walaupun banyak kedai tutup tapi tak pulang ngan tangan kosong dan ada la beli satu pokok pandan dan satu pokok limau purut.Owh,I is happy.Dan semalam pun nasib baik bila beli serai siap ada akar  so balik kami tanam.Harap2 la membesar bagaikan juara sbb I ni takde la guna sgt serai2 ni cuma bila time nak guna tu mcm tak berbaloi nak pergi beli just nak guna satu dan lagi tak berbaloi nak beli buat stok.Hihihihi!

Dan mcm pokok daun limau purut pulak semalam satu pokok kami dapat pada harga $20.Ini mmg berbaloi sbb kalau beli kat supermarket ada la 7,8 keping siap packing lawa tu diorang boleh jual sampai $2.So skang takyah beli dah.Rasa nak masak tomyam or paprik,just petik je.Dan pokok yg kami beli ni pun dah nampak ada beberapa biji buah limau purut yg baru nak tumbuh.Yeay!


Ni baru set up semalam.Ewah.Our mini garden.Walau pun nampak cincai je tp laki bini ni kemain duk happy membuatnya.Semalam siap pergi K-Mart cari tanah yg dah mix ngan baja tu.Beli pasu bagai.Tinggal fence je tak jumpa semalam.Ini ingat harini kalau hujan dah reda sikit hujan ingat nak pergi buat lawatan kat Bunning pulak.Kikikiki!

Nampakkan?Tak semestinya benda besar,mewah,hebat je mampu buat kita rasa happy.Benda2 kecik mcm ni pun dah boleh buat kita rasa happy walhal tanam pokok je.Bukan tanam je,ini sekali ngan berjasa pada tanah.Dari duk bg kosong je ruang ni,baik kita tanam pokok at least dapat gak hasil.

Beberapa blog yg byk citer pasal tanam2 pokok ni dah bagi inspirasi kat I.Itu yg bersungguh sgt buat ni dan paling penting boleh isi masa lapang yang terlebih lapang ni.Hihihihi!

P/s: Ok dah mula rasa rindu nak baca coretan dari German : ) I know it's hard dear when losing someone that we love especially our parents.Ya Allah.My dua' to Allah to make you strong in your way.Stay strong babe.


Foodies:Muffin pisang

Tidak mahu bagi blog suam2 kuku ni jadi sejuk terus,kalau malas nak menaip cerita panjang,kita kongsi resepi.

Actually resepi ni dah makan minggu dah buat tapi harini baru nak share.Takpe la.Semoga bermanfaat.

Antara my fav adalah apa sahaja yang berasaskan pisang.Kita bagi resepi muffin pisang dulu yang mana resepi ni dah diolah sikit sbb bahan tak cukup kat rumah tapi rasa still not bad la.Eh sedap la jugak walau guna bahan2 yang basic je.

Dan yang penting nak buat tu mudah amat.Dan amat sesuai untuk bekal morning tea anak2 ke sekolah.Everytime I buat ni (sbb banyak kali dah ulang buat),I akan letak at least dua biji kat dalam bento TND dan dia akan makan semua la selalunya.Dan dia pun suka.Lagi la bila tgk ada chocolate chips.Tu semua nak umpan anak je tu.Hehehe!


Jom tgk resepi.

Resepi & cara membuatnya:

1 atau dua ulas pisang (saya guna Lady Finger), lenyekkan.
Masuk sebiji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter/mentega dicairkan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan fresh milk
Gaul rata kesemuanya dan masukkan kedalam paper cup (isi 3/4 dari bekas)
Taburkan chocolate chips
Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit.
Untuk adunan ini saya dapat 14 biji muffin.

Bento

Salam Isnin yang ceria walau semalam tak berapa nak ceria.Alkisah semalam sbb si TND mcm kebosanan sangat kat rumah,omak pun bawak la anak2 ke taman permainan.Omak ni pulak malas nau nak bwk handbag jd omak bawak la shopping bag lepas tu isi purse,isi handphone dengan botol air (takutnya anak kehausan selepas main).

Nak dijadikan cerita si TND bukak botol air tu minum tp x tutup semula maka keluar la air2 itu habis lencun purse dan handphone omak.

Jadi balik rumah handphone screen dah blank maka omak yg 30 minit lepas amatlah mithali tetiba dah transform jadi resakse.Geram betul semalam.Omak ni pulak boleh tahan baran terus duk lepas perasaan kat apak diorang tapi chatting via FB je la sbb apak dia ada kat Roma lagi.Beberapa hari lagi pulanglah.

Pung pang pung pang duk marah.Apak dia 3 saat sekali purata duk type SABOR SABOR.Bengang hokkey dah la tu handphone baru je tukar.Isk!Nampak sangat omak keduniaan betul.Terus ingatkan diri tu harta dunia je.Anak tu amanah.Nak buat lagu mana diorang tu kocik lagi.Akal tak sampai mcm orang dewasa.

Dalam duk melayan bluesss perasaan sendiri tetiba ting,apa kata try letak handphone skali battery dia dlm bekas beras.Bukan dalam periuk nasi ok.Dalam bekas beras sebab dikatakan beras mempunyai agen special yg mampu mengeringkan air yg duk tersumbat dlm handphone tu.Kalau google dia suh letak dalam plastic zip lock tp omak pakai sumbat mcm tu je.Dan pastikan letak dalam kedudukan mencancang (agak lucah word ini).

Dan pagi td omak try bukak,phew dah keluar elok dah screen dia cuma takleh nak swipe.Rasa mcm kena hantar repair gak ni tp tgk la mcm mana nanti.

Dan nampaknya Allah swt nak uji omak lagi bila omak perasan purse pulak takde.Uwaaaaaaaaaaaaa!Adakah terjatuh kat park semalam lepas tu tak perasan.Haruuuuuuuu.....dah la segalanya didalam itu,
driving license
kad bank
IC
kad insurance
kad diskaun eh!hakni penting ni.Hahaha!
dan duit $50

Memang pagi td time perasan purse takde tu mmg dah gabra dh.Kepala otak duk pusing2 fikir nak gtau suami ke tak tambah asam lagi bila purse tu pulak purse baru suami beli time dia out station kat Singapore dan dah boleh bayangkan kalau betul2 hilang memang takdenya dia nak beli yang baru balik.Uhuks!

Tapi yang double risau lagi sebenarnya isi kat dalam purse tu. Takleh nak dibayangkan process yg perlu dilalui nak dapatkan balik setiap satu tu kalau mmg betul2 hilang.Tapi duk ingatkan diri supaya sabar.Be rational.Jadi pagi td meneruskan rutin seperti biasa iaitu bangkit jam 6 pagi untuk siapkan bento anak ke sekolah.Dan dalam dua minggu ni I ada tolong my friend jugak iaitu siapkan bento untuk anaknya sekali memandangkan dia terpaksa pulang ke Malaysia menguruskan urusan ibunya yang baru meninggal dunia.Al Fatihah untuk arwah ibu Kak Dina.Dan Kak Dina ni adalah antara orang yang cukup rapat dengan I kat bumi Ratu ni.

Dan entry ni pun sebenarnya nak citer pasal bento.Ala yg skang tgh hot sgt skang ni walhal lama dh kot benda2 ni tp takpe.Dengan trend sebegini mampu buka mata parents untuk berusaha sediakan makanan dari rumah utk anak2.Iya la kantin sekolah kat Malaysia,pepaham jer la makanan yg dijual camne.Tu x termasuk makanan yg dijual diluar sekolah lg.Menakutkan sbb rata2 makanan yg tak begitu sehat.Sorry yer sbb mmg ada.Bukan rekaan.Kisah benar ni.Kikikiki.

Jadi sekarang bersemangat la siapkan bento untuk bebudak ni.Actually kat sini ada je makanan yang dijual tp sekolah lebih galakkan parents sediakan bento dari rumah.Kat sekolah TND ni rasa mcm takde canteen kot sebab bebudak mcm makan merata-rata je sekeliling sekolah dan one of good thing bebudak sini diorang ada sivik bila tak  buang sampah merata-rata so takde la sekitar kawasan sekolah kotor jadi itu yang tak kisah diorang nak makan kat memana.Memana tu maksudnya selagi dalam area sekolah la.

Dan ada satu kedai yang jual makanan in case parents tak sediakan bento untuk anak.Dan kedai tu jugak ada sediakan menu HALAL untuk muslim tapi I lagi prefer sedia sendiri je plus I ni housewife.Lepas tu nak beli makanan pulak bukan simply menonong je pergi beli tp parents/penjaga kena pergi order dulu waktu pagi tu.Isk!Leceh la.Hahaha!Menu diorang dah bg siap2 kat parents sorang satu.Tempek je kat umah.

Dan 3 jenis bento wajib ada iaitu morning tea,crunch (variasi buah atau sayur) dan lunch.Jd 3 bekas wajib ada.Sejak ada tambahan anak2 ni,I kena siapkan total 9 bekas semuanya.Dan satu botol air kosong (Wajib ada).

Actually tak susah pun nak siapkan bento kanak2 ribena ni sbb yg lunch je kena siapkan makanan berat sikit tp selalunya kalau masak nasik I letak satu jenis lauk je.Untuk crunch mmg I letak buah je la.Dan kalau letak buah mcm pear atau epal,pastu nak kopek siap2,rendam kejap dalam air garam supaya dia tak cepat lebam.

Untuk morning tea,kalau rajin I buat la sosej bun,muffin.Tapi kalau malas I sapu roti + jem je dan bebudak ni mcm ok je.Dan mcm anak my friend tu,siap request nak roti + jem.Sonang kijo auntie Fiey.


Lagu ni la rupanya bento anak kita.Simple je sbb bebudak ni bkn nk makan beria sgt sbb sibuk nak main je.Tp kalau anak kawan I yang year 6 tu je mmg akan habiskan makanan dia.Lagi sorang + anak sendiri kdg2 x habis pun makan.Bila tanya cakap x sempat makan loceng bunyi walhal bila time recess sibuk nak main dulu baru nak makan.Hai,bebudak ni!

 

TND  dan anak my friend suka sangat kalau buat sup.Nasi + sup mmg licin tapi takkan nak masak hari2 sbb I pun muak.I masak makanan diorang skali ngan I je.Senang sekali buat plus husband takde sini so makan lauk simple2 je.
 

Ini antara bento kekanak ribena tu la.Mmg seronok bgn pagi2 siapkan bento diorg.Kalau bg pisang,I tulis nama camtu je.Senang.Kikikiki.

Jadi skang ni sblm tdo otak mesti ligat duk fikir esok nk masak apa.Hihihi.Bagus gak janji sel2 otak berhubung walau slow.Hihihihi!


Back to school ~2015

Owh anak omak dah masuk sekolah rendah.Taktau waktu hantar tu nak menangis ke tak sbb ni dah sekolah yang ke empat.Muahahaha! (3 kindy).Banyak haish!TND ni start dengan 3Q Montessory Kindergarten ( Malaysia dan bahasa perantara Chinese + Malay + English ), C & K Kindergarten ( Australia - mestilah la English kan) , lepas tu Little Caliph ( Malaysia balik dan yang ni Islamic school so bahasa perantara Malay + English).

Waktu 1st time hantar kat 3Q Montesorry tu dulu omak bercucuran gak air mata.Hihihi!Emo lebih omak aih!Tapi anak menangis jugak.Dua minggu hokkey principal tadika tu Teacher Harban Kaur kena dukung si TND ni.Dah la time tu gemuk.Kesian teacher yang selim.

Lepas tu waktu masuk kindy kat Aussie ni tak menangis pulak dia cuma waktu nak ditingal-tinggalkan tu ada la jugak dia merengek-rengek pegang baju omak nasib omak tak tangan-tangankan je.

Dan balik Malaysia kejap dalam 6 months ( August until January ) sbb omak settlekan repeat paper,hantar dia ke Little Caliph (highly recommend kindy ni.To me I sangat berpuas hati sbb walau dalam 4 bulan kot TND kat situ tp banyak la yang dia dapat.Dan paling best bila balik Aussie ni I just continue je ajar dia membaca bahasa Melayu sbb basic dia dah dapat dari sekolah ).Kira apa yang teacher dia janji nak usaha jugak bg dia dapat tu tercapai la walau kami tak letak higher expectation pun pada TND ni.Kami ikut setakat mana dia mampu hadam je.No pressure at all.Kami bukan parents yang nak straight A's,nak anak pandai baca seawal 3 atau 4 tahun atau yang jenis bangga cerita anak I masuk ballet class,swimming class,music class,tae kwan do class,tennis class bla bla bla yadda yadda sampai anak takde rehat.Iya la hari sekolah pergi sekolah la.Malam pergi tuition.Weekend attend kelas2 skills tu bagai.Bila nak rehat taktau la.Tapi itu orang lain punya cara dan I just respect la pilihan diorang selagi tak pot pet depan I.I tak kesah kalau orang tak pot pet depan I lepas tu tak kait2 kan kita.Huahuahua!Prinsip hidup simple je.I don't touch yours so don't touch mine!Hamboi skang sejak2 asyik kena buli ni siap ada ayat warning takleh blah.

Balik cerita TND,memandangkan kami daftar mmg lewat amat dah iaitu 2 hari sebelum sekolah buka,27 January maka kami tak kesah la cikgu dia nak masukkan kat kelas mana.Sini takde pun dia letak kalau kelas memula tu super pandai,kelas last tu super slow.Dia sama level je.Sesi interview pun berjalan lancar bila cikgu suruh lukis gambar family,Ya Allah keciknya lukisan lepas tu tangan takde.Hahaha!Bila cikgu suh tulis nama sendiri,huruf depan je betul pastu yg belakang2 tu dah mengarut2 dah word yang dia tulis.Suka hati dia je.Hahaha!Tp kejap je interview tu pun.

Balik dari interview jenuh la pergi cari baju sekolah sebab Tuck Shop (yang jual kelengkapan sekolah tak bukak keesokan harinya sbb Australian Day ).Cuti umum.Nasib la jiran sebelah rumah yang ada anak sama masuk Prep datang pinjamkan baju.Owh terharu!Jadi 1st day TND pakai baju pinjam dan lepas tu kami beli la uniform,buku segala.

Dan untuk yuran sekolah kat sini macam kami free jer la tapi kalau students Malaysia yang hantar anak masuk sini kena bayar dalam $220 kalau tak silap.Jadi kami just spend untuk uniform dan buku sahaja.Lepas tu uniform pulak mmg selai2 agak mahal la,dan diorang pun ada jual yg "used" punya dan kalau pandai pilih dapat la yg masih elok dimana harga yg dijual mmg murah la dalam $5 mcm tu je.Tp itu time bulan 12 diorang buat.Dan mcm TND ni mmg 100% baru segala.Dah daftar lambat ,datang Aussie balik pun lambat jd jangan duk harap la nak dapat yg murah ke apa.Muahahaha!

Buku banyak jugak kena beli sebab dalam $100 ++ jugak cuma yg best budak2 takyah bwk balik.Tinggal je kat sekolah.Stationery segala pun kalau taknak beli pun takpe sbb sekolah dah 100% sedia so takyah bwk.Kalau ada beli simpan untuk kegunaan kat rumah je.

Jadi apa yg ada kat dalam beg sekolah hanyalah bekal untuk morning tea,crunch & lunch lepas tu satu botol air masak.Benda lain satu beg utk simpan buku yg dipinjam dari library dan satu topi.Sini punya rule,No hat,No play.Jd wajib ada.


Alahai anak bergambar kat depan class dia.Ini dah pakai uniform sendiri.Dan 1st day g school pun I tak hantar pun tapi suami jer pergi.Dah nampak tak excited dah sbb byk sgt skolah dia masuk.Kikikiki!No la.Bukan tak excited langsung,excited jugak siap amik gambar dia ngan uniform 1st day school tu pastu send kat family Malaysia.Orang sana pulak yang excited nak tengok.

1st day apak dia yang settle,dan hari seterusnya I la yg uruskan.Dan this year I pun dah start drive kereta sendiri so dah tak naik bus la hantar amik anak sekolah.Dan I pun dah makin confident drive sendiri.Last week drive sendiri je pergi hantar my friend yang back for good ke airport.Dua hari lepas tu kawan ajak pergi HyperDome I drive sendiri gak bawak anak2 jalan.Jadi kiranya confident la tu.Kikikiki!Drive je la dulu bagi confident sebelum nak kena attend class driving untuk amik license kat sini pulak.My friend cakap kena amik dari awal mcm memula kita nak amik driving license kat Malaysia tu la.


Ini kawan yang dia dah kenal dari last year tp kawan dia ni dah year 1.Takpe la tua setahun pun janji ada geng nak berlari-larian kejap sblm masuk class.Kids!Hahaha!Main je dalam kepala.

Phew!Itu la a story my lil angel masuk sekolah rendah.Lain tu dengan kindy.Owh nak tutup entry ni baru omak rasa anak omak dah bosar.Huhuhuhu!~


Allora - Queen Mary Falls

24 January 2015 ~ Join rombongan Cik Kiah dalam 5 families ke pekan kecil Allora.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang hampir dua jam (kat sini takleh pecut sesuka hati) , melalui lebuhraya antara Toowomba dan Warwick.

Modus operandi rombongan ni adalah sebab nak pergi tengok bunga matahari.Ini sebab dah dua families dah pergi jadi ni semua kes dengki nak pergi jugak nih.Hihihihi!

Satu tips nak kongsi,everytime nak lawat apa2 farm pun kat sini,silalah rajinkan diri check website dan jangan pakai main terjah je.Sebelum2 ni mmg la selalu buat mcm tu tapi this time nasib tak berapa nak baik sikit.Nanti kita story kenapa.
  
 Check point kami yang pertama haritu berkumpul dulu kat KFC Indooropilly.Semua janji nak ada kat situ jam 8 pagi dan memang tak janji Melayu la sbb semua sampai tepat pada masanya.Hihihi!

Dan haritu pulak kami ada plan nak picnic,jd memasing bwk la apa2 juadah pun.Kira potluck la ni.Dan haritu I bawak spagetti carbonara dan bread pudding.Geng yang lain bawak nasik dan lauk2.



Mcm biasa la nak melalui perjalanan yg agak panjang jugak la bagi kami yang bawak anak kecil ni sbb bila anak start melalak sumpah rasa mcm nak terbangkan je kereta tu.Hahahaha!

Ini antara cara I nak bg dia tak bosan sangat duduk dalam kereta adalah dengan bagi buah.Jadi bila dah gerak tu I pun bagi la buah kat tgn TDS ni.Pastu senyap je tak bunyi suara.Memula kami ingat menikmati kesedapan buah.Tapi tup tup tgk belakang rupanya dia membuta.Hahaha!TND pun sama.Letak je dalam booster seat dia terus masuk alam mimpi.

 Jadi memang aman la perjalanan kami sbb diorang tidur hingga ke Allora.Time we all stop kat petrol pump si TDS jaga tp TND membuta until kitorang sampai ke Queen Mary Falls.Jadi dia mmg takde dalam gambar la kat sunflower pun farm.Adik je ada gambar.
 

Pemandangan biasa kat sini dikiri kanan jalan.Ini jugak laluan sama waktu kitorang nak ke Sutton last year.Trip last year ke Sutton pergi kutip epal dan strawberry.This year kita jengah kebun bunga matahari la pulak.

Ni semua pengaruh rakan sebaya.Actually my friend ada pergi dulu bawak family ke sini so kami ni mana tahan tgk gambar je.Haruslah nak join sekali.Bila check website katanya bunga tu akan berkembang until March.So plan la pergi 24 Jan.Kira ada masa la I settle hal rumah dulu sebelum nak join rombongan Cik Kiah ni.Kami satu family selamat tiba di Brisbane 16 Jan dan dalam seminggu tu Ya Allah banyaknya benda nak kena settle tambah lagi TND dah nak masuk sekolah.This time banyak sikit preparationnya sebab dah masuk sekolah rendah.Dulu kindy mcm tak banyak sangat benda nak disiapkan.Ok sambung cerita short trip kami ni.


Waktu kami singgah kat petrol pump dan waktu tu baru masuk area Allora ni kot,my husband dah cakap bunga dah layu la.I pulak tertidur so mcm caya tak caya jer la.Maklum la lagi percaya kat website tu.Kikikiki!

Dan bila sampai tu ternyata andaiannya benar belaka.Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!Sedih wooo sbb tak dapat tgk yg mcm kat dalam gambar my friend tu.


Tapi bebunga tu mcm faham ni orang kampung mana ni dah kempunan takleh tgk sunflower so ada la jugak beberapa kuntum yg tinggal tapi itu pun dah mcm hidup segan mati tak mahu.Inilah antara kuntumnya.

Tak sekembang mcm time my friend pergi last two weeks.


Takpe la.Udah alang2 sampai kita bergambar la jugak sesikit.At leat adalah kenang-kenangan sbb kalau ingat nak datang balik mmg mcm tak jer.Hahaha!

Semangat tau pakaikan TDS baju color kuning sempena color sunflower.

Oh!Kuciwa!Kuciwa!

Dari Sunflower Farm kami pun meninggalkan pekan kecil Allora menuju ke Queen Mary Falls untuk sesi picnic sbb memasing dah lapar tambah lagi frust takleh tgk bunga,jadi double lapar pulak.

Queen Mary Falls tak jauh pun dari situ dalam setengah jam perjalanan kot dan moh ler menikmati lagi pemandangan indah kiri dan kanan di sepanjang perjalanan.

  
Cari port yang strategik untuk berpicnic dan solat.Kena makan kenyang2 sbb kita nak berjalan kaki pulak nak pergi tgk air terjun.Meriah tau makanan setiap orang bawak.Hihihi!Semua sedap2.

 

Melalui track yang dah disediakan tapi my family setakat separuh jalan jer sbb surrender tak larat nak heret dua orang ni.TDS mcm OK tapi kakaknya tak OK.Duk meragam takmau jalan kaki.Penat katanya.Siap nak duduk dalam stroller.Boleh bayang tak dalam hutan kau nak tolak stroller?Tak stress kami laki bini.Hihihi!So biar orang lain la pergi explore.Kami lepas tgk waterfall tu,terus patah balik.Kiranya tak sampai la kat spot yang baekkkk punya port utk ambik gambar.Hmmm....pasrah je la.


Budak paling happy.Ke hulu kehilir duk jalan.Jatuh bangun,tak nangis langsung.Bonding with nature betul la adik.

  

Cantikkan waterfall ni.Siap ada rainbow lagik.
  
Track ni la kami tak larat nak turun pergi then patah balik.Tapi geng2 lain sampai je sini.


On the way nak balik singgah jap kat Carr's Look Out udah alang2 ada kat situ.Menikmati pemandangan serious dah mcm dalam lukisan.Cantik sangat.Tempat nak bergambar ni pun mmg diorang nak provide.Memang port baekkk punya la.

 

See?See?See?


Ini laluan dah nak balik.Tenang je lalu sini.Bersihkan.Kita pun kat Malaysia ada gak laluan cantik mcm ni.Ala macam kat Kundasang,Sabah on the way nak ke kaki Gunung Kinabalu tu.Cantik juga viewnya.


Beberapa tempat kena lalu creek ni.I sebut creek sbb suami cakap mcm tu.Hihihi!Kalau salah bantai dia.Hahaha!Suami citer camp site tmpt dia kerja pun kena lalui ni jugak tp lagi dalam.That's why dia selalu kena drive 4WD.Tp dia ada beberapa had meter ketinggian.Kalau lebih had takleh lalu.Bila takleh lalu means haritu takyah kerja la.Best betul kerja flexible mcm tu.Hihihihi!

Jadi itu je la ceritanya.Lately mood mengarang tu kelaut betul.Nanti la kita bagi mood datang balik kot la makin rancak lagi lepas ni.Hehehehe!

Ok chow.

Assalamualaikum!

2015~

Setelah ber"hiatus" selama lebih 5 minggu,hamboih,lamanya.Hehehe!Now kita blogging balik sebab dah mmg hobi suka menulis.I ni spesis takleh duk diam.Hihihi!Tapi past a few weeks ago memang busy takde tahap la.

Jadi pada yang ada question mark kat dalam kepala otak tu duk bertanya I ni buat apa kejap ada kat Australia kejap ada kat Malaysia atau persoalan dalam otak sesetengah yang lain pulak yang duk sibuk nak tahu I ni dah habis belajar ke belum,ni I nak gtau la ni.Balik Malaysia almost 5 months haritu sebab habiskan study la yg tersangkut dek 2 papers.I sajer mintak keijinan dari TNC nak extend study dulu bg rehat kepala hotak taknak fikir pasal study.

Memana geng sama university yg still contact ngan I,  dah I pesan awal2 kalau ada org tanya psl I cakap je xtau sbb I nak start bising blk after habis study.Selagi x habis I pilih utk diam je dulu.Sbb mcm skang I yg akan gtau sendiri takyah susah2 nak siasat.Kalau ikhlas nak ambik tahu sgt atas niat sahabat boleh PM kat FB tp skang takleh dah kot sbb I dah delete the account.Settle.

Jadi skang ni dah settle dah study so dah lega la.Alhamdulillah semua berjalan seperti yang sepatutnya.Alhamdulillah juga dan syukur pada Allah swt kerana memudahkan perjalanan I sepanjang study tu.Susah jugak kot sbb class setiap hari kecuali Rabu.Walau dua subjek tp this time mmg pulun study gegile la.Thank u jugak pada sahabat yang banyak bantu.Kena sebut sahabat sbb ini antara orang yg ada dengan I time senang dan time susah.Pada kawan yang bagi kita masalah tu,takpe la.I dah maafkan lama dah cuma doa jangan la ditemukan lagi spesis ni.Spesis kita bagi bunga dia bagi taik.Kikikiki.

Satu lagi rasa mcm tak caya kot sbb mmg jarang ponteng class.Segala kerja lecturer bagi siap on time dan paling penting tempat duduk dalam kelas depan muka lecturer hokkey.Kikikiki!Memang tekun betul la belajar.Tak sia2 mintak extend sbb after extend masuk study balik kemain semangat berkobar-kobar macam baru masuk 1st year.Hahahaha!

Jadi sekarang I dah berada di bumi Ratu.16 Jan haritu fly back to Brisbane with our small family.Kikikiki!Before that sempat la celebrate birthday Damia tp nanti story sbb this time I amik package untuk party dia.Tak sempat nak buat sendiri sbb I punya paper on 4 Jan dan 15 Jan sehari sebelum balik Brisbane.Giler haru kau.I seriously tak expect my paper on 15 Jan sbb selalunya paper Statistic awal2 minggu exam.

Sedikit cerita tentang my last day in my hometown,15 Jan.Flight to KL around 9.15 pm.I ambik malam sbb paper I habis jam 5 petang.Phew!Memang agak terkejar2 la.Then malam tu pergi airport tp takde la rushing sgt kononnya sbb naik MAS tapi sekali our flight delayed dalam sejam kot.Maka rombongan cik kiah sempat lagi minum2 dulu kat Secret Recipes.Mmg meriah plus my best buddy kat UMT tu ada datang.Hihihi!Thank u dear.Kitorang duk minum2 dulu,tangkap2 gambar dulu (as usual la sbb kenangan tu).

This time our luggage mmg betul2 bagi max la.Kikikiki.Siap terlebih 7 kg.Kalau amik MAS setiap sorang dapat 30 kg tp baby mcm TDS (under 2 years) akan dapat 10 kg je.So combine kami berempat,kami punya luggage dapat dalam 100 kg.Maka memacam la harta karun yg nak dibawanya.Bayangkan 4 bags,2 boxes yg penuh dengan makanan je.Hahahaha.Hand carry lak sampai 3 beg so total 9.Hahaha!Gilos!


Actually kalau amik MAS dan next flight pun amik MAS boleh je check in direct tp my husband taknak sbb keesokan harinya dia nak wrap dulu kekotak tu segala.Maka kami tak check in terus luggage kami dari airport Kuala Terengganu.Last time I dari Brisbane sbb just bawak dalam 2 bags je,I check in direct so time kita transit kat KLIA tu mcm rileks sikit la sbb just bawak diri je.Naik the connecting flight ke Kuala Terengganu so all the luggage ambik kat airport yang last tu je la.Tapi make sure flight yg kita ambik tu flight dari penerbangan yang sama la.Jangan kat KT ambik AA tetiba dari KL ke Aussie naik MAS pastu nak check in direct.Itu tak boleh.Hihihihi!

Jadi udah flight delayed,kami sampai di KLIA dah jam 11 lebih.Memandangkan kami nak kena check in hotel dulu maka kami tinggalkan 2 bag kat airport.Diorang ada service penyimpanan luggage.Kalau tak silap dalam RM20 ++ untuk satu bag.Please check untuk maklumat yg lebih tepat.

Jadi malam tu I booked Concorde Inn dan range harga dalam RM200 ++.Ingat nak book Sama-Sama Hotel tp satu malam diorang caj RM700++.Pengsan.Memandangkan kau just nak lelap mata kejap je untuk beberapa jam jd rasa mcm membazir sangat kot nak spent duit byk tu kat hotel mahal gitu.Hihihihi!Satu lagi bkn ngah holiday pun.

Kami pun check in kat Concorde Inn dah dekat nak jam 12 malam then my cousin datang lepak skali pastu dia ada bwk tapau nasik goreng.Just right on time.Thank u bebeh sbb laki bini lapar.Hahahaha!

Esoknya lepas solat subuh terus gerak ke KLIA.Dont worry hotel ada sediakan free shutter ke airport dan service tu setiap 30 minit.Kami memang kena gerak awal walau flight kami actually kol 9.45 pagi.Ini sbb my husband baru tukar passport baru so dia takut ada problem dengan visa.Jd mmg betul la telahan tu tp alhamdulillah Allah swt mudahkan urusan bila mamat kaunter ticket yg mmg rajin dan berdedikasi (mmg layak puji) sbb ada effort pergi cari officer yg in charge bahagian visa untuk Australia dan kiranya sbb dia jumpa officer tu so urusan kami just within half and hour je,pastu settle.Lega.Australia jangan buat memain.Silap sikit makan jam kau kena soal siasat.

Jd bila dah ada byk masa,kami breakfast dulu kat kopitiam dengan my cousin dengan time to say good bye tu ada byk sedih la sebab selalunya mcm last time my parents follow sekali ke Aussie,tp this time my parents just hantar sampai ke airport KT je.Huhuhuhu!Takpe la.Tak baik tau susah-susahkan emak ayah.Hihihi!

So I'm leaving on a jet plane.Kikikiki!Ini takde delay dan selamat sampai ke Brisbane lebih kurang jam 8 malam waktu sana la.Tiada drama kat custom.Segala mak nenek barang kami lepas tanpa ada apa2 spot check.Hahaha!Syukur.

Ambik cab terus ke rumah.Rasa lain pulak rasa waktu masuk rumah.Maklum la dah tinggal lebih kurang 5 atau 6 bulan kot.Tapi hubby mmg jaga rumah dgn baik.Bersih woooo!Jd our first night in our small house,semua zzzZZZZZZ mati sampai pagi tu ada jiran ketuk pintu ajak pergi BBQ sorang pun tak sedor.Hahaha!

Skang ni pulak Summer jadi siang lagi panjang makanya subuh pulak jam 3 lebih.Kalau dah solat subuh jam 3 lebih mmg tak mampu tak tidur balik.Hahaha!Itu yg sambung tidur pastu jaga je tgk jam dah 11 pagi.Time bila jiran sebelah ketuk pintu ajak join BBQ diorang pun kami tak sedar.Hihihihi!

Zohor lak dalam 11 lebih then lepas zohor keluar pergi Wollies shopping groceries tp tak masak lagi haritu so just tapau je nasik.I is rindu sangat butter chicken sampaikan cakap kat suami taknak share.Muahahaha!Memang makan banyak betul la sbb rasa still sama.Ewah!

Selepas tu aktiviti kami sekeluarga adalah kemas rumah sampai seminggu baru settle.Rumah kecik je tapi entah brg apa yg duk kemas taktau la.Almost everyday kot keluar pergi beli barang.Pergi IKEA la,pergi kedai perabot la duk cari perabot tp tak settle2 gak lagi ni.Takpe.Slow2 plus byk sangat urusan ni nak dibuat dgn TND nak masuk skolahnya lagi.Hihihi!

Jadi itu je la cerita untuk entry pembuka di tahun 2015.

Akan update lebih kerap lepas ni sbb esok kami nak ke Allora.So nanti la cerita psl trip tu.




Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You