Pages

Cerita saya dan H1N1

  • Ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya perempuan ini.Hahahaha!!(Ramai ke?) Masih ada lagi beberapa kerat sahabat yang tidak mengetahui bahawa saya berada di UMT sekarang ini.Menimba ilmu & meng"upgrade"kan sijilku.Ada beberapa sahabat juga yang bertanya (ramainya orang bertanya) kenapa "quit" job sedang kan kerja dulu sudah bagus.Jawapan saya,kerana saya tidak betah dengan hanya sebagai diploma "holder".Saya memerlukan satu atau dua tingkat lagi : ).
  • Lately jadual agak penuh.Cuma kadang2 shj keluar berhibur dengan kawan2.Bukan kawan2 sekolej,namun kawan2 sewaktu disekolah menengah.Bertemu di Moombai Cafe,bercerita buka cerita lama2,kadang2 seronok juga.Cuma yang tidak seronok bila tak cukup ahli.Hehehehe!
  • Saya sudah mula selesa dengan keadaan dikolej.Baik waktu pembelajaran mahupun teman2 sekuliah.Mana2 yang tidak selesa dengan saya "ignore" shj.Saya tidak kisah kerana disana saya ada ramai teman yang baik & friendly.Budak sombong dengan saya itu juga masih seperti dulu.Sedikit pun saya tidak kisah.Kenapa saya perlu ambil hal dengan cerita hanya "seorang itu" sedangkan yang baik masih ada beribu : ).
  • Berbalik pada wabak yang makin menular sekarang ini iaitu H1N1.My mom sebut H1N2.Suka hati dia jer.Last week pergi check up.Jadual rutin untuk preggy mommy.Saya melahirkan rasa risau saya tentang wabak tersebut ditambah lagi dengan jumlah pelajar yang deman sentiasa bertambah.Kenapa saya risau?Saya risau kerana saya ibu mengandung yang mempunyai risiko.Nauzubillah!Moga dijauhi oleh Nya.Doktor memberi suntikan influenza biasa pada saya.Hati lega sekejap.Selang 2 hari telah diserang batuk2.Cuti dari kuliah selama 3 hari.Akibat kerisauan terus ke klinik.Alhamdulillah kata doktor,batuk biasa sahaja.Namun saya juga diberi beberapa nasihat dari doktor.Menurut doktor ini pula,dia secara jujur tidak setuju dengan suntikan yang saya ambil.Menteri Kesihatan sendiri tidak mengalakkan pengambilan suntikan influenza biasa itu.Namun memandangkan saya sudah disuntik,benda itu tidak menjadi satu kesalahan namun saya tetap harus mengambil langkah berjaga2.Menurut doktor,sehingga kini tiada lagi vaksin bagi mengubati penyakit ini.Pemakaian penutup muka juga tidak begitu membantu kerana virus itu terlalu halus (sememangnya tiada bakteria yang mampu dilihat dengan mata kasar).Ia boleh berada dimana2.Namun sekiranya terdapat individu yang mengalami simpton2 seperti deman,batuk & selsema haruslah dijauhi.Sewaktu menghadiri kuliah dinasihat memakai topeng penutup kerana persekitaran bilik yang tertutup.Doktor juga melarang pergi ketempat yang "crowded".Nasihat doktor lagi apa yang penting jaga kebersihan.
  • Jelas!Jelas! & Jelas!.Namun sewaktu didalam kereta secara tiba2 saya menjadi hangin satu badan.Ceritanya begini.Disaat saya melayan siaran radio Hot Fm (that time Jawa Ranger yang jadi DJ) adalah seorang pemanggil wanita yang saya lupa namanya.Kalau saya ingat memang saya tulis kat sini.Beliau mengatakan harinya yang tidak hangat kerana menjadi suspek H1N1 dimana semua simpton seperti deman,batuk,selsema dan sakit kepala semua ada padanya.Doktor meminta dia dikuarantin dirumah.Namun yang menjadi masalah apabila beliau ingin pergi menonton wayang (nak tgk cerita G.I Joe).Kedua2 DJ menasihatkan beliau membatalkan niatnya kerana ia bakal mengundang masalah pada orang lain pula.Dengan confidentnya si perempuan mengatakan beliau akan pakai penutup muka supaya orang lain tidak dijangkiti.Inilah sikap orang kita apabila cetek ilmu.Setakat ketinggalan untuk melihat cerita wayang bukan satu kerugian besar kalau ingin dibandingkan dengan nyawa insan lain yang mungkin terlibat sekiranya perempuan tidak cerdik itu masih bertegas untuk pergi menonton wayang.Tidaklah mati sekiranya tidak menonton G.I Joe tersebut.Namun dari nada DJ yang berdua itu,saya mengagak mereka agak marah juga.Hehehe!Itu hanya sedikit cerita picisan untuk dikongsi.Bye!Jumpa lagi.

6 comments:

  1. Salam.
    Marah juga rasanya dengan wanita yang dijangkiti H1N1 tetapi tidak sedarkan diri itu. Mujur sahaja saya tidak mengenalinya. Itulah sikap masyarakat Malaysia, ambil mudah dan mementingkan diri sendiri. Kalaulah saya berpeluang bercakap dengannya, akan saya katakan begini, "Kalau sekalipun teringin hendak mati, janganlah diajak orang lain sekali".

    ReplyDelete
  2. Untuk kak marni,bukan setakat wanita itu shj,student UMT yg dikuarantin (suspek H1N1) di satu tmpt khas dikolej,dgn makan minum ditanggung turut melarikan diri dr tmpt tersebut dgn alasan bosan.Sudahlah lari dan mungkin berkeliaran dimana2.Mementingkan diri sendiri drp memikirkan keselamatan org lain.Ibu bapa mereka juga dilarang dr terlalu kerap melawat namun larangan setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Sememangnya cetek pengetahuan mereka.Masih mengambil mudah ttg hal tersebut walau setakat ini 32 nyawa sudah melayang.

    ReplyDelete
  3. Shabri,saya tak ingat dah nama suntikan tuh.Tapi cuma suntikan influenza biasa yang nak elakkan dari deman dengan selsema.Tempoh dia setahun.Biasanya suntikan tu org hok nk g oversea amik la.

    ReplyDelete
  4. owh, setahun, betul la tu. Itu sesungguhnya merbahaya, terutama jika kanak-kanak. Boleh menyebabkan muntah-muntah dan mimpi ngeri..kata mereka. Seorang kawan,frontliner, demam kerana suntikan tersebut..bukan demam dan suntik, tapi suntik dan demam. Hampir seminggu. Seeloknya ambil pil selsema biasa dan berehat... di rumah di tempat yang ada sistem pengudaraan yg baik, jika tidak ada penyakit lain, InsyaAllah H1N1 terhindar. Hahaha, style doktor terus

    ReplyDelete
  5. Itu ah.Alhamdulillah setakat ni tiada lagi simpton deman.Mintak2 dijauhi.Patut ah doktor tuh kata tak perlu.

    ReplyDelete

Kalau rasa rajin sila komen.