Instagram

Macam tak mampu nak konsisten menulis blog.Pada yang rajin mengikuti blog sendu ini,apa kata follow Jemah di Instagram " @umisyafinaz .Huhuhuhu!Ku rajin disana pulak sekarang.

Terima kasih!

Toowomba 2016

It's a school holiday.A week before suami berdondang sayang kat tepi teliga isteri (setiap kali call la) supaya plan short vacation during school holiday tapi isteri yang super busy berniaga buat-buat tak dengar je.Lepas habis program masak-masak baru la rasa bosan sepanjang hari kat rumah tambah dengan budak tak pergi sekolah,faham-faham je la.Nak lelap 5 minit pun tak dapat.Dia punya bising macam jerit tepi telinga emak.Aduh.

Dan dihari Isnin yang nyaman,bangun pagi gosok gigi,cuci muka (ehehehe...jangan lupa solat subuh),isteri mithali ni pun buat la cadangan "Apa kata kita pergi Toowoomba walau dah tahu Flower Parade dan segala aktiviti best2 memang tak ada weekdays.Hihihi.

Suami yang turut kebosanan pun jawab "Baiklah.Marilah kita pergi hari ini".

Emak mithali hari sebelumnya tetiba tak berapa nak mithali hari itu hanya bekalkan anak2 dan suami buah-buahan,air mineral & kek pisang Wollies.Hahahaha.Nanti lapar kita tapau la KFC kat Toowoomba sana dan dengar cerita Mc Donalds kat Gatton,Toowoomba kalau ayam dia pun halal tp kalau tak confident jgn masuk beli atau sila double check.



Kita story sikit pasal tempat ni,Toowoomba ni turut dikenali sebagai The Garden City atau Queen City.Lebih kurang 102 km (1hour 27 minutes) perjalanan dari Brisbane dengan menaiki kenderaan kalau jalan kaki kau kira sendiri la.


Setiap bulan September diorang mmg akan menjadi host untuk festival bunga-bunga ini.Actually ada banyak parks dan garden kat sini lebih kurang 150 tapi kami pergi 3 je haritu yang mana famous je dan tourist attractions.Nak pergi semua mau duduk setahun kat sana.Muahahaha!Itupun belum tentu dapat pergi semua.


Cerita saya harini akan kejap di taman itu kejap di taman ini.Maka ini sakura di Japanese Garden.Mmg niat nak snap bunga ini tapi tetiba ada prop extra pulak dibelakang nasib blur.Hahahaha!Lawakan.Dan Japanese Garden ni kat sebelah university kalau tak silap.Kat Toowoomba ni ada satu campus University of Queensland iaitu kat Gatton.


Kan dah cakap tadi tetiba kat Botanical Garden pulak family ni.Hahahaha!Ni ihsan kawan yang tolong snapkan.Actually kami takde berpakat pun nak pergi sekali ke apa,tp tiba-tiba terserempak diorang kat sana,dah alang2 tu marilah kita meneroka taman bunga ini bersama-sama.


Saya ini tidaklah pandai sgt nak snap gambar ni plus pakai henpon je pun tapi takyah la gtau cap apa.Bukan malu ke apa sbb selfie pun aku failed jd toksah la nak beria sangat buat hashtag henpon apa yang dipakai.Hahaha!Maaf la melawak je.


Sorang lagi payah sket nak snap pic dia sbb bajet retis.Hihihi!Tapi huntung jugak sbb dia rajin tolong snap pic kita.Snap pulak dia pakai snap je tak kira la wife dia ready ke tak.Camtu pulak jadinya.

Lupa nak gtau kalau dtg kena pakai baju tebal sikit tau sbb sejukkkkk.Tapi kalau Brisbane skang cuaca dah biasa2 cuma kadang2 ada la sejuk sikit-sikit tu.Toowoomba ni dia cam Cameron Highland la.Nak sampai ke bandar dia tu kena naik bukit sket berkenderaan yerr bukan hiking.Miahahaha!

Jom layan gambar bunga.


Cantik


Beautiful


Magnifico


Falleg (tetiba Icelandic)

Laksa Terengganu

Eh eh eh ubat apa makcik ni makan tetiba rajin pula meng"update" blog dia ni.Hihihihi!Betul la agaknya sehari dua ni dia mempunyai masa lapang yang terlebih lapang sangat tu.Tapi type harini,jalan cerita pasal minggu lepas.

Ah!Tak basi lagi cerita.Walau minggu lepas rasa mcm masih relevan lagi untuk dilayan bersama sementara anak makcik tidur.Diorang ni tidur seawal jam 8.30 malam bersamaan 6.30 petang Malaysia.Motif nak jugak gtau camtu.Hihihihi.Sebab selalu lps diorang tidur la makcik suka call mak ayah makcik di kampung sana.Ajak sembang barang seketul-dua tanya kucing sehat,pokok petai ada buah tak lagi etc segala sekali tanya la apa diorang bikin dirumah.Hihihi!

Berbalik pada cerita asal yang hendak diceritakan adalah berkenaan tajuk tu iaitu "Laksa Terengganu".Minggu lepas,beberapa hari selepas suami naik kerja,teringin betul nak mkn laksa Terengganu ni.

Maka nak la kongsi resepi tapi cara masak untuk orang duduk overseas la sebab almaklum la nak dapat bahan mentah cam kat Malaysia bukan senang.Cara masak biasa maybe dah ramai share jd kita share cara tak berapa nak biasa.Huhuhu!Dan ini resepi agak2 je tau.

Resepi kuah:

1-1 tin tuna size 425 gram - suka kuah pekat ( saya guna Tuna Chunks in vegetables oil) Suka brands Coles tapi brand Wollies pun OK
2-Beberapa ulas bawang merah letak la dalam 5 ulas atau kalau guna bawang besar satu labu dah cukup
3-Santan 250 ml (satu kotak kecik saya pakai jenama KARA.Nak dapat yang fresh,orang parut atau guna mesin pastu balik perah santan tu ibaratnya IN YOUR DREAM je la)
4.Black peppercorn (nak senang mcm saya guna je yang dah siap isi dalam grinder.Senang kerja)
5.Asam keping (jangan tersalah letak asam jawa nanti habislah kuah laksa korang)

Cara membuatnya:

Saya blender hancur semua sekaligus lepas tu tuang dalam periuk.Masukkan beberapa keping asam keping.Tak perlu banyak sebab kuah laksa tak perlu masam.Just nak balance rasa je.

Masukkan air ikut la nak pekat,nak cair camne.Masukkan garam & gula bagi balance rasa.Suka masin lebihkan garam,suka manis lebihkan gula.Itu je kekdahnya.Taknak bagi rasa,buat-buat la lupa letak perasa.Hihihi!

Laksa pula saya guna laksa kering je.Saya suka laksa kering yg tekstur tak terlalu licin.Kalau jenis licin slurpppp terus masuk tekak tu mmg tak berapa nak jalan la.Dan laksa kering yang saya guna ni mmg sangat similar dengan laksa timbang kilo yang jual kat pasar tu.Dan kat sini nak dapatkan laksa ni sila la cari kat kedai Asian Groceries.Laksa tu rebus dulu tau.

Untuk ulam pulak (saya jenis mmg kena ada ulam).Saya just guna apa ada je.Kacang panjang,bunga kantan,timun dan kalau ada taugeh letak jugak.Actually sini daun-daun ulam tu ada je kat sini tp haritu macam malas pulak nak pergi beli.Dan ada tu bukan semua tempat ada,kita kena usaha sikit la cari.Selalu kat Inala Asian Market tu ada.

Satu jangan lupa,dressing dia.Hihihi!Cili giling gaul dgn belacan.Ada orang letak garam lagi tp saya tak letak dah sebab belacan tu dah masin dah rasanya.



Inilah my laksa yang siap.Jemput makan!

Hari yang ceria

Selamat tengahari pada yang sudi menbaca blog ini,

Tetiba ceria sangat hari ini.Mungkin kerana segala urusan settle jadi hati banyak tenang muka banyak senyum.Cuma sedikit spoiled ada lagi masih bertanya "Berapa lama lagi nak tinggal disana?".Mungkin pada dia itu soalan berbasi-basi tapi kalau diulang sejuta kali,hati yang lapang boleh jadi serasa nak bagi pelempang.

Tanya la tentang kehidupan saya,sehat ke tidak dari bertanya soalan seperti diatas kerana kami pun tidak tahu.Biarlah masa yang menentukan.Apa kamu nak bantu kami ke andai kami pulang ke tanah air?Memang tak la kan.Kuikuikui!Tanya la soalan lain seperti "Apakah hobi anda dimasa lapang?".Sedap juga la rasa nak menjawabnya.Hihihi!

Satu lagi soalan yang sedikit annoying kerana turut diulang-ulang ditanya adalah "Kerja ke tak kat sana?".Aduh kalau sudah tengok updates di FB dan Instagram berjimba disana-sini,boleh berada di dua shopping mall dalam masa sehari,boleh upload gambar makanan dari breakfast sampai ke dinner,dan tiada pernah keluar gambar posing ayu kat workstation,tiada posting keluh kesah task kerja berlambak,bos tidak memahami atau mohon cadangan baju apa yang patut dipakai time company Annual Dinner bermakna perempuan ini tidak bekerja a.k.a makan gaji.Hihihihi!

Berbalik cerita hari ini,bangun pagi sungguh bersemangat sekali bersiap bagi menyelesaikan urusan pada hari ini.Lagi bertambah lenggang-kangkung bila lunchbox anak tak perlu sedia hari ini kerana sudah order dari Tuckshop.Bila mood malas tahap makan pun kalau boleh nak orang suap camni la.Lega sedikit maka tidaklah kelam-kabut sangat.

Bersiap ala kadar seperti biasa (Iya saya adalah seorang yang simple dan ikut angin).Time angin primadona ber make up la makcik ni,tapi time angin kus kus,sapu lotion dimuka dah cukup.Lotion tu pula pastikan dari muka sampai ke kaki boleh guna.Kahkahkah!Tak kuasa mak nak ada perbezaan segala.Entah bila agaknya makcik ni pakai moisturiser kat muka.Usai tadi baru perasan perfume dah dititik terakhir,entah-entah selama ini makcik sembur angin je semata.TSK TSK TSK.Suami balik nanti kita buat muka sedih minta satu baru.Iollss biasa la.Duit sendiri takmau guna.Muahahaha!

Selepas sesi drop off anak dara,terus ke UQ Aquatic Centre untuk enroll TND swimming class dia.Makcik ini sangat confident membuat telahan anak sudah level 3 memandangkan sudah 2 terms dia disini,tapi sekali diberitahu level 1 pun tak lepas lagi.Kahkahkah!Ok tak kelakar.

Dari UQ (University Of Queensland) sahaja bagitahu nama penuh takut ada yang tertanya-tanya,saya terus ke Toowong Shopping Centre.Bukan pergi shopping tapi office centrelink kat belakang mall tu.Pergi berdua dengan TDS atas beberapa urusan yang belum settle.Alhamdulillah Allah swt permudahkan segala urusan PR kami disini.Our PR granted waktu kami di Malaysia baru-baru ini.Happy tidak terkata.Iya la sudah masuk tahun ke 5.Sampai bila mahu bergantung pada working visa semata.

Selesai urusan di Centrelink,terus ke Indooropilly Shopping Mall.Kan dah cakap,boleh muncul di dua mall dalam masa beberapa jam sahaja.Hihihi!Tapi bukan pergi shopping.Tiada mood shopping.Datang cuma nak bawa TDS ke library sahaja.Happy pula dia di pagi hari ini.

Anak pergi library bukan membaca buku,tapi happy pula dia duk main lampu yang spot kat lantai dengan variasi graphic bergerak-gerak,Ya Allah sumpah saya taktau orang sebut apa jadi terpaksa menceritakan secara detail seperti itu.Bukan TDS sahaja,beberapa kanak-kanak dan bayi yang lain juga turut teruja.

Alang2 anak bermain emak bermonolog sendiri sambil melayan perut,Ya Rabbi!Laparnya.MAklum la breakfast makan cereal je.Cereal + susu + strawberry tidak mampu mengeyangkan perutku ini.Kalau breakfast carbo tadi In Sha Allah kenyang.Hahahaha!

.Tiba-tiba,ting!bunyi message Whatsapp BFF emak masuk.Kenapa ting?Dah makcik set bunyi tu.Aduh.Itu pun nak explain.Detailnya dia.Huahuahua!Message yang dihantar itu mengajak makcik pergi DFO ukur lantai kot la ada tambahan kedai baru.Huhuhu!

Kalau nak tahu DFO tu (Direct Factory Outlet) ala-ala JPO tu la.Tempat shopping la juga cuma takde la brand memahal kat situ.Toksah duk cari la.In your dream je la.Tapi brand ada cam Oroton,Esprit,Fossil,Tommy Hilfiger,Oshkosh B'gosh,shopping Corelle bla bla bla whatsoever tu ada la.Boleh la kan dari takde.Betul tak.Tapi kami suka juga shopping sekali-sekala.Bila mood dtg semangat la juga,tapi lately takde mood sangat sbb mood nak makan je kerjanya.Jadi suka cari kedai makan pulak sekarang ni.Hihihihi!

Berbalik pada pelawaan BFF tadi,makcik terpaksa tolak sbb makcik lapar sangat.Tak syiok tahu window shopping dikala perut duk crettt crett crett.Dia memahami jadi rancangan ditunda ke lain masa akan di announce sikit masa lagi tarikhnya.Huhuhuhu!

Dari library,kami turun ke L1 untuk ke Coles pula.Shopping groceries secara laju sampai lupa nak beli nugget untuk anak.Quick sangat mentang-mentangnya.In my mind balik nnt dah tahu nak masak apa.



Hasil tangkapan tadi.Sekarang ini sudah masuk Spring.Manga-mangga manis Queensland sudah memunculkan diri.Motif cerita pasal mangga walhal tak beli pun.Hasil tangkapan tadi ini.Tidak menahan tengok strawberry yang merah menyala.Sekarang mmg murah giler.Mcm tadi 2 punnet dapat $7.Macam Isnin bebaru ni pergi Inala,4 punnet dapat $5 je cuma buahnya tak comel.Tak comel tapi sedap siapa peduli.Hihihihi.Tapi yang ini maklum la dijual di pasaraya besar,haruslah yang cantik sahaja.

Teruja juga melihat seedless yang di pack dua jenis begitu.Maka tidak perlu beli satu2.Dirumah ini tidak boleh membeli buah pada jumlah yang banyak kerana mereka cepat bosan.Maka makcik terpaksa variasikan buah sepanjang masa.Nasib baik buah memang makanan harian mereka.Phew!Dan selit juga capsicum color traffic light itu.Hehehehe!Tak banyak pun beli barang kerana suami tiada dirumah.Maka masakan hanya yang simple2 sahaja. 



Balik ke rumah terus sinsing lengan baju kemudian bersilat la kita.Taaaadaaaa!My Spaghetti Aglio e Olio.Simple dan mengeyangkan.Lepas masak terus makan.Nampakkan betapa laparnya makcik hari ini.Apapun,simple lunch,tetap bagi perut gembira.Alhamdulillah.

Eh,panjang pulak celoteh kita!

Me time

Kalau nak tahu,saya ni adalah suri rumah tangga sepenuh masa sejak........................................tamat belajar tahun 2014.Hukhukhuk!Student kertu.Takpe la janji dapat jugak degree seketul.

Dan tamat je belajar decide duduk rumah je la.Bila tanya suami,perlu kerja ke tak ni (naifnya soalan),dia cakap awak duduk rumah je la plus cam x seswaiiii sgt pulak nak cari kerja bila suami kerja fly in fly out kerana two weeks tu sungguhlah berharga.Muahahahaha!

Suami pulak nasib baik jenis memahami.Time dia ada,time tu saya diberi peluang ME TIME.Actually takde la penat mana pun jaga anak,jaga rumah ni cuma kadang-kadang kita as a isteri,ibu nak jugak ME TIME tu.Beberapa jam untuk diri sendiri.Dapat pergi spa taua kalau tak spa pun,dapat buat manicure pun ok,atau mengopi dengan kwn2.Tu je.Tak selalu dapat takpe,janji ada sekali untuk sebulan.Betul tak?Hihihihi.

Dan me time saya selalunya hang out dgn kwn-kwn la.Atau pergi yoga atau jogging (ini baru start).Itu pun bila saya dah start semput,cepat mengah jd suami cakap buat la aktiviti outdoor sikit.Make sense gak.Takat bergerak pergi shopping groceries,hantar anak sekolah,bawak anak main kat playground tu bukan mengeluarkan peluh pun.Hehehe.Dan macam keluar shopping,peluh tak keluar tapi duit yang keluar ada la.Hahaha!

Jadi haritu keluar la kami Jemah bertiga pergi city.Tak jauh pun nak menapak pergi city,naik bus depan rumah je.10 minit perjalanan sampai la ke city.Dan haritu sungguh la ku rasa cuaca tak sejuk jd selamba je pakai one piece.Sekali sampai city memasing dah ketar-ketar.Tapi layankan je la dah sampaikan tp sempat pulak shopping seround.Perempuan.Hahahaha!

Perut dah kelaparan sbb tak breakfast.Kami plan nak ke makan pancakes.Jadi menonong terus ke kedai tu.Sesiapa nak cuba pancakes sini,sila datang kalau tak silap sentiasa beroperasi rasanya sbb kadang2 geng lelaki yang ada aktiviti berbasikal,tengah-tengah malam pun diorang boleh serbu kedai ni.


Kedai pancake maka speciality pun pancake la.Heh.

Haritu saya minum ice chocolate tak snap pic sbb sama je rasanya.Gitu je la.Hahaha!


Ini hot chocolate untuk Farah.Kak Dina ice lemon tea.Nampak tak sorang-sorang order?Tak hagak-hagak ice walau kat luar sebelum tu menggigil terkepit-kepit jalan.Muahahaha!

Jom layan gambar la.Tadi waktu memula nak menaip tadi kemain bersemangat lagi dengan idea yang mencurah-curah.Ibarat kalau straight type entah-entah boleh siap satu novel.Cis.Tapi dah ditengah jalan tetiba rasa ngantuk pula.Kedengkian apakah ini.Inilah antara faktor blog jarang update.Hahaha!Kerana mata mencemburui ku.


Pancakes with blueberry topping,dan ini untuk Kak Dina.Tempting awwww!Lihat diatas.Ice cream lagi dikala sejuk menggila ini.


Kerana sindrom taknak sama dengan orang,saya order waffles dengan dip caramel (I am not a big fan sesuatu yg ada rasa caramel tapi tetap order,sindrom apakah ini) walhal pilihan yang diberi chocolate/caramael/jam.


Dan ini memang tabiat sejak dulu kala lagi iaitu kalau order something sweet mesti disertai something yang salty.Entah la.Ini telah berlanjutan sejak sekian lama.Sama je kalau makan kat rumah.Lepas makan nasik akan sibuk mencari biskut manis atau apa sahaja yang ada rasa manis.Dan begitulah sebaliknya.Apabila makan something berunsur sweet tahap diabetis,lepas tu mengagau duk cari chips.Dan stok chips wajib ada dlm pantry.

Ini crepe with mushroom yang dimasak dengan white sos yang sangat la creamy dan sedap.Ini je yang licin sbb last yg tinggal secoet daun salad tu.Saje je la nak gtau sedap.Hahaha!


Ini si Farah punya.Tempting betul pisang itewww.Ceh cam kat rumah takleh buatkan.Owh saddap.Makanan kat kedai mmg semua best waima bunga hiasan pun kadang-kadang boleh rasa nak makan.

Ini pancakes entah saya pun tak tahu nama.Owh sebenar saya pun lupa.Tapi sedap juga la rasanya.Pancakes dgn sos itu ini topping itu ini what do you expect kan?

Nampak tak kat situ setiap orang order setiap satu seperti tidak cukup dan akhirnya masing-masing terbeliak mata nak menghabiskan.Kahkahkah!Muak la jugak.

Jadi sesiapa yang teringin nak cuba sila la kongsi.Hahaha!Kerana portion agak besar dan byk.



Inilah geng Jemah bertiga.Kami memang selalu bertiga.



Selepas makan pergi melawat kawasan kat King George melihat Indonesian Festival.Malaysian Festival bakal menyusul nanti tapi di Queen Street Mall.Tapi jalan kejap je kat sini kerana perlu pulang pada kadar segera sebab suami nak kena pergi solat Jumaat pula.So chow chin chow!Babai!

Back to normal

Kami sampai ke Brisbane hari Khamis lepas.Hingga hari ini masih belum move on lagi perasaan ini sampaikan nak ke market tadi pun serasa cuak memandu.Mengada sangat bunyinya walhal pulang ke Malaysia cuma 5 minggu sahaja.Huhuhuhu!

Apapun 5 minggu yang bermakna kerana dapat menghabiskan masa dengan yang tercinta buah hati pengarang jantung segala u just name it.

Sekarang tetiba angin datang nak updates blog sejak terasa FB sudah tiada privacy lagi untuk berceloteh panjang.Tetiba juga sukakan Instagram walau sebelum ini nak upload gambar pernah 6 bulan tak muncul sekali dan sekarang tiba-tiba menjadi begitu rajin sekali.Angin apakah ini.

Dan berjanji pada diri untuk merajinkan diri updates blog sebab kalau bosan-bosan boleh baca balik.Kahkahkah!Itu sindrom syok sendiri namanya.



Indooroopilly Shopping Mall

Ini diambil pada jam 5 petang di sini.Takleh move on lagi sebab jam 5 di Terengganu masih sibuk merayap mencari makanan best yang dijual ditepi2 jalan sepanjang jalan dari Chendering ke Marang.Kahkahkah!Owh I love street food you know!

Dan disini pada jam ini,nak shopping groceries kedai tutup jam 9 malam hanya weekdays.Apabila hujung minggu jam 5 pada hari Sabtu,dan jam 6 pada hari Ahad.Itu yang menggila shopping secara ekspress sbb malas nak tunggu hari seterusnya.Pelik bukan sbb di Malaysia lagi tak jam 10 setiap hari without failed,tak tutupnya kedai.Miahahaha!

Sekiranya tetiba gula tiada dirumah dan time tu jugak la tekak nak minum teh o panas misalnya,kedai 24 jam la penyelamat namun kena bayar lebih la.Dan seperti motto Trivago,kenapa perlu bayar lebih?Hahaha!

Hingga ke saat menaip ini masih lagi duk blur mana nak start dulu.Maksud kita kerja kat rumah ni la.Sebab sejak balik semalam baru sempat membasuh dan mencuci pakaian yang setinggi gunung Everest itewww.Ini kerana belum touchdown lagi dah masuk order makanan untuk kuih traditional Malaysia.

Sempat rehat sehari sahaja kemudian kembali ke rutin biasa.Masak masak masak dan masak.Oh,tidak boleh mengeluh kerana inilah kegembiraanku.Ia la kalau asyik duk goyang kaki sahaja dirumah mahu ternak lemak sebanyak-banyaknya.At least buat bisness kecil-kecilan ini ada la juga something yang boleh dibuat.Tapi kadang-kadang datang sibuknya mcm minggu ni,sampaikan tidur malam pun x lena.Hahaha!


Karipap isi kentang


Baru malam semalam selesai tempahan karipap 500 biji jumlahnya.Ditambah dengan kuih serimuka.Saya pun serasa mcm orang gila sebab kejap2 rasa stress rumah tak sempat kemas.Iya la walau rumah sekangkang kera,bila anak buat sepah tu dah mcm tongkang pecah dah lagaknya.Dah la I is takleh rumah sepah mula la rasa ada benda x siap.


Kuih Serimuka berloyang-loyang

Apapun Alhamdulillah untuk rezeki yang sentiasa masuk mencurah-curah.Walau sedikit hectic namun gembira.Itu la yang kita mahu sebenarnya.Hihihihi!




Balik kampung 2016

 

Alhamdulillah masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya,sambutan Eidul Fitri tahun ini kami pulang berhari Raya di kampung halaman kami di Terengganu.

Pulang empat hari sebelum Raya dan sedikit keletihan.Masakan tidak sehari sebelum pulang ke tanah air suami beria nak adakah majlis berbuka dengan kawan-kawan rapat di Brisbane.

Perjalanan pulang kami berjalan lancar cuma agak terkejar sedikit bilamana penerbangan dari Brisbane selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi waktu Malaysia dan kami macam orang gila berkejar untuk next flight ke Terengganu pada jam 7 pagi ditambah lagi KLIA yang besar nak mati dengan service stroller takde (tolong la andai staff Air Asia baca post ni,sila la propose.Kalau taknak sedia stroller untuk baby at least bagi la kami guna stroller kami takyah la humban masuk tempat luggage sekali.Kat Australia diorang humban jugak stroller masuk area luggage tapi sekurangnya diorang standby stroller diorang bagi kemudahan yang ada anak kecil.

Usai mengenangkan penerbangan MAS dah tiada dari Brisbane ke Kuala Lumpur,option yang tinggal hanyalah Air Asia.Kalau nak naik jugak MAS kena transit Sydney dimana itu boleh menyebabkan kami mendapat keletihan yang berganda nanti sampai Malaysia naik lagi next flight ke Terengganu sumpah mak x sanggup.Yeah.Last flight kami dengan MAS Brisbane-Kuala Lumpur adalah dalam bulan August tahun lepas.Itulah bulan terakhir mereka dan tiada lagi penerbangan Brisbane-KL.Huhuhuhu!

To be continue......

My Busy Life

Life is pretty hectic!Hahaha!Owh Ramadhan dah masuk 10 akhir.Gandakan ibadat walau sesibuk mana urusan kita.

Like me,busy meniaga,buat tempahan biskut etc yadda yadda.

Kami akan pulang berhari Raya di Malaysia seperti biasa la.Tidak pernah lagi beraya di bumi Ratu ini.Owh sungguh tak sabar.

Yup dalam sibuk membuat tempahan biskut raya disini tahukah anda sampai sahaja ke tanah air,berbaris biskut yang telah siap ku beli.Muahaha!

Takde dah homemade segala sbb balik kampung ni ku takmau pegang senduk kuali belanga segala.Nak makan masakan orang je 😝

Ramadhan 2016

Assalamualaikum,

Hamboih dah nak masuk seminggu dah puasa harini baru nak up entry.Hehehe!Ok.Tahun ke 3 menyambut Ramadhan dibumi Ratu ini.Dan untuk tiga tahun ini jugaklah separuh dari puasa adalah secara solo.Miahaha!Mana laki kau?As usual la kerja.Inilah pengorbanan seorang isteri bilamana suami fly in fly out.Tapi takpe.Ku redha je tambah lagi ramai haih geng yang menemani kat sini.

Teringat tahun pertama puasa kat sini,suami di Adelaide.tahun kedua,suami di Roma.Dan tahun ni sama jugak,masih di Roma.Tp bersyukur jugak at least awal puasa dapat jugak puasa bersama dengan dia sebelum dia naik kerja balik.

Dan tahun ni jugak masih drama sama iaitu ding dong puasa start Isnin ke Selasa?Hahahaha!Memandangkan Malaysia dan beberapa negara start Isnin,so ingat nak puasa Isnin.Queensland pulak Isnin tu tak umum apa pun lagi.Sydney dah puasa pulak Isnin tu.Maka duk ding dong ding dong akhirnya Queensland start puasa Selasa.Udah abah cakap kau kena ikut tempat bermastautin maka kami start la lewat sehari iaitu Selasa.Tp ada je beberapa negara start Selasa.Ok udah ngak mau gaduh lagi.Takde beza pun.Toksah dengki sangat la I puasa 29 hari je.Miahahaha!Korang ni mcm takde kerja lain asyik nak gaduh je.Kihkihkih!

Sama juga duk bising pasal tempoh puasa.Ada pulak cakap orang puasa singkat ni takde feel.Ada pulak gitu si Senah ni.Maklum la kat Aussie ni puasa tahun ni 10 jam je tambah lagi Winter.Kat Malaysia pulak panjang sikit masanya tambah lagi Summer.Hehehe!

Itu yang haritu I sounds je puasa la lama mana pun bukan ada term kau puasa lama sket pahala kau extra.Dosa pahala ni biar Allah swt je tentukan.Nak buat camner bumi Allah swt ni bulat.Patut bersyukur la kau tu tak kena puasa sampai 22 jam.Haish!Toksah duk gaduh feel tak feel.Umur bukan 6 tahun nak bergaduh.This year memasing dah 30 an.Miahahaha!Usaha jugak taknak reveal usia sebenar.Dah tanggungjawab kita,puasa la ikut perintah agama.

Itu je la cerita.Selamat berpuasa!


Nah layankan pic beberapa hari sebelum puasa.Ada buat jualan sikit.Jual nasi tomato ayam goreng berempah,bubur jagung & serimuka durian.Kemahin!Muahahaha!


Ingat nak buat wordless sekali type panjang pulak!

Hari ini siapkan dua biji Double Chocolate Indulgence Cake.Seperti biasa selalu rasa superwoman.Bila perasan superwoman dia duk lengah-lengahkan la masa.Start lambat buat kek siap pun lambat jugak.

Bila siap lambat,datang la lenguh kaki la,mood kelaut la,bla bla bla.Topping atas tu jam 10.30 malam baru start buat.Tak berapa nak smooth pulak malam ni kejadian dia.Tapi takpe la janji dah puas hati yang dalamnya bila menjadi segala.Ini memang double choc tau.Dalam ada dua lapisan milk chocolate dengan white chocolate mousse.Kat luar salut lagi dark chocolate.Muahahaha!

Harap customer puas hati makan esok.Ok tuan tanah tidur dulu.Esok nak keluar meniaga.Muahahaha!


Mother In Law Tongue

Setiap hari kita,celik je mata harus ucapkan syukur kerana Allah swt masih bagi peluang untuk menikmati hari bersama insan tersayang.Alhamdulillah.

Permulaan pagi doa kita agar dipermudahkan segala urusan pada hari ini.

Dan setelah selesai segala urusan denganNYA,mulakanlah selesaikan urusan dunia pula.

Rutin harian biasa saya,mcm biasa,masuk dapur siapkan bekal anak sekolah,siapkan breakfast untuk diri sendiri,siapakan breakfast untuk Cik TDS.Breakfast dia banyak ambik masa sbb selalunya dia request nak nasik.Breakfast dia sama je lunch atau dinner.Truly Asia punya perut ni sepanjang masa nak nasik.Kalau cereal ada juga kadang-kadang itu pun lepas mak dia cakap nasik takde.Kemudian kemas rumah yang cuma ambil masa tak sampai 10 minit pun sebab besar sangat.Hihihihi.

Lepas tu check beg sekolah anak,ini selepas segala urusan diri dah settle la ni yer sbb saya jenis mandi awal pagi sebelum solat Subuh dan sebab itulah perjalanan hari kita akan dirasakan panjang kalau kita amalkan bangun awal.Tapi bohong la kalau tak pernah sambung tidur lepas Subuh.Selalu juga buat dan biasanya time hujung minggu dan cuti sekolah.Weekdays pun ada juga kalau rasa ngantuk sangat maklum la Subuh jam 5,anak masuk sekolah 8.45 jadi panjanggggggggggggggg sangat baki masa tu.Itu kenkadang curi masa jap membuta.

Harini sebenarnya nak cerita pasal bunga.BUNGA?Ya,bunga.Cerita bukan berkisarkan musim bunga atau temasya bunga (yang aku terlepas pergi last year sebab suami kerja) Dan sejak dua menjak ni takde angin takde ribut tetiba suka menghias bunga didalam rumah.Niat asal nak dapat oxygen lebih sket untuk human being kat dalam rumah ni.Owh!Kukuh betul statement ni.Tapi serious.Cuba korang guna statement ni macam yang saya guna kat suami saya.Berjaya tau sebab lepas tu dia tak question dah bila saya beli bunga.Muhahahaha!


Taaraaa ini antara bunga yang menghiasi vase cantik saya (vase tu orang bagi).Dan kesemua bunga ini saya beli kat Wollies atau Coles je.Ambik pulak yang range harga antara $10-$15 jadi don't expect bunga tu akan bertahan lebih dari dua minggu disitu.Sbb masuk je seminggu lebih ia dah tunjukkan simpton nak layu.Uhuks!Padan la dengan harga yang di invest kan tu.

Nak tahan lama beli la yang sejambak $60 tu.Muahahaha!Lawa memang lawa dan lebih tahan lama namun cuba anda berfikir sejenak,bukankan dengan $60 itu kalau darab tiga shopping pulak online website kat Malaysia,berapa helai tudung awesome yang anda boleh grab dengan happy nya?Muahahaha!

Oh toksah nak duk membazir.Kikikiki.

Dan minat sehangat taik ayam tu kejap je datang sebenarnya dan sekarang dah hilang dibawa angin lalu.Dan sekarang datang pula semangat nak menyahut usaha kerajaan (Malaysia ke Australia) dalam langkah berjimat cermat,dan kini saya mendapat ilham baru.Tapi bukan dari buah fikiran sendiri pun.Ini idea Kak Nora yang sangat pakar dalam tengok segala jenis tumbuhan ni tapi dia Cikgu Bahasa Inggeris dan bukan Botanist.Ok takde kaitan.


Selama dah nak masuk dua tahun dah duduk kat banglo kecik ni dan saya tak pernah memberi perhatian pun pada pokok ini.Selepas kedatangan Kak Nora yang baru je pulang semula ke Brisbane setelah beberapa tahun tinggal di Middlemount (detail nak gtau.Kikikiki) dia kenalkan saya dengan pokok ini yang mana katanya pokok ini sangat dibenci dan dianggap pest disini (kan gaya macam Botanist tu).Kalau sebut pest ia mcm rumput liar la.Senang tumbuh takyah baja dan mampu memenuhi kawasan dalam jangka masa yang singkat.

Pokok ini dipanggil Mother In Law Tongue.Kenapa dipanggil begitu?Mungkin yang bagi nama itu telah melalui saat sedih pedih dan pilu mengadap mak mertua yang tajam kata-katanya sampai mengguris rasa.Saya agak je la.Kahkahkah!Kan selalu orang bagi nama berdasarkan pengalaman.Kalau saya yang bagi nama memang tak bagi la camtu sebab saya tidak melalui pengalaman ngeri dengan mertua.Disayangi adalah jd saya akan bagi nama Mother In Law Love (nak jugak lagi letak pangkal nama mertua).

Sambung cerita pokok tadi ia berada di hujung pagar antara rumah kami dan rumah jiran sebelah yang suka membeli haiwan.Ada ayam ada itik tapi sejak tahun lepas dah tak nampak ayam itik beliau.Dah give up kah atau ada bela haiwan lain pula.Tak tau la saya.Tapi elok juga tak bela sbb itu juga mengurangkan jumlah lalat yang datang bertandang kerumah saya sepanjang summer.Ada kena mengena ke?Eh adalah.Sewaktu saya pergi cabut pokok ni ada juga jeling-jeling manja kat reban jiran ni,dan memang ternyata haiwan-haiwan beliau telah tiada.Awesome kan kat sini.Duk tak jauh dari city siap boleh ada reban bela ayam itik lagi.Itu untuk yang ada kawasan la.Kalau rumah duplex,town house,apartment bagai kau nak bela ayam itik silap haribulan kena halau kita.


Semangat saya pergi ke discount shop beli vase kaca tersebut pada harga $10 sahaja dan pulang terus letak Mother In Law Tongue ni.Tapi saya rasa kena letak lagi dua tiga baru nampak cantik lagi kot.Walaubagaimanapun,ini pun dah rasa happy sebab rasa mcm orang dalam rumah ni dah dapat extra oxygen pulak sehari dua ni.

Muahahaha!Ok.Sampai disini sahaja.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Bai!

Autumn 2016

Ramadhan bakal bertandang.Bulan penuh keberkatan.Bulan kebahagian.Bulan 1001 nikmat.Alhamdulillah.Bersua lagi kita.

Dan tak berapa nak lama jugak ni nak masuk winter.Bila masuknya winter ucapkan bye bye pada segala aircond,kipas angin,kipas tangan segala tu.Muahaha!Walau sekarang pun tak masuk winter lagi sebenarnya dan tengah duk autumn namun dah rasa dah sejuk sipi-sipi tu.


Suhu pagi ni.Menggigil jugak la time mandi tu.Sekarang Subuh dalam 5.02 pagi.Dah makin lewat tapi Maghrib awal dalam jam 5.06 petang dah masuk Maghrib tu yang bayar hutang puasa tu boleh buat straight terus.Alhamdulillah selesai.Sekarang dah takmau buat hujung2 dah.Buat awal,rilex je tunggu masuk Ramadhan.Hati pun ada sikit lega.Fuh!

Saya nak cerita banyak pasal keadaan sini pun takde la banyak sangat pengalaman.Baru je tinggal kat sini beberapa tahun cuma yang boleh saya cakap cuaca paling best untuk saya adalah time Autumn dengan Spring.Sebab dia sedang-sedang aje.Hihihi!Tak panas tak sejuk tp sejuk la.Eh ada pulak camtu.Hihihi.Dan time dua musim ni la paling seswaiii kalau nak datang jalan2 kat sini.Tapi Spring paling best time tu bila mekar je bunga-bunga cinta berkembang.Time Autumn pulak musim jenuh duk sapu halaman tak sampai 2 hari penuh balik daun.Bertabah la.Nak buat mcm mana kalau udah itu kitarannya kan.Tapi dua-dua musim pun cantik pemandangannya.

The words that describe autumn:

Autumn is second Spring 
When every leaf is a flower (tu jenuh aku kena menyapu tu)

- Albert Camus

Ok 

Tentang kehidupan seharian pulak,masih seperti biasa.Busy entah apa kerja buat taktau.Sibuk ke hulu ke hilir owh lupa pulak dalam seminggu dua ni saya sangat sibuk entertain kenalan yang baru kenal tapi bila start bersembang mcm dah 10 tahun kenal.Huhuhu!Memang meriah la.

Mula-mula jumpa Christy orang Sabah ke Sarawak lupa pulak saya datang sini jalan2 menenangkan jiwa,ewah!Dia stay dalam 3 malam rasanya kat rumah Kak Nora so kami sempat la bawak Christ ni jalan2 di Brisbane ni.Mula2 jalan ngan dia pi market kat Inala.Lepas tu tambah lagi jemaah orang Malaysia jugak datang satu family.Abang Lan,Kak Ila dan anak diorang Rayyan.Bila dah masing-masing berkumpul habislah.

Sebenarnya saya sangat happy bila jumpa dengan orang Malaysia.Tapi yang ini memang jenis yang cepat mesra dan cepat je jadi kawan.Itu yang seronok tu.Tapi ada jugak saya jumpa orang Malaysia yang sombong macam baru2 ni dah macam nak bergesel bahu di Wollies tapi usahkan nak ucap salam,senyum pun tak mahu maka saya pun buat muka penyu je la.Malas la nak beria kalau dia tak sudi kan.Isk isk isk!Entah apa yang nak sombong pun tak tahu.Dari satu negara kot.Ermmm....dan selalu sangat dah yg saya jumpa sombong ni kadang2 orang yg dtg bekerja disini dan ada juga student cuma tak semua la mcm tu.Ramai yang sangat friendly dan baik kat sini dan ada yang dah macam family.Selalu yang sombong ni seorang dua je pun.Abaikan!Abaikan!Suka hati korang la nak sombong pun.Saya tak rugi sikit pun usai bukan saya tanggung kamu kat sini.Kikikiki!Mana yang datang belajar guna loan kerajaan tu kamu nanti balik jangan lupa bayar hutang.Kikikiki!


Haritu kami bawak Christy dan Abang Lan punya family pusing-pusing city lepas maghrib dan alang-alang dah ke city kami terus dinner di Paparich.Happy faces,happy tummy.Lepas dinner kami pergi naik Wheel of Brisbane yang entah kali ke berapa dah saya naik tapi disebabkan kita meraikan orang Malaysia yang datang jauh-jauh ni jd kita naik sama.Tapi untuk Abang Lan dan wife dia tu,ini bukan kali pertama pun diorang datang.Dah kali kelima rasanya sbb tujuan diorang datang ni melawat mak saudara diaorang iaitu Kak Qaseh kat Runcorn.

Dan takde apa nak cerita pun malam tu selain jalan2 sightseeing area city,buat lawak hampasss,amik gambar snap sana snap sini,borak-borak,itu la aktiviti malam tu.Dan alang-alang dah pergi South Bank jom kita naik menatang pusing-pusing tu.

Ok nak cerita pasal Wheel of Brisbane untuk ticket Wheel of Brisbane.kalau beli pakai walk in je agak mahal dibandingkan beli secara online.Tak silap untuk adult sampai $19 untuk seorang.Maka sila la beli melalui Groupon dan kalau kita datang secara berkumpulan,harga pakej ada ditawarkan.Mcm kami haritu beli untuk 4 orang,dapat dalam $27 je.So bahagikan la dengan 4.Memang murah banyak la.

Kami ke city haritu naik Citycat (ferry) dan ferry last jam 10.20 malam kalau tak silap (kami pergi weekdays time tu).Dan sempat la naik ferry last dari South Bank dan terus balik.Esok pulak diorang datang serang rumah.Tuan rumah tak sempat masak tapi sempat la buat puding roti so itu je la jamu tetamu yang datang.Riuh bingit rumah kecik saya bila diorang datang oh saya sungguh la happy.

Dan lepas diorang ni balik Malaysia,datang lagi 3 orang pulak dari Malaysia.Owh saya sangat suka sbb rasa sangat terisi masa dengan aktiviti maklum la suami saya kan fly in fly out.Huhuhu!

Next entry kita sambung cerita lagi.

Bye!

Beras + sakit kaki + puding roti

Harap saya mampu konsisten.Sebab saya ni ada menghidap penyakit hangat-hangat taik unta sebab tu la ada waktu rajin giler update blog,ada waktu tak update boleh sampai setengah tahun.Muahahaha!

Cerita hari ini takde la menarik sangat pun takat kisah hidup seorang perwira eh kesitu pulak.Kisah hidup seorang isteri yang tidak bekerja makan gaji tapi orang ingat dia mcm kerja makan gaji.Isk pelik saya.Hang on there!Takyah discuss la pasal tu sebab ia tak penting sangat dan tak sepenting mcm benda saya nak cerita ni.

Entry sebelum ada saya cerita pasal kaki sakit sampai jalan terhencot-hencot.Alhamdulillah dah sembuh.Syukur.Tapi......................................................................................................kat lain pulak kena tadi apabila tak sengaja aku tersepak pulak tayar troli Coles.Owh sakitnya hanya tuhan je la yang tahu.Sambung mengaduh!

Pagi tadi lepas hantar TND pergi sekolah,lepas tu pergi pick up tupperware kat rumah student UQ.Dan lepas tu terus ke Coles.Harini ada promosi hebat beras Brasmathi satu bag 10 kg just $9 dari harga asal $18.Separuh harga beb.Separuh harga.

Memandangkan saya ni caterer yang berdedikasi,time beras murah ni pakat la borong buat stok tapi malangnya waktu sampai Coles tadi,anak pulak ketiduran tambah pulak kaki sakit double tersepak tayar troli,bla bla bla dan bla,last2 saya hanya berjaya bawak pulang 4 bag sahaja.


Baru keluar rumah terus ketiduran.

Gigihla bawak beras segala dan alang2 dah duduk kat luar tadi tetiba rajin pulak susun rak,ya rak ini baru ku beli pada harga $15 tak silap ke $20.Hehehehe!Murahkan.Second hand what do u expect. Muahahaha!

Tapi sangat convenience la pada saya untuk simpan barang2 besar seperti ini cuma ada kerisauan juga ni.Winter bakal menjelang tiba.Walau banyak spesis haiwan tak lama lagi akan hibernate sampai habis musim,namun ada beberapa haiwan yang tak berapa nak hibernate tu ku risau takut mengacau kat ruang store saya ini.Lebih-lebih lagi Cik Siti Wan Kembang.Itu nama Malaysia.Kalau nama Aussie Chris Hemsworth.Miahahaha!


Nak menayang jugak.Ruang kita simpan barang.Hihihi.Sajer nak tayang beras 4 bag tu.Kikikiki.Tapi ni dalam garaj sebab tu takut sangat dengan Chris Hemsworth tu.Nanti la buat projek pembersihan secara besar-besaran.Setakat ni tak pernah jumpa lagi.

Dan cerita lepas semua kerja dah siap tadi baru Kak Nora call nak datang bawak sekali anak sedara Kak Kaseh dan Christine.So saya pun apa lagi mula la gelabah membersih dapur maklum la tetamu nak datang.Dan sedang syok mengeringkan pinggan mangkuk untuk disimpan sekali jatuh pulak sudu kat atas kaki dah la saya punya sudu jenis belakang berat.Aduh!Aduh!Aduh!

Banyak betul isu dengan kaki sehari dua ini.Dan tadi saya sambut tetamu dgn hidangkan mereka puding roti.Itu je yang saya sempat fikir untuk serve guest yang akan sampai ke rumah within 25 minutes,Huahuahua!Puding roti memang senang dan simple.Tambah lagi kat sini siap dah ada jual sos kastad yang sangat la sedap.So lagi cepat la kerjaku.

Jadi itu je la ceritanya.Huhuhuhu!


Malam yang sepi

Kembali bersiaran.

Nak beritahu dua hari dah kaki sakit sampai berjalan pun terhencot-hencot macam ada orang kesahkan nak mengadu kat sini.Huhuhuhu!

Tapi terhencot-hencot pun sampai jugak ke mall pagi tadi sempat la tawaf satu floor.Tu kaki sakit.Kalau kaki tak sakit rasanya sampai level tiga terjah.Huhuhuhu lagi sekali.

Life nowadays?Masih seperti biasa dengan rutin harian biasa kadang-kadang je luar biasa.Semalam berjaya buat 300 biji karipap kentang.Clap!Clap!Clap! untuk diri sendiri.Kira dah satu pencapaian yang harus dibanggakan sebab waktu duduk Malaysia dulu kirim salam la nak uli tepung buat karipap.Bukan aku tak sudi tapi merata tempat orang jual.Sedap lak tu.Kuikuikui!Eh mcm nak cakap karipap sendiri buat tu sedap la tu.Iya la.Dah kat sini takkan nak suruh Stephanie Mackenzie pulak nak buat.Suka hati dia je pakai petik nama.Muahaha!

Dan kes sakit kaki ni jugak selepas husband buat hipotesis akhir dia adalah sebab buat karipap la.Maklum la berdiri lama.Saya ni spesis buat kerja tak suka duduk sebab kalau duduk production jadi slow sket.Gitu la.

Mesti tertanya-tanya jadah apa buat karipap sampai 200 biji lepas tu makan sendiri kan.Takde la.Itu untuk event apa entah harini kat UQ.Jumlah sebenar saya berjaya gentel adalah 300 biji.Extra seratus jual kat kawan-kawan yang dari bulan lepas paksa buat.Saya bukan apa,korang kalau takat order 5 bijik tak kuasa I.Hahahaha!Dah set minimum order baru production jalan.Ok habis cerita pasal karipap.

Oh!Harini puasa ganti.Tinggal satu hari je lagi lepas tu settle.Ingat nak puasa lagi esok tapi Kak Nora ajak pergi city esok.So Khamis la nampaknya ganti puasa yang balance satu hari je lagi tu.Dan sekarang ni rasa mcm tak lama lagi nak masuk musim sejuk.Saya rasa la.Tapi waktu maghrib dah makin awal.Macam hari ni 5.15 petang.Tanjat I td.

Eh!Macam tak mengantuk pulak malam ni itu yang rajin up entry tu.Something to ponder kat my blog ni,kalau tgk traffic kemain kalah traffic jam kat Jalan Duta,tapi yang tinggal jejak tak meriah sangat.Jadi kalau la ada Latifah,Jamilah,Rogayah yang ada singgah sini,tinggal la jejak nanti boleh la makcik ziarah rumah kamu pulak.Ah giteww!



Saya tak tidur,si kecik ni lagi la payah nak tidur.Dia ni nak ikut mak dia tidur dulu baru nak tidur.Haish!Tergendala program mak.Hahaha!Budak-budak ni selalunya tidur awal.Tidur awal tu pulak maksud dia dengan mak dia sekali yang tidur.Tak ke stress namanya tu.Saya ni tak boleh lama sangat ketiduran kalau tak jadi kurang produktif.Jadi kalau tidur awal kadang2 tu 7.30 dah masuk tidur jd memang boleh nampak la lepas Subuh saya jadi payah nak sambung tidur balik.Isk isk isk perempuan ni.Dah orang gtau tak bagus tidur lepas Subuh tapi itu yang best tu.

Tapi kalau tak cuti sekolah sama jugak.Tetap kena bangun awal.Muahahaha!Berbalik pada cerita kat atas,kemain kau dik sampai bersilang kaki.Bahagianya dia.Ni time mak dia ngah tunggu buah berangan masak.Tengah-tengah malam tetiba rasa nak makan buat berangan so terus la rebus.Tak kuasa haish goreng guna pasir,guna biji coffee segala.

Saya pakai rebus dummm sekaligus masuk periuk tabur garam sket.Sama je rasa dengan yang goreng tu.For me la.Bukan denial tau sebab rumah dia takde peralatan lepas tu rasa dengki dek kesedapan buah berangan kat highway Genting Sempah.


Tapi serious selama ni tak pernah terfikirkan pun nak beli chestnut ni lepas tu rebus.Kak Nora la yang ajar dan rupanya chestnut rebus ni dikopek kulit amik isinya (hancurkan la sket isinya tu) dan letak dalam masakan Corned Beef sedap alahai.Lemak je rasa.Saya rasa dalam sup lain2 pun boleh jugak rasanya.Itu la selama hidup duk ingat chestnut harus dimakan gitu dengan cara masak lagu tu je.Tak terfikir lak nak variasikan lagi cara memasak tu.

No wonder la kat sini bersepah tempat yang jual chestnut ni (yang mentah la).Harga pun tak la mahal mana.Owh tetiba cerita tak habis lagi tapi ngantuk dah mai.Just right on time.Jadi tuan tanah undur diri dulu.Mana yang singgah tinggal la jejak yer.Taknak komen panjang bagi salam atau say Hi pun takpe.Tu dah buat tuan tanah lompat bintang dah.Ok bye!

Mt.Barney 2015 -

Pada yang mengenali saya memang dah masak sangat dengan saya ni iaitu seorang yang tak berapa nak adventurous sangat orangnya.Baik nak pergi try makan kat restaurant baru,eh,hahaha,boleh ke?saya juga orang yang paling tidak suka aktiviti outdoor.Tapi itu dulu la.Dan sejak makin meningkat usia ni,eh,lama-lama datang pulak rasa minat tu.Mula-mula suami start dengan aktiviti memancing.Dan lepas tu kami cuba pulak join camping.

Sebelum ni kalau sebut je camping saya jadi susah sikit bila fikir toilet,tidur yg tak selesa,eh,nak selesa sila booking hotel la,kikikiki.Tapi itu la yang membantutkan niat kami suami isteri.Elok sangat bila suami isteri sama je.Yea,kami memang x suka.

Dan haritu sewaktu tengok posting one of my friend yang nak camping di Mt Barney,tetiba rasa mcm tergerak hati nak join.Buat usul kat suami,dia cakap ok.Tapi untuk kali pertama ini kami memang tak cuba camping juga (kami book cabin).Maklum la kali pertama nak bagi pengalaman dulu.Actually kalau dah duduk cabin takde la pulak rasa camping tapi memandangkan trip tu kami pergi beramai-ramai,maka ada kawan yang glamping dan camping.Japgi akak citer glamping tu apa.Hehehe!Jadi tetap la rasa meriah ber 'camping'.

Perjalanan ke Mt.Barney ni memakan masa selama 1 jam 42 minit.Jadi enjoy la the view.Dan haritu kita bawak bekal tau.Bekal makan kat dalam kereta.



Jangan marah aaaa.Siap pencicah Lingham lagi.Hihihi!Cekodok ni la jugak idaman kalbu tau.Mahvelous.Kita haritu Co-Driver merangkap tukang suap driver makan.Nak jugak dia.Isk!Isk!Isk!Tapi seperti biasa mulut aku dua ketul mulut dia satu.Muahaha!



Pemandangan biasa di kiri kanan jalan.Rasa mcm sejuta kali dah kot aku gtau.Hahaha!Rumah gap jauh baru jumpa next house mungkin sebab sini perumahan dia terancang jd gitu la jadinya.Kalau ada jumpa satu rumah dia sorang je tu,itu private property la tu.Biasa la negara benua.Kalau kat Malaysia yang heaven tu selalu kami dari Terengganu nak ke Kuala Lumpur owh banyak betul tempat nak menyinggah.Selalunya tempat nak makan la.Hihihihi!

Tapi kalau mcm kat sini,tambah lagi kita muslim,digalakkan bawaklah bekal sesiap dari rumah.Macam yang kami plan haritu,setiap orang akan bawak makanan dan anggaran kami akan sampai ke Mt Barney tu ngam2 waktu lunch.


Melalui satu pekan aku lupa nama,takleh harap betul la aku ni.Nak kongsi info tapi selalu tak cukup fakta.Hihihi!Pendek cerita sampai la kita ke - sila klik link ini -  (     Mt.Barney Lodge  ) . Short cut jalan cerita.Malas nak type.


Yay!Dah sampai!Yay dah sampai!Tapi yay tak lama sebab lepas tu masing-masing baru perasan masuk je territory ni,line telefon dan line internet zero coverage sama sekali.Memang betul-betul nak bagi kami menghargai waktu yang ada bersama insan tersayang.Huhuhu!Nangis kat bucu katil.


Gambar lembu melepak pun nak snap.Iya!Iya!Tak bermakna bagi kamu tapi bermakna utk anak tuan blog yang number dua tu.Nama je lahir Malaysia tapi kehidupan dia banyak di Australia.Duduk kat city pulak maka chances nak tgk lembu melintas tak pandang kiri kanan tu amat mustahil sama sekali.Hahaha!Kat sini memang takde la tapi kalau dari kampung aku ke Wakaf Tapai tu in sha allah sepanjang jalan boleh tgk.Muahahaha!


Geng lelaki ditugaskan untuk check in.Nak check in kena kat sini.Kat kat hotel dia panggil lobby tapi kalau kat sini panggil apa ek?Entah aku pun lupo.


Tu dia orang lelaki jugak sedang bertungkus-lumus naikkan khemah.Orang perempuan?Setakat ni tak nampak kelibat lagi.Kalau lelaki sibuk,perempuan pulak,buat-buat la sibuk sama.Kikikiki!


Okeh!Khemah dah naik maka kelibat wanita diperlukan untuk stage ini.Iaitu prepare food utk lunch.Tak prepare pun sbb masing2 dah bawak dari rumah tapi prepare untuk BBQ petang tu pulak.


Tuan tanah seperti biasa buat-buat sibuk jaga baby supaya dapat lari dari tugas.Muahahaha!

Memandangkan saya  (kejap saya kejap aku),menginap kat cabin,moh kita cekidout cabin kami haritu.


Saya memilih rustic cabin.Dia ada dua pilihan iaitu Foresters Hut (10 bedding) dan Henry Hut (7 bedding).Ku amik Henry Hut.Nak dijadikan cerita tak berkongsi dengan sesiapa jd satu cabin kami yang punya.Hohoho!

Cik Damia & Cik Dian kat depan cabin kami.Sekilas pandang aku rasa mcm rumah kampung je.Hihihi!Ada balcony siap kerusi melepak tapi aku pun tak ingat sempat duduk bersantai atau tak sbb rasa mcm busy duk ke hulu kehilir buat apa entah.


Masuk je pintu depan tu terus dapur.Awesome kan.Tapi kami tak masak pun sebab aktiviti masak memasak kat area camping nung jauh disana iaitu depan je ngan cabin kami.Hihihi.Saje buat bunyi mcm jauh.

Dan kitchen ni semua kelengkapan memasak ada siap microwave,stove + oven,fridge etc.Rasa tak confident boleh samak dulu sebelum guna semua peralatan tu.Cawan,pinggan sudu garfu boleh bawak yang pakai buang.Senang tak banyak cerita.Tapi ditegaskan lagi sekali kami tak guna pun dapur ni sbb masak kat luar ramai-ramai.Dapur segala kelengkapan kami bawak sendiri.


Cantikkan.Bestnya kalau dapur rumah sewa ku di area metropolis itu seperti ini walau ku tahu dalam mimpi sbb rumah kecik takde laman pun sewa mahal ya ampun.Jadi bercukur la eh bersyukur la rumah kecik kami di pinggir ibu kota itu ada jugak laman.Huhuhuhu!


Disebelah kanan ada la sikit area untuk living hall.Erm seswai ke sebut living hall sbb kecik je tempatnya tp boleh la kalau takat nak buat tempat lepak sambil makan kuaci tu.Ada la jugak sofa.


Jalan terus lepas pandang kiri ,bunk bed untuk 4 orang.Tapi takde orang p tidur pun sini.


Jalan terus haaaa ni master bedroom.Empat2 kami tidur sini.Bukan 4 orang satu katil tapi makhluk kecik dua orang tu kami letak tidur bawah jd angkut la tilam dari bunk bed tu.

Disebabkan aku ni jenis cepat allergic maka aku request cadar lain dan extra charge dikenakan sebanyak $20 kalau tak silap.Untuk Henry Hut ni satu malam dalam $150.

Dan sharing toilet iaitu toilet kat luar dari cabin dimana kita kena berkongsi dengan semua yg ada kat situ.But don't worry ia adalah besar,bersih dan selesa.Kau nak kebabom sangat toliet buat apa bukan kita nak mkn nasik dalam tu pun.Janji bersih,boleh mandi ambik wuduk,selesa memerut cukup la kan.


Ini kat area belakang cabin.Attach dengan cabin tempat BBQ.Tapi kami tak guna pun sini sbb kami ber BBQ dekat area kwn-kwn lain camping.

Haa kalau stay kat Forester Hut dia ada 10 bedding ada dapur tapi takde living hall,jadi kalau datang ramai2 elok sumbat kat situ.Sekian pasal cabin.


Tadi kita nak citer pasal glamping kan.Ni la glamping.Bahasa mudahnya perasaan tu mcm camping cuma kita takyah susah payah pasang khemah sbb dia dah sedia terpasang.Hihihi.Dan lagi best kat glamping ni dia siap ada bed dgn ruang untuk masak.Masak untuk makan biasa2 la bukan fasiliti untuk gulai kawah bagai.Tapi best la kan.Sbb selalu camping ni paling penting nak masak air la kan sbb nak masak maggi.Hihihi.Lepas tu siap ada dining table maksud aku meja selesa nak makan kan.Bukan makan meja.Eh.Aku nak terang apa sebenarnya.

Aktiviti pertama kami adalah mandi sungai.Kat area situ ada la satu sungai dan kecik je sungainya.Kalau nak diikutkan sungai kat tempat kita lagi besar dan cantik cuma yang ni jadi lebih cantik sebab bersih.Kalau kat tempat kita semua orang sama-sama menjaga sungai kita memang akan cantik jugak la.Kemain ayat tengah aku tu dah mcm ayat buku teks Cintailah Sungai Kita.Kikikiki.


Cik Dian ni first time mandi sungai jadi dia punya penat tu sampai tak sempat nak bilas tak dan dan nak tidur.Lena lak tu.Sigh!Penat dia mcm tadi berenang kuak lentang pakai banyak tenaga.


Aktiviti selepas mandi sungai haruslah mencekik.Dan haritu kami sempat celebrate birthday anak Kak Ain iaitu si comel Mumtaz owh sedap pulak rainbow cake ittew.


Ini makanan yang dibawa dari rumah.Banyak tu.Huhuhu!


Ni pulak saya compile sekali pic aktiviti BBQ sampai malam kami.Hamboih!BerBBQ sampai malam dan chef ngah prepare breakfast keesokan harinya.Sedap chef ni masak.Untuk BBQ memandangkan kami guna BBQ set yang dah sedia ada kat situ maka inisiatif kami membawa sendiri pelapik BBQ itteww.Maklum la kita taktau daging apakah yang telah di grill pada set BBQ tersebut sebelum ini mungkin daging oink oink,buaya,jaws dan sebagainya.


Budak-budak seperti biasa la selepas aktiviti bakar marshmallow,selalu orang buat malam,hihihi,diorang pun buat aktiviti sendiri.Kawasan luas so berlari la diorang.

Aku pun tak faham kenapa awal sangat aku pakaikan baju tidur kat anak2 last2 kena mandi balik dek peluh lencun.


Mau tak lencun nampak kanggaroo kejar kanggaroo.Kesian kanggaroo.Mau dia cakap nak berehat pun tak senang.

Itulah cerita aktiviti kami sepanjang hari itu di Mt Barney.Malam kami pakat exercise mulut.Maklum la internet,phone tak dapat langsung jadi memasing manfaat la kualiti time tu.Kahkahkah!

Dan keesokan harinya,

Aktiviti sebelum kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Byron Bay,sesi bergambar berlatar belakangkan Mt Barney.Actually pemandangan paling lawa waktu matahari naik dengan matahari turun tapi takyah cerita panjang la kalau tak snap gambar tu kan.Hihihi.

Itu la cerita perkhemahan kami di Mt Barney.Pertama kali untuk family kami.Yes!The first time ever walau tak kira camping lagi sebab cheat tidur kat cabin.Hihihi!

Tapi pada yang sukakan aktiviti sebegini sememangnya highly recommend la.Jauh dari hiruk piruk kota.Udara yang nyaman,tenang dan mmg boleh hilang stress la datang sini.Series I tell you.Dan pagi tu kami bertolak awal pagi menuju ke Byron Bay pulak.Ok next entry saya cerita.

Bye!





Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You