Pages

Selamat Pagi

Mencari mood yang hilang.Hihihi!Mood menulis blog je yang hilang tapi mood setiap hari sangat la berwarna-warni.Syukur Alhamdulillah.Allah swt memudahkan segala urusanku.

Sebab itulah setiap kali bangun pagi ucapkanlah Alhamdulillah.Dalam hidup ni bukan dapat duit berjuta tu klimaks bahagia tp diberi kesihatan yang baik,ditemukan orang yang baik-baik,dipermudahkan urusan harian,keluarga yang gembira,sihat dan bahagia,owh,itu sudah lebih dari segala-galanya.Semuanya duit tak mampu nak beli.Hihihihi.

Dalam kesempatan ini juga saya nak ambil kesempatan memohon maaf andai ada yang tersinggung dengan penulisan saya.Saya manusia biasa yang banyak khilaf mungkin apa yang saya nak beritahu lain dan penerimaan orang lain adalah sebaliknya.Kalau dulu jadi rajin menyinggah,sekarang ni mungkin ada kata2 saya yang tak boleh diterima,terus jauh diri.Maafkan saya yer.



Belum terlambat nak ucap Selamat Pagi.Kami masih disini.Dibumi ratu menjalani kehidupan sama mcm keluarga,rakan-rakan dan seluruh penduduk dunia.Rutin harian biasa yang sama dilalui dan ada la sesekali luar biasa.Hihihi!

Breakfast apa harini?Saya seperti biasa apabila mood kelaut,makan saje la apa yang ada diatas meja.Roti disapu benda diatas ni pun mampu mengisi perut sementara menanti lunch.Dan pagi2 memang ok breakfast yang macam ini.Owh jauh beza breakfast kalau di kampung.Buka saji diatas meja,ayah dah siap beli sarapan.Selalunya menu berbeza seperti nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang,pulut kuning etc.Dan yang pasti NASI di awal pagi.Heaven dan tersangat heaven.Kalau mak masak breakfast tetap jugak menu seperti ini.Itu la kami di Malaysia.Dan apabila kita ada kesedaran tentang kesihatan,cubalah dikurangkan.Nak tukar secara drastik diet makanan kita pun tak boleh maklum la bertahun-tahun kita hadap benda yang sama.Ingat kata seorang doctor,nak ubah gaya pemakanan kita buat slowly step by step.Karang terperanjat pulak badan kita.

Mungkin untuk sesetengah orang mampu ubah 360 darjah tp mcm saya,saya x berani diet dgn makan protein sahaja.Owh saya bukan diet sebenarnya sbb sudah ada badan ideal.Maksud saya ubah cara pemakanan pada makanan yang lebih sihat.Itu maksud saya.Kurangkan makan makanan berlemak,manis,masin dan sebagainya.Tetap ambil cuma moderate.

Dan ada kelebihan juga tinggal disini.Apabila masak itu satu kemestian maka kita boleh kawal apa yang akan dimasukkan dalam makanan kita.Makan diluar ada juga cuma untuk kami agak jarang.Sesekali boleh la.Sama je andai kami ditanah air sekalipun.Saya dan suami memang dari awal kahwin kami jarang makan diluar.Kami bukan pengunjung setia kedai mamak tapi sesekali ada la pergi makan roti canai whatsoever segala tu.

Dulu kami tinggal di Bukit Jelutong,Shah Alam dan area kat situ je pun banyak giler restaurant dan kami pulak jenis tak rajin nak mencuba jd banyak la restaurant yang kami tak pergi.Dari restaurant tu bukak,kami berpindah dan sekarang ini setiap kali balik Malaysia,tak juga cuba hingga ada restaurant yang buka lepas tu tutup kami tetap tak pernah pergi.Hihihi.

Kami suami isteri sama selera.Kami akan stick dgn satu restaurant sampai bosan.Hahaha!Tapi ada satu restaurant yang tak buat kami bosan hingga hari ini.Restaurant Sari Ratu Nasi Padang di Subang Parade.Owh!Tempat wajib pergi setiap kali balik ke Malaysia.

Kalau di Terengganu saya memang tak ada restaurant yang saya suka pergi kecuali ada satu gerai yang menjual nasi lemak dan pulut nyior @ kelapa di Batu Buruk.Sini saya tak pernah bosan tambah kuih-muih yang dijual semua sedap.Tak lupa jugak tempat jualan kuih-muih traditional dan moden di Panji Alam kalau tak silap.Inilah tempat kesukaan saya.

Lain-lain tempat untuk saya tak begitu mengujakan cuma gap hampir setahun tak pulang ke kampung (kami pulang sekali je setahun time raya),kalau tgk kat istagram dan FB banyak giler restaurant,cafe baru buka.Ok la kalau ada kelapangan kami akan cuba dan bagi review tambah lagi my friend pun ada yang start bisnes makanan ni.Harus la pergi bagi support kawan-kawan

Menghitung hari nak balik kampung.Sangat tak sabar.Jadi bila tak sabar mula la sibukkan diri dengan banyak aktiviti dengan harapan boleh kill the time la.Bagi masa cepat berlalu.

Dan tak lama lagi nak masuk Ramadhan.Bulan paling mulia dalam segala bulan.Bulan keberkatan.Alhamdulillah.

Nota kaki:Dah habis puasa ganti ke belum?Hahahaha!


No comments:

Post a Comment

Kalau rasa rajin sila komen.