Hervey Bay QLD 2015 ~ Part 2

..............................Ke 'busy' an apakah sampai baru boleh sambung pasal coti-coti di Hervey Bay.Hehehehe!Maka haritu sebab kami sampai ke sana lebih kurang jam 2 petang,lepas check in (kat sini kena check in jam 2 petang dan check out jam 10 pagi.Sigh!).Jadi pepandai la bajet masa.Dan lepas dah masuk bilik motel tu kami pun solat dulu then lunch.Lapar sangat kot.Nasib la dah bwk bekal sesiap kemain I masak untuk tiga hari terus.Tapi tak sampai 3 hari pun.Huhuhu!Besar betul selera family kecik aku ni.Hihihi!

So hari pertama adalah masa untuk ukur jalan,ukur bangunan je la dulu.Hihihi.Kita pusing2 dulu pekan kecil Hervey Bay ni.Kawasan yang cantik lebih kurang macam Birbie Island jugak cuma I lagi suka Hervey Bay ni.Tapi sebut pekan kecil usah bayangkan mcm pekan koboi pulak.Sini sebut small town tp lagi besar dan maju dari daerah tempat I membesar kat Mesia nung.Jangan marah yer.Bukan kutuk tempat kelahiran,just nak bagi gambaran.


Shop lot takde la berprestij sgt tp serba lengkap la takat nak shopping barang2 serba sikit,nak withdrawn duit sikit2.Hehehe.Tp itu waktu hari pertama sampai.Kami nak beli gula,susu pekat,sabun cuci pinggan bla bla bla tu sekali nampak IGA terus singgah.IGA ni dia mcm supermarket la jugak cuma takde la besar mcm Wollies & Coles.Beria beli brg kat situ sekali malam tu baru la perasan Wollies & Coles cuma kat belakang motel kami stay ni je.Huhuhuhu!


Haritu kami sangat teruja nak pergi ke pantai.Motifnya adalah bila tengok air surut camni (hek eleh mcm kampung sendiri tak pernah tgk kan).Hahaha!Tp yang ni punya I rasa lain dari pantai tempat I membesar tu sbb air surut dia tu jauh giler kot dari pantai.Tu yg teruja sangat tu.Sampai boleh tengok orang duk main lain mcm jauh sayuppp ketengah sana dan kami pun apa lagi,ambik la peluang jalan kaki sampai ketengah melepasi jauh dari jeti kecil tu.Sorry sbb I tak sure fenomena apa ni jd tak reti nak explain dalam bahasa saintifiknya.

Eh korang perasan tak?Jeti tu mcm tempat Britney Spear buat clip video lagu Sometimes kan?Hihihi.Ke mmg buat kat sini?Kikikiki

Tapikan memandangkan hari dah memang nak petang,air dah makin nak pasang.Memula port bebudak ni main pasir dan mula naik air.I ni jenis penakut sikit cepat2 la duk panggil suami supaya beredar.Suami pulak duk sibuk kejar ketam.Haiya!

Nah belanja sikit pic tuan tanah dengan sikit view area kawasan kami menginap ni.Apapun pantai yang cantik sebab bersih takde sampah-sarap.Yang ada shark kat depan shop lot tu kami tak pergi sbb husband cakap mcm tak menarik je so I takleh nak buat review la sbb mmg tak tahu ada apa kat dalam tu.Maybe ada short film kot pasal shark & whale kot.Hihihi.Tak pun museum.

Nah belanja jugak pic bebudak ni sibuk main pasir.Si kecik paling excited sebab dia mmg suka main korek2 pasir.Mcm kakak dia tu suka jugak cuma Damia ni jenis macam I,jenis paranoid lebih.Nampak air start naik terus menjerit2 ajak balik.Kikiki!

..............................................ok to be continue

Hervey Bay QLD 2015 ~ Part 1

Hi dan assalamualaikum,

Sajer je buat part2 sebab rasa mcm nak berceloteh panjang pulak kali ni maklum la lately dah jadi malas amat nak update blog.Walau bukan la compulsory namun blog ni antara medium I membebel selain dari membebel kat anak2.Kikikiki!I ni kalau orang kenal kat luar mmg tahu la jenis yang banyak cakap dan di alam maya pulak jadi jenis banyak menaip.Eh boleh gitewww!

Ok la.

Sekarang ni adalah musim cuti sekolah.Awalnya kami plan nak ke Melbourne tapi sebab suka sangat tangguh,bila last minutes tambah dengan cuti sekolah makanya semua benda jadi mahal la.Bukan takat mahal je,rumah ladang yang kami nak pergi tu pun dah fully booked.Makanya sila la bawak plan tu ke tahun depan je.Huhuhu!

Dan kali ni tempat kami pergi bercuti ni masih lagi dalam jajahan Queensland.Hehehe!Queensland ni kan besar maka banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang belum kami teroka (ayat sedapkan diri sendiri.Kikikiki)

Suami awal2 lagi serahkan tugas pada I untuk cari tempat mana nak pergi bercuti sbb dia bilang dia sibuk takde masa nak survey dan awal2 dia dah cakap dia follow je nak gi memana pun.Maka I pun decide la nak ke Hervey Bay memandangkan one of my friend Felicity ada pergi jugak awal seminggu dari kami.Jadi ni pun consider pengaruh rakan sebaya jugak la ni.

Cerita sikit pasal Hervey Bay ni actually tempat ni adalah kawasan pantai dan tarikan utama pantai ni adalah ia menjadi port ikan paus datang migrate.Dan I pulak seumur hidup tak pernah tengok ikan paus ni secara live selain dari live ikut television je.Hihihi!Maka sangatlah teruja.

Memandangkan perjalanan nak ke tempat ni ambik masa sampai 3 jam setengah,jadi I pun decide untuk bermalam disana dan I booked hotel untuk 3 hari 2 malam.Tak plan pergi balik hari sbb mmg confirm penat badan.Maklum la drive di Aussie ni selain kena ikut had laju ditetapkan,jarak antara satu tempat ke satu tempat tu adalah sangat jauh.Kalau ikutkan 3 jam setengah tu ibarat dari rumah I di Marang nak pergi ke Kuantan je tp itulah.Kalau tak disebabkan kanan-kiri view cantik pokok menghijau,kurang la sikit bosan perjalanan tu.Kalau takde semua tu mmg kejung la kau sambil duk kira bila la nak sampai.Kikikiki!

Kalau nak diikutkan banyak lagi cerita nak cerita tp kita letak kat mode hold dulu then citer pasal trip I ni je dulu kerana sehari sebelum kami bertolak ke Hervey Bay ni,kami ada buat majlis sambutan Eidul Adha sekali harung dengan majlis bday TDS dan hari yg sama jugak berlakunya hailstone yang tak pernah2 terjadi tetiba area kawasan rumah dipenuhi bongkah2 ais kecil dan serupa kawasan turun salji pulak haritu.Ok yg tu nnt la I cerita.

Trip kami ke Hervey Bay kalau ikut plan nak gerak dari rumah jam 8 pagi tapi macam biasa la,plan je la.Kikikiki.Kami gerak dari rumah dah jam 10 rasanya itu pun lepas I siap masak bekal kami dan suami kemas rumah maklum la sehari sebelum tu kami ada majlis makan2 kat rumah jadi boleh faham la mcm mana keadaan rumah after partyyyy.

Dan pagi tu gigih la I masak beberapa menu dengan harapan cukup la utk bekalan kami selama 3 hari.Tak agak2 kan mcm sana takde benda yang boleh dimakan.Kikikiki!Takpe kita play safe.So pagi tu gigih iolls masak ayam masak merah,singgang salmon (Orang gannu kan.Kikikiki),sayur campur dgn surimi,salmon goreng kunyit.Tu diaaa.Bekal juga beberapa cili burung dan kicap manis.Hahaha!Jangan lupo.

Dan usai dah siap masak,pagi tu jugak baru nak kemas baju so no wonder la jam 10 pagi baru gerak.Tp takde la rushing pun sbb check in motel jam 2 petang.Kami pilih untuk stay kat motel je sbb kalau hotel harga adalah sekali ganda.Dan motel kat sini dah mcm hotel 5 bintang kat Malaysia kalau kau pandai cari la.Seriously dgn harga yang sangat berpatutan,selesa,bersih,servis tip top apa lagi kau mahu.Hahaha!Tu baru motel dan kalau hotel lagi la kan.Haaa!Even kalau korang stay hotel bajet sekalipun mmg still ok.


Cuaca yang indah dan nyaman selepas hailstones hari sebelumnya.Perjalanan 3 jam setengah ini memang sangat panjang kalau di Aussie.Kalau kat Malaysia setakat 3 jam setengah ni tak rasa sbb banyak tempat leh singgah makan.Kahkahkah!Namun tetap kutahan mata dari tertidur demi melayan suami yang start dari rumah hingga ke Hervey Bay tak berhenti bercakap.Hujan pun pandai stop sayang oiii!

Nak ke sini kami kena ikut jalan nak ke Sunshine Coast.Melalui area Chermside yang agak sibuk (sibuk sebab banyak sangat traffic light),dan kami meneruskan perjalaanan kami yang teramat la smooth.Tiga bandar kecil akan dilalui sebelum tiba di Hervey Bay.Bandar kecil pertama Gympie,lepas tu Tiaro dan yang ketiga Maryborough.Sini sebut je bandar kecil tapi setiap satu tu wajib ada shopping mall.Negara benua mcm tu la.Mcm my friend yang tinggal kat central Queensland,katanya shopping groceries every two weeks dan perjalanannya lebih kurang dua jam.Gulp!Tapi seronok jugak tengok setiap bandar kecil sebab lebih kurang sama je.Hehehe!Dan takde nak mengantuk jugak kalau tgk pemandangan kiri dan kanan yang menghijau sayup mata memandang.Lalu tepi ladang tebu,ladang nenas,ladang strawberry (tak nampak dari tepi jalan) dan byk jugak la ladang,padang ragut etc segala.

Dan apa yg best kat sini adalah papan tanda yg siap bagi soalan trivia supaya pemandu tak mengantuk.Tempat nak menyinggah ala2 R&R tu ada cuma takat stop buang air,basuh muka,beli chips ke apa ok la.Nak mkn kirim salam je la.Hihihi!Memandangkan kami gerak pun dah lewat,lepas tu semua benda nak buat pagi tu segala (makan,packing baju),maka laki bini tak sarapan jd boleh faham la tahap lapar nak nasik tu dah tahap nak telan orang pun ada.Hahaha!

Dan nak citer pasal cara kat sini taknak bg driver mengantuk selain pesanan suh stop memana tempat rehat kalau letih,diorang letak papan tanda dengan soalan trivia kat situ.Dan jd satu kerja pulak laki bini duk main teka teki kat dalam kereta.Hahaha!Soalan pertama,"Rockhampton famous as?" (lebih kurang camni la soalan dia),dan jawapan dia kita kena tunggu papan tanda seterusnya.Tp within that time cuba la fikir jawapan sampai memacam la keluar tp sorang pun tak dapat jawab dengan betul.Hahaha!Jawapan dia adalah,"Rockhampton famous as beef cattle".

Soalan seterusnya,"Where the turtle hatch?" ( I guess in Queensland kot),dan kami tetap tak dapat jawab.Hahaha!Jawapannya kat Mon Repos.Ok habis soalan trivia,terus hilang ngantuk.Kikikiki.Pandaikan diorang.Kat Malaysia pun patut buat camni.Dan selain dari soalan mcm ni,kdg2 ada jugak diorg letak ayat tp selalunya yg kelakar la.


Akhirnya kami dah hampir nak sampai.Ni baru nak masuk bandar Maryborough.Owh terus memasing bersemangat semula.

Bila masuk je area Hervey Bay,owh I love this place.Kalau compared dengan Birbie Island (last time I ada blog pasal ni),I mmg lagi jatuh chenta dengan Hervey Bay ni.Berbaloi perjalanan jauh yang kami tempuh dan lagi best bila TDS tidur dari Brisbane sampai masuk Maryborough baru terjaga,Yes,itu sangat la best!

Kami sampai ke Hervey Bay tepat jam 2 then I terus check in motel.Motel yang I stayed ni Best Western Ambassador Motor Lodge,hamboih panjangnya nama.Bangunan just dua tingkat je,dan bilik kami di tingkat dua.I amik bilik satu queen satu single bed dan berdoa biar la ada peti ais dgn microwave.Maklum la bekalan ku ni bajet nak sampai 3 hari.Kikikiki.

Dan ternyata hotel ni mmg tidak menghampakan dimana bilik dah la besar giler (lagi besar dari hotel 5 star kat Malaysia),bersih (of cos la),apa yg penting ada dua benda tu,peti ais dan microwave,extra pillow,ada selimut,iron board,iron takyah request.Dan siap segala information utk kita tentang tempat yg boleh kita pergi siap map segala la.Dan tang bilik besar kemain happy anak2 main lari2.Sebab besar jugak kalau korang datang jangan segan silu angkut toto ke apa.Bukan toto judi tu tapi toto tilam.Kikikiki!Tu kalau dtg ramai la.Dengan parking dekat je ngan bilik.Owh I like.Dan satu nak gtau style motel kat Aussie ni jgn tanjat kalau kau bukak peti ais kosong sbb kau boleh ambik fresh milk,plain water,juice segala kat kaunter.Itu style diorang.Kalau tak silap for free je.Kami tak amik sbb dah byk bekal bwk so rasa tak perlu.

Amenities yang ada:

  • Air-conditioned Rooms
  • BBQ
  • Cable or Satellite TV - Free
  • Free Wi-fi
  • Fully Licensed Bar
  • Guest Laundry
  • Onsite Parking - Free
  • Physically Challenged Facilities
  • Restaurant Onsite
  • Swimming Pool - Outdoor
  • Tour Desk
Dan untuk 3 hari 2 malam kami spend dalam $258 (sbb I amik yg free cancellation),kalau tak dalam $238 je rasanya.Ok la tu.Dan kalau kami pilih nak stay hotel harganya adalah satu kali ganda dari harga tu or mungkin lebih dari tu.Eh pendek citer mmg selesa la.

Siap ada pool yang sangat la kecik tp I suka la kecik so senang nak pantau anak cuma kami tak sempat mandi pun.Lepas check in,having lunch,solat,kami pun keluar pusing2 area pantai sini lepas tu bwk anak2 main pasir kat pantai.Dan hotel ni mmg duk kat area pantai dan cuma kena lintas jalan la.

Ok to be continue..............................

Mini Pavlova

Bila kebosanan melanda,jom masuk dapur tgk apa yang boleh dibuat.Maka datang mood rajin nak baking Pavlova tp tak berjaya pun dapat yg purrrrfeccct maka takyah la share resepi.Nanti dah berjaya baru kita share.



Harini kita share gambor je la.Kuikuikuikui!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You